CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, October 15, 2015

ALASAN : Kenapa Entry Blog Ini Semakin Susut

Assalamualaikum





Sejak kebelakangan ni aku kurang melekat dekat blog. Ada banyak punca jugak aku dah kurang berblog. Tapi bukan bermaksud aku nak resign dari buat entry. Never! Huhu. Trust me, one fine day I will be back like before. Tulis entry dengan kerap at least satu hari satu entry. Atau dua hari satu entry. Bukan macam sekarang, satu bulan satu atau dua entry je. Sadis betul. Tapi itu lah, ada beberapa sebab kenapa aku dah kurang login blog. Antaranya :

Aku housewife sepenuh masa. Aku silap besar menilai pekerjaan housewife. I thought my mom is happy being a housewife when she was pregnant (me). But then I know it is not. Sorry Ibu. Huhuhu! Banyaknya kerja jadi housewife. Lagi-lagi aku menghidap attitude sama macam Ibu. OCD Husband cakap. HUHU! Selagi Melissa tak tidur, selagi itu rumah bersepah dengan aktiviti dia. So every time dia take a nap, aku kena kemas cepat-cepat sebelum dia bangun semula. Time dia bermain aku tak boleh pegang handphone atau laptop. Aku kena layan + perhatikan keselamatan dia. You know, nak buat entry ni kena focus. Huhu. Nak make sure lantai bersih, perabot bersih, bilik air bersih, dapur bersih kena buat hari-hari. Ada anak kecik kan. Malam? Malam masa untuk Suami pulak. Mostly Suami akan bawak aku dengan anak makan luar atau spending time together dekat luar sebab Suami tahu kami seharian dekat rumah – bosan. Heeeee. Usually kalau betul-betul ada benda aku nak tulis, aku akan tulis setakat mana mampu time Melissa tidur petang, dah siap selepas beberapa hari baru aku publish.

Kerja pejabat betul-betul berbeza dengan housewife. Kerja pejabat of course laptop/PC depan mata 9 to 5. Takde anak nak ikut menaip sama. This always happened to me! Huhu. Takde anak untuk diawasi. Tiba-tiba anak nak tidur, makan, panggil kita mintak start kan enjin motor, etc! Haha. But I know, ada yang mampu tulis blog walaupun beranak kecik. I don’t know how they manage, but for me, aku lebih suka menulis dalam keadaan tenang. :)

Selain being a happy housewife, aku rasa Instagram pun memainkan peranan besar. Kan? Siapa setuju? Mudah dan cepat. Hehehehe. Sejak ada anak ni cerita pasal anak jelah yang bermain kat minda setiap hari. Tapi aku tak pilih FB dan Blog memandangkan situ ramai orang. Aku pilih Instagram sebab situ privacy sikit. Hehe. Instagram jadi blog no 2 bila share pasal anak. I mean, kadang-kadang aku rekod segala maklumat tentang Melissa macam bila dia start merangkak, bila dia start tumbuh gigi, bila 1st time dia demam. Benda-benda penting untuk direkod macam tu selalunya aku tulis panjang berjela dalam Instagram. Nampak macam aku dah meng’anak’ tirikan blog kan? Actually, Instagram yang membunuh blog. Eh?! Hehehehehe.

Point yang ni for sure aku tak boleh nak elak. And I know, it will happen one day. And it is happen right now, right here. Huhu. Life aku bukan macam dulu lagi. Zaman bercinta aku banyak meluah perasaan, harapan. Yelah, masa tu nak kawen kan.. Banyak harapan yang aku ciptakan. Bila nak kawen cerita pasal perancangan nak kawen pulak. Segala aktiviti DIY aku share dalam ni. Bila dah kawen aku start slow. Masih mencuba menulis secara bebas (aktiviti hidup), tapi aku dah start control cerita. When I mention ‘En Gaban’, it is not refer to my boyfriend anymore. But my husband. Kalau aku melawak dulu mungkin takpe, tapi bila nak melawak kan Suami takut termalukan Suami pulak. Erk. Bila dah start berhati-hati banyak cerita yang aku tapis. Aku pilih cerita apa nak ditulis, bukan macam dulu boleh tulis apa sahaja. Hehehehe. Bila aku pregnant aku sendiri set dalam minda untuk kurang bercerita pasal pregnancy. Segala maklumat pasal pregnancy dah ramai sangat yang share. Kalau aku share, it is like ketinggalan zaman. Haha! Dah ada anak aku set jugak taknak terlalu bercerita pasal anak dalam ni. Biar lah blog ni bercerita pasal Ibu dia je. Dia tak perlu terlibat dalam blog puterigaban ni. Huhuhuhu.

See, banyak betul benda yang aku rasa macam tak perlu diceritakan, menyebabkan entry aku makin susut day by day. Ada kawan-kawan cakap lantak lah, blog kita, suka hati kita lah nak cerita apa. Tapi susah aku nak paksa diri aku persetankan apa orang kata. Aku takut aku tersakitkan hati orang atau terbuat orang rasa meluat dengan apa yang aku cerita (tentang kehidupan kami bertiga). Sorry.

Disebabkan aku tak tulis pasal aktiviti Suami Isteri, tak tulis pasal anak, tak tulis aktiviti harian (hari raya 2015 ni pun aku tak tulis lagi, pfffttt!). Aku pilih untuk tulis hal lain. Macam hal rumah. Home organizing? Insyaallah doakan. Hal lain maybe akan muncul slowly.


Tengok jelah jumlah entry setiap tahun. Paling banyak tahun 2011. Masa tu blog aku tempat bercerita macam-macam hal, aku rasa satu hari lebih dari satu entry. Merapu entah apa-apa. Haha. Tahun 2012 not bad, masa tu takde cerita lain. Cerita DIY semata-mata. Huhu. Tahun 2013 aku dah jadi Isteri orang, tahun honeymoon, pun cerita merapu pasangan halal buat hal. Haha! Tahun 2014 dah start mengecewakan, masa ni aku pregnant. Memang taknak bercerita sangat. Tahun 2015 tak jadi apa, tak cecah 50 entry pun! Padahal dah nak masuk tahun baru kotttt..

I'm not sure dengan readers. Dulu ramai readers and comments sebab ramai yang berblog. Sekarang ni bloggers yang aktif bersama-sama dulu tu ramai yang dah sunyi. Tinggal beberapa je. Huhuhu. Makin sunyi home blog aku. Hehe! So far jumlah seen dekat entry-entry blog aku makin meningkat, alhamdulillah. Cuma sunyi sikit. But its okay! Bagi aku nak tulis blog ni kena ada niat yang betul.

Sama ada nak ada followers yang ramai ;
Nak jana income ;
Nak menunjuk-nunjuk ;
Nak bergaduh ;

Terletak pada niat masing-masing. Kalau berblog sebab hobi dia suka menulis, it will stay longer. Yay! Thank you kepada followers baru. Yang baru je follow seminggu dua ni. Thank you soooo much! Tak banyak yang kamu dapat dalam blog ni, tapi insyaallah takde yang negative dalam ni, amin :)

Till then!






Love,
Nursaila Norman!




5 comments:

Fahimah Mahayuddin said...

Betul. Imah lps bsalin. Xpernah update entry dekat rumah. Masa menulis selalu time rehat dkt office. Tupun sikit2 tulis dlm draft. Save. Esok sambung. Dekat rumah dgn family je. Kdg sbb faktor umur kn. Ada bnda yg kita rasa patut share ada yg x. Kita lebih matang dlm nk kongsi apa2. Setuju dengan apa saila tulis.

Unknown said...

nice share gan, bagus artikelnya, keren
Souvenir Pernikahan Unik Di Kediri

LiNda said...

rindu nk berblog jugak..kat opis pun bz. Betul ckp saila, nk tulis blog kne keadaan tenang. Kang balik keje memang 100% fokus kat adra je .. :)

cik mah said...

Cik mah slalu update bila g rumah mama je..sbb ramai tgokkan azwa..klau kat rumah mmg bz ngan bisnes n azwa n kemas2 rumh..mmg masa die tdo je br kemas rumahkan...

Sha said...

Tulis la lagi..Miss your blog. IG xsama dengan blog..Rajin-rajinkan diri yer..