CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 3, 2012

saya VS dia

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Morning!


Sejak kebelakangan ni entry aku asyik cerita pasal wedding je kan. Padahal bukan nya ada apa yang best pun. Apa kata kita tukar cerita lain pulak.. Dulu masa awal-awal buat blog banyak gila cerita pasal En Gaban. Blog ni kira tempat nak usik-usik dia semata-mata. Tapi lama-lama aku risau pulak nanti orang muntah baca cerita pasal baby boy aku tu. Macam la kau sorang je ada boyafren. Nyampah kan. Tapi kali ni terdetik (gila poyo) nak tulis pasal kami. Maaf ya kalau ada yang tak/kurang suka.

Aku berlawanan dengan dia.


Saya cepat marah. Dia susah marah.

Saya laju-laju, kelam kabut. Dia slow, relax, cool.

Saya merajuk lama. Dia tak merajuk. (kalau merajuk pun tak sampai 30minit)

Saya suka cakap laju-laju. Dia suka cakap slow-slow.

Saya pemboros. Dia pandai jaga duit.

Saya tak sabar. Dia sangat penyabar.

Saya suka lap tangan dekat baju. Dia tak. (dia marah gilaaaaa)

Saya membeli tanpa berfikir. Dia sepuluh kali fikir sebelum beli.

Saya sensitif. Dia tak. (of course la kan..tak jejantan la kalau cepat sentap)


Part dia penyabar dan susah marah tu yang buat aku selalu rasa bersalah. Bukan la dia tak pernah marah lansung. Tapi jarang la dia boleh buat aku takut. kehkehkeh. Teruk tak? Kadang-kadang je dia marah betul-betul tapi itu kejap je. Aku adore gila dengan sikap dia tu. Selalu gak aku fikir, apa yang buat dia cepat gila buang perasaan marah dia tu eh.

Macam malam tadi.. Aku pun tak tahu apa yang buat aku sensitif sangat. Cepat sangat berubah mood. Tak boleh la terabai sikit. Tak boleh la terbiar sikit. Mula la mengada nak moody. Haihh. Kesian dekat dia la. Blur tak tau apa-apa tetiba aku buat endah tak endah je. Selalunya aku tak suka dipujuk. Aku cuma nak di tanya 'awak merajuk sbb saya eh?'. Okay, mengada tak? Tapi takde la susah sangat kan? Ke susah eh? Huhuhu.

Malam tadi aku buat perangai sampai sudah. Dah nak tido baru rasa bersalah gila. Call lepas tu minta maaf. Pagi ni aku mengada-ngada mintak dia hantar aku ke tempat ambil bas kementerian. Malas nak ambil depan rumah. Dia okay sangat. Senyum-senyum, happy gila hantar aku walaupun masih pagi buta.

Sampai kat pejabat aku still rasa bersalah sebab buat perangai malam tadi. Bila aku minta maaf kali kedua baru aku tau dia berkecil hati. Tapi dia okay je. Dia happy je. Macam tak ambil hati pun. Tapi rupa-rupanya dia kisah. Dia berkecil hati. Dan mungkin dia marah sikit. Tapi dia tak tunjuk pun. Dia tak bagitahu pun. Kejamnya aku. Dia selalu sabar dengan kerenah aku. Dia susah nak marah aku. Tapi aku? Haihhh. Mengada betul. Awak, kenapa sembunyikan perasaan itu?

Chop! Takde niat nak kecoh-kecoh kat sini pasal sikap dia. Tapi nak bandingkan diri aku ni yang serba serbi mengada-ngada. Patutnya aku tak ikutkan sangat perangai mengada-ngada tu. Tapi still suka nak ikut. Patutnya aku kena lebih bersabar. Tapi still suka nak marah-marah, nak cepat-cepat. Nasib lah dapat yang slow. Hikhik. Kalau dapat yang berhangin jugak.. Baru padan muka. Lima tahun okay dia bersabar. Lamanya. Kalau aku mesti dah lama tak sabar.

Tabahnya awak melayan kerenah saya. Tetiba rasa macam bersalah gila-gila. sobsobsob!



p/s : lagu 150 juta oleh fynn jamal sangat ngam dengan aku.



thanks korang!



Love,
Tata!



Wednesday, May 2, 2012

Teaser : Baju Kahwen Saya

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua


















Maybe mood tertinggal kat rumah jadi hari ni sangat bermalas-malasan di pejabat. Mati la kalau En Boss tau. Msti dia ingat aku gigih buat kerja. Padahal ber'email' dengan En Gaban pasal baju kawen aku. Ceh! Ber'email'? Yup. Dipejabat adalah dilarang ber'YM'. Kejam kan diorg? Kalau boleh ber'YM' pasti aku lah pekerja paling hampeh sekali. kehkehkeh.

Disebabkan Cik Munnafendy tanya apakah bunga 3D yang aku buat, dan aku pulak boleh tak tau nama bunga ni apa.. Jadi aku gigih memujuk rayu En Gaban supaya meng'email' picha baju kawen yang ada bunga 3D ni. Nasib baik En Gaban tak busy. Boleh la dia melayan kerenah aku. Kan boboi kan? Hikhik!

So inilah bunga yang aku buat sebagai pengganti bunga poodle. Memula nak buat bunga poodle lepas tengok beberapa tutorial. Tapi ntah apasal.. Tak menjadi langsung. Tapi still nekad nak letak bunga timbul dekat baju resepsi aku. Lastly aku belasah je bunga ni. Buat, siap, terus attach kat baju. Actually bunga timbul tu tak sama warna pun dengan lace aku. Dalam picha ni nampak mcm sama eh? Sebenarnya tak. Memang sengaja pilih warna lari sikit dari lace. Idea? Dari ayah aku. Lace warna tiffany blue, bunga timbul warna aqua.

First impression bila aku cakap warna baju adalah warna coffee latte nak di lace kan dengan tiffany blue semua orang buat dahi berkerut. Sedih pun ada. Tapi tak pedulik. Jenis degil kan. Tetap nak match kan jugak. Akhirnya jadi la macam gambar di atas.

Aku rasa wedding aku dah jadi tempat aku ber'eksperimentasi'. Buat apa yang ada dalam kepala aku lepas tu mintak pandangan ayah aku. So bila aku rasa macam dah boleh pergi dengan eksperimen aku, tak salah rasanya aku post kan? kan? Ke salah eh? Ala, lagi 6 bulan je pun.. Sharing is caring. I am okay kalau orang cakap 'tak suprise la u olls'. Aku bukan artis nak bajet 'suprise!! lihatlah baju aku, glamor tak? glamor kannnn?'. Aku cuma orang biasa yang punya sikap tak sabar, nak cepat, banyak kerenah. Kesian En Gaban. Awak tabah kan dengan saya? Huhuhuhu!

Oh ya, baru 40% - 45% siap. Jauh lagi perjalanan.

thanks korang!



Love,
Tata!



Cubaan mengekalkan semangat. Berusahalah!

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Cuti empat hari. Hambek kau. Tapi tetap rasa tak puas. Biasa la kan. Kalau bab cuti je bagi sebulan pun tak cukup. Tapi kalau bab kerja.. Sehari je pun.. Tapi malas gila nak bangun kan? Eh! Ke aku je..

So alhamdulillah.. Ada jugak beberapa perkara yang aku dapat usahakan untuk majlis nikah dan resepsi aku sepanjang aku cuti 4 hari.

a) Baju nikah dah ambil dari tailor. Sangat berpuas hati walaupun hanyalah baju kurung moden. Macam baju resepsi aku tu jugak.. Akak tailor tu beriya-iya suruh aku try depan dia. Excited lebih akak tu okay. Layan kan jelah walaupun aku nak cepat. Ceh.

b) Patching lace di baju resepsi hampir siap. Consider siap lah kot. Sebab tinggal patching lace dekat hujung tangan sebelah kanan je. Boleh lah kan? Gagal buat bunga poodle so tukar kepada bunga lain untuk di letak kan di baju resepsi. Siap design. Tinggal nak jahit bagi kemas je.

c) Duit katering dah bayar 50% malam tadi. Fuh!

Alhamdulillah baju nikah dan baju resepsi sudah ada di tangan sendiri sekarang ni. Tengah berusaha untk lace, beads, and so on. Baju nikah? 0%. Baju resepsi? 45% kot.

Cakap pasal katering akhirnya settle jugak buat bayaran untuk 50%. Fuh! Tabah okay. Diharapkan ketabahan aku ni membuahkan hasil. Jangan nanti service teruk sudah lah ya. Doa-doa la semuanya indah dan okay sahaja. Risaunya.

Kalau ikutkan memang tak sabar kan kalau katering buat leka macam tu. Tapi ntah la kenapa aku nak jugak katering tu. Harap-harap okay lah. Jangan K.O sudah. Tapi back up plan tetap ada. Tapi still berdoa katering okay. Gila risau. Majlis kenduri ni kan nak bagi orang makan.. Takkan nak bagi bad service kot. Please la okay, indah, sedap, enak, yummy, kenyang blablablabla....

Hal last sekali untuk cuti 4 hari tersebut ialah rumah kami. Okay, now tiap kali ber'sms' atau apa saja perbualan, kami dah guna perkataan 'rumah kita'. Ohw so sweet. Hikhik! Bagi chance eh. Hehehe. Semalam aku satu family sarapan dekat rumah kami lepas tu sesi menghias apa yang patut. Family aku sangat,sangat,sangat supportive. Terharu sangat. Diorang excited nak kemas rumah kami, pasang langsir segala macam. En Gaban pulak takde kat KL sepanjang cuti ni. So boleh la kitorang masuk dan mengemas. En Gaban sampai-sampai je kat rumah kami malam tadi dia terkejut. 'rumah aku ke ni?'. Hehehe.

Okay lah, nanti sambung lagi eh.




thanks korang!



Love,
Tata!




Friday, April 27, 2012

Ring! Ringgg! 199 days to go!

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua







Sesungguhnya aku kena kejar masa dan menggunakan masa dengan sebaiknya. Fuh! Ni reminder pada hari rabu. Terkejut aku tengok reminder ni dekat email. Biar betik. Rasa macam lambat lagi je. Huhuhuhu. 199 hari sahaja lagi. Tolak Isnin sampai Jumaat tinggal apa je? Pitam! Nak tak nak tiap kali cuti kena jadi robot dengan kelajuan maksimum lah nampaknya. Rilex saila rilex.. Huhuhu.

So semalam ada masa sikit (padahal dah nak muntah buat kerja, so aku bermalas-malasan sikit semalam) aku pun buat checklist secara proper. Takde main tulis-tulis dekat buku nota dah. Sikit-sikit tulis baru. Sikit-sikit tulis baru. Lepas tu selekeh sebab banyak conteng. Menyampah.

Checklist aku tak lah canggih macam checklist B2B yang lain. Aku takde masa nak buat se'grand' itu dan aku malas nak godek-godek segala mak nenek software yang ada. Okay, pemalas. Aku punya checklist guna Excell sahaja. Aku buat sesimple macam orang malas (hakikatnya aku buat dekat ofis. jadi takleh la fokus sangat nak buat elok2). Okay, pemalas again. Asalkan aku faham dan aku tau mana yang sudah mana yang belum okay la tu kan?

Saja je nak tunjuk checklist aku yang sumpah simple gila macam budak baru belajar Excell. Tapi aku suka. Sebab aku faham. Hikhikhik.














Motif ada tandatangan dan tarikh? Tandatangan tu motif gatal. Tarikh tu sebagai penunjuk bila checklist tu di update / amend. Maksud aku checklist ni akan sentiasa berubah ikut keadaan kan. Mungkin ada penambahan atau pengurangan. So setiap kali aku buat perubahan, aku akan edit dan print baru. Lepas tu sign dan tarikh. Lepas tu masuk dalam file supaya tak hilang atau bersepah, koyak, kotor, comot blablabla. Pasal file aku cerita lepas ni k.





Akan jadi macam di atas. So bila masuk dalam file aku boleh tau tarikh checklist terbaru di print setelah di ubah. Macam pening je ayat aku ni. Huhuhu.

Kalau korang perasan checklist aku memang takde apa kan? Takde la macam orang lain banyak gila checklist dia. Sebab aku pun buat majlis kecil-kecilan sahaja. Simple. Mungkin tak macam majlis yang lain. Simple. Kecil-kecilan. Biasa-biasa saja. Itu yang aku nak. Dan, alhamdulillah majlis tu adalah sesimple macam yang aku rancang. :)

Okay lah, nanti aku sambung pasal fail pulak eh. Aku nak masuk meeting kejap. Lepas tu aku update lagi eh. (macam ada orang nak tau). Hehehehe.



thanks korang!




Love,
Tata!








Wednesday, April 25, 2012

Semalam di sebelah KLCC

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Oh! Rindu dengan blog dan blogger semua!


Semalam banyak entry korang yang aku nak komen tapi last-last terpaksa close tab sebab banyak hal dan terpaksa berlari ke KL. Okay, bukan lari. Berlari untuk dapatkan kereta dan lepas tu pecut ke KL.


Kali ni pasal delegasi dari Hong Kong pulak. Haritu delegasi Brunei tak dapat la bersenang lenang duduk dalam bilik hotel. Berlegar-legar dekat lobby jela. Tapi Brunei always the best ever!




Relaxing. (serabai sebab tgh layan mata)
Baju tu jugak standby kat lobby sampai ke malam. Haha.







Waktu maghrib memang sedap tido.
Cannot. Cannot.







Pukul 9.30 malam baru dapat makan.
Sepanjang hari tak makan.
sobsobsob
Makan pun kat food court KLCC je. Tu pun dah nak closing.
But still makan dengan penuh kenikmatan. kehkeh!










Pastri paling sedap in the world. Boleh?
Repeat for second round hanya for this pastri. Over.



Jangan terpedaya eh. Sarapan pagi bukan 2 jenis sahaja. Ada lagi 2 jenis aku makan. Tapi tak snap sebab tengah layan. T____T


kaki-lenguh-gila
sape boleh urut-urut kaki?




thanks korang!





Love,
Tata!


Monday, April 23, 2012

Birthday Kami - entry lewat :(

Assalamualaikum
dan
Salam Sejahtera Semua





Quick update!

Selamat petang Isnin. Serius! Pagi tadi memang lemau gila. Otak macam lembab. Macam banyak gila makan semut. Tapi bila kena masuk bilik Tan Sri lepas lunch baru tau nak celik bijik mata nak running selaju-lajunya kepala otak ni. Padan muka kau otak. Malas lagi. So, sementara ada masa sebelum nak kena pergi ke PM's Office pukul 5 petang ni jejari gemoks sibuk nak update. Quick! Qiuck! Quick!


Minggu lepas 13 dan 14 April 2012 kan birthday aku dengan En Gaban.. Wink! Wink! Disebabkan kami sibuk melampau (melampau apanya. takat attend wedding dengan settlekan hal galaxy tab je kot. POYO), jadi ibu aku arrange kan dinner untuk kami berdua. Happy gila! Dinner dengan family aku, dua orang kawan baik ayah aku dan En Gaban.


Leha



Four of us
sila abaikan si dahi luas





Saila & Salihah
shine! yaww!!








Miza, Ibu & En Gaban











Birthday Boy and Birthday Girl
13 and 14 April
E   V   E   R   Y         Y   E   A   R

En Gaban - 13 April
Cik Saila - 14 April
Our children - 15, 16, 17, 18, 19 April (different year lorrr)
hikhikhikhikhik!!







thanks korang!




Love,
Tata!

Thursday, April 19, 2012

Panda Eyes

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Rajin pulak meng'update' blog sehari dua ni kan? Sebab kerja aku beberapa hari ni kena siapkan dokumen. So duduk jelah ngadap PC sampai lebam. Kejap-kejap aku BW korang punya blog. Asyik refresh dashbord je.. Korang update la banyak2 arini. Haha. Boleh tak?

Cakap pasal panda eyes ni memang sedih kan? Aku bukan la obses sangat dengan kecantikan. Teruk? Okay. Lantak la. Tapi bila tenung-tenung cermin dah nampak macam bawah mata gelap sikit mula la susah hati. Dah kata 'dari mata turun ke hati'. Ececehh. Gila tak susah hati? Nampak orang lain ingat aku hantu cemana? Wah kejam sama kan mata lebam dengan hantu. Eh! tapi tak hardworking la kalau mata tak lebam beb? *nak sedap kan hati la tu*

Tapi serius, hari selasa aku tidur pukul 2 pagi. Lepas tu wajib bangun pukul 5.30 pagi. Lepas tu perut buat hal. Biasa la.. Aku tak boleh tidur lewat dari pukul 12. Sebab? Nanti lapar macam hantu kelaparan. Ceh! Jadinya terlajak. Pukul 2.30 pagi baru aku terlelap. Itupun lepas aku pujuk perut aku 'esok kita sarapan gila-gila eh'. Hampeh betul.

Dan kemudian terus merenung PC macam nak masuk dalam PC. Mana tak lebam kan? Tapi okay what. Hardworking kot.

Tetiba baru teringat timun dan tea bag. Dulu rajin la buat sebab tiap-tiap hari berjaga malam untuk study tengok DVD. Study. Tapi play DVD kat laptop. Alaa.. Perkara biasa budak-budak U kan?kan?kan? Pastu gigih la tampal tea bag kat mata. Pastu roomate aku cakap aku obses sangat. Mana ada. Mana ada. Mana ada. Benci.

Balik kerja ni nak selongkar peti air kalau-kalau ada timun ke tidak. Kalau takde guna jelah tea bag. Buat teh panas satu jug pastu paksa semua orang minum. Yang penting aku dapat tea bag. Tapi guna timun lagi nikmat. Dapatkan jugak.

Dulu En Gaban selalu ngutuk aku. Katanya mata aku lebam. Padahal takde. (yeke). Sekarang ni dia tak ngutuk lak. Oh! Lupa. Baru-baru ni dia cakap dia macam rabun. Patut la dia tak kutuk aku.

Tolong jangan cop aku obses dengan kecantikan segala tu eh.. Timun dengan tea bag je kot. Please, please, please.. Katakan saja entry ni petua orang muda-muda seperti aku. kehkehkeh!





thanks korang!




Love,
Tata!