CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, October 17, 2011

DIY : Felt Flowers - Roses!

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua


Hai sayangs!

Lima hari cuti buang-buang masa golek2 atas katil sambil pejam-pejam mata berangan. Hiks! Disebabkan dah decided nak buat centerpieces untuk majlis tawen nanti so awal-awal dah pening kepala nak buat centerpieces guna artificial flowers atau fresh flowers.. Oleh kerana aku ni jenis tak kurang penyabar.. Ngada nak buat la-la ni jugak.. So gigih la aku nak cuba felt fabric jadi felt flowers!

Beli kat Kedai Bunga Riben lama dah. Entry sini. Tapi baru skrg nak siapkan.. Saya kurang rajin. Sila jangan marah saya. Hoho!





Roses dalam picah ni baru ada 114 kuntum bunga mawar kuning. Overnya. Semeter kain felt yang aku beli tu boleh dapat dalam 200 kuntum bunga kalau ikut saiz bulatan mcm aku buat. Takat nak buat centerpieces dalam 4 biji/buah (tak tahu penjodoh yang sesuai hahaha!) cukup kot 400 kuntum roses..







Lets check!

Felt fabric yang aku beli haritu.
Semeter rm7.80. Dapat diskaun masa kat kaunter tanpa diminta. Rm7.00
Suka!





1. Buat template bentuk bulat. Template aku ialah sebijik gelas. Kena kreatif bab mengoptimumkan harta benda.





Macam spiral potato tak?
Masa tunjuk picha ni kat En Gaban dia ingat aku makan biskut Jacob banyak macam tu. Cisss!





2. Template bulat tu gunting jadi macam ubat nyamuk ni k.





3. Lilit-lilit-lilit-sampai-sudah





4. Siap!


Buat dengan adik-adik tercinta takde la rasa macam dalam penjara sangat. Nak settle kan felt kaler kuning ni still dalam proses. Belum yang pink lagi. Go Saila Go Saila! Entry centrepieces kena tunggu ya :) Nampak sangat buat roses sambil bergolek atas katil kan. Hewhewhew!



thanks korang!


Love,
Tata!












Doa :)

sayang, terima kasih atas segalanya. atas penat dan lelah awak menjaga saya dan memastikan saya masih bersama awak. ALLAH sajalah yang mampu membalasnya. kalau saya nak berubah, saya akan pastikan awak berubah juga. kita sama-sama ada buat banyak dosa, biarlah kita sama-sama balik ke pangkal jalan. saya taknak biar awak sorang-sorang. saya selalu fikir kalau jodoh kita tiada. tapi kan kita masih punya kudrat untuk berusaha. kan kita masih punya nafas untuk berdoa. Niat nak bersatu kerana ALLAH. dah terlalu jauh jalan kita bazirkan. tolonglah percepatkan masa, persingkatkan jalan supaya niat saya dan awak itu dimakbulkan.


pedihnya bila kita terpaksa berpisah sedangkan hati sarat dengan rasa sayang dan cinta untuk seseorang. izinkan saya menikmati hidup sebagai tulung rusuk awak yang hilang tu sekejap pun jadilah. mahu saya kutip pahala hanya dengan merenung awak penuh sayang. mahu saya kutip pahala hanya dengan cium awak setiap malam.

sakitnya bila kita tahu kita pasti akan bercerai dengan orang yang kita sayang. kita tetap akan bercerai mati dengan dia. sedihnya. ALLAH permudahkan lah segalanya.


mari kita semua berdoa untuk hidup kita dan pasangan kita :)

Tuesday, September 27, 2011

Teruja nak DIY segala benda. Tu pun kalau mampu..

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua


Last minit sebelum kepulangan nak update gak entry. Sumpah gedik. Kat rumah selalu tak sempat. Uwaaa.. Okeh, jom mula.

Semalam seperti yang dijanjikan, aku, Leha dengan Ifah jumpa kat jalan TAR semata-mata gigih nak  beli felt fabric. Gigih okeyyy.. Tapi sebelum sampai kat kedai Bunga Riben acara wajib perlu dipenuhi iaitu menyinggah di setiap gerai pastu beli sampai belam baru sempurna hidup. Ciss.

Bila sampai kat kedai Bunga Riben dah nak dekat pukul 7.30pm. Kedai tutup pukul 7.30pm. Haha.. Naik tingkat atas terus 'warghhhh'. Pitam.




Cik Leha gedik jadi presenter. Aku tak suruh pun.
Yang ni fabrik corak polka dot dengan bunga kecik2.
Super cute!!






Yang fabrik plain. Still super cute!






Motif Cik Leha buat gaya nak nyanyi nayasid ialah?






Ciri-ciri presenter amat terserlah. Sume dia nak perkenalkan kat aku.






Part ni aku hilang kewarasan sekejap. Tak. Lama la jugak.
Jap nak tu. Jap nak ni.
Voila!!








Kaler biru ni request dari adik aku yang kecik tu. Cica tu.
Disebabkan ngam dengan bijik mata aku rustic-chic tak seberapa. Damn.









Harga dapat diskaun lagi masa kat kaunter. Cayalah. Ingatkan fix price. Dah la aku ni fail bab tawat menawar. Tapi dapat diskaun kaw-kaw pulak.. Suka Bunga Riben.



Thank sayangs!


Tata!


Friday, July 8, 2011

Lollipop Tree



Lollipop.
Cenderahati untuk kanak-kanak yang datang kenduri kawen. Okay kan.
:)


Monday, June 13, 2011

Si merah jambu

Assalamualaikum

Sabtu baru2 ni abang Ifah kawen.. Bukan Ifah okay.. Aku dengan rasa rendah hatinya menghadirkan diri. Padahal dah janji dengan Ifah nak datang awal, nak tolong2 apa patut. A'ah.. Balik dari tengok wayang tido pun lambat, mana nak bangun pagi dah. Kul 11 baru sampai rumah Ifah. Tak guna punya kawan kan.. Hahaha.. Rumah dekat, tapi 2jam baru sampai. Salahkan Leha sebab dia bersiap lambat.

Sesampai je kat rumah Ifah carik Ifah dulu. Mesti la carik dia, macam dia pengantin lak kan.. Hohoho.. Nasib baik takde apa yang perlu dibuat kecuali buat2 sibuk sahaja.. Kumpulan marhaban datang kul 11 lebih.. Sementara nak tunggu diorg datang kitorang rasmikan pelamin dulu.

Maaflah Ifah, aku terrtinggi lak dari kau.. Hahaha


Diorg ni haruslah bajet ayu.. Hehe!


Kan?

Bila makcik2 marhaban sampai kelam kabut lari naik atas rumah.





Patutnya kena pakai baju pink. Tapi Leha pakai baju hijau. Kan dah sama dengan kumpulan marhaban. Cayalah kau.. Ketua kumpulan kan?

Lepas dah penat mengaji sambil duduk, makcik2 ni berdiri la pulak. Pastu kelam kabut Ifah suruh kitorang amek souvenir untuk makcik2 marhaban tu. Ingatkan bagi je.. Rupanya kena bt pusingan lak dalam kumpulan tu. Ohh okay.. Aku teringat zaman kecik2 dulu.. Kalau makcik2 aku kawen wajib ada kumpulan marhaban sebab nenek aku ahli kumpulan marhaban. Jadi pengantin kena la bagi bunga telur + souvenir utk makcik2 marhaban. Kalau ada baby leh buat majlis cukur jambul sekali. Time tu aku wajib la menggedik sekali. Pegang bakul souvenir. Nama je kecik. Nak jugak menyemak. Sambil buat pusingan sambil dengar makcik2 tu ngaji. Nasib baik takde Mawi kan.. Tetiba sabtu lepas dapat gak merasa lagi sekali.. Teringat zaman kecik2. Rindunyaaa..

Leha tukang bagi bunga telur ( patut tugas ni pengantin perempuan yang buat ) tp disebabkan pengantin perempuan takde, tak pasal2 makcik2 tu ingat Leha ni pengantinnya. Ifah, Leha nak potong Q kau.


Cik Ani tudung biru tu penat explain kat makcik2 marhabah ' ni bukan pengantin.. bukann..'



Ada mcm pengantin ke? Kau tak payah nak suka sgt eh..

Dah settle bagi sorvenir, kitorg gelak ramai2 pasal Leha.. Aku tau kau suka kan Leha? Hahaha.. Pastu Leha cakap 'ayah nak ada majlis marhaban kalau kau kawen nanti' Eh? Yeke?


Pastu menyemak kat bilik pengantin lak..


Eh, eh?



Dah lapar.. Jom makan..


Lauk dia sedap okay.. Kerabu mangga!


Silat pun ada.. Yelah, abg Ifah kan ahli silat sejati.. Sama la dengan Ifah pun..






Budak kecik ni main2 lak nak salam.. Malu ai.. Kata pengantin perempuan..


Bapak pengantin a.k.a Ayah Ifah


Nampak tak muka orang suka hati?


Bersama dengan Cik Ani Kaki Menyelit Dalam Gambar Aku


Cik Ani Kaki Menyelit Dalam Gambar Aku lagi sekali

Kek pengantin. Simple je. Tapi apahal aku rasa mcm cantik sgt eh? Sebab pink kott..




G.E.R.A.M !!


Makcik Leha. Ataupun bakal mak ngah tahun depan? Haaaa?!!



Dah marhaban, dah makan, dah gedik2, dah makan cendol.. Boleh lak cakap bosan kan.. Cakap la penat makan.. Tayang jari kaki yang gemuk boleh?


Ada.. Ketemu lagi kita.. Baru la aku tgk ko waras sikit nak banding dengan Party Bujang Yang Sopan aritu.. Hahaha

Aku tau korang pening tengok entri aku ni sebab Jambu sangat kan.. Nak buat mcm mana.. Pink itu gadis. Korang tengok Jambu kat Maharajalawak lagi la pening. Pink memancor bak kata En Gaban. Aku rasa takmau balik.. Sebab aku rasa mcm kat syurga sangat bila dunia aku berkaler pink. Aduhaiii..



Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca entri ini :)


Tata!