CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, September 22, 2015

#4 : My New Header

Assalamualaikum



Tadi update Checklist Birthday Melissa. Sesambil tu edit gambar sikit untuk diselitkan dicelah-celah entry. Pastu teringat "dah lama tak tukar kepala blog" HEHE. Bila tengok kepala blog sekarang ni, teringat time tu tengah pregnantkan Melissa. Masa tu baru 2 bulan of pregnancy. Masa tu aku baru baik demam yang paling teruk aku pernah rasa. Demam pregnant pun ada eh? Almost keguguran jugak sebenarnya, tapi Melissa memang budak yang kuat dari dalam womb sampailah lahir ni. Hiyarghh!

Sebab tu aku rasa saiyangggg sangat nak tukar kepala. Header. Sebab ada banyak memori tersembunyi disebalik gambar tu. Tapi bila difikir-fikir balik kepala baru yang aku nak ganti ni siap ada Melissa lagi. Lagi best kot kan? Kalau korang klik kat label 'Header', korang boleh nampak kronologi header2 aku. Bermula dari header kawen, berdua, sekarang ni bertiga!

Header baru aku kali ni pun kategori best jugak. Sebab gambar-gambar tu diambil semasa birthday Melissa yang pertama! Sempat mintak photographer Amar snap kan beberapa keping gambar. Dekat kawasan perumahan kami je. Tak pergi jauh-jauh pun. Tetamu masih dirumah tak habis-habis lagi makan. Hehehehe!















Kenapa la aku sampai buat label khas 'Header' ni? Gigihlah u olls, aku ni takde bakat secara elektronik nak edit-edit gambar. Setakat jahit manual, tampal-tampal guna gam tu boleh lah. Hehehe! Dari awal header aku memang edit sendiri. Asal nampak cantik je kat mata aku. Nak upah rasa macam belum lagi. Tapi ya, siapa tahu. Insyaallah nak jugak upah yang pakar buatkan kepala untuk blog ni.

Jadi, berkepala barulah blog puterigaban ni hari ini. Yayy! Sampai bila itu belum pasti lagi. Kalau boleh nak kekal lama. Ngko ingat profile picture FB ke asyik tukar-tukar? Tak kuasa. Profile picture aku kat FB pun susah nak tukar. Walaupun edit terus dari tempat DP, tetap naik kat home yang kita ni tukar picture. Ish, malu sungguh! Kalau boleh taknak la orang tahu kita tukar gambaq!

Instagram takpe..kerap benar aku tukar profile picture. Hikhikhikhik!

Baru aku perasan, setiap kali aku tukar header mestiiiii potpet potpet kan? Tak boleh ke tukar je. Nak jugak bercerita itu ini. Patutlah sampai berlabel. Eh, tapi bila baca balik entry2 tu syok jugak. Haha.

Amacam? Dah lama x membebel kan? Tak puas kot. 




Love,
Nursaila Norman!



3 comments:

cik mah said...

Cantik...suka tgok..

Myra Anne said...

aah kannn. tak penah pulak terpikir nak pot pet bila tukar header.hahaha.. patut buat label header satu.

Eh, jom tengok blog kite pulak.

http://myraanneba.blogspot.my/

Kayu Manis said...

Singgah sini..di hari minggu
cantik header..nice blog.