CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 4, 2015

Review : Medical Check Up di Klinik Mutiara Wangsa Maju

Assalamualaikum


Baru-baru ni aku kena buat medical check up (untuk masuk kerja). Honestly ini pertama kali dalam hidup aku walaupun dah bekerja dengan 3 buah company. Company yang keempat ni baru merasa buat medical check up. Disebabkan dah setahun tak bekerja, aku taknak lah buat dekat klinik yang charge mahal-mahal. Malas nak spend guna duit simpanan. Hehehe.

Disebabkan Suami kerja (masa tu masih suri rumah), aku tak berani nak drive jauh-jauh. So aku survey klinik area Bandar Baru Selayang (BBS), walaupun nak buat basic medical check up sahaja, harga dia cecah rm100 jugak. Kalau buat X-Ray dan Blood Test cecah rm300. Nak drive ke Wangsa Maju aku takut. Haha.

Baru-baru ni aku dapat jugak lah buat medical check up dekat klinik favorite aku. Itu pun setelah start bekerja. Hehe! Klinik ni klinik monthly check up masa pregnant kan Melissa. Rate dia agak murah compare dengan klinik lain. Tapi masa Melissa kena measles (campak halus) aku pergi Klinik Keluarga Dr.Dahlia, Bandar Baru Selayang jumpa dengan Dr.Yusry sangat puas hati walaupun charge dia mahal sikittttt. Tapi untuk medical check up Klinik Dr.Dahlia agak mahal.

Jadi aku aim Klinik Mutiara. Sebaiknya buat appointment nanti lambat tunggu giliran, especially dengan Dr.Izeta <- i always mentioned nama Dr.Izeta dalam blog ni kalau korang perasan. Hehe! Setelah sebulan baru lah aku berjaya dapatkan appointment tapi tak dapat dengan Dr.Izeta, dapat dengan Dr.Halim. Still okay, cuma dengan Dr. lelaki ni segan lah sikit kannnn. 

Masa call buat appointment aku tanya harga siap-siap. Al-maklum lah, gaji tak masuk lagi untill all my documents are complete. Haha. Dia cakap physical check up (tinggi, berat, mata, blood presure etc yang simple-simple tu) Rm55. Urine test Rm10. Sotal Rm65. Including consultation. Murah lah. Sebab paling murah pun Rm80 itu tahun-tahun lepas.

Tapi dulu office mate Suami pernah cakap dekat aku dia kurang berkenan sikit dengan staff kaunter situ. Ni aku google website Klinik Mutiara, ada satu komplen untuk staff kaunter yang kami pernah bualkan. I am not sure about that, tapi masa aku call untuk appointment aku disuruh hold on. Tapi sampai 9 minit aku tunggu. Urgh! Second call dia cam aku caller tadi and she said sorry. Masa aku datang untuk medical check up mood dia macam kurang sikit. Demam rupanya sebab aku nampak muka dia merah dan letih. So aku just abaikan jelah sikap dia. Tapi masa dia start entertain aku, okay pulak. Aku pun layan jelah so kami berbual macam biasa.

Masa check up Melissa dalam perut pun macam tu jugak, kejap tak okay, tapi bila borak dengan dia eh, okay pulak. Usually aku abaikan saje sebab takde sampai menaikkan kemarahan lagi. Hehehehe. Tapi Dr. memang OKAY :)

Kalau ada yang berminat boleh call atau walk-in.







Love,
Nursaila Norman!


No comments: