CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 24, 2012

Lace atau Lebihan Lace

Hai!



Assalamualaikum.


Cakap pasal lace, untuk baju nikah dan baju resepsi aku hanya guna lebihan lace dari Jakel sahaja. Seperti yang pembaca blog QSS sedia maklum, aku dah pun post pasal baju resepsi dekat DIY : Lace and Beads (Baju Resepsi). Warna asal mungkin sedikit berbeza memandangkan aku dah edit sedikit.






Picha dekat atas ni perbandingan sebelum beading dengan selepas beading. Picha kedua tu picha lace yang aku beli masa awal-awal sebelum dipotong. Nampak tak lebihan lace tu banyak.. Hampir 2 meter. Banyak la kan.. Cukup untuk seluruh baju. Tapi disebabkan aku amek untuk part dada, hujung lengan dengan bawah baju maka masih ada baki lagi. Wink! Harga Rm40.00!

Ada b2b email aku bertanya kan pasal lace aku tu. Aku memang tak dapat nak membantu.. Sorry sangat. Sebab lace yang aku beli adalah lebihan lace. Menyebabkan susah nak dapat lace yang sama macam aku lagi. Huhuhu! Tapi kebetulan masa puasa ke-26 aku dengan En Gaban pergi Jakel untuk cari samping. So aku pun singgah la aras 3 Jakel untuk tengok-tengok lebihan lace. Terjumpa la beberapa lace yang lebih kurang warna macam lace aku. Kalau b2b tersebut nak atau berkenan boleh la email ya.









Lebihan lace yang ada. Banyak kan? Kalau pandai pilih, akan dapat lace yang cantik!





Yang ini pulak lace untuk veil nikah. Harga Rm50, dapat dua keping (setiap keping kurang 2 meter). Cuma corak lace kurang kemas. Aku cuma pakai untuk veil sahaja. Untuk baju nikah aku tak guna. Sebab taknak effect berkilat-kilat dekat baju nikah. Nak plain je. So masih banyak berlebih.



Yang ini pulak lace meter. Lupa pulak harga semeter berapa. Tapi memang terbaik. Cantik sangat-sangat. Dah siap ada beads. Tinggal nak patch je.

Target aku memang taknak spend duit banyak sangat dekat wedding, sebab tu aku tak kisah langsung kalau beli lebihan lace. Kepada b2b yang sedang mencari sesuatu yang murah (murah tak semestinya teruk), boleh try lebihan lace dekat Jakel Jln TAR. Jakel lain aku tak sure. Border lace yang harga Rm14 - Rm16 semeter pun jadi cantik kalau kita pandai adjust/alter. Nanti ada masa insyaallah aku update baju adik aku yang guna lace Rm4/5 semeter ya. Bagi aku sangat okay, berbaloi dengan harga :)



Yang adik aku pegang ni harga Rm12/13 semeter. Beli dekat Kedai Bunga Riben, Jln TAR.



Niat dihati nak patch lace macam ni dekat veil. Tapi tak jadi. Sobsobsob!


Kepada b2b yang telah email sebelum puasa tu, harap-harap entry ni dapat membantu awak mencari lace ya.. Lace saya memang lace murah je. Tak mahal pun. Huhuhuhu. Kalau ada apa-apa boleh la email saya lagi. Saya tak boleh la nak bantu banyak mana pun, tapi exchange info seronok kan.. Wink!





thanks korang!





Love,
Nursaila Norman!

Thursday, August 23, 2012

DIY : Origami Burung

Hai!



Assalamualaikum.



Mood raya memang takde. Taktau la kenapa.. Huhuhuhu! Pagi Syawal pergi solat raya, ziarah kubur lepas tu makan, makan dan makan. Dah. Settle beraya. Walaupun beraya kat kampung tapi still macam lemau. Huhuhu.

Raya ketiga dah ada dekat rumah sendiri. Pakai baju kebaya lepas tu buat origami burung. Apakah.. Takpe la, raya ketiga kan.. Apa salahnya pakai beriya-iya sikit. Hikhik.

Nak kongsi dengan korang semua buat origami burung. Dapat idea nak buat origami burung ni sebab murah, senang dan sweet je.. Wink! Wink! Niat asal buat origami burung ni sebab nak hias dekat syiling dewan. Lagi best kalau dapat hias dekat khemah kan. Huhuhuhu. Harap-harap niat ni termakbul lah ya. Bukan apa, takut-takut apa yang kita rancangkan tak menjadi.

Jom DIY!



Step 1



Step 2



Step 3



Step 4



Step 5 (Buat pada dua-dua belah)



Step 6



Step 7



Step 8



Step 9



Step 10



Step 11



Step 12



Step 13 (Buat pada dua-dua belah)



Step 14



Step 15 (Cantumkan bucu A dengan bucu B)
Buat pada dua-dua belah



Step 16



Step 17



Step 18 (Buat pada dua-dua belah)



Step 19



Step 20 (Buat pada dua-dua belah)



Step 21



Step 22 (Siap!)



Ta Daaaa! Siap seekor burung kuning.


Alhamdulillah sepanjang raya ketiga dapat siapkan 25 ekor burung warna warni. Wink!! Burung-burung yang dekat pejabat dah siap 50 ekor. So total dah siap 75 ekor burung. Lagi 25 ekor aku nak kena buat baru genap 100 ekor. Dan aku kena usaha lagi 100 helai kertas warna supaya genap 200 ekor burung. Cukup ke eh 200 ekor untuk hiasan syiling dewan.

Banyak betul picha kan.. Penat nak scroll ya.

Selamat mencuba!



thanks korang!






Love,
Nursaila Norman!

Friday, August 17, 2012

Ucapan Raya Untuk Followers QSS!

Hai!



Assalamualaikum.


Untuk ucapan raya tahun lepas boleh tengok ucapan hari raya dari perantau. Masa tu followers tak ramai, belas-belas je. Sobsobsob!! Yang ramai baca pun silent readers. Terima kasih banyak2. Masih ada lagi silent readers yang baca blog ni sampai sekarang, terima kasih yang tak terhingga.

Maaf ya sebab takde kad raya.. Tak tahu pulak kad raya masih 'in' lagi. Bila Kak Sheila, Linda bagi kad raya baru terfikir, seronok dan bagus betul hidupkan semula tradiri memberi kad raya ni. Maaf lah ya, insyaallah, tahun depan kalau umur panjang, aku akan hidupkan tradisi kad raya terutama kepada bloggers semua.

Hari ni hari last bekerja, tapi banyak pulak kerja nak kena check. Ada beberapa delegasi dari luar negara nak datang Malaysia pastu nak buat lawatan kerja kat Kemeterian ni, diorang bukan tau pun kita nak raya ke, nak makan lemang ke. Huhuhu! Takpe lah, nak buat macam mana kan.



*************************************************************************

Kepada :
Followers, Bloggers & Silent Readers



Terima kasih yang tak terhingga kepada para bloggers sekalian, hanya dengan internet kita sentiasa bertegur sapa, bertanya, saling menyokong antara satu sama lain. Kepada Bride to Be, terima kasih atas sokongan anda, perkongsian idea anda, kata-kata semangan anda. Kepada yang akan melangsungkan majlis pernikahan, Selamat Pengantin Baru, semoga berbahagia hingga ke Jannah. Semoga permulaan anda sebagai suami dan isteri mendapat keberkatan hingga ke akhir hayat.
Bloggers/followers semua, korang memang ohsem! Tanpa korang, blog ni mesti sunyi sepi. Terima kasih banyak2.
Kepada silent readers, terima kasih juga.. Malu jugak bila berjumpa korang akan tanya pasal tulisan-tulisan aku. Huhuhuhu..
Kepada rakan-rakan pejabat yang baca blog ni terima kasih sayang semua :)
Kepada En Gaban, seperti biasa pemantau blog ni, terima kasih sebab selalu menjaga penulisan saya supaya tak terpesong. Supaya saya menulis hal-hal yang baik sahaja untuk kebaikan bersama.
Mohon maaf kalau ada terkasar bahasa semasa kita berbalas komen, mungkin ada kata-kata yang tidak disenangi yang aku sendiri tak sedar. Maaf banyak-banyak ya. Semoga hati kita bersih dan suci dari perkara-perkara yang tak baik. 


Berkebaya merah dipagi raya,
Menjamu ketupat bersama Cik Siti,
Mohon dan maaf kepada pengikut setia,
Bersama kita meraikan Aidilfitri.



 Daripada :          
Nursaila Norman


*************************************************************************


pssst : kalau sudi, tinggalkan komen ya.. Nanti saya singgah blog kamu juga. sebab ada juga followers yang saya tak nampak link dia. tak tau lah kenapa. 







Selamat Hari Raya!



Love,
Nursaila Norman!

Tuesday, August 14, 2012

T-Shirt Groom & Bride Kami!!

Hai!



Assalamualaikum.



Perasan tak dekat entry Iftar yang aku baru update hari ni.. Perasan tak aku dengan En Gaban pakai t-shirt warna putih. Saje je nak bikin gempak kannn.. Padahal takde apa pun. Hehehe.

Start je En Abg Azam dengan wife dia Kak Diyana ajak kami-kami semua berbuka dekat rumah dia, aku dengan En Gaban terus tergedik-gedik nak pakai t-shirt Groom & Bride tu. En Gaban pun excited okehh.. Hahaha.

Sebenarnya dah dapat lama dah t-shirt tu, masa minggu pertama dah dapat. Tapi tak tau lagi nak pakai masa bila. Lagi pun rasa macam awal sangat nak pakai berdua. Hikhik. Kami berdua sama-sama pergi ambil t-shirt tu dekat Pos Laju. 




from saiz XS to S, from saiz M to L
hahahaha!




tq rayyan apparel!







Dan hasilnya ialah



En Gaban dalam usaha membesarkan mata dia yang sepet. oppss!







Groom & Bride to be!!






after edit. saje letak sunglasses. hehehe!



Outcome hasil dari memakai (sila jangan tiru ayat ni) t-shirt tersebut, haruslah kami jadi bahan gelak dan usik-usik diorang.. Huhuhu. Tapi takpe, t-shirt baru kann.. Harus semangat sikit. Hehehehe!

Iqhwan : geli pulak aku tengok baju korang. (eleh,dengki! haha)
Kak Diyana : nak jugak tshirt ni.
Anis kepada Izwan : diorang pakai t-shirt Groom dgn Bride la.

Terima kasih banyak-banyak kepada As yang mengadakan contest hari tu, tak sangka kami dapat t-shirt ni. Lepas ni ada lagi beberapa tempat kami akan pakai. Well, t-shirt kalau dah tulis macam tu mana boleh bawak keluar sebarangan. Jap lagi ada pulak yang muntah darah. Huhuhuhu.

psssst : dulu masa mula-mula bercinta benci gila pakai baju sama-sama. Tapi sejak nak kawen ni, suka pulak. Dah kawen nanti lagi galak pakai sama-sama lagi best kan? Hikhik.




selamat berpuasa sayangs!



Love,
Nursaila Noman!


Conversation #3

Hai!



Assalamualaikum.


86 hari lagi. Fuhhh! 86 tu angka kegemaran kami berdua. Hiks! 86 hari lagi okeh. Patut la En Gaban asyik remind aku '...kurang 100 hari je...' gulp! 

Makin dekat makin tak rasa. Sebab malas nak fikir.
Makin dekat makin stress. Sebab gedik nak complete kan rumah.
Makin dekat makin takut. Sebab masih degil macam dulu.
Haihhhh.

Baru-baru ni pun aku still berdegil. Ala, itu pun En Gaban mulakan dulu. Boleh? Hik!

Aku : b sayang tata tak?
Dia  : sayang..
Aku : walaupun tata degil?
Dia angguk.
Aku : nape b still sayang tata walaupun tata degil?
Dia angkat bahu.

Aku tunggu jawapan kot-kot lepas angkat bahu dia nak cakap sesuatu. Tapi takde. Senyap. Aku pandang tempat lain. Berfikir. Dia sendiri takde alasan/jawapan kenapa dia masih,tetap sayang aku walaupun aku degil. Maknanya dia tak perlu kan apa-apa alasan untuk sayang aku lah kan.

Aku terima bahasa badan dia dengan mengangkat bahu sebagai tanda dia terima aku seadanya dan still mengharap aku tak degil-degil lagi.

Betul lah kata orang, tulisan-tulisan sastera.. Cinta tak memerlukan alasan. Biarkan je dia menjawab dengan 'ntah' atau angkat bahu. Itu tandanya dia pun tak tahu kenapa dia cintakan kita. Kalau dia jawab dia cintakan kita sebab mata kita cantik, satu hari nanti mata kita akan berkedut jugak. Kalau dia jawab dia cintakan kita sebab kita comel, satu hari nanti kita akan tua jugak. Biarkan dia terus terima kita tanpa jawapan.

Degil saya bertempat kan,kan,kan? Hehehehe ;) 



selamat berpuasa sayangs!




Love,
Nursaila Norman!


Iftar : Re-10 Motorsport Club

Hai!



Assalamualaikum.


Sabtu lepas (11 Ogos 2012 bersamaan 22 Ramadhan 1433) aku berbuka ramai-ramai dekat rumah En Abg Azam. First time berbuka ramai-ramai dekat rumah kawan. Punca dapat berbuka puasa dekat rumah kawan ialah sebab En Abg Azam kan baru kawen, merasa la kami yang bujang-bujang ni berbuka dekat rumah kawan :)

Ini sebahagian daripada picha-picha iftar kami..












































































Lauk berbuka memang lauk org bujang, tp bila makan ramai-ramai lain rasanya. Selalu berbuka dengan diorang dekat kedai makan wajib kami je.. 

Iftar paling best tahun ni :) Jumpa lagi tahun depan!




selamat berpuasa sayangs!




Love,
Nursaila Norman!


Thursday, August 9, 2012

Hari ni genap 3 bulan. Nervous!

Hai!



Assalamualaikum.


9 Ogos 2012. Genap 3 bulan sebelum tarikh majlis besar kami. Besar bagi kami,tapi hakikatnya sederhana dan kecil-kecilan je. Sepatutnya bulan Ramadhan ni aku kena settle kan baju nikah. Tapi taktau la kenapa aku tak settle kan part bawah baju. Veil nikah pun belum settle sepenuhnya. Ish!

Bila fikir-fikir balik perancangan kawen kami ni takde la serius dan berat sangat. Kami takde majlis bertunang yang grand mcm orang lain. Just mak dan ayah dia datang rumah aku bawak sebentuk cincin. A small and simple ring. Macam dekat header atas ni. Seumur hidup aku itu lah first time aku pakai cincin. Sebelum ni ada la ibu aku belikan cincin masa aku kecikkk-kecikkk dulu. Pakai pun ikut suka. Sekarang ni pakai cincin sampai ada kesan bentuk cincin dekat jari manis aku. Punya la tak pernah tanggal cincin tu.

Lepas tu terus buat hal-hal kawen sikit-sikit. It comes naturally. Sampai la ke hari ni. Kami buat slow-slow, sikit-sikit. Macam tak percaya pulak, lagi 3 bulan je lagi. Rasa dah malas nak buat apa-apa. Nak terus pertengahan November. Boleh?

Sebenarnya aku tak tau nak tulis apa. Rasa macam pelik, tak percaya semua ada. Banyak benda yang datang dalam fikiran masa tengah mengelamun. Masa semester 1 dekat U dulu pensyarah ada tanya setiap sorang dalam group kecil, 'nak kawen umur berapa?' Aku jawab nak kawen masa umur 26 tahun. Maybe Allah makbulkan kata-kata aku time tu kot. Tak pun memang dah tertulis, aku kawen umur 26 tahun. Amin. Insyaallah.

Dalam minggu ni je kawan belajar En Gaban ajak bercuti sama-sama dengan isteri masing-masing bulan November ni. Amin. Harap menjadi. Boleh honeymoon. Hiks! Lepas tu Kelab Motorspot En Gaban pun plan nak bercuti jugak bulan November ni. Nak konvoi lepas tu bercuti-cuti. Amin. Honeymoon lagi. Hehe! Honeymoon berdua lain pulak. Hahaha.



3 bulan bukan lama sangat kan.





Sekarang ni tengah usaha buat yang ini. Buat dekat pejabat time malas buat keja. Opss! Maaf ya En Boss, hehehehe!


Macam hampeh pun ada entry ni. Maaf lah ya kalau korang rasa bosan. Mood sangat ke laut la. Dah terbayang-bayang makanan kat lobi ofis ni. Huhuhuhu! Petang ni berbuka dekat pejabat dengan ofismate. En Boss belanja. Yummy! 

Okay lah. Bye. Malasnya!




selamat berpuasa sayangs!





Love,
Nursaila Norman!