CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, February 23, 2016

Tempat Saya Membeli Baju Anak

Assalamualaikum



Dulu masa pregnant aku ada tulis entry dekat mana aku beli barang-barang baby. Termasuk baju baby. Awwww, baby sangat masa tu. Dekat entry tu pun aku ada mention yang aku beli baju untuk ngam-ngam sampai baby umur 3 - 4 bulan. Sebab aku plan lepas habis pantang boleh sambung bershopping. Tapi rezeki anak, masa orang datang melawat (masa berpantang) ramai yang bagi baju. Continue sampai umur 6 bulan, setahun, termasuk baju jalan. Ibu tak membeli langsung baju. Hihihihi. Cuma masa dalam pantang tu aku kirim kat adik belikan romper saiz 3 bulan berlengan panjang. Romper saiz newborn yang aku beli tak muat. sobs! Lissa besaq sikit je pun masa lahir. Grrrr!

Honestly aku memang tak membeli baju untuk Lissa sampai umur setahun. Stok baju untuk sampai umur setahun memang banyak. Kalau aku beli memang tak terpakai. Ni baru aku start membeli baju dia. Hahaha. Sadis lah Ibu Lissa ni.

Kalau ikutkan sekarang ni nak shopping dihujung jari je. Lagi-lagi dengan adanya IG ni laaaaaagiiii senang. Berjuta-juta kali senang. Tapi aku dah terkena masa beli tight untuk Lissa. Mula-mula tu dalam pantang, beli lah online. Masa tu aku beli dalam 4 helai, sehelai Rm9 postage Rm6. Lepas tu nak repeat order nak beli 3 helai. Konon nak mintak la free postage tapi sorry owner bolayan je macam malas layan customer pun ada. Dah la repeat order, kita pulak beli bukan sehelai. Takpe hold dulu. Hold tau bukan cancel. Dalam beberapa hari kemudian aku ke OU bawak Lissa jalan-jalan. Sekali terjumpa dengan satu stall jual pakaian baby. Ada tight! Sehelai Rm9. Postage? Tak payah. Aku amek 3 helai. Sebab kaler limited. Yang aku tak amek kaler hijau apple. Terang sangat. Hehehe. Terus bye-bye IG shop. Dah la price sama macam kedai, postage lagi. Patut IG shop murah la sikit sebab tak payah bayar sewa kedai atau tapak.

Sejak tu aku tak beli baju-baju anak dalam IG ni. Kalau korang jenis rajin intai-intai price, banding-banding la. Harga dekat IG sama harga dengan kat kedai. Siap kena tambah postage lagi. Kalau yang memang tak keluar rumah tu boleh la beli. Tapi kalau macam aku, jenis memang merayap ke mall, lupakan lah nak shopping online ni. Harga kat kedai silap-silap murah Rm5 dari dekat IG. Baju-baju, kasut yang ada dekat IG banyak kat luar, harga sama, free postage siap boleh try rasa dan try saiz lagi.

Dulu ya shopping online murah, memang murah. Sebab takyah bayar sewa orang cakap.

Bila dah nampak perbandingan harga tu aku akan beli dekat kedai kecuali jenis-jenis yang rare. Yang memang takde jual kat kedai baru aku beli online.

So kat mana tempat aku start beli baju anak? Hehehehe.

FOS
FOS ni adik aku yang suggest masa aku pregnant dulu. Lepas aku usha FOS Wangsa Walk Mall aku teruskan meng'usha' FOS outlet lain. Dan aku stick dengan FOS Mid Valley dan FOS Alpha Angle. So far 4 kali jugak la membeli dekat FOS. First time masa preggy. Second time masa nak raya. Third time masa hari lahir Lissa, kali keempat baru je.

Beli 3pcs jadi RM10 sehelai


Beli 3pcs jadi RM10 sehelai


Beli 3pcs jadi RM10 sehelai (lupa mana lagi seheali, haha)


RM25 sehelai


RM19 sehelai

Baru aku sedar matching aku salah untuk pictures kat atas. Haha!
Belasah jelah weih.





Manjaku
Manjaku tempat standard lah untuk pakaian anak. Dari baby sampai ke toddler. Majoriti barangan Melissa pun aku beli kat sini. Masa nak buat tambahan baju harian aku beli kat sini jugak. Ala beli yang longgok-longgok tu je. Pandai-pandai pilih. Selalu dia letak label price dari Rm10 hingga Rm30 macam tu. Selalu yang berlonggok tu brand Hippo. Sehelai Rm10 tu ada je. Kadang tu Rm15 sehelai. Nak cantik sikit mahal sikit lah. Untuk pakaian harian je. Hiiiii..

RM15 (kot) sehelai. Tak ingat.


RM15 (kot) sehelai. Tak ingat.





Parkson
Ini kalau termasuk. Sekali tu nak raya. Tapi harga agak mahal sikit. Tapi kalau nak beli untuk pakai raya ke, jalan ke okay je. Macam nak raya haritu beli 3 pasang baju tido untuk raya. Rm100 berapa ntah tak ingat. Lepas tu baru-baru ni nak raya Cina aku terrrrnampak Pumpkin Patch 70% tapi bukan semua. Konon nak ambik kesemua design - ada 4 design kalau tak salah. Stripes merah, stripes pink, plain pink and plain yellow. Tapi aku amek satu je. Sebelum tu dah membeli belah dekat FOS dengan Manjaku. Huhuhuhu.. Oh, lagi sehelai brand Baby Kiko. masa tu banyak yang santek-santek tapi takde untuk 1y ke atas. sobs!!

RM  17.70 Pumpkin Patch (Pink)
RM19 Baby Kiko (Yellow)





Tesco
Haaaa, ni tempat paling aku tak jangka. Selalu pergi memang tak plan nak beli baju anak kat sini. Sebab tahu Tesco ni tempat beli barang dapur je. Itu pun mahal. Haha. Jadi ada la 2 kali terbeli baju anak kat sini. Memang kes terbeli. Sebab first time dulu nak beli barang apa ntah ternampak cheongsam baby. Amek. Second time pun sama, ternampak romper banyak gilerrrr.. Macam orang senget aku time tu. Suami macam biasa lah sebagai agen penenang, dia tenangkan jiwa aku time tu so aku berjaya amek 2 helai romper je. Sob sob sob!

Rm10.49 sehelai





























Baju pertama beli kat Tesco. Hehehehe!





Pasar Siang Dekat Office
Hikhikhik. Dulu masa bujang pergi Pasar Tani dekat Presint 2, Putrajaya shopping barang sendiri. Sekarang shopping baju anak pulak. HEHEHE. Pernah jugak terbeli baju Rm8 sekali kain jenis panas. Tapi kali ni beli alhamdulillah okay. Maknanya akan berlaku siaran ulangan membeli baju anak setiap hari Khamis. Kehkehkehkeh.

RM6 sehelai


Sebenarnya gambar-gambar ni mana yang aku nampak je. Sebab ada beberapa helai macam baju beli dekat Manjaku yang dah kecik dah simpan dalam storage box. Yang beli dekat Pasar Siang tengah bersidai. Yang atok dengan nenek dia belikan takde kat rumah, ada kat rumah nenek. So mana yang dah simpan, tengah mendobi aku skip jelah. Cukup lah sekadar yang ada ni untuk references korang supaya yang mana cakap aku membazir beli baju anak mahal-mahal.. Taraaaaaa, mana ada mahal kan.

Ada yang suka membeli di Expo. Aku cuba sekali je masa pregnant dulu (Expo Mid Valley) itu pun sebab dah taktau nak pergi mana. Konon nak pergi saje-saje. Memang tak sesuai dengan jiwa aku pergi tempat bersesak, nak pilih barang pun berlaga-laga bontot dan perut (erk!). Nak sedapkan hati beli jugak lampin pakai buang (yang murah rm3-rm4 dari SpeedMart), maternity pad, wet tissue (yang sama price dekat Manjaku). Huhuhuhuhu.

Itu aku lah. Takyah nak provoke sangat suruh aku shopping dekat Expo dan Karnival. Aku memang tak suka pergi tempat bersesak untuk bershopping. Sebab bagi aku bershopping ni perlu tenang-tenang. Hehehehe.

Ada juga yang cakap aku beli baju anak dekat FOS tu mahal. Ada yang cakap dia boleh dapat sehelai baju Rm1-Rm2 dekat Karnival. Selamber cakap membazir beli baju mahal-mahal kat anak ni, pakai sekejap je tak lama tu tak muat. Huhuhuhu. Sedih I olls dia cakap macam tu. Takde istilah membazir beli baju anak sebenarnya. Bila dah tak muat boleh pass dekat adik-adik. Ada yang cakap takkan nak bagi adik baju lusuh yang kakak/abang dah kerap pakai tu. That's why bila baju banyak kebarangkalian untuk lusuh tu kurang (especially untuk yang ada kualiti tu) sebab tak kerap pakai baju yang sama. Tapi bagi aku takde apa yang membazir untuk anak, bukan kita belikan dia hand phone ke, video game ke. Setakat keperluan harian tu apalah salahnya. Huhuhu.

Itu je kot, 4/5 buah tempat ni dah cukup bagi aku untuk pakaian harian Lissa. Kalau ikutkan nak je buat pre-loved item. Tapi..........





Love,
Nursaila Norman!


9 comments:

Sheila Adziz said...

nice place sis... anak2 ni cpt besar beli yg murah2 pun ok janji ok dan selesa... akak pun slu beli kat FOS...

Mimi Rheem said...

Kakaka sy selalu beli baju untuk ank dia kat FOS atau BRAND OUTLET (xtau eja nma kedai betui ke dak) Hehe..cntik semua dan hrga pn berbaloi.

Invisible Me said...

cantik-cantik belaka ;)

cik mah said...

Smlah..beli sendiri n belek2 puas ht...klau ig xdpt belek2 n pilih2 kan...

Fieda Redzuan said...

betul!! beli kat ig shop memang mahal. sy pun lepas perasan dah tak beli online dah. tapi tak pernah jumpa lagi fos yang jual baju baby ni. kena cari ni. hohoho. biasa sy beli kat h&m sebab reasonable harga dgn kualiti dia. kadang beli yang takde brand pun lagi mahal dari beli kat h&m tu. tapi baru tahu ni fos lagi murah. hihihi

Puan Rad said...

kalau kat jb, rad slalu gak beli baju basahan liyana kt tesco.. sbb liyana pon suka yg corak2.. biasanya cari bawah rm10.. kalo sepasang bawah rm20.. nmpk mcm kedek je kan ibu liyana ni.. hahaha.. kt tesco plentong ni pon ada 1 kedai ni jual baju/legging budak2 2 helai RM15.. tang legging ni tgk musim.. kdg cantik/comel kadang nahee... baju/seluar basahan mmg cari kat 2 tempat ni.. murah pon murah.. kalo utk jln2 baru cari yg kualiti sket tp harga still reasonable..

dorsett pink said...

saya sekarang ni pun duk Tanya kawan2 mana dieorang beli pakaian untuk anak2.. tup2 saila buat entry ni.. yeay! dapat gak la idea mana nak beli.. tapi nanti kalau kite nak buat entry yang sama tajuk macam ni boleh tak? hehhe.. but of course la kite nak bagitau pasal pengalaman kite.. boleh tak@ boleh tak2.. boleh la... hehe

Han Hanni said...

comey2 semuanya..
murah pulak tu

PetakBunga said...

kita beli cmpur2 saila kat luth.
kdg beli baju kat supermarket branded sikit..30, 40 gitu sehelai.. tp x mampulah beratus..
kdg beli pasr mlm rm6. kartun2 yg dia kenal mcm poli, tobot, upin2. yg ni dia plg suka..
org bagi pun kita ambil. pilih yg cntik2 lagi.