CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, September 12, 2012

Wordless Wednesday : Raya

Hai!


Assalamualaikum.


Belum terlambat lagi nak update pasal raya kan? Sedih kan. Raya nak habis baru gathering dengan family semua :(































I Just Love My Big Family
tak semua ada dalam gambar. ini cuma 10% sahaja :(





thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!

Tuesday, September 11, 2012

Idea Oh Idea. Rajin Oh Rajin. Tolonglah Datang Kepadaku.

Hai.


Assalamualaikum.



Perkara yang perlu aku buat dalam tempoh kurang dua bulan ni
ialah :


1.   Centerpieces
Dalam proses mencari idea. Bahan dah ada. Bahan utama ialah tin.



ya, tin susu F&N.



botol pun boleh. tapi susah jugak nak collect bottles.



tetiba nak tukar idea dari doily paper kepada fan flower pun okay kan?




2.   Gubahan Hantaran
Juga dalam proses mencari idea. Idea macam dah ada, bahan je belum beli. Fuh!!





suka yang bulat-bulat tu. noted!!



suka bunga-bungaan tu. letak dekat sudut je.
suka jugak dengan riben!



suka combination warna dia. dah tunjuk dekat En Gaban, dia setuju dengan combination warna ni. yayyy!



3.   Baju Nikah (Perempuan - aku lah tu)
Bila la nak rajin ni. Haihhhhhh. Janji hari tu nak siapkan dalam bulan Ramadhan. Tipu sangat!


4.   Bunga Manggar
Ayah nak buat guna crepe paper/tissue paper. Sempat ke? Kena mula dari sekarang. Tapi sekarang tu bila eh? Kalau tak sempat, beli je yang dah siap tu. Kan?


5.   Burung
Dah siap 75 ekor. Perlu lagi 125ekor. Atau 150 ekor? Phewwww. Bila nak melipat lagi ni? Last melipat masa raya ke-3. Apakah?


6.   Juntaian Riben
Belum decide lagi nak guna riben jenis apa. Laju-laju sikit decide tu boleh tak?


7.   Backdrop Photobooth
Ayah tengah design. Aku request macam dekat red carpet tu. Macam dekat Grammy Award tu. Konon. Aku request supaya Ayah tulis SailaShahir. Tapi taktau la Ayah design macam mana. 





8.   Fan Flower
Belum beli lagi kertas berwarna untuk dilipat menjadi fan flower. Banyak nak kena lipat ni tau takkkk?






super gojes! akan dipertimbangkan. hiks!



9.   Props
Dah ada, belum print dan laminate lagi. Senang je kan? Tak leceh kan? Habis tu ingat boleh lengah-lengah lah ya?







10. Signage
Tak tau lagi nak buat ke tak. Mungkin tak. Tapi mana lah tau tiba-tiba terbuat dan sesuai pulak dengan keadaan.. Siapa tahu..











11. Sarung Bantal
Maybe beli sarung siap. Nak jahit macam tak sempat. Tapi kalau boleh nak jahit sendiri. Boleh pilih warna yang kita suka. Tapi sememangnya tidak sempat. Setakat ni baru beli dua helai sarung bantal. Teruskan mencari. Untuk bilik tidur (bilik pengantin) je pun. Hikhik :)



12. Bunga Rampai
Ini benda wajib untuk majlis kahwin. Dulu masa zaman makcik-makcik aku kawen, rumah pengantin wajib berbau bunga rampai. Plus bau telur rebus. Baru la rumah pengantin. Zaman sekarang taktau la masih buat atau tak bunga rampai. Baru-baru ni aku request bunga rampai dekat Ibu aku, sebab dia pakar buat bunga rampai halus sehalus halusnya. Tetiba Ayah suruh jadikan bunga rampai sebagai bahan tambahan dekat dulang hantaran. Orite Ayah! Ibu tanya nak bunga rampai letak dekat mana. Seluruh rumah. Dua-dua ruang tamu aku nak ada bunga rampai. Bilik juga. Majlis nikah nanti aku nak seluruh rumah aku berbau bunga rampai! Aku sanggup ricih (tau kan ricih tu apa?) sama-sama dengan Ibu walaupun tak halus. Lantak. Janji banyak.



13. Ring Pillow
Insyaallah, mohon supaya cita-cita aku untuk buat Ring Pillow tercapai. Amin. Ya, cincin nikah akan disarungkan oleh En Gaban untuk pertama kali dalam seumur hidup aku dan dia. Macam mana ya nanti? Tengah practise hulurkan tangan kanan nih. Hahahaha!



14. Kad Kawen
In progress. Hari ni Ayah buat test print. Nak tengok warna sama ke tidak. Kalau okay, dah boleh print terus untuk buat jemputan. Kad jemputan aku tak tahu menahu langsung. Semua Ayah yang design. Aku cuma disuruh check apa yang patut je. Tapi jawapan aku tetap sama 'ikut ayah lah. Yun tak kisah'. Anak yan baik sangat kan? Hahahahaha. Sila muntah sekarang.


Okay, settle update entry sejak dari pagi tadi. Lama kan? Sambil taip entry, sambil buat keja. Hihihihi. Lepas ni kena refer entry ni selalu. Sebab aku selalu lupa.. 'apa lagi eh?' 'takde idea la'. So lepas ni takleh buang-buang masa lagi dah. Kena proceed terus. Jangan banyak main.

psssst : maaf lah, terpanjang pulak entry ni.

sumber : google dan majalah (snap sendiri)


thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!

Friday, September 7, 2012

Alamat & Lokasi Songkok dan Sampin

Hai!


Assalamualaikum.


Dalam entry Preparation #5 aku ada share yang aku beli songkok dan sampin murah kan.. Chop! Murah tak semestinya tak cantik tau. Tapi bukan la aku nak tegaskan dekat sini yang sampin dan songkok kami tu hebat sangat. Huhuhuhu.. Tak la.. Dengan harga yang kami bayar, ianya lebih dari cukup.. :)



Songkok

Sila jangan percaya imej dekat kotak tu. Songkok sebenar takde corak dekat tepi songkok ya.. Hehe. Ni gambar kotak songkok yang berada di dalam plastic bag. Hehehe!

Wisma Melayu
Peerbhai, Jln Masjid India,
50100 Kuala Lumpur.

Korang tau kan masjid india yangd dekat Jln TAR tu.. Satu-satunya masjid dekat Jln TAR kan.. Depan masjid tu ada Wisma Melayu. Dari luar boleh nampak kedai songkok ni penuh dengan kotak2 songkok bersusun penuh dekat rak. Ada jual minyak attar (macam ni ke eja wehhh?).. Ala minyak yang orang lelaki pakai g masjid tu.. Huhuhuhu! Kedai dia kecik je :)


Sampin

Maaf, takde picha. Perlu ke picha? Ada yang tanya sampin tu jenis lembut ke keras. Lembut. Tapi bukan la selembut kain pelekat. Masa aku beli tu, Ifah cakap kalau lipat sampin nanti takde la ternganga lipatan dia. Korang faham kan? Part yang ternganga tu yang kat tengah2 tu. Faham kan? kan? Huhuhu.

Gallery First Impression Textiles,
No. 189 & 191, Jalan TAR,
50100 Kuala Lumpur.

Sampin yang dekat Jakel keras sikitttttt dari yang dekat First Impression ni. Kedai First Impression ni sederet dengan JukeBox. Siapa yang hardcore dengan Jln TAR sure tau kan? Kalau taktau gak, korang jalan start dari Alinas (kedai kawen) straight je sambil-sambil tu tengok-tengok la nama kedai. Tak sesat punya. Cuma rambang mata jela nanti. Hiks!!

Dah beli songkok, inner, butang baju melayu kitorang merayap ke Pertama Complex pulak. Saje je jalan-jalan. En Gaban nak cari kasut dengan jeans.




I found this! Haha.. En Gaban yang mencari jeans, dengan aku sekali beli sehelai. Warna Navy. Tgh 'in' kan warna ni. Tengah melaram dengan seluar ni tiap kali dating. Hikhik.





thanks korang!




Love,
Nursaila Norman!

DIY : Veil Nikah

Hai.



Assalamualaikum.


Chak! Ada yang belum tido? Saya! (sambil angkat tangan). Mata dah mengantuk sebenarnya, tapi gigih jugak nak update pagi-pagi ni. Sebabnya, pendrive tertinggal dekat ofis, so tak boleh la nak transfer picha dari PC Ayah ke PC ofis esok. Keduanya esok super busy.. Pagi-pagi dah meeting, lepas tu ada open office (open house pejabat) Bahagian aku. For sure tak lekat kat PC esok. Huhuhu.

Malam ni mood nak sambung beading baju nikah malas. Jadi teringat pulak yang aku belum share dengan B2B dan readers semua veil nikah aku. Actually, veil nikah ni takde la hebat sangat.. Alhamdulillah, aku berpuas hati lah jugak (nampak sangat tak berapa puas hati kan), kalau ikutan hati ada jugak terfikirkan Plan B untuk veil nikah. Haha.

Psssst, veil nikah ni antara benda paling awal aku buat. Sejak awal tahun ni. Berbulan-bulan jugak kan.. Semua sebab lace yang aku beli macam kureng best dimata aku (dah beli baru nak menyesal). Tu yang berusaha lebih tu supaya nampak okay dimata aku.


sila klik pada gambar untuk imej yang lebih sempurna (konon)


Setakat ini, alhamdulillah aku berpuas hati. Harap-harap aku tak berubah hati. Tak tau la kenapa part majlis nikah aku sangat risau. Nak nampak sempurna. Nak nampak elok. Maybe aku dah set dalam kepala yang majlis nikah lebih penting dari segala2nya kot. Mungkinlah.

Terima kasih kepada Leha sebagai model. Terima kasih kepada Ayah sebagai photographer tetap kami. Picha edisi malas edit. Natural itu lebih indah bukan? Hiks!!

psssssst, jangan terpedaya dengan picha. Takde la cantik sangat pun sebenarnya. Hahaha.

Eh,jap.. Perasan tak? Dekat bahu kiri kanan tu manik ada warna cream.. Nak bagi nampak cream2.. Supaya match dengan sampin En Gaban kononnya. Ntah jadi ke tidak. Hentamlah labuuu.





Love,
Nursaila Norman!


Thursday, September 6, 2012

Dah Booked Tarikh Untuk HIV Test Dah!





Hai!


Assalamualaikum.


Firstly, terima kasih yang tak terhingga kat korang-korang yang ada tinggalkan komen dekat entry mohon bantuan kat SINI. Korang sangat membantu. Kebetulan pulak Zila Zainal buat entry pasal HIV Test dan masalah-masalah yang sama mcm aku, sangat la membantu bila ada detail di setiap KK. Lega sangat-sangat.

Pasal klinik swasta tu, baru la saya jelas.. Tenkiu so much readers and bloggers!

Lepas dah baca entry cik Zila Zainal tu, saya pun try-try la call mana-mana KK yang bersesuaian. Macam yang cik Zila Zainal tulis dekat entry dia ;


Klinik Kesihatan Setapak : 03-4142 5429
Macam bunyi masuk kat line fax. Sakit telinga aku.

Klinik Kesihatan Sentul : 03-4042 7557
Ada orang jawab pulak. Kena datang sana buat appoinment. Result on the spot.

Hospital Sg. Buloh : 03-6145 3333
Takde buat HIV Test. Harap maaf.

Klinik Kesihatan Dato' Keramat : 03-4257 3333
Engage. Taktau la bergayut ke atau tak masuk line. Cis.

Klinik Kesihatan Batu, Jln Ipoh : 03-6257 3355
Ada! Ramah pulak tu. Sejuk hati aku. Booking? By phone. Senang tak kerja? Macam la kita ni kerja dengan company daddy and mummy kita kannn.. Dia ambil nama aku dan pasangan dengan no.phone aku. Result? On the spot. Datang pukul 2pm. Suka,suka,suka :)


Disebabkan dia peramah sangat aku saje jela tanya, KK Batu ni je ke yang boleh buat appointment by phone. Dia cakap dia tak berani nak cakap, takut nanti salah information pulak. Pastu aku cakap la yang aku dah puas call KK lain, semua kena datang buat appointment dulu.. KK Batu je yang boleh, seronok sangat. Pastu dia cakap takde la baik sangat, ini jela yang dia dapat bantu pun.. See? Boleh kan cakap baik-baik, ramah-tamah.. Kita sebagai pemanggil pun seronok la. Aku siap cakap KK Batu sangat baikkk, peramahhh sangat.. Malu-malu kucing akak tu. Tumbs Up!!

Kepada yang membantu, memberi kata-kata semangat tu terima kasih banyak-banyak sayang :)


Dengan cara share your link here sebagai hadiah terima kasih untuk korang semua :)



hehehehehehehe!!





thanks korang!





Love,
Nursaila Norman!

Sesiapa Yang Boleh Bantu Pasal HIV Test? Tolong ya.. Huhu!

Hai.



Assalamualaikum.


Hari ni macam semuanya tak kena. Purse dan henfon line Maxis tertinggal. Nasib baik ada lebihan duit raya yang untuk budak-budak punya, boleh guna untuk lunch dan balik naik ERL jap lagi. Huhuhu!! Henfon line Maxis penting sangat untuk hal kerja. Mati akal disitu. Nasib baik henfon line Celcom ada. Untuk call/sms En Gaban je lah pun. Hahaha!

HIV Test belum buat lagi. Hari Selasa aku call Hospital Kuala Lumpur (HKL) dia suruh datang sendiri buat appointment. Bukan ke by phone pun boleh? Ke memang tak boleh? Lepas tu aku call Klinik Kesihatan Selayang Baru. Kena datang sendiri jugak. Okay. Mintak tolong En Gaban buatkan appointment semalam (Rabu) tapi dia sibuk. Busy dengan hal ofis, meeting, open office (open house di pejabat). Sentap disitu. Pastu aku merajuk. Mengada tak tentu pasal sungguh.

Hari ni dia gigih curik masa pergi buat appointment. Tempat first dia pergi HKL. Tarikh paling awal 26hb September ni. Aku pulak tak boleh nak amek cuti. Sebab sibuk di Parlimen. Kalau lepas tarikh tu boleh la. Rupanya En Gaban tak stay lama kat HKL. Dia cakap mood nurse tu tak baik. Hell-O?? Nasib baik bukan aku yang pergi. Kalau tak suka stress tak payah kerja. Duduk rumah pun stress okay.

En Gaban terus pergi Klinik Kesihatan Selayang pulak. Jawapan KK Selayang tu dia dah tak buat HIV Test sejak seminggu sebelum raya. Apasal aku call Selasa tu dia suruh datang sendiri buat appointment? Jap lagi aku nak call balik. Aku pun kerja kerajaan jugak. Tapi tak payah la nak memburukkan nama kerajaan. Nak menipu ke malas buat kerja? Jangan bagi alasan tak tau. KK je kot. Bukan hospital bertingkat-tingkat. Takkan takde siapa-siapa inform dekat front desk/operator yang KK Selayang dah tak buat HIV Test. Aku paling pantang betul kerajaan kalau jenis pemalas macam ni. Sorang cakap lain, sorang cakap lain.

Lepas tu dia cakap boleh buat HIV Test dekat klinik swasta. Boleh ke buat kat swasta? Dari apa yang aku tau, tak boleh kan? Ke boleh? Kalau boleh baik aku buat kat swasta je. Tak kuasa aku nak melayan kerenah mengada-ngada diorang ni. Ke kawasan KL je yang mengada lebih? KK kawasan luar bandar okay kot.. Lagi satu, lepas buat HIV Test dekat klinik swasta, dia suruh datang semula dekat dia. Untuk?

Ni aku mintak En Gaban singgah Pejabat Agama Daerah Gombak, tanya boleh ke buat kat klinik swasta. En Gaban ada klinik panel. Selamat di  situ. Part aku takpe, bayar sendiri boleh, pow En Gaban pun boleh. Hahaha!

Eh, sakit hati pulak dengan staff goverment ni. Maaf ya, aku pun government, walaupun aku tak la duduk front desk, operator, layan kerenah orang,sakit orang.. Tapi susah sangat ke nak cakap baik-baik, sopan-santun? Hospital kot.. Lagi kau cakap kasar-kasar, lagi sakit la orang tu. Selama aku berurusan dekat HKL takde lagi yang teruk-teruk. Semua okay je.. Tapi ada la tu yang tersesat sorang dua. Memalukan government je.

Pasal klinik swasta tu, boleh ke buat HIV Test kat situ? Kalau ada sesiapa yang tahu, mohon sangat pertolongan anda semua.. Sementara tunggu report dari En Gaban. Huhuhuhu.

Okay, aku nak call KK Selayang jap. Hangin ni.




thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!



Wednesday, September 5, 2012

Wordless Wednesday : Dinner time!!

Hai!


Assalamualaikum.






|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V





tak padan dengan betina. mengalahkan Johnny. titew, titew.. Hehehehe!
picha disnap malam tadi :D





thanks korang!




Love,
Nursaila Norman!