Hai!
Assalamualaikum.
Cakap pasal lace, untuk baju nikah dan baju resepsi aku hanya guna lebihan lace dari Jakel sahaja. Seperti yang pembaca blog QSS sedia maklum, aku dah pun post pasal baju resepsi dekat DIY : Lace and Beads (Baju Resepsi). Warna asal mungkin sedikit berbeza memandangkan aku dah edit sedikit.
Picha dekat atas ni perbandingan sebelum beading dengan selepas beading. Picha kedua tu picha lace yang aku beli masa awal-awal sebelum dipotong. Nampak tak lebihan lace tu banyak.. Hampir 2 meter. Banyak la kan.. Cukup untuk seluruh baju. Tapi disebabkan aku amek untuk part dada, hujung lengan dengan bawah baju maka masih ada baki lagi. Wink! Harga Rm40.00!
Ada b2b email aku bertanya kan pasal lace aku tu. Aku memang tak dapat nak membantu.. Sorry sangat. Sebab lace yang aku beli adalah lebihan lace. Menyebabkan susah nak dapat lace yang sama macam aku lagi. Huhuhu! Tapi kebetulan masa puasa ke-26 aku dengan En Gaban pergi Jakel untuk cari samping. So aku pun singgah la aras 3 Jakel untuk tengok-tengok lebihan lace. Terjumpa la beberapa lace yang lebih kurang warna macam lace aku. Kalau b2b tersebut nak atau berkenan boleh la email ya.
Lebihan lace yang ada. Banyak kan? Kalau pandai pilih, akan dapat lace yang cantik!
Yang ini pulak lace untuk veil nikah. Harga Rm50, dapat dua keping (setiap keping kurang 2 meter). Cuma corak lace kurang kemas. Aku cuma pakai untuk veil sahaja. Untuk baju nikah aku tak guna. Sebab taknak effect berkilat-kilat dekat baju nikah. Nak plain je. So masih banyak berlebih.
Yang ini pulak lace meter. Lupa pulak harga semeter berapa. Tapi memang terbaik. Cantik sangat-sangat. Dah siap ada beads. Tinggal nak patch je.
Target aku memang taknak spend duit banyak sangat dekat wedding, sebab tu aku tak kisah langsung kalau beli lebihan lace. Kepada b2b yang sedang mencari sesuatu yang murah (murah tak semestinya teruk), boleh try lebihan lace dekat Jakel Jln TAR. Jakel lain aku tak sure. Border lace yang harga Rm14 - Rm16 semeter pun jadi cantik kalau kita pandai adjust/alter. Nanti ada masa insyaallah aku update baju adik aku yang guna lace Rm4/5 semeter ya. Bagi aku sangat okay, berbaloi dengan harga :)
Yang adik aku pegang ni harga Rm12/13 semeter. Beli dekat Kedai Bunga Riben, Jln TAR.
Niat dihati nak patch lace macam ni dekat veil. Tapi tak jadi. Sobsobsob!
Kepada b2b yang telah email sebelum puasa tu, harap-harap entry ni dapat membantu awak mencari lace ya.. Lace saya memang lace murah je. Tak mahal pun. Huhuhuhu. Kalau ada apa-apa boleh la email saya lagi. Saya tak boleh la nak bantu banyak mana pun, tapi exchange info seronok kan.. Wink!
thanks korang!
Love,
Nursaila Norman!






























