CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 20, 2012

Nak Bagitahu Pasal Semalam..

Hai!


Assalamualaikum.

Aku nak cerita pasal semalam boleh tak? Selalunya aku cerita hal mengadu bagai ni dekat En Gaban, tapi semalam memang tak sempat nak bercerita. Siap boleh tertido masa tengah taip SMS!! Bangun pagi tadi lepas off alarm ternampak SMS tak habis taip.. Ceh!
(errr..kejap, kami memang berSMS dari celik mata sampai la tido semula pada malamnya. selama lebih 6thn. gitulah kami seadanya)

Okay, nak cerita pasal semalam.. Semalam Timbalan Perdana Menteri Turki datang sini (Kementerian Kewangan), so macam biasa aku lah yang kena pastikan semua keperluan tersedia. TPM Turki tu akan datang ke sini pukul 4.30pm. Nak jumpa Dato' Seri Menteri Kewangan II. Okay, fine. Dato' Seri pun dah setuju. Dalam 2minggu gak la aku standby. Bila tiba masa aku tetap berdebar-debar. Fuh! So semalam seharian tak senang duduk, sebab dalam kepala asyik fikir 'apa lagi ya?' 'apa lagi yang tak lengkap eh'. Semua okay je, tapi hati macam rasa tak best. Okay takpe, lunch tetap lunch. Berpoya-poya la kejap dengan Zhul n Yani dekat Presint 11. Haha.

Pukul 2.30pm aku dapat call pejabat Dato' Seri. Staff dia tanya soalan yang simple yang aku boleh jawab dalam fon je pun. Tapi dia nak aku datang sana (tempat dia). Aku dah start bengang dah. Karang pukul 4.00pm aku kena ke sana jugak. Buat apa aku pergi sana banyak kali. Jauh kot. Tapi macam biasa kita kena positif dulu. Sampai-sampai je kat tempat dia, dia tanya aku pasal flow. 

Dia : macam mana flow dia nanti eh? (ya, flow nya tetap sama. itulah jugak flow nya sayanggggg)
Aku : dari lobi boss saya bawak diorang naik, letak diorang dekat waiting room dulu, saya masuk dalam bgtau korang diorang dah sampai. Bila Dato' Seri ready, saya jemput diorg masuk.
Dia : Okay, good.. Nanti awak just call je pun takpe.. (dia dah start nak berlalu masuk pejabat dia)
Aku : tu je? Jauh-jauh saya datang tu je nak tanya?
Dia : A'ah.. (Sengih)

Aku gelak okay. Kelakar gila. Okay, tipu la kelakar. Tapi serius aku tergelak. Terbaik lah Abang sayang.

Huru hara kejap hidup aku. Well, tiap kali ada lawatan antarabangsa aku memang wajib huru hara. Cis. Takpe, janji best. Pukul 4.00pm dua orang Turki datang tiba-tiba dekat lobi. Aku dah pelik. Apahal? Dia cakap dia nak check kawasan Kementerian kami (i mean area yang diorang akan lalu). Hell-O??? Kau ingat ni negara pengganas ke? Malaysia okayy.. Aku dah start rasa tak best dah. Sebab awal tahun lepas Menteri Kastam dia datang janji datang 5 orang je. Last-last 15 orang. Penipu! Penipuuu! Hahaha. Bengang la. Setiausaha Sulit Dato' Seri bising kat aku, aku bising la kat Kedutaan Turki. Pedulik apa aku. Kedutaan dia cakap diorang memang jenis tak faham bahasa. Hambek kau. 

Memang macam yang dijangka, pukul 4.30pm diorang sampai. Janji nak datang 5 orang. Senarai nama kat aku pun ada 5 orang. Aku dengan Yani tunggu dekat Pejabat Dato' Seri, depan lif. Tetiba.. Tetibaa.. 3 lif bukak serentak.. Bapak ramai umat manusia keluar dari ketiga2 lif tu. Terkejut kot. Apa ni? Apa ni? Ramai yang amat. Lebih 20 orang. Yang ramainya bodyguard dia. Hampeh. Nasib baik hensem-hensem. Hahaha.

See? Cakap lain, buat lain. Menyampah betul la orang luar ni. Kata Malaysia kurang ajar, orang negara lain lagi kurang ajar. Datang tempat kita lebih-lebih pulak. Menipu satu hal, banyak songeh pun satu hal. Tau la TPM kau.. Tapi boleh tak jujur? Kau rasa negara kau ada protokol? Habis kami Malaysia takde protokol ke? Kau nak ikut cara kau lak.. Cara kami? Eh, macam la diorang baca blog aku ni kan. Hahahaha.

Settle la satu masalah semalam. Masalah la, bila kita dah susun baikkkk tetiba diorang buat onar tetiba. Hampeh sungguh!

Cerita kedua, pasal Pekak. Dia sakit dah lebih 2minggu. Aku tengok dia macam okay2 je, tapi taktau sakit apa. Semalam nekad nak bawa dia pergi klinik walaupun aku tau aku balik lambat semalam. Semua sebab Turki punya pasal. Tapi nasib baik En Gaban pergi klinik haiwan awal-awal tanya klinik tutup pukul berapa. Pukul 8pm. Yayyy! Pukul 5.30pm habis program Turki terus lari balik ofis capai handbag, balik naik ERL. En Gaban dah tunggu dekat KL Sentral, laju2 balik ambil Pekak bawak pergi Klinik. Huhuhuhu! Demam selesema rupanyaaa.. 

Nasib baik Pekak baikkkk je.. Dah la dia tak pernah pergi klinik, tapi dia diam je.. Sampai Doc cakap dia baik sangat-sangat. Oloh,olohhhh.. Baik lah sangat ya.. Tunggu dia sihat nanti. Hehehehe. Baru lega hati bila tengok dia kuat sikit lepas makan ubat dekat klinik.. En Gaban cakap 'selesai satu tanggungjawab' Huhuhu. 

Tetiba aku rasa happy teramat sangat dapat kawen (insyaallah) dengan En Gaban tak lama lagi. Dia tak pernah hampa kan aku. Apa je aku mintak tak pernah dia tak tunaikan. Lagi-lagi kalau bab kucing.. Dia la pergi tanya klinik, amek aku kat KLS (sama-sama pakai baju kerja semalam huhuhu), amek Pekak, bawak g klinik, susah payah dia kelam kabut sama-sama dengan aku. Haha. Kalau bukan sebab En Gaban, mesti Pekak masih sakit dekat rumah. Huhuhu. Tenkiu sayang :)

Okaylah, nak minum kejap. Bye!

Maaflah, entry ni luahan perasaan semata-mata. Harap jangan ada yang marah ya :(





thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!

10 comments:

Cik Tqah said...

hoho..macam2 hal eh.. sabar je la.. hihi.. nasib pekak da sembuh

SarahSyafiq said...

baca yang last2 tu, owh sweetnya:)

ayut said...

perenggan last mmg bt ayut nak tergelak..adehhh...insya Allah semoga bahagia sentiasa bersama kalian :) amin...

Kesuma Angsana said...

kkdg meluahkn rasa itu lebih baik dan dpt meredakan

Saya Disini said...

:)

Amalina Ali said...

Wahhh... mcm syiokkk je keje awak dear. :)

dear, tolong vote nana kat 2 contest kat FB tu. ada kat belog entrynya. :)

TQ.

♥ Cik Cha said...

hahaha.. kelakar pun ada... tak pe syg.. sabar byk2 okeh.. hehehe

Nn said...

fuhhh...pjg gile. sy baca yg pasal dato2 tu je. yg pekak2 xsempat bace. hehe.......

LiNda said...

Saila kje pe,mcm best je.hihi..mesti pening lyan krenah org. Saila,mmg best kn kalo dpt kawin dgn laki yg pham kite,sggup same2 susah ..thats mean dia mmg sygkn kite. Linda dgn raja pun ari2 msg dr 5 thun lpas,dr pagi smpai mlm.nasib baik dia x bosan..haha.

anariffin said...

a'a,,nak tanye soklan same..saila kije ape..knape nmpak sgt best..n lam hati kate..wah untungnyer..hehe..dear saila..dpt org yg leh paham kite dgn ape keadaan sekalipun..impian sme org tau..n untung kali kedue untuk saila..ade partner yg begitew..sweet ya hamat..