CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 9, 2013

Update Blog Secara Ikhlas

Assalamualaikum.



Lately aku terperasan.. Aku akan klik 'new post' bila masuk time lunch. Aku lunch lewat sikit, sebab masih kenyang breakfast. So, aku update lah apa yang boleh di update ye.

Chop! Sebelum tu aku nak bagitahu, link-link blog korang dah selamat aku update kat sidebar.. Boleh lah intai-intai.. Kot-kot ada yang aku terlepas pandang.. Boleh lah bagitahu aku ye. Harap-harap takde lah yang aku terlepas pandang, kang nampak sangat aku nyanyuk a.k.a pelupa. Dah tua lah tue!


ta raaaaaa..

Oleh itu, trend aku berblog ialah melawat (BW) blog(s) yang ada dekat 'Read Them Please' lepas tu baru BW blog(s) yang ada dekat dashboard. Baru puas hati. 

Usha Nuffnang pun salah satu daripada agenda wajib jugak.. Hikhikhik. Mentang-mentang lah ada akaun Nuffnang, bukan mainnnn lagi ye. Dah tu, amount pulak naik bukan mainnnn lagi, bertambah-tambah lah asyik nak stalk Nuffnang je. Gila apa. Haha. Stalk akaun sendiri tak salah kan.. Jangan stalk akaun orang lai dah la. Tu peminat namanya. Lalalalalalalala...

Bila tengok amount Nuffnang naik mencanak-canak, ada perasaan excited nak update blog. Asyik dok fikir dalam kepala otak ni, nak update apa ye.. Nak update apa ye. 

Tapi bila amount Nuffnang tak naik sangat, nampak la amount tak naik sangat sebab sejak kebelakangan ni entry pun dah tak banyak, aku dah mula rasa macam tak best. Semakin ligat dalam kepala ni fikir nak update apa, nak update apa.

Kejap tadi aku usha akaun Nuffnang, iklan yang menyumbang duit terbanyak dah pun di credited kan ke akaun. Tinggal 1 iklan je lagi nak menjana duit. Dan aku rasa sedih. Sedihnyaaaaaaaaa.. Huhuhuhuhu.



Dan tiba-tiba aku rasa macam aku tak ikhlas berblog. Kan?

Aku berblog sebab nak duit atau nak share apa-apa yang baik dengan kawan-kawan? 

Macam yang sebelum-sebelum ni, sebelum ada akaun Nuffnang, aku okay je.. Aku share segala mak nenek yang aku rasa baik dengan orang lain tanpa fikir soal duit. Bila aku dapat share sesuatu dan orang suka, aku rasa itu lah amount yang paling syok. Seronok orang seronok. Jadi, mana keterujaan aku untuk berkongsi maklumat? Mana?

Aku akui, maklumat aku dah tak banyak macam dulu. Sebab aku banyak habiskan masa dengan Suami dan rumah. Tak perlu kot aku bagitahu maklumat tentang isi rumah dan Suami. Syyyyyhh, rahsia.

Aku muhasabah diri, aku berfikir sekejap.. Kenapa aku perlu risau kalau duit Nuffnang aku tak naik, stop dan akhirnya di credited kan (bermaksud iklan tamat). Kenapa aku perlu bersusah payah perah otak berfikir cerita apa aku nak update hanya supaya orang masuk blog aku, baca cerita aku, duit Nuffnang naik 3 sen tapi hakikatnya cerita aku cerita merapu. Cerita kosong buang masa.

Silap-silap cerita aku cerita yang tak perlu diceritakan. Cara-cara Membasuh Baju dengan Lebih Berkesan. Aku taknak aku bercerita poyo macam zaman aku muda-muda dulu. Zaman single. Zaman takde Suami. Kan..

Bila dah muhasabah diri ni, aku kena back to basic. Aku berblog sebab suka-suka dan menulis apa yang terlintas untuk dikongsi. Asalkan tak merapu jauh-jauh. Asalkan tak memalukan Suami. Takut. Takut niat kita nak berkongsi, tapi dari satu sudut lain, kita seakan menjatuhkan kredibiliti Suami. Berhati-hati berblog ya!

Dan, macam takde gaji bulanan pulak.. Dok risau pasal Nuffnang. Huhuhuhuhu.. Apa kes kau Saila. Gaji bulan-bulan tak cukup keeeee? Dok gigih sedih sangat amount tak naik sehari dua ni. Keji lah perangai! 

Blogging is my priority. Nuffnang & Tempahan nope.

Selepas kelegaan ini, jangan terkejut lah kalau aku jarang update blog ye. Susah sangat nak bercerita lately, takde bahan. 

Jumpa lagi!





Love,
Nursaila Norman!


14 comments:

Affy Afiqah said...

spotted my link ehehehe :D TQ kak~
ika pun berblogging suka2 je kak, just sharing pengalaman ika, pendapat, ape yang terlintas dalam fikiran...selagi boleh beri manfaat pada orang lain itu dah cukup..tentang nuffnang..sejak ika join nuffnang 25 september yang lepas..ika klik je mana2 blog yang ika singgah yang ada nuffnang..ada yang ika beritahu ika klik, ada yang tak sebab kadang2 terlupa nak cakap..tapi so far semua ika klik...blog akk pun..hee..tak leh mention sebab akak takde kotak chat huhu

apa pun niat kita kena betul kan kak, macam ika, even baru bertunang, ika pun fikir betul2 sebelum ika nak kongsi apa2 kat blog, maruah dia, maruah keluarga pun perlu dijaga juga..sebab blog ini dunia "public"...apa kita share pun kita kena berbatas :)

semoga sama2 beri manfaat pada orang lain...semoga terus gigih berblogging ye kak :)
*sorry comment panjang

Fieda Redzuan said...

Eh link kte pon ada.. Thanks!! :)
Takpe anggap je nuffnang tu sampingan.. Ada, adalah.. kalau takde pon takpe.. hehe

Unknown said...

hehehehehe ....

saila tulis pe pon iera still baca je ...xkisah la orang nak kata merapu ke pe ...sbb nye macam2 bnd leh blaja & contohi bila bc orang lain nye blog ...

blog for life !!
ecewahhh ...

Nurul said...

Hai, Saila...

Thanks yer... link k nrl pun ade... ^__^ macam k nrl plak, baru jer open tuk bacaan public...padahal dah bkk blog sejak 2011...sblm ni blog tu hanya untuk diri sendiri & family sj...

suria lekatlekit said...

takpe anggap je semua tu rezeki dari Allah.. kalau ada untuk kita ada la.. at least kita dah cuba usaha kan.. apapun berblog ni enjoy walau jadi blogger ni tak semua benda2 manis je yg datang.

Afasz said...

oo kampung saila kat hulu langat ke. hehe~ dekat je dr bangi....

tq singgah blog kite :)

oshinz said...

as for me.. nuffnang tu pendapatan sampingan. macam tabung kita.

kita pun macam dah lost energy. ada idea nak taip or share, tapi malas nak taip. hahaha. dasar pemalas btolla.

cik mah said...

Yeah...ada juga dlm senarai tu..suka2...btul2 ....kn berblog ikut keikhlasankan...xpe....jrng2 pun.xpe jnji ade bnda nk cerita...

Ana said...

terima kasih saila sudi letak link blog picisan akak..hahaha..akak pon ade nuffnang akaun tapi masih bodo-bodo bab yg bole kutip duit so akak buat bodo jer :)..nanti bole lar saila terangkan pasal akaun nuffnang tu..akk berblog sebab suka2 jer selama ni selalu blogwalking blog orang..suka baca so skrg cuba2 menulis blog sendiri..tapi tu la sekejap timbul sekejap tenggelam..hahahaha

ayeen @ cik tudung pinky said...

salam saila ..terima kasih sudi letak link blog ayeen yg tak seberapa tu....tp.rasanya ayeen silap bg link kot....heheh...

http://ciktudungpinky.blogspot.com/

ni link yg btoi tau...hehehe...sori...

Han Hanni said...

Suka baca blog ni..

PetakBunga said...

dah check..ada..he..he

Anonymous said...

singgah jgk kejap cuti2 ni !

Aisy Nasiha said...

Ai.. bab iklan ni pendapat kita samalah. Akak dah mula blog 2011. Awal2 tu ada masukkan benda iklan ni. Beerapa bulan tak ada apa2 akak buang je. Mmg niat baik2 memblog sebab nak kongsi kegembiraan dan pendapat dan cari kawan.. ok je dah dua tahun lebih. Tapi semalam akak masuk balik nuff dgn niat utk sampingan.. tapi rasanya ni puj tak lama..kalau xsa hasil lagi akak stopkan lagi.. bila pikir duit je mmg macam tak ikhlas kan...