Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim
Lama aku fikir tentang benda ni. Sebab bukan nak jadikan benda ni keutamaan. Jadi aku ambil masa agak lama untuk buat keputusan sama ada patut buat page atau tak. Objektif buat page ni supaya segala benda yang berkenaan hasil kerja tak seberapa aku ni tak bercampur aduk dengan FB peribadi.
Hampir sebulan berfikir, tanya Suami mintak khidmat nasihat dia, akhirnya aku berani jugak bukak satu page. At least bila hasil kerja aku dah tak bercampur dengan hal peribadi, senang sikit aku nak bagi satu benda complete bila customer mintak nak tengok gambar. For now agak leceh aku nak kena wassap sekeping by sekeping gambar bila customer mintak. Segala benda dalam FB personal, takkan aku nak suruh dia add kat FB pastu segala gambar bercampur macam Air Batu Campur (ABC), dah satu pulak dia nak godek segala benda dalam FB personal tu. Huhuhuhuhu!
Memang ada yang add FB personal aku, its okay boleh je kita kenal-kenal. Tapi dia mesti tak nampak apa yang dia cari. Leceh kan? sobs! Dengan harapan setinggi gunung Everest, kepada yang nak sewa veil ke, nak custom veil ke, nak tempah HB ke, mudah lah diorang cuci mata dekat page Nursaila's tu. Amin :)
Oh, aku bersemangat buat page ni pun sebab dah beberapa orang tanya veil untuk disewa tu selain warna putih. Aku tak sangka pulak ada yang berminat sampai ke tahap ini. Aku buat kaler putih pun sebab aku buat sewaan untuk orang nak bernikah. Huhu. Aku tak berani nak buat lebih banyak kaler, takut ada ke nak sewa nanti? Ada ke yang berminat nanti? Huhuhuhu.
Kali ni aku nekad, ada ke takde tu belakang cerita, kan? Hehe. soft pink, soft peach dengan brown gold dalam proses!
Doakan yang baik-baik je eh.
Kepada adik-adik yang nak sewa veil, custom veil, tempah hand bouquet boleh lah LIKE page Nursaila's dekat FB! Untuk diskas boleh wassap terus 019.2290413
Nursaila's kat Instagram insyaallah coming soon. Tak boleh buat segala benda serentak, lagi-lagi bila dah ada Melissa. Wu, wuu, wuuuuu!
Page masih dalam mood under construction. Maaf sangat. sobs!
Love,
Nursaila Norman!
5 comments:
Nanti sy akan like dgn segera...good luck k.saila...
dah likeeee! congrats saila. smoga bsnes semakin maju. bsnes kita dah trkbur begitu sahaja. hehehehe.
Semoga terus maju Ye...
Mane???huhuhu..page xjmpe....
Mane???huhuhu..page xjmpe....
Post a Comment