CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, July 18, 2016

homeSUITEhome : Misi Mengecat Accomplished

Assalamualaikum.





Baru beberapa harini dapat meluangkan sedikit masa untuk login blog (maksudnya taip sikit sambung esok. Sepanjang Ramadhan ni kami sibuk shooting raya memang tak sempat sangat nak update apa-apa. Update kat IG je cepat sikit. Hal-hal rumah pun buat selepas waktu pejabat which is sambil-sambil tunggu Suami punch out.

Okay, cut it short. Entry kali ini adalah entry tentang Misi Mengecat aku yang sudah pun siap! Kami start mengecat pada 5 Jun 2016 (pergh, siap tarikh kau), dan siap sepenuhnya (actually ada sikit lagi yang belum seperti pintu rumah dan pintu bilik) pada 25 Jun 2016. It took 20 days to finished. Memang slow-slow kami cat. Kami cat pada jumaat malam dan sabtu malam. Mengecat secara keseluruhan tak susah pun memandangkan kami dah ada pengalaman mengecat rumah sewa sebelum ni. Yang susah tu adalah part skirting board. I mean fake skirting board. Hehehehe!

Buat masa ni kami belum ada bajet untuk buat skirting board, jadi aku fikir cara lain supaya tetap nampak macam skirting board. Muncul lah idea untuk buat fake skirting board. Hahaha! Iaitu dengan mengecat ruangan skirting board for temporary. Hiks! Nanti duit dah cukup, aku pasang la the real skirting board tuuuuu.

Disebabkan proses meng'update' rumah kami tu dibuat secara berperingkat-peringkat, iaitu berdasarkan simpanan yang dibuat setiap bulan, jadi progress nya memang memakan masa. Kalau ikutkan hati memang gerammmmm je. Tapi takpe, biar lambat asalkan selamat - ayat penyedap hati. Haha!

Macam yang aku pernah sebut dalam entry Berangan Dahulu Belinya Kemudian aku ada target beberapa benda perlu dibeli sebelum bulan puasa. Konon taknak membeli belah time bulan puasa, tapi pada bulan puasa jugak la aku p membeli set meja makan dengan kabinet TV. Haih. Thank you sayang, susah payah angkut set meja makan dengan kabinet TV ke troli, troli masuk kereta, dari kereta naik pulak ke rumah. Lepas tu pasang pulak. Thank you banyak-banyak sayang sebab sudi layan I. Ngeeeeee..

Sebelum kitorang membeli set meja makan dengan kabinet TV tu, kitorang mulakan proses dengan mengecat rumah terlebih dahulu. So cerita set meja makan dan kabinet TV tu aku update kemudian ya. Aku update pasal cat dulu.

Benda pertama of course kita ke kedai cat Jotun dulu kini dan selamanya. Dulu first time beli cat untuk rumah sewa kami start dengan kedai cat Jotun tu lah. Tapi masa tu bajet ciput, kitorang pakai cat kapur je. Lepas tu repeat kedai cat yang sama untuk cat bilik tidur kami dan Lissa pulak. Kali ni beli cat minyak. Bagus untuk orang yang dah ada anak ni. Hehehehe! Lagi pun dinding nampak berkilat cantik je. Kali ketiga kami beli cat di kedai cat yang sama untuk ruang tamu dan ruang makan pulak.






Ini adalah gambaran asal rumah kami. Rumah ni sangat kemas dan bersih masa kami datang tengok untuk beli. Plus dengan kabinet kitchen yang dah sedia ada, keadaan bilik air yang macam tak berusik, keadaan dinding yang bersih (yang kesan hitam tu double tape buat birthday party Melissa), kipas lampu semua dalam keadaan baik. Kiranya kami masuk cuci kaki je. Memang kami tak buat apa-apa pun masa masuk rumah ni setahun yang lalu. Loading barang je, Ni baru nak ubah penampilan sikit-sikit. Hahaha. Rumah kami ni kecik je, 897sq. Itu pun aku dah penat nak menyapu dan mengemop. Duh! Masa beli rumah cakap kat Suami 'kecik je rumah kita, 900sq pun tak sampai'. Bila time menyapu, mengemop baru rasa bersyukur. Bayangkan la kalau 1000sq? Jenis pulak hari-hari nak kena menyapu. Tertanggal tangan aku!

Togel je rumah kitorang. Macam baru nak mulakan hidup jek.. Padahal dah masuk 4 tahun kawen. Huhuhuhu! Perlahan-lahan kami mulakan perubahan.


Ini hari pertama kami start mengecat, 5 Jun 2016.

Pengalaman mengecat rumah sewa kami bawak ke rumah sendiri. I am proudly to say bab mengecat serah kat kami. Hehehehehe! Jimat upah mengecat Rm300! Plus kami enjoy buat kerja-kerja macam ni time Melissa dah tidur. Kami habiskan masa lama sangat tiap kali tibanya jumaat malam dan sabtu malam. Hahahahaha! Kira jimat duit dan enjoy bersama lah ni. Wink! Wink! Okay lah nak bagitahu warna apa yang aku guna untuk ruang tamu rumah.


Untuk dinding ruang tamu dan ruang makan rumah kami ni, aku amek 3 jenis warna. Warna Iron Grey, Evening Sky dan White. Cat pulak kami amek 2 jenis. Jenis minyak dan untuk cat di besi/kayu. Aku guna Iron Grey untuk ruang dinding yang besar-besar. Evening Sky untuk dinding yang tetiba muncul di ruang tamu. HAHA! Warna putih untuk fake skirting board dan bingkai pintu rumah dan pintu bilik. Mengecat kali ni agak mencabar memandangkan kami buat fake skirting board dan bingkai pintu. Tak boleh lah main simbah je cat tu. Kena tampal masking tape dulu lah, kena cat hati-hati lah.

Jadi, selepas siap Misi Mengecat, berubah lah rumah kami menjadi ini! (sambung taip entry yang tertangguh pada 28 Jun 2016. HAHA!)


If you can see the different colors there, ada warna grey dan blue grey di situ. Tak beza sangat sebab takut-takut nak bermain dengan warna. Hehehehe! Alhamdulillah Misi Mengecat untuk homeSUITEhome kami berjaya. Dengan fake skirting board nya. Haha! Basic dah siap 50%. Balance lagi 50% insyaallah sebelum akhir tahun (tunggu duit penuh).

Ubah suai rumah guna duit tabung sikit-sikit lama-lama jadi bukit macam ni lah. Takleh buat 100%. Kalau lah boleh buat 100%. Hmmmm.. Haha! *phew, berjaya jugak aku siapkan entry ni. Punya lah payah nak settle kan. Haihhhh.



Next entry will be?


From Nuffnang to Nordmyra!





Love,
Nursaila Norma!









5 comments:

Jna marcello said...

wow ! combination yg cantik... rumah anmpak sejuk! ;)

ezy.fia said...

cantiknya kaler grey!!!

Unknown said...

Suka combination colour rumah saila ..
Colour grey tu nampak exclusive ..
Good job saila

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Han Hanni said...

wah...dah cat rumah..luas nampak rumah saila..
tu kerusi ikea ye??
hehehe