CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 7, 2015

Selamat Pagi!

Assalamualaikum



Rutin pagi kami sudah jauh berbeza berbanding rutin pagi berdua. Sekarang ni semuanya bertiga! Hehehe. Kalau Melissa bangun awal sebelum pukul 7am, nanti dia suka usik segala barang yang aku nak guna. Set pencuci muka (toner, pelembab), set mekap, set contact lense, bag make up, bekas pin (yang ini toodle xkan boleh bukak punya! haha). Seronok sebenarnya bersiap sekali dengan anak ni. Hikhik.

Nak cerita pasal copycat nanti lah. Banyak sangat. Tapi bab copycat 'orang dewasa tengah bersiap' aku nak tulis sikit. Sejak Melissa ada aku tak pernah lagi pakai blusher. Tapi dia pandai amek brush lepas tu calit-calit kat cermin (sebab bentuk dia bulat) lepas tu sapu kat pipi. Pitam! Aku syak dia tiru makngah dia. Confirm. Huhuhuhu. Ada lagi, pandai pulak dia buat gaya spray perfume! Ada lagi yang paling aku pitam, pandai pulak buat gaya sapu deodorant. Tapi bukan kat ketiak. Kat perut. Pun bolehhhhhhhh. Tak larat nak pitam. Ni semua copy dari makngah dia. Grrrrrrrrr.

Selalunya Melissa akan bangun pukul 7am, masa tu aku dah siap, kecuali pakai tudung. Masa ni Abah dia akan ambil alih jaga Melissa. Sebab time pakai tudung aku takut Melissa main pin.

Bab mengemas bilik kadang-kadang Suami, jarang-jarang Isteri. Hahaha. Sebab Isteri banyak sangat benda nak buat (sapu krim, make up, contact lense, etc ect ect HEHEHE). Bag anak, mak, bapak semua dah siap sebelum tidur malam. Kadang-kadang terlupa jugak, kelam-kabut sikit lah. Huhu.

Melissa kalau Ibu dengan Abah dia dah keluar dari bilik, dah off kipas apa semua, dia pandai pergi ke pintu tunggu kami kat pintu. Hamboi sangat. Dekat luar baru pakai kasut semua.

Sekali tu baru-baru ni tiba-tiba Suami dan Isteri terpakai baju sama warna. Warna kelabu. Macam biasa Isteri mesti mengada lebih nak selfie. Anak dah tak sabar nak suruh bukak pintu rumah. Lampu kipas semua dah turn off, so kami pun selfie lah kat luar rumah. Dengan nak pakaikan Melissa kasutnya, pelbagai bag apa semua, ada hati nak selfie. Cisssssssss.






































Nampak je macam cuma kami berdua, hakikatnya ada cik mek molek kat bawah sana tengah sibuk nak pakai kasut. Hehehehehehe. Snap laju-laju nak jugak selfie! Gambaq ada sikit gegaq tapi abaikan. kehkehkehkeh. Masa dah snap picture aku tak puas hati tengok muka Suami. Nak snap baru tak sempat sangat. Kejar masa kot. Nak pergi office okehhh, bukan nak pergi IKEA.

"apasala la muka macam tak mandi ni?" Isteri merungut.
"mandi lah sepuluh kali pun, kalau dah jenis Cina tak jadi apa" Suami rilex je jawab sambil pakaikan anak kasut.
Takyah tulis lah macam mana aku gelak. kahkahkah! <- eh, tulis jugak.







































Nampak tak? Suami sibuk pakaikan anak kasut, Isteri sibuk nak selfie, nak selfie. Anak? Pakai kasut lagi best, tak sabaq nak berlari sampai ke lif nih! Hikhikhik.

Dulu aku ingat rutin pagi aku mestiiii kelam-kabut. Tapi setakat ni okay lah, alhamdulillah. Aku akan bangun dulu mandi dan solat. Dah settle solat Suami pulak bangun dan mandi *Isteri kena mandi dulu sebab Suami mandi bapak lamaaaaaaaaa. Dah siap berpakaian baru aku bersiap pulak (rujuk kepada pakai contact lense, toner & pelembab). Melissa dah bangun baru aku kemas bilik dan siapkan dia. Kadang-kadang kalau dia bangun lambat, mak bapak pun bangun lambat, tak sempat nak mandikan Melissa. Sikat rambut je. Heeeeeeeeeeeeeee.

Time aku nak pakai tudung Abah dia dah siap (well, orang lelaki pakai apa je pergi kerja, toner?) jadi boleh lah take over jaga Melissa and siapkan si Bunga tu. Dah siap semua, angkat bags dah boleh pakai kasut kat luar and let's go to work!

Oh I just like my morning veiw. Good morning guys! *gambar seminggu yang lepas. sobs.






Love,
Nursaila Norman!



2 comments:

dorsett pink said...

saya suka baca kisah rutin harian seorang ibu...sebab saya pun seorang ibu... gigih saya baca post ni sampai habis.... hahaha

Shafizah B. said...

Fiza housewife So tak rasa rutin pagi nak kelam-kabut bersiap pergi kerja. Kalau nak keluar rumah g jalan2, memang akan siapkan anak pastu suruh suami la pula bersiap, da suami bersiap baru pass anak kat suami suruh jaga. Sb fiza pula nak bersiap bagai, hahaa lagi up entri ya sis, suka baca pasal mak2 & life pasal wife. Hehe