CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, July 24, 2012

Johnny dan Girlfriend Bawah Umur

Hai!



Assalamualaikum.



Amek baby cat ni dari rumah kazen aku lepas tu bawak balik rumah sebab nak main2. Baby cat ni gegirl tau. Sungguh gatal Johnny cium-cium gegirl ni. Suka la tu! 




Comelnya diaaaaaa!





Tengok! Betapa menyibuknya Johnny nak dekat-dekat dgn gegirl ni.. Gegirl rilex je. First time dia masuk rumah aku, mesti la dia pelik kan.. Johnny lak macam tak pernah tengok kucing. Huhuhuhu!





Akhirnya.. Dapat jugak Johnny tengok gegirl ni dari jarak dekat. Dah macam gangguan seksual pun ada aku tengok si Johnny ni. Hahaha! Tenung over gila. Tak pernah tengok anak kucing ya Johnny.





Hoh! Dia dah ada tempat strategik untuk merenung gegirl.





"boring la..tengok muka abang jek"






Johnny, johnny.. Kalau nampak cicak lagi la. Rasa macam nak bagi tongkat ke kat dia. Letak kat dagu. Tengok siling berjam-jam pun takpe. Janji boleh tengok kawan karib dia tu. Hikhikhik.


sayangi haiwan!




selamat berpuasa sayangs!



Love,
Nursaila Norman!

DIY : Kotak Kasut menjadi Kotak Barang

Hai!



Assalamualaikum.


Puasa ke-4. Fuh! Laju betul masa berlalu.

Minggu lepas (minggu yang sama aku mengecat "rumah kita") aku sempat mengemas kasut-kasut (dirumah sendiri) dan membuang mana yang tak perlu. Sampai lah aku terjumpa kotak kasut Vincci. Kotak dia okay sangat-sangat, dengan keadaan kotak masih gah lagi, sayang kalau dibuang. So aku alih ke tepi. Dah settle semua, baru aku fikir apa nak buat dengan kotak kasut tu. Hrmmmmm...



Ini lah dia kotak kasut yang rasa sayanggggg sangat nak dibuang. Hehehe! Idea, idea, idea..





Lapikkan dengan span lembut. Rm1 sekeping. Ni span lebihan buat hb.





Yang ini kain chiffon lebihan buat hb aritu. Konfius. Tak tau nak pilih warna yang mana satu.





Edisi konfius. Purple ke pink. Tapi takde la pink sangat. Macam soft purple pun ada kan..
Agak-agak nak pilih yang mana eh?
Cop! kain chiffon tu belum digosok. Sebab tu nampak selekeh. Hehe.





Lastly letak lace. Yang ni pun lebihan, eh tak! yang ni pembaziran. Beli tapi tak guna. Tapi akhirnya berguna jugak. Hikhik.




Ta Daaaa~ dah siap dah!


Perasan tak? Semua bahan-bahan yang aku gunakan semuanya sisa semata-mata. Hehehe. Lebihan chiffon, lebihan lace, lebihan span. Masa tengah buat kotak ni excited okay bagitahu dekat En Gaban yang aku tengah buat kotak untuk dia. Tak sabar nak bagi kat dia. Sebab dia ada banyak kunci, syiling, lagi ntah apa-apa barang jenis besi yang kecik-kecik. For sure dia akan letak merata-rata kan? (eleh,orang lelaki.. i know you laaa), semoga dengan adanya kotak purple ni dia akan letak semua benda kecik-kecik tu dalam kotak ni. Takde la hilang, salah letak atau tercalar permukaan kabinet. Well, kabinet second hand kannn.. Harus la menatang bagai minyak yang penuh. Haha!

Bila hari mengecat, aku pun bawa la kotak ni dan letak dekat atas kabinet tv. Sementara belum ada tempat yang sesuai. Diharapkan En Gaban gunalah kotak ni se'maksimum' yang boleh ya. Penat tau buat kotak ni. Habis kotor tangan kena gam UHU. Huhuhuhu!



Abaikan cat merah tu. Sekarang dah creamy! yummy!


En Gaban cakap "saaaaaaayang jari mok mok dia". Part sayang tu dah best dah. Tapi kenapa mesti jari aku mok mok? Grrrrr!





selamat berpuasa sayangs!




Love,
Nursaila Norman!

Monday, July 23, 2012

Conversation #1

Assalamualaikum



Hai!



Salam Ramadhan awak-awak semua :) Kejap je dah 3 Ramadhan kan. Cepatnya masa berlalu..

Semalam pergi Houz Depot, Jln TAR. Kebetulan je. Biasa la sejak dua menjak ni, tempat2 macam tu pulak yang menarik perhatian kami. Hiks :)

Benda wajib yang kami tengah survey supaya sebelum raya ni dah ada ialah peti ais dan mesin basuh. Tak kisah harga janji puas hati. Kalau aku, mesin basuh wajib fully auto. Sebab aku kan tak suka membasuh. Theee!

Tapi bila dengan En Gaban, banyak pulak spesifikasi dia. Mesin basuh kena yang boleh nampak isi dalam. Maknanya masa membasuh kita boleh nampak kain baju kita tengah berpusing-pusing. Grrrr! Cermin mesin basuh mesti yang anti stretch. Sebab?

Katanya : "yelah,nanti anak kita main-main terkena mesin basuh takde la calar"

Erk!

Bila part peti ais pulak, dia suruh beli yang dua pintu. Satu pintu cukup la.. Huhuhu. Aku satu family ada lima orang rilex je satu pintu. Kadang-kadang over limit jugak. Tapi takde la sampai tahap melimpah ruah. Huhu. 

Katanya : "satu pintu tak cukup la sayang, nanti anak-anak kita ramai dah tak muat makanan"

Errrrkkk!!!!!

Ramai mana? En Gaban ni kannnnnnn. Eeeei, geramnya.

Kebetulan harga peti ais satu pintu dengan dua pintu beza Rm90 sahaja. (sebab ada promosi) Lagi la dia nak ambil yang dua pintu. Alasan dia melampau kan?

Di akhir perbualan yang membuatkan aku terkedu dan tertawa sebab alasan kelakar dia tu :

"sayang, kalau anak kita ramai pun takkan nak bagi makan mcm raksaksa kot.. berpada-pada la. taknak la ajar anak-anak jenis asal letak je makanan terus habis."

Huhuhuhuhu!




selamat berpuasa sayangs!



Love,
Nursaila Norman!

Wednesday, July 18, 2012

Wordless Wednesday : Saya Sayang Awak Sangat2!

Hai!



Assalamualaikum.










**********************************************



Auto Publish :)

Salam Rabu! Lagi dua hari kita nak berpuasa kan? Tak tau la kenapa rasa sayu sangat nak sambut Ramadhan.. Macam tak sabar-sabar, macam sedih, macam rindu sangat dengan Ramadhan.

Time entry ni berada dalam senarai dashboard korang, aku tengah training dekat Sg.Petani, Kedah. Esok (khamis) baru pulang ke KL.

Rindunya dekat dia. Baru 2,3 hari berjauhan. Huhuhuhu! Tak tau la kenapa, makin nak dekat ni makin rindu pulak. Semoga segalanya dipermudahkanNYA.

Rindu awak :) Nanti dah kawen, nak tempek kat awak selalu macam meow tu eh :)




wordless la sangat kannnn.



thanks korang!





Love,
Nursaila Norman!

Monday, July 16, 2012

"Rumah Kita"

Hai!



Assalamualaikum.


Harini paha dua-dua belah sakit otot macam lari pecut 1km. Huhuhu! Bila fikir-fikir balik apa yang aku buat sampai sakit-sakit paha rupanya ni semua angkara mengecat rumah semalam. Cat rumah takde la sampai sakit otot kan.. Tapi sebab mengalihkan kabinet TV. Hampeh!

Barang second hand pun berat nak mati ke? Aiyoooo. Akhirnya "rumah kita" yang macam rumah Apek (walaupun dalam rumah tu memang apek yang tinggal - En Gaban) tu berubah wajah jugak. Menjadi rumah gadis seperti aku. kehkehkeh!

Ni lah rumah asal (malunya nak tunjuk sebab sangat huru hara)...








warna yang aku pilih ialah nombor 3 barisan paling atas.
nampak tak? nampak tak?



Sila abaikan lantai yang tidak berlapik ya. Target sebelum nikah "rumah kita" akan complete dengan beberapa perkara. Buat masa ni dapur yang dah banyak barang. Ruang tamu cuma ada kabinet TV, sofa kecil dan TV. Warna dan suasana sebenar memang tak sama macam dalam picha. Hakikatnya "rumah kita" tu dah berubah jadi lebih tenang (merah kot,serabut kepala haha). Nasib baik tuan rumah bagi kami cat kaler lain. Kalau dia tak bagi pun aku tetap nak cat lain. Nanti orang ingat ni rumah cina. Cis!

Memang niat nak warna cream. Taknak warna putih, nak nampak lain sikit nekad la nak warna cream. Tapi baru tau, masa nak pilih warna punya la stress. Hahaha! Stress sebab semua pun cantik. Lepas tu fikir, kenapa tak boleh buat macam dalam iklan yang ada bebola comel warna-warni yang pecah lepas tu keluar warna yang cantik-cantik? Nipon kan? Cakap dengan En Gaban 'kenapa takde bebola comel tu eh? yang warna-warni macam dalam iklan tu', En Gaban buat taktau je. Ceh.

Stress okay nak pilih warna. Last-last aku pejam mata je pilih Willow Cream. Dalam hati 'nasib la..' Suruh En Gaban pilih dia cakap dia serahkan dekat aku nak warna apa. Haruslah aku stress kannn.. Pilih cat pun gelabah. Hahaha.



Tapi kan, serius tau.. Apa  yang korang nampak dalam picha (abaikan lantai) memang berbeza dengan yang real. Lain sangat. Poyo tak nak alert kan betapa bestnya dapat warna yang aku pilih. kehkehkeh!

Yang bestnya aku dengan En Gaban cat berdua. Ya, berdua. Bangga di situ walaupun ramai je B2B yang cat rumah sendiri. Sobsobsob. Tapi nasib baik En Naim kawan baik En Gaban datang. Laju je dia cat. So, cepat la siap. Start cat pukul 12.40pm, siap pukul 5.00pm. Kebetulan ruang tamu pun tak besar. Selesa untuk kami berdua. Wink! Wink! Okay la kan, alhamdulillah. Suka.

Selepas beberapa jam warna dia jadi lebih cantik dan tebal. Oh my! Time ni berdouble-double la suka. Tak menyesal pilih Willow Cream. Nampak creamy sangat. Hikhik! Anyway, terima kasih banyak2 dekat Abg Azam sebab sponsor cat untuk kitorang. Niat asal nak cat sebelum raya, tapi sebab dah ada orang nak sponsor, semalam jugak siap mengecat. Hiks! Rezeki sangat murah bila nak kawen kan?


psst : Kabinet TV tu la yang second hand punya. Okay tak? Harga memang puas hati gila. Puas hati sampai tak terkata :)

psssst : picha aku mengecat (macam maid) En Gaban baru je upload dalam FB. Cis.


thanks korang!




Love,
Nursaila Norman!

Try and Error : Bunga Putih

Hai!



Assalamualaikum.


Dah beberapa hari berjanji nak update pasal Bunga Putih. Tapi tak jugak update. Maaf ya cantik manis semua,  kerja banyak tambah pulak mood takde nak menjahit (bendera merah) SOBS! Aku kalau takde mood memang tak kan la buat apa-apa.. Perasaan malas sahaja yang aku tau. Eh, yang ini bukan alasan okay. Ehehe.

Tapi ada jugak la satu hari tu tersesat aku rajin sikit nak jahit lebih kurang. So dapat la update sikit pasal Bunga Putih dan baju  nikah. Mula-mula try susun dulu, bila rasa okay, baru jahit.








Maaf sangat-sangat, snap picha dalam bilik je. Malas nak angkut g hall. Dan malas nak snap guna dslr ayah. Sebab macam angkat batu bata. Malas. Dan malas. See, betapa malasnya aku. Huh! Aku rasa macam hampeh je.. Dah nama pun try and error. Hikhikhik. Bila pakai baju nikah ni sebenarnya nampak okay susunan Bunga Putih tu. Tapi kalau dalam picha macam 'urghhhh!'.

Susunan Bunga Putih dah settle dekat hujung lengan baju dan hujung baju. Tinggal nak tambah manik pearl sahaja. Niat asal taknak over sangat dekat baju nikah, tapi ntah kenapa nak ada bunga timbul pulak. Mengada kan?

Minggu ni memang aku takkan sentuh la baju nikah ni, sebab esok nak kena pergi Sg.Petani, Kedah. Tiga hari. Burn masa terluang. Huhuhuhu! Takpe, semoga bulan puasa ni semangat menjahit lebih berkobar-kobar macam nak pergi berperang. Erk!?



thanks korang!




Love,
Nursaila Norman!


Friday, July 13, 2012

Poodle Flower

Hai!



Assalamualaikum.



Anggap jelah entry ni adalah entry Pre-Bunga Putih. Boleh ke macam tu? Pasal Bunga Putih tu takde apa pun sebenarnya. Beli siap je. Bukan buat sendiri. Huhuhuhu. Sebenarnya aku nak guna Poodle Flower ni dekat baju nikah, tapi bila fikir-fikir balik, konfem makan masa yang agak lama untuk siapkan PF ni sebelum di letak dekat baju nikah. Dah kalau macam tu bila nak siap baju nikah kan? Huhuhu. Kebetulan masa pergi kedai bunga untuk beli manik, aku terjumpa la Bunga Putih tu. Terus la tak jadi nak buat PF.

Kalau ikutkan aku suka lagi PF sebab ada manik pearl kat tengah-tengah. Tapi takpe lah, nak jimat masa dan tenaga. Sobs!

PF ni aku buat lain sikit, bukan macam tutorial yang aku jumpa dalam google. Sebab aku try macam tutorial dalam google tu, tapi tak jadi. Bengang okay. Lepas tu aku buat je macam aku buat fabric hb tu. Cuma aku panjangkan lebih sikit dari biasa, sebab tu dapat kedekutan lebih sikit. Aku suka pulak yang banyak kedutan ni. Perasan sendiri takpe kan? Lantaklah. Hikhikhik!










So macam mana? Bunga Putih atau Poodle Flower? 
Bunga Putih dah diletak dekat baju nikah dah. Aku tak boleh la pilih PF. Aku bagi korang pilih lah eh..



Bunga Putih

atau

Poodle Flower






thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!