Assalamualaikum.
Dah lama tak tulis panjang-panjang, kali ni nak tulis panjang sikit. Boleh kan? Hehehehe.
Sejak Melissa lahir, kitorang belum pernah bawak dia keluar jalan-jalan bertiga. First outing Melissa masa cucuk sebulan. Cucuk hari sabtu, lepas cucuk bawak dia pergi beli stroller. Tapi ada nenek dia sekali sebagai peneman sebab aku masih dalam pantang lagi time tu. Seminggu kemudian kitorang lunch ramai-ramai kat Menara KL. Tak lama lepas tu Melissa macam susah bernafas sikit, refer Ampang Puteri diorang suruh amek neb 5 sesi. Masa ulang alik amek neb tu lah aku dengan Suami berani bawak Melissa tanpa nenek dia teman. Masa ulang alik amek neb tu lah aku plan nak bawak Melissa ikut Ibu dengan Abah dia celebrate anniversary walaupun Melissa tak faham apa-apa pun. HUHU. Second last neb kitorang plan nak lunch (celebrate anniversary) bawak Melissa sekali. Tapi mood dia tak baik sejak pagi. Dia tak pernah bad mood waktu pagi. Tetiba hari anniversary Ibu dengan Abah dia, dia bad mood. So kitorang plan dinner lah bawak dia celebrate sekali lagi. Malam tu last neb dia, masih bad mood jugak. Kitorang terus balik tak jadi dinner burger bakar. sobs!
Masa tu baru aku sedar, Melissa baru nak masuk 2 bulan. Sehari dua lagi genap 60 hari. Aku pulak nak bawak dia ke sana sini macam lah dia dah besar sangat. Aku lupa yang Melissa tu masih terlalu kecil untuk dibawak keluar. Saiz badan je macam besar, hakikatnya dia baru nak masuk 2 bulan. Teruknya aku time tu. Aku rasa bersalah sangat. Ibu aku dah pesan, selagi dia belum 3 bulan tak payah lah bawak keluar. Risau kalau jadi apa-apa. Sejak tu aku keluar berdua je dengan Suami. Melissa terpaksa tinggal dengan nenek and atok dia.
Baru-baru ni Melissa nak masuk 3 bulan, dia baru baik dari menangis setiap kali maghrib. Nak masuk 2 bulan dulu dia start menangis bila maghrib. Selepas dua/tiga minggu baru okay bila Allah jumpakan kitorang dengan sorang ustaz. Aku tau syaitan, jin, iblis suka dengan baby, tapi aku betul-betul tak sangka Melissa kena ganggu. Bukan sebab bawak dia keluar pun, dah memang nak jadi. Aku sampai tak sangka nampak Suami menangis sebab tak sanggup dengar Melissa menangis teruk. Alhamdulillah semua dah OK. Aku punya lah marah anak aku kena ganggu, aku sampai cakap kalau aku nampak benda tu ganggu Melissa aku nak tumbuk muka benda tu. Masa tu aku tak rasa takut ke apa ke, yang aku rasa cuma geram, marah yang amat sangat. Huhuhuhuhu. Berani okeh aku time tu. Ada orang boleh tumbuk benda halus ke? Hahahaha.
Lepas Melissa OK, aku plan dengan Suami nak bawak dia jalan-jalan. Tapi tak berani lagi ni, acah-acah berani je. Kitorang plan pergi Aeon Au2 Keramat, luas nak tolak stroller dia, yang paling penting dekat dengan parking untuk cabut lari kalau Melissa meragam. HAHAHA. Sejak Melissa dah banyak akal ni, itu lah first time Melissa duduk dalam carseat. Nasib baik dia duduk diammmmm sambil main tangan sendiri. Aku pulak boleh tak sedar ada anak kat belakang. Hehehehehehe.
Sampai je kat Aeon dia nampak dah mengantuk, sebab dia tak puas tidur tengahari. Aku pun cakap kat Suami tak payah lah attach kan carseat kat stroller, biar dia baring dalam stroller je sebab nampak dia mengantuk. Dengan harapan dia tidur lah dalam stroller. Masuk-masuk Aeon dia OK, rilex, cool.. Aku pun beli makanan konon nak makan sambil berjalan. Ngam-ngam bayar, Suami cakap Melissa nangis. Rupanya dia panas. Akhirnya stroller dia tu untuk letak handbag aku jelah. Sambil dukung Melissa sambil hirup smootie. Hahaha. Dah lenguh tangan dukung dia, kitorang balik. Dalam kereta dia tidur sambil minum susu. Sangat best berjalan-jalan bawak Melissa kannnnn..
Malam ni nak try lagi sekali bawak dia jalan-jalan. Tapi tak jauh sangat, pergi tengok nenek dia main bowling dengan persatuan nenek-nenek dan atok-atok. Harap dia OK. Alang-alang time tidur malam dia pun pukul 10 malam. Apa kata sebelum pukul 10 malam tu kita jalan-jalan pulak. Mesti Lissa bosan tiap malam borak-borak je sementara nak tunggu pukul 10 kan?
Love,
Nursaila Norman!
9 comments:
Ala2...mmg cabaran...mcm cik mah alhamdulillah..azwa mmg suka jln2..die excited...try susukan die sblm kuar kereta..insyaallah..die ok..xpun saila le try beli carrier..bby rasa lagi selesa
Woho...penah ms Aqil 2 bln dia nangis bl benti lama kt roundabot.Melalak mcm org pukul.Last2 pangku smbil drive br dia benti melalak.Scary ok drive smbil pangku anak.
Bl dh besar ckit klau bab bjln mmg ok.Dlm keta tdo.smpai ja mn2 msti jg pstu mata tgk sana sini mcm nmpk smua ja.
Dl Aqil pon penah kena kcau.tiap mlm pkl 12 ja melalak smpai pg.Siang lena.Bg susu buai apa pon xmau.Pstu p berubat org tu ckp ada bnda ikut kami dh lama.2 bradik bdk2 ni suka kt Aqil.Nk main dgn Aqil.Seram gak la bl ckp cmtu.Alhamdulillah lps tu dh ok.Pstu bl nk ke mana2 ja msti sedia siap2 minyak celak tkut tlajak blk lmbt smpai tgh mlm ke apa.
sama lah zai, start maghrib dia akan nangis pandang 1 tmpt. dia nangis mmg nmpk sgt dia ketakutan. x sanggup nak ingat2 blk mcm mana dia nangis huhu!
boleh x rina xsuka bwk budak berjalan sbb leceh. ahhahaha. tp kesian plak kt anak nak berjalan kan. hishh dilema betul.
eh?! ingatkan saila je rasa mcm tu..sbb tu xbertahan lama kat Aeon masa tu. sbb x reti nak handle baby. tp yelah, kesian kat anak..mmg dilema. hahaha..
Akk. Msk 4 bln blh try carrier plk. Mesti lissa suka sbb close dgn mommy.hehe.
Mcm aryan. Dok dlm stroller riau xingt. Nk klua pn kitorg xconfident. Skrg ni kalau klua confident sikit sbb die blh tido dlm carrier tu.
yup lya! dlm proses nak membeli nie..haritu nak beli baby wrap dah..insyaallah beli carrier jgk utk lissa..stroller jd tmpt handbag je haha
suria pulak jenis x suka bwk dhafea keluar time dia baby camtu, penah dia 3bln nak raya masa tu bwk keluar g beli baju raya dia punya mengamuk hahahahhaa serik dah. lepas dia dah masuk 6bulan terus bwk jln jauh ke singapore. lepas gian..hehhee
alhamdulillah melissa dah sihat ;)
agree Suria.. xsesuai bwk baby bwh 5/6 bulan keluar..pengajaran nie..lepas ni kami tggu dia dah blh duduk bru bwk dia keluar hehe
Post a Comment