CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 12, 2012

Lantern dari gelas :)

Hai!



Assalamualaikum.


Firstly sorry sangat-sangat sebab tak dapat nak update pasal Bunga Putih pagi ni. Memula dah plan nak sambung entry Bunga Putih hari ni. Tapi malam tadi sampai rumah pukul 10malam. Terlepas charter bus sebab meeting so kena la balik naik ERL. So tak sempat nak prepare maklumat pasal Bunga Putih malam tadi. I will update as soon as possible eh. Bukan apa sangat pun Bunga Putih tu.. Saje nak buat gempak ntah hape-hape jerrr. Hehehe! 

Tak best kan kalau cerita tapi takde gambar. So tunggu sikit lagi eh.. Dah ada picha baru kita update eh. Nanti kesian korang, pening baca tulisan banyak2. Hikhik!

Pagi ni curik-curik masa untuk update. Kita cakap pasal lantern eh.. Sejak kebelakangan ni banyak wedding guna lantern sebagai salah satu hiasan dekat dewan atau rumah kan? Dekat pelamin nikah atau sanding pun ada. Lantern yang biasa digunakan macam dekat bawah ni...



paper lantern
sumber : google




candle lantern
sumber : sendiri



Tapi pagi ni dapat satu lagi idea baru dari  Meet the Dubiens cara untuk buat Summer Lantern. Diperbuat daripada gelas. Macam best kan? Cara-cara yang diajar oleh Jill (owner Meet the Dubiens) senang sangat. 

Hasilnya akan jadi macam iniiiii

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*







Korang boleh refer Meet the Dubiens cara-cara untuk buat lantern jenis gelas ni. Aku suka sangat-sangat sebab senang untuk dibuat, murah dan praktikal. Boleh buat untuk wedding, lepas tu boleh guna semula dekat 'rumah kita'. Kecik, comel, warna-warna. Susun atas kepala katil cantik, susun tepi dinding pun cantik, letak dekat side table pun cantik. Semua cantiklah!

Korang, jom try!



thanks korang!




Love,
Nursaila Norman!


Wednesday, July 11, 2012

Wordless Wednesday : Bunga Putih

Hai!



Assalamualaikum.











**************************************



Quick entry sebab pagi ni ada delegasi dari Bangladesh. And you know what, kitorang panggil Bangla je. Kesian kan. Padahal diorang pegawai-pegawai tinggi kerajaan Bangladesh. Sorry Bhaiya. Erk!

Quick entry jugak sebab lepas lunch ada meeting. So tak boleh nak feeling-feeling sangat time menaip. Ada banyak nak share dengan korang nih. Fuh!



*Ni Wordless ke? 


thanks korang!



Love,
Nursaila Norman

Monday, July 9, 2012

DIY : Complete Pearl Handbouquet

Hai!



Assalamualaikum.



Tajuk entry kali ni lebih kurang sama dengan tajuk entry DIY : Pearl Handbouquet, cuma yang bezanya entry yang ini hb yang dah siap 100%. Alhamdulillah. Sabtu baru ni En Gaban takde, sebab tu boleh gigih siapkan banyak benda dalam masa satu hari. Hehehe. Kalau dia ada kitorang suka merayap berjalan2 + melepak. Hiks.

Sepanjang hari sabtu dan pagi ahad aku dapat siapkan hb untuk resepsi, upgrade hb untuk nikah, veil untuk resepsi dan patching sikit dekat baju nikah. Banyak tak? Thehehehe.

Kalau bagi teaser pearl hb je boleh tak?








Gedik kannn.. Tak payah lah nak teaser sangat. Bukan hebat pun. Huhuhuhu! Nah, picha pearl hb yang dah siap sepenuhnya..









Net tu jenis yang keras sikit. Sebab tu collar dia tak nampak lemah lembut. Huhuhuhu! Tapi sebab net tu sahaja yang ada (sebab suka corak bintik2 tu), so beli jugaklah. Beli setengah meter. Itu pun banyak berlebih. Taktau nak buat apa. 

Pearl hb ini sangatlah berat.. Compare dengan fabric hb, sangat beza berat mereka berdua. Nasib la.. Patutnya pearl hb sesuai untuk majlis nikah. Sebab majlis nikah kan sekejap je.. Huhuhu.

Handbouquet untuk Nikah - DONE
Handbouquet untuk Resepsi - DONE
Yayyyyy! Alhamdulillah.



thanks korang!



Love,
Nursaila Norman

DIY : Veil Resepsi

Hai!



Assalamualaikum.


Mood takde nak update blog. Sebab pagi-pagi hal kerja dan buat kitorang hilang mood. Tapi sebab nak share dengan korang veil resepsi yang dah siap, alhamdulillah.. Gigih gak aku buat entry time-time lunch ni. Huhuhu! 

Firtsly aku taktau kenapa malas nak buat veil ni jadi meriah. Jadi aku pastikan kelebaran lace tidak terlalu luas. Ngam-ngam je atas kepala. Tak cecah belakang kepala yang macam kebiasaan. Tapi kalau nampak kekok maybe aku akan tambah manik sikit lagi. 

Untuk mata sendiri aku dah berpuas hati.. Suka!!




Sila abaikan jaluran kerusi dan model berkaca mata. Hehehe! Leha, kau jangan jeles ;p 

Maaf ya, picha tak besar. Kalau nak nampak besar korang boleh klik dekat gambar ya :) Nak patching lace dekat veil ni tak susah sangat.. Biasa-biasa je. Manik pun aku cuma guna manik pearl dengan manik biasa. Manik piring aku tak guna sebab taknak nampak over sangat. Huhu. Sebab tu warna lace dengan manik ni takde beza tona.

Settle satu benda :)


**kenapa entry ni kontot dan nampak sangat tak happy? sobsobsob!! mana mood nih.



thanks korang!



Love,
Tata!

Friday, July 6, 2012

Minuman setiap pagi saya :)

Hai!



Assalamualaikum.



Selamat pagi semua :) Yang ni bukan quick entry, tapi kena taip pagi-pagi ni supaya masih dalam mood minum pagi. Wink!!

Entry yang ini tak cakap pasal wedding atau diy thingy eh.. Kita lari sekejap dari mood orang nak kawen. Hikhik. Aku nak cakap pasal minuman tenaga yang aku ambil. Eh, minuman tenaga ke.. Aku tak sure la, tapi serius aku boleh stay whole day tanpa rehat sejak minum minuman ni.



Cocoa Collagen.

Rasanya semua orang pernah dengar nama minuman ni kan? Famous tu tak tau la, tapi rasa-rasanya ramai yang pernah dengar atau ambil minuman ni. Aku ambil minuman ni sejak bulan Januari 2011 sampai la sekarang. Dah lebih dari setahun kan. Sangat tak sangka.

Kenapa aku stay dengan minuman ni sebab ntah. Haha.. Aku pun tak tau kenapa aku stay dengan minuman ni. Padahal, kawan ofis aku, Ina yang suggest aku minuman ni pun dah lama stop. Dia stop sebab dia cuba benda lain dari farmasi. Tinggal aku jela yang teruskan.

Aku tak tau la kenapa bila orang dengar je aku minum air ni diorang akan cakap 'nak besarkan bontot eh?' Ehhhhh.. Apakahhh? Merah-merah muka tahan malu sebab diorang sebut bontot depan-depan kita. Hukhuk! Mana ada.. Fitnah semua tu. Huhuhu. Benda first yang aku bersemangat nak minum minuman ni ialah sebab untuk rambut gugur. Sejak semester 2 sampai la dah keja setahun rambut tak boleh panjang. Konfem gugur macam musim luruh. Hampeh. So aku yang jenis bersemangat lebih ni berkobar2 la nak try. Minum sebulan je dah nampak hasil. 

Sebab tu rambut aku boleh panjang macam mak lampir sekarang ni. Ramai jugak yang tegur rambut aku panjang dan lebat (pssst,jgn terpedaya.huruhara sebenarnya). Hehehe ;) Berdouble la aku suka. Sebab dah boleh simpan rambut sampai jadi mak lampir. kehkehkeh!

Keduanya sebab nafsu makan menjadi. Hehehe! Tapi ada jugak yang minum untuk diet dia terus rasa kenyang seharian. Ntah. Balance kot. Macam aku haruslah jadi perut bocor. Tapi takde la berat badan naik mendadak. Dia naik slow2. Sejak minum minuman ni berat badan naik 3kg. Erk! Sikitnya. I need another 3kg please.

Ketiganya sehari at least sekali mesti menyahtinja. Atau bahasa harian kita ke tandas. Lain bahasa korang fikir sendiri lah eh. Huhuhu. Bagus sangat untuk perkumuhan. Takde la simpan jadi toksid. 

Keempatnya muka macam bagus je. Aiyooo.. Malunya nak tulis. Kang ada yang cakap 'bapak perasan!' Huhu! Tapi sendiri rasa sendiri tau la kan? Jerawat besar2 dah takde. Tau diorang takut dengan Cocoa Collagen. kehkehkeh. Yang tinggal parut-parut degil. Degil sungguh. Rasa nak rotan je. Takpe, sabar itu separuh dari iman.

Kelima, walaupun aku stop berminggu2 sebab terlupa atau berpuasa, langsung takde kesan. Takde la jerawat naik menjadi-jadi, nafsu makan stay sama.. Langsung takde kesan negatif. So aku takde la risau kalau travel mana-mana pastu terlupa bawak ke apa ke kan. Part ni la paling aku suka. Sebab aku boleh minum ikut suka hati aku. 

Cumanya macam segan la nak minum.. Sebab ada yang cakap untuk orang dah kawen je. Huhuhu! Mencegah lebih baik dari mengubati kan? kan? Takpe la, aku minum untuk rambut, kuku, kulit muka, selera makan.. Lain-lain aku tak amek tau. Nak besar kan apa-apa aku tau tau. Huhuhu! Lantaklah kalau dia nak membesar pun. HUHUHUHU!!

For sure korang pun ada ambil minuman tambahan atau supplement tambahan kan.. Lagi-lagi B2B macam korang ni. Heeee~ Mesti nak cantik dan sihat kan. Kalau macam pil2 supplement tu aku tak ambil, sebab macam takmau biasakan diri ambil ubat. Amalkan makan sayur-sayuran dan ulam k! Wanita wajib makan ulam! 




packaging lama dan baru





breakfastsetiap pagi. bajet macam sihat je kan. padahal ni je boleh disumbatkan dalam laci. kalau nasik lemak boleh masuk dalam laci ni memang untung la. Hehe :D




thanks korang!




Love,
Tata!


Quick Entry : Bloglist

Hai!



Assalamualaikum.


Morning cantik semua!! This is a quick entry ya.

Dah lama sebenarnya nak update bloglist kat tepi blog Que Sera Saila ni. Tapi biasanya aku update/bukak blog masa kat ofis. Dekat rumah susah sikit. Huhuhu! Dekat ofis aku takleh spend masa lama-lama dekat blog. Nanti kerja ofis tak siap sebab korang (followers dan yang aku follow) semuanya ohsem-ohsem! Huhu. Jadinya aku asyik lupaaaaa je nak update. 

Bila singgah kat blog korang, ada yang senaraikan blog Que Sera Saila dekat bloglist dia, aku terus rasa bersalah sangat. Blame me! Rasa sedih + terharu bila Que Sera Saila is there. Kalau korang perasan bloglist aku kat sidebar Que Sera Saila ni semuanya blog-blog yang aku follow masa awal-awal aku mula berblog. Ada beberapa je yang aktif sekarang ni.. Aku rasa aku perlu update cepat bloglist aku. *cepat! cepat!*

Insyaallah aku akan usahakan secepat mungkin. Nanti siapa-siapa yang singgah Que Sera Saila, insyaallah diorang akan singgah blog korang jugak! Sharing is the best medium supaya kita lebih rapat kan followers? Smile!! Aku rasa korang sangat ohsem, dan tak salah nak share everything dengan korang! Yayyyy :)

Aku janji dengan kalian, aku akan update bloglist Que Sera Saila ya.




thanks korang!



Love,
Tata!


Thursday, July 5, 2012

Tea Cups Comel-Comel :)

Hai!



Assalamualaikum.



Third entry for today. hiks!

Tak tahu la kenapa sejak kebelakangan ni aku suka sangat dengan konsep vintage. Tapi takde la satu rumah tu nak nampak vintage. Huhu. Sikit2 je.. Macam aksesori dengan peralatan pinggan mangkuk. HEHE. Maybe sejak terjumpa kedai Romantika Home Decor 3 tahun yang lepas kot. Start dari tu setiap kali hari ibu atau hari lahir ibu je, konfem2 bagi hadiah barang2 vintage dari Romantika Home Decor. Yang belum ada ialah set minum petang. Homaigoddd.. Tak boleh tahan la set minum petang dia. Tak kira, nak beli jugak lepas tu tiap-tiap petang buat teh O. Kan? Kan? Kan? Tak payah pakai mug lagi. Hikhikhik.

Korang suka tak? Kalau tak suka pun korang tetap kena cuci mata tengok picha-picha comel dari vintage tea cups ni. Paksaan ni. Wink! Wink!























































picha, credit to google

Geramnyaaaaa!! Rasa nak pergi beli tea cups ni malam ni jugak. Erghhhh! Sila bayangkan bila minum petang bersama suami, guna pulak vintage tea cups ni.. Heaven! Hehehe.. Ni kalau beli satu set untuk diri sendiri, konfem2 kena beli satu set untuk ibu jugak T_____T

Korang suka tak? Thehehe ;p



thanks korang!



Love,
Tata!