Hai!
Assalamualaikum.
Hello Ladies!! Baru dapat online. Hikhik. Pagi tadi ingat nak buat hal-hal kerja kawen tapi tetiba En Boss panggil kami bertiga ada discussion pulak. Cis. Baru nak sarapan sambil layan feeling pagi jumaat. Ingatkan diskas ringan-ringan je. Sekali mulut aku gatal pergi request nak pergi Parlimen nak tengok site lagi sekali. Terus terbantut nak update blog. Hahaha!
Anyway, Bajet 2013 kan dah tak lama lagi. Haruslah kami-kami di Korporat ni tersibuk. Heheheee! Oleh kerana aku ni tak pernah masuk Parlimen, so ini task pertama aku pasal Parlimen, haruslah menggelabah lebih. Siap request dekat En Boss nak pergi Parlimen sekali lagi. Padahal dah pergi dah minggu lepas. Tapi tak faham. Banyak sangat makan semut aku nih. Erk!
Niat dihati nak update pagi, tapi dah pergi Parlimen pukul 10.00pagi macam mana nak update kan? Hehehe. So, time lunch aku siapkan beberapa perkara simple tentang Centerpieces. Laju-laju kot aku siapkan tagging. Wink! Wink!
Nak share tagging yang aku dah buat boleh tak? Boleh la eh.. Bagi chance eh? eh? Hehehe!!
Maaf, kabur pulak. Yang ini untuk nombor meja.
Yang ini pulak 'Tagging'
Mesti korang blur-blur tengok apa aku update ni kan? Ampun ya.. Huhuhu. Picha kat atas ni adalah salah satu bahan untuk sempurnakan Centerpieces aku. Picha yang kat atas tu adalah Centerpieces dekat meja VIP (Family En Gaban). Aku just guna nombor sebab malas nak tulis panjang-panjang. Lagi pun bentuk yang aku nak ialah bulatan. So tak muat kan nak tulis panjang-panjang dalam bulatan. Jadi, aku dah bagitahu En Gaban, meja nombor 1 hingga nombor 4 adalah meja untuk family dia. Dan insyallah, sebelah Centerpices akan diletakkan Tagging, menunjukkan meja tu untuk Groom's Family. Aku dapat idea ni pun masa handle meja-meja VIP dekat ofis ni. Huhuhu!
Nak tunjuk progress Centerpieces yang dah berjalan lagi satu step.. Boleh kan?
Letak gabus! Hehe :)
Aku pilih gabus putih ni sebab ianya bersih sikit berbanding gabus warna hijau (yang biasa orang buat cucuk bunga tu). Bukan la bersih sangat, tapi takde la melekat-lekat dekat tangan dengan baju. Siapa yang tahu pasal gabus hijau tu mesti faham betapa susahnya nak bersihkan kotoran gabus tu kan?
Nampak tak gabus putih yang tinggi tu? Asalnya dia berbentuk silinder, harga Rm3.50. Tapi aku potong secara slice dapat la 8 keping. Cukup la untuk 8 buah tin Centerpieces aku. Wink!!
Lidi sate pun dah ada. Tinggal nombor meja je belum siap (rujuk picha paling atas). Plan nak letak bunga crepe paper macam gambar kat bawah ni..
Macam okay je.. Kan? Heee~
16 comments:
saila..cantiknyer..alemak..ana pun dok pikir nak wat ape untuk centrepiece..t kite share lak ye..sempat gak ye saila..ana sempat try wat kelopak munge ros je td kejap..sekeping je dapat..haha
wa..cntiknyeeeeeeeeeeee
cantik! suke linda tgok..dah buh bunga tu memang cntik :)
yeayyyy!!!cantik2x!ayut nak VIP gak.. :p chaiyok kak!bt bg abis semua :)
Cik saila...samelah kita punyer,.....hehe...version je lain2....tp serupa...hehe...cntik.....
umm..cantik2:)
Ala santiknye saila..nk mntk 1 centerpiece ni lps mjlis boley ke? ;)
cantik & kreatif...
ehh...mcm nk tiruuuu~~~
cantek! tp kan awak, kaLaw bunga tu ade terseLit 1 kaLer biru Lg naek kot.
BTW, saye follower br bLog awak.nnti visit ek
sya-orked.blogspot.com
kreatif!
Nak tiru tau nanti...=P
rajin btl lah bkl pengantin ni..
sape-sape yg nak tiru tu boleh sesangat ya..sharing is caring kann..
Mmg rajin la perantin ni.
Dear, i ada wt contest..meh join
http://adriacottage.blogspot.com/2012/09/dream-veil-contest-v20.html
yeayy sama laa kita guna tin!
Post a Comment