Hai!
Assalamualaikum.
Petang baru dapat update blog. Oh? Penting sangat ke blog? Sedikit kelam kabut dan stress sepanjang hari ni sebab kerja. Sampai tahap aku berkeras dengan En Boss. Dah.. Masa suntuk, lagi mau demand. Maaf ya En Boss. Saya asyik call hotel untuk cari hotel yang sesuai untuk training, tahukah En Boss bahawa saya pun nak call hotel untuk honeymoon.Tapi demi kerja, saya tolak tepi honeymoon saya. Huhuhu! Kengkawan dah tanya 'honeymoon mana?' 'dah pergi honeymoon belum?'
Jawapan aku 'rumah saja!' Sentap.
Okay, settle membebel. Lagi satu masalah aku nak share dekat sini ialah picha dari DSLR Ayah dan Ammar (anak murid Ayah merangkap OP wedding aku) semua dalam PC Ayah. Pastu CPU hantar service. Stress aku tengok PC Ayah yang takde CPU tu. Rasa nak makan je PC tu. Grrrrrr!!
Dengan itu, aku upload picha dari camera henfon cap Sony jelah ye. Orang dah pakai BB, iPhone 4,5,6,7.. Aku tetap Sony merah ni ha. Hahaha. Sedih!
Pertama sekali aku nak alert kan yang hantaran aku biasa-biasa je, hiasan hantaran pun biasa-biasa jugak. Aku dah pernah share sebelum ni kan, kalau sudi boleh lah refer link Hantaran dan Pilihan Barang Hantaran Cara Saya dengan Teaser & DIY : Gubahan Hantaran (pihak perempuan). Untuk gubahan hantaran pihak lelaki aku takde buat teaser atau review pun. Maaf sesangat, tak sempat.
Hantaran untuk pihak lelaki
Hantaran untuk pihak perempuan
Hantaran untuk lelaki 9 dulang + sireh junjung yang tiba-tiba disponsor untuk jiran (kawan baik Ibu), hantaran untuk perempuan 7 dulang.
perfume dengan mandian Body Shop!
Ingat tak dengan Mini Jars ni?
Isi dalam balang beli dekat Famos Amos je + kurma dan kismis :)
Jam tangan, purse dengan tali pinggang :)
Kemeja kerja sehelai, kemeja santai sehelai :)
Dulang hantaran ada balang mashmallow, toblerone, dengan choclairs :)
Blueberry cheese tart tempah dekat kakak satu ofis :))
Sirih junjung + buah-buahan (sponsored)
Kek hantaran sponsored by kakak sepupu.
Ingat entry sini? Kakak sepupu buatkan kek hantaran untuk aku sebijik macam dalam gambar!
Suka takyah cakap la. Huhuhu.
Sekeliling kek ialah Kit Kat, isi dalam Red Velvet, coklat warna warni ialah Nips.
Kakak sepupu taknak guna M&M, takde cop Halal katanya. Okay kak!
Puas kitorang satu family makan red velvet paling sedap aku pernah rasa, dan kunyah Kit Kat :D
Ini ialah mas kahwin dengan epal merah (ikat cincin nikah dekat tangkai epal yang paling tengah)
Sedih sebab takde picha cincin di tangkai epal. sobsobsob!!
Fruit tart dari kakak sepupu jugak
Gubahan hantaran main belasah semata-mata. Huhuhu. Untuk diri sendiri aku sangat berpuas hati. Lama betul aku amek masa untuk publish entry ni, okay lah, nak balik dah kan? Nanti sambung lagi k!
thanks korang!
Love,
Nursaila Norman!












