CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, October 11, 2012

DIY : Pomander Ball

Hai!


Assalamualaikum.


Pomander Ball ni rasanya tak jadi diteruskan kot. Sebab malas nak tambah cost beli jarum. See, pemalas lagi di situ. Hehehe. Takde lah, actually aku dah malas nak membazir duit. Masa aku decide nak buat Pomander Ball ni, aku singgah Kedai Bunga Riben Jln TAR, kat situ aku beli kain felt warna purple (sebab dah berniat nak buat bunga Hydrangea), dan beli manik pearl purple jugak. Masa tu ada terlintas nak beli je jarum sebagai pengganti manik pearl, tapi ntah. Beli manik pearl pulak.

Bila tengah buat-buat tu baru aku tersedar betapa susahnya nak cucuk dawai yang dah diletakkan manik pearl ke kain felt. Susah dan mengambil masa yang agak lama untuk siapkan sekuntuk bunga. Bukan besar pun, cinonet je. Nasib baik ada jarum lebih memang aku beli tapi tak guna (biasa la, aku ni sume benda nak, guna belum tentu), laju la sikit nak siapkan Pomander Ball ni.

Jom DIY. Kot-kot ada yang nak buat Pomander Ball :)



potong saiz petak segi empat tepat. takde anggaran saiz. ikut suka je.



gunting sikit kat setiap bucu macam dalam gambar



Gunting sikit dekat setiap bucu yang telah digunting tu. refer picha ya :)



kemek-kemek kan felt tu supaya jadi buruk. serius nih.



kan buruk tu!



ikat riben awal-awal supaya tak terlupa.



letak kain felt dekat foam, lepas tu cucuk kan jarum.



Siap!!  Kalau guna dawai susah dan lambat. tapi terpulang lah, ikut citarasa masing-masing :)


Pomander Ball ni kecik je, aku anggarkan ia bersaiz S. Harga pun sebiji Rm1.00 je. Tapi nak buat bukan mudah rupanya. Huhuhuhu. Disebabkan Pomander Ball takde dalam checklist aku, so aku nak KIV dulu benda ni. Kalau ada masa dan peluang maybe aku sambung lagi 5 biji foam. Huhu. Sekarang ni kena fokus dengan checklist. Masa dah suntuk. sobsobsob!!

Selamat mencuba B2B.. Berusahalah!





thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!


Teaser : Centerpieces

Hai!


Assalamualaikum.


Pagi ni nak tunjuk teaser je dulu boleh?




Pada mulanya ini cuma trial. Yup, aku selalu try and error but end up dengan 'okay lah kot' 'macam okay' 'eh! jadi lah!' Hahahaha. So, this is my err tak tau la try and error kali yang ke berapa (termasuk lah baju nikah and resepsi. also try and error edition).

Buat laju-laju sebab dah lewat malam sebab tu dalam kepala cume fikir 'nanti lah aku betulkan semula'. Tapi sebab Ibu cakap cantik (maybe normal kalau Ibu puji. takde apa yang gempak pun kan), so aku tak jadi la nak betulkan apa-apa. Pemalas sebenarnya. Haha.

Aku rasa kaler biru navy tu macam tak kena, macam tak berapa nak center, tapi lantak lah. Si pemalas ni dah malas nak buat apa-apa dah ni. Huhuhu.

I just love crepe paper!! Murah dan mudah.
:)




thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!

Wednesday, October 10, 2012

Follow Up Checklist

Hai!


Assalamualaikum.

Follow up kepada checklist dekat S I N I iaitu checklist yang aku kena settle kan sebelum hari wedding aku (ops, salah, sebelum 5 November 2012. huhuhuhuhu!), banyak jugak la benda-benda yang aku dapat settle kan. Alhamdulillah.




Hal-hal yang ODW tu sebab aku tengah siapkan bahan-bahan dia. Bila dah combine, baru boleh tukar status kepada DONE. Sekarang ni tengah usaha siapkan bahan-bahan untuk hantaran, centerpieces, signage 'Groom' & 'Bride'. Untuk bunga manggar tak tau la bila nak rajin. Dah la Ayah mintak bunga manggar yang manual. Tau tak bunga manggar yang manual tu apa? Agak-agak ada yang tau tak? Hehe.

Baju nikah bila la nak start mem'beads' ni. Ya Allah, kenapa lah aku malas sangat ni. Huhuhuhu.

Esok kalau sempat aku share centerpieces aku eh. Malam ni nak usaha sampai siap. Berusahalah!!





thanks korang!




Love,
Nursaila Norman!

Kenali Saya : 20 Perkara Tentang Nursaila Norman

Hai!


Assalamualaikum.


Harini arahan aku kena pergi parlimen. Haihhh. Kejap lagi pergi, sementara ada masa ni nak update gedik-gedik sikit. Heeeeeee!!



20 Perkara Tentang Saya :

1. Malas bangun pagi (Nursaila bukan morning person. ampun)

2. Kalau susah sangat nak bangun dari tidur, aku akan fikir 'makanan apa boleh dimakan sekarang ni eh?' (sebagai motivasi supaya bersemangat nak bangun)

3. Suka mandi lambat-lambat masa weekend

4. Suka makan

5. Tak pandai tanya-tanya orang (nak mulakan perbualan - menyebabkan aku nampak macam sombong)

6. Suka bercakap (bila dah rapat dan confident dengan seseorang)

7. Sensitif

8. Cepat merajuk

9. Tak suka berkawan rapat dengan perempuan bajet cun, control cun, gedik2 ayam (jujur kan aku)

10. Suka orang yang jujur, jadi diri sendiri, tak belagak, mampu berdikari (sebab aku bukan lah kawan yang suka pamper kawan2)

11. Suka ada duit sendiri

12. Tak pandai bukak purse orang lain termasuk lah purse Ayah, Ibu, adik-adik dan En Gaban

13. Pemboros

14. Suka jadi akauntan untuk diri sendiri

15. Suka berkuku panjang (sejak darjah 5)

16. Suka kayuh gerek laju-laju (basikal)

17. Suka baca buku yang serius dan muka surat kena tebal-tebal

18. Kalau dah start marah memang aku tak teragak-agak nak fight habis-habisan kalau yakin aku betul.

19. Sangat tidak penyabar

20. Cakap laju (takde full stop haha)



Cukup la 20, lagi banyak lagi serabut nanti. Hehehe. Bloggers, ada yang sama macam saya tak? Meh la share dengan saya :) Kot-kot satu geng. Wink! Wink!




thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!



Tuesday, October 9, 2012

Hantaran dan Pilihan Barang Hantaran Cara Saya.

Hai!


Assalamualaikum.


Cakap pasal hantaran terus serabut kepala sebab nak kena gubah dulang-dulang hantaran. Kalau letak je macam gitu tak boleh ke eh? Heeee lepas tu kena lempang dengan Ibu.

Aku just nak share pasal barang-barang hantaran mengikut cara aku, kenapa cara aku? Sebab rasanya aku je kot yang beli barang-barang hantaran tak se'grand' orang lain. Yup, takde DSLR, takde Samsung Tab, takde IPhone5, takde Rolex, takde Carlo Rino, takde LV, takde kunci kereta BMW. Takde, takde, takde. Huhuhu! Sedih kan. Takpe. Pedulik. Haha.

Kalau cakap pasal barang hantaran ni bahaya sikit, sebab ianya melibatkan isu harga dan sensiviti lain. Tapi setiap orang ada cara dan pendirian masing-masing kan.. So tak salah rasanya kalau aku share cara dan pendapat aku dekat sini kan?

Bismillahirahmanirrahim.

Kalau tanya aku apa senarai barang-barang hantaran aku, semuanya benda-benda yang praktikal, benda-benda yang aku akan guna lepas majlis (sekarang ni pun dah berkobar-kobar nak pakai haha). Kami tak bagi handphone antara satu sama lain sebab kami dah ada handphone walaupun bukan Samsung Note. Lantak. Si dia tak bagi DSLR sebab Ayah punya pun aku dah boring guna. Aku lebih suka guna handphone Sony untuk snap picha, masuk blog gedabak jugak picha nya kan? Hehehe! Plus, tak kuasa aku nak angkut DSLR ke hulu ke hilir, berat kot. Huhu.

Barang-barang hantaran kami kitorang beli ikut suka masing-masing. Takde style aku beli untuk dia, dia beli untuk aku. So terpulang barang apa pun, yang penting praktikal.

Senarai barang hantaran aku punya :
1. Telekung + Sejadah
2. Kasut + Clutch
3. Set barangan Body Shop
4. Cincin
5. Sirih Junjung - request oleh Ibu
6. Kek
7. Buah-buahan

Kalau tengok dekat senarai tu cuma lima items je yang aku boleh guna. Kan? Telekung dengan sejadah for sure nak telekung dan sejadah baru untuk guna solat berjemaah dengan Suami nanti. Kasut dan clutch boleh guna untuk wedding kawan-kawan/ sedara mara atau dinner suami isteri. Hiks! Set Body Shop for sure barangan facial aku sekarang ni dari Body Shop (alhamdulillah berkesan sangat2. Happy!!!), plus mandian, mesh bath sponge (nak jugak Body Shop punya tak kira) dan perfume. Complete kan. Settle masalah.

Kalau ikutkan barang praktikal aku biasanya boxer, dah takkan aku nak letak boxer atas cermin hantaran aku. Gila? Huhuhu. Eventho boxer Padini feveret aku tu, takkan la kot.. Tak masuk akal. Ish3. Aku taknak handbag sebab handbag dah banyak, aku teringin nak clucth bling-bling. Heeee!

Senarai barang hantaran En Gaban pulak :
1. Sejadah + Kain pelikat
2. Kemeja santai + Kemeja Kerja
3. Perfume Hugo Boss + Mandian Body Shop
4. Jam tangan
5. Purse + Tali Pinggang
6. Kek
7. Buah-buahan
8. Jars
9. Coklat kegemaran En Gaban

Sejadah dengan kain pelikat perlu kan untuk solat berjemaah nanti, kemeja aku suruh dia beli dia jenis yang berbeza. Sehelai untuk santai-santai, sehelai lagi untuk dia bawa pergi kerja. Perfume dengan mandian standard la kan, mandian Body Shop tu aku yang suruh jugak (banyaknya aku suruh). Jam tangan sahaja yang takde motif. Dia tak pakai jam tangan. Tapi dah taktau nak letak apa, belasah jelah.. Mana tau bila benda dah ada, kot-kot dia tergerak hati nak pakai. Kan. Purse for sure lah, tali pinggang pun. So? Semuanya praktikal. Dan tak grand, tak gempak, tak mahal. Janji pakai sedap di mata sedap di badan sendiri.

Benda paling similar dengan dulang hantaran selain harga ialah brand. Betul? Ramai orang pentingkan brand, sebab tetamu boleh nampak jenama apa atas dulang hantaran kita kan. Well, ukur poket sendiri lebih baik dari nak jaga mata dan mulut orang. Aku awal-awal bagitahu Ibu pasal barang-barang hantaran aku.. Memang takde jenama gempak-gempak, semuanya jenama yang kami pakai. Taknak hipokrit. Biarlah orang nak cakap 'jenama ni jew?' Ya, jenama Lux je noks. Dah tu?

Aku seboleh-bolehnya nak ukur baju dibadan sendiri, kalau sebelum-sebelum ni tak pernah pakai jenama POLO, tetiba sebab nak letak atas dulang hantaran aku gigih jugak beli POLO, aku sendiri lah yang bodoh. Poket rabak, pakai belum tentu kena dengan tempat.

Aku seboleh-bolehnya nak beli barang yang praktikal, jenama yang memang aku dan En Gaban pakai (sebab dah tau sedap ke tidak, kena ke tidak dengan badan). No point kalau aku beli benda mahal tapi simpan sebab 'mahal, sayang nak pakai.' No, no for me. Barang dibeli adalah untuk dipakai. Sebab tu kalau aku beli something, terus pakai bawak ke tido. Hehehe.

Mungkin ada yang tak sependapat dengan aku, its okay.. Aku cuma share apa aku rasa dan cara aku. Sebab ada orang segan dan malu nak bagitahu barang-barang dia berjenama murah dan  tiada jenama. Proud to be yourself, peduli kan apa orang nak kata. Yang penting poket kita selesa. Kalau mampu takpe, mampu untuk merasa apa saja, tapi kalau biasa-biasa macam aku, tak perlu lah memaksa diri.

Kalau ada yang tak suka dan tak selesa dengan entry aku yang ini aku minta maaf, pendapat kita mungkin tak sama, mungkin ada yang akan kata 'sekali seumur hidup, biarlah berhabisan-habisan', tapi bagi aku hidup cuma sekali, masa tak mampu diputar kembali, kalau aku terseksa dikemudian hari tak mungkin aku dapat undur balik dan betulkan mana yang silap. Huhuhu.

Mana-mana yang berkemampuan lebih, beruntung menjadi kamu. Tapi kalau ada yang mencari-cari jalan untuk menyelamatkan poket demi pampers, baby cot, baby stroller tahun depan (wahh,aku tersangat lah excited hahaha) mungkin cara saya boleh membantu anda.

Peace!!




thanks korang!





Love,
Nursaila Norman!

DIY : Bunga Cotton

Hai!



Assalamualaikum.


Pagi ni meeting ditunda lewat sikit, so sempat la nak share pasal bunga cotton kaler kuning :) Bunga cotton ni sama je macam bunga hb Kak Intan Norazam, cuma bezanya jenis kain. Tapi dah ramai kan buat bunga dari kain cotton. 

Bunga ni salah satu bahan untuk dulang (bukan dulang, actually cermin) hantaran aku. Aku memang tak guna fresh flowers atau artificial flowers, aku guna felt flower dengan bunga cotton. Simple dan tak membazir. Huhu.













Cara buat bunga cotton ni sama je dengan IntanNorazam. Cuma aku ter'rajin' nak snap picha, so aku share la dekat sini untuk b2b semua :) Saja guna kain cotton, nampak berbunga-bunga sikit. Hikhik. Harga kain cuma Rm2.50 semeter. Aku gunting panjang 13inci, lebar 2.5inci. Total bunga yang aku dapat ialah 18 kuntum bunga. Masih berlebih-lebih lagi kain cotton tu. Tak perlu beli kain cotton yang semeter Rm12.80 tu. Sebab untuk buat bunga hantaran je pun. Hehehe.

Malam tadi dah settle bab dokumen nikah, tak sangka semudah itu dan se'happy' itu jumpa Penolong Pendaftar (Ustaz Rashid a.k.a Jurunikah kami). Ustaz Rashid siap bagitahu, tiada soalan-soalan cepumas masa akad nanti. Lega rasa, syukur sangat kami dapat Jurunikah sesimple, sangat memahami dan sangat ringkas macam tu. Semoga masa majlis akad nanti semuanya baik-baik dan sempurna saja :)




thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!

Monday, October 8, 2012

DIY : Tagging Card

Hai!


Assalamualaikum.


Belum sempat buat apa-apa lagi, cuma sempat buat number untuk centerpieces dan siapkan tagging sahaja. Sedihnya. Sangat slow. Huhuhu. Nampaknya centerpieces dah hampir siap. Dah boleh siapkan bunga-bungaan lepas tu siap!

Nak share sikit pasal tagging card, boleh kan? Kalau refer entry On The Way : My Centerpieces ni aku ada tulis panjang lebar sampai orang tak faham (mesti tak faham kan sobs!) pasal centerpieces dan tagging card. Punca utama ada tagging card ni sebab aku tak mampu nak tulis panjang-panjang atas doily paper. Tak mampu ya. Doily paper aku just ada number sahaja. Macam picha kat bawah ni..




Hanya number sahaja. Mustahil aku boleh tulis 'For Groom's Family'. Kalau boleh aku taknak terlalu kecik huruf-hurufnya, nanti susah pulak family En Gaban nak baca. So aku decide untuk tulis number dan aku pun dah bagitahu awal-awal dekat En Gaban number 1, 2 dan 3 ialah meja untuk family En Gaban. So settle. Lagi pun nanti family aku akan usher jugak family side pengantin lelaki pergi ke meja. Done.

Dan oleh kerana itu aku buat tagging card supaya semua orang tahu meja number 1,2 dan 3 adalah meja yang telah di reserved. Reserved untuk family pengantin lelaki.




Walaupun kecil tapi effect dia besar ya. Idea ni datang sebab aku selalu handle seat untuk VVIP, biasa la VVIP kan.. Kena la 100% sempurna, so dengan adanya tagging ni diorang dah tau la seat diorang dekat mana, tak perlu bersepah-sepah kannn. Cara-cara buat tagging ni simple je, aku ambil cara yang paling simple tak perlu serabut-serabut sangat. Kertas, potongan simple dan tampal. Siap.




Kertas yang diperlukan ialah kertas berwarna mengikut tema. Aku pilih dua tone, biru terang dan biru lembut supaya nampak border. Print perkataan RESERVED atas kertas sticker. Simple kan? Selain simple, kertas pun tak kotor dengan gam. Tips! Guna glue stick, jangan guna gam air, nanti kertas kotor.





Ta Daaaa!! Siap. Border agak selekeh. Tapi takpe lah, dari jauh tak nampak. Kan? Hikhikhik!


Sebelah centerpieces ialah tagging card. Harap-harap apa yang aku plan menjadi. Amin Ya Allah, Amin. 

Malam ni nak settle kan dokumen nikah, sangat-sangat mudah (thanks Allah). En Gaban call Ustaz yang nak nikahkan kami, terus Ustaz suruh berurusan dengan dia waktu malam pukul 9mlm - 11mlm. Mudahkan? So malam ni En Gaban akan bawak saksi-saksi dia, aku dengan Ayah datang dengan saksi-saksi kami. Jumpa dekat rumah Ustaz lepas tu tunggu Ustaz dapatkan kebenaran bernikah dari Pejabat Agama. Wallahhh! Tak sangka semudah ini, so cuti yang aku reserved untuk settle kan dokumen nikah tak payah guna lah. Boleh lah guna untuk cuti suka-suka. Hehehehe.

Psssttt, tadi call HR, lebihan cuti aku yang 10 hari tu boleh bawak ke tahun depan. Best kan? kan? kan? Honeymoon panjang lah kitorang. Hehehehe. Wink! Wink!

Jumpa lagi!




thanks korang!




Love,
Nursaila Norman!