Assalamualaikum
Instead of writing a story about
my partner, my daughter, apa kata kita cerita pasal sampah. Wink! Wink!
Okay, actually aku bukan la nak
cerita pasal sampah yang kotor tu. Tapi aku nak cerita pasal sampah yang kita
boleh selamatkan sebelum dia menjadi kotor. Hmmm.. Kitar semula fikir dahulu
sebelum buang! Ta-raaaa~
Aku start kitar semula barang
masa aku sekolah menengah. Masa tu Malaysia melancarkan Program Kitar Semula
Kebangsaan pada 2 Disember 2000. Benda yang aku kitar masa tu buku-buku sekolah
dengan kertas-kertas A4 yang tinggi macam busut. Haha. Sampai lah dah habis U
baru aku stop kitar kertas. Masa tu aku rasa happy sangat dapat bantu ringankan
beban bumi walaupun tugas aku cuma kumpul kertas-kertas yang aku dah taknak,
ikat lepas tu masuk dalam tong kitar semula yang Kerajaan dah sediakan dekat
kawasan rumah aku pada masa tu.
Sejarah, tujuan, kesan dari
Program Kitar Semula Kebangsaan ni korang boleh GOOGLE je. Aku bukan nak tulis
bab Pengenalan Program tu kat sini. It’s too late too tell you now. Dari tahun
2000 sampai lah tahun 2015, dah 15 tahun Program tu berlangsung, sorry to say
mat-mat Bangla yang rebut peluang berbakti untuk bumi. Sorry again.
Baru-baru ni Malaysia secara
lebih tegas mengarahkan isi rumah di sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur, Pahang,
Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Kedah dan Johor untuk mengasingkan
sampah-sampah mereka. Melalui kempen kali ini, Malaysia minta isi rumah untuk
asingkan barangan kitar semula menggunakan bag plastik lepas tu letak dekat tepi
tong sampah di luar rumah.
Mungkin selama 15 tahun kempen kitar
semula ni kurang berjaya sebab orang susah nak pergi buang dekat tong-tong
(coklat, oren, biru) tu kot. Yelah, tong-tong tu bukannya ada di setiap rumah.
Selalunya cuma ada 1 set tong di satu-satu kawasan. Tak ramai orang rajin nak
bawak sampah jauh-jauh. Demi selamatkan bumi. Huhu.
Kempen kitar semula yang terbaru
tu bermula 1 September 2015.
Sebelum kempen terbaru tu lagi
aku dah buat macam tu. Aku kumpul lepas tu letak dekat tong sampah luar rumah.
Sebabnya aku takde masa nak bawak barang-barang tu pergi ke tong yang
disediakan. See, aku pun agak malas nak bawak sampah jauh-jauh. Tapi semangat
nak selamatkan bumi masih ada, jadi aku letak letak dekat tong sampah luar
elok-elok. Sebab aku tau, nanti akan ada orang Bangladesh datang kutip
barang-barang tu. See? Nampaknya Kerajaan dah boleh baca punca kempen tahun
2000 tu kurang menggalakkan.
Orang Bangla tu akan jual. Dari
sampah itu lah diorang buat duit untuk terus kekal dekat Malaysia, dan hantar
duit sikit ke Bangladesh. Kalau Bangla boleh buat, kenapa aku tak boleh?
Sekarang, tugas kita senang je.
Kumpul plastik, tin, kaca, kertas, dalam bag macam dalam gambar kat atas tu,
lepas tu letak dekat tong sampah luar rumah. Tak payah nak bawak jauh-jauh dah.
Senang je kan!
Gambar barangan kitar semula tu
aku kumpul selama 3 bulan. Ewwww, 3 bulan kau simpan sampah dalam rumah?
Kotornya!
Well, sebelum aku nak kumpul
segala barangan yang boleh dikitar semula, aku basuh bersih-bersih lepas tu
keringkan. Dah kering aku masuk dalam bag plastic besar dalam kabinet dapur.
Sampai masa (kabinet dapur dah penuh) aku buang! Hehe.
Okay, let me tell you secara
terperinci eh.
Kadang-kadang kita beli air dalam
botol plastik, kerap kali kita beli susu pekat dalam tin, susu anak, botol
kicap, botol sos tomato, botol pencuci pinggan, botol minyak masak, you name
it. Semuanya hasil dari penggunaan kita seharian. Hasil dari barang makanan
kita kan?
Bila isi-isi dalam bekas tu dah
habis, aku akan basuh bersih-bersih. Dah basuh aku keringkan (aku susun dekat
para luar tingkap), dah kering aku masuk dalam bag plastik, aku susun elok-elok
dalam kabinet dapur bawah sink aku. Trust me, kalau kita basuh, keringkan, susun
elok-elok, insyaallah takkan timbul masalah kotor.
Tapi kali ni aku tak letak dekat
tong sampah luar. Wink! Wink!
Aku nak rasa macam mana rasanya
menjual barang-barang tu macam orang Bangla buat. Masa tu aku tak kisah berapa
dia nak bagi. Aku target mesti dapat 50sen je nanti. Suami yang tolong bawakkan
pergi ke tauke tempat tu. Timbang lepas tu tauke tu bagi duit. Dari dalam
kereta aku nampak duit Rm1. Oh, up la sikit dari 50sen. Hahahaha. Bila Suami
masuk dalam kereta dia bagi duit tu kat aku. Rm2.50 rupanya! Not bad.
RM2.50 jeeeee.. Tolak tepi nilai duit tu. Fikirkan nilai kebersihan dan bumi.
RM2.50 jeeeee.. Tolak tepi nilai duit tu. Fikirkan nilai kebersihan dan bumi.
Sekarang ni sesi kedua pulak.
Tengah mengumpul barang-barang untuk di jual lagi. Nampak macam hadap sangat
duit seringgit dua tu kan? Sampai sanggup kumpul lepas tu pergi jual. Nampak
sadis sangat kan?
Anyway, sebab tempat jual beli
barang kitar semula tu satu jalan setiap kali kami nak keluar ke mana-mana.
Just bagi signal kiri lepas tu berhenti. Lepas tu teruskan perjalanan. Hehe.
Boleh je nak letak kat luar rumah, nanti Bangla datang. Tapi sejak duduk dekat
rumah baru ni, Bangla tak boleh masuk untuk kutip sampah. Pak guard tak bagi
masuk. Huhuhu.
Aku harap sangat, lebih ramai
yang akan kitar semula barangan harian kita. Aku harap sangat, kalau taknak
bawak jauh-jauh, asingkan baik-baik lepas tu letak je dekat tong sampah luar.
Aku harap sangat, usaha kecil kita tu membawa makna yang besar kepada bumi.
Please :)
Apa yang aku cuba sampaikan dalam
entry ni simple sangat. Kita boleh pilih untuk kumpul dan letak di luar rumah,
atau kumpul dan jual. Pilih je salah satu. Yang penting aku
harap ramai yang baca entry ni, ramai jugak yang akan kitar semula
barang/sampah.
If you are not doing this for
money, just do it for our world. Please :)
KITAR SEMULA, FIKIR DULU SEBELUM
BUANG!
Love,
Nursaila Norman!
5 comments:
agreed.. Bangladesh banyak yang kumpul benda ni.
saya buat bila kemas barang macam stor bagai, kalau kat rumah kalau barang2 sikit, memang buang je la sekaligus.huhuhu.
kalau banyak memang letak asing dengan sampah, bagi kat orang angkat sampah untuk kitar semua.
rad mmg dari dlu asing2 brg yg boleh kitar semula.. dah kumpul nnt hantar rumah parents.. sbb my parents niaga gerai mkn.. mmg byk botol2 & tin2 susu yg ada.. my dad akan kumpul.. bila dah berlambak baru pegi jual.. penuh bonet kereta & seat blkg pon baru dpt RM30++.. xkisah lah, janji kita kitar semula.. ;)
Good Job Cik Hani & Rad! Teruskan usaha murni tu Rad! :)
saila kita sama! kiteorang dekat rumah pun buat kerja2 recycle ni. Start dari husband lepas kawen tengok dia rajin asingkan barang untuk recycle & imah pun terikut. hihi..bateri kereta pun kiteorang hantar je tempat recycle. dapur gas yang dah rosak pun sama. selalu husband suka minum nescafee tin tu. kumpul2 campur tin susu sekali hantar dapat la belas2 ringgit. syok buat kerja ni.
yay, sep Imah! cakap pasal bateri kereta, saila jual dapat rm10. haha! rajin husband Imah :) teruskan, chaiyok!
Post a Comment