Hai!
Assalamualaikum.
Dalam entry Preparation #5 aku ada share yang aku beli songkok dan sampin murah kan.. Chop! Murah tak semestinya tak cantik tau. Tapi bukan la aku nak tegaskan dekat sini yang sampin dan songkok kami tu hebat sangat. Huhuhuhu.. Tak la.. Dengan harga yang kami bayar, ianya lebih dari cukup.. :)
Songkok
Sila jangan percaya imej dekat kotak tu. Songkok sebenar takde corak dekat tepi songkok ya.. Hehe. Ni gambar kotak songkok yang berada di dalam plastic bag. Hehehe!
Wisma Melayu
Peerbhai, Jln Masjid India,
50100 Kuala Lumpur.
Korang tau kan masjid india yangd dekat Jln TAR tu.. Satu-satunya masjid dekat Jln TAR kan.. Depan masjid tu ada Wisma Melayu. Dari luar boleh nampak kedai songkok ni penuh dengan kotak2 songkok bersusun penuh dekat rak. Ada jual minyak attar (macam ni ke eja wehhh?).. Ala minyak yang orang lelaki pakai g masjid tu.. Huhuhuhu! Kedai dia kecik je :)
Sampin
Maaf, takde picha. Perlu ke picha? Ada yang tanya sampin tu jenis lembut ke keras. Lembut. Tapi bukan la selembut kain pelekat. Masa aku beli tu, Ifah cakap kalau lipat sampin nanti takde la ternganga lipatan dia. Korang faham kan? Part yang ternganga tu yang kat tengah2 tu. Faham kan? kan? Huhuhu.
Gallery First Impression Textiles,
No. 189 & 191, Jalan TAR,
50100 Kuala Lumpur.
Sampin yang dekat Jakel keras sikitttttt dari yang dekat First Impression ni. Kedai First Impression ni sederet dengan JukeBox. Siapa yang hardcore dengan Jln TAR sure tau kan? Kalau taktau gak, korang jalan start dari Alinas (kedai kawen) straight je sambil-sambil tu tengok-tengok la nama kedai. Tak sesat punya. Cuma rambang mata jela nanti. Hiks!!
Dah beli songkok, inner, butang baju melayu kitorang merayap ke Pertama Complex pulak. Saje je jalan-jalan. En Gaban nak cari kasut dengan jeans.
I found this! Haha.. En Gaban yang mencari jeans, dengan aku sekali beli sehelai. Warna Navy. Tgh 'in' kan warna ni. Tengah melaram dengan seluar ni tiap kali dating. Hikhik.
thanks korang!
Love,
Nursaila Norman!
2 comments:
wahh...melaram dengan jeans baru...:)
Hai keciknya kaki..jeles aii...huhu
Post a Comment