CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 7, 2012

Selamat Berbuka Miaw!

Hai!



Assalamualaikum.










I call her Pendek :) Masa dia kecik sikit dulu, badan dia lebih pendek dari ekor. Nampak ekor panjang gila-gila. Si kecik ini anak dia. Sama kan? Ni masa kami dah settle mengemas selepas berbuka. Dia masuk rumah kami dan macam biasa terus ke dapur dan makannnn. Selamat berbuka! Tapi kamu tak puasa pun kan?kan?kan? Ehehe! Yang pink tu bekas makan Johnny dengan Pekak. Tapi lain-lain kucing pun guna jugak. Takpe lah, sharing is caring kan..


Cuma, jangan jadi macam dia ni.

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



Nampak tak perut dia? Tak puasa, tapi berbuka macam puasa sangattttt. Lepas berbuka, tidur lah. Apa lagi. Orang nak lalu pun susah. Suka sangat tidur tengah-tengah jalan. Grrr!

Rajin pulak nak update blog pasal comel-comel ni. Hehehehe!





selamat berpuasa sayangs!




Love,
Nursaila Norman!

Monday, August 6, 2012

Rumah Kecil Kami

Hai!


Assalamualaikum.


Maaf ya kalau ada yang tak suka. Kepada yang sedang membaca entry di blog ini dan terutama sekali entry ini, takde niat pun nak menunjuk-nunjuk atau apa. Niat dihati just nak share dengan b2b yang sama-sama sedang berusaha meningkat setapak ke hadapan dalam membina hidup yang lebih happy dan bahagia. Aku pun sama macam b2b yang lain.. Struggle untuk melengkapkan fasa hidup baru. Apa yang aku buat untuk wedding day,sama je dengan b2b lain. Kita share sama-sama kan? :)

Cuma, separuh dari perancangan kami lebih tertumpu dekat "rumah kita". Ops, maybe lebih dari separuh. Huhuhu! Alhamdulillah, satu per satu kami cuba usaha dan selesaikan.

Niat takde la nak menunjuk rumah kecil kami.. Cuma aku dan dia terlalu gembira bila rumah sewa yang kami dapat akhir berubah menjadi seperti apa yang kami impikan. Macam aku, aku nak "rumah kita" nampak creamy.. Dan akhirnya its creamy yummy! Usaha kami berdua mengecat rumah akhirnya berbaloi dengan warna dinding yang lebih tenang. Dan, sabtu baru ni kami pasang tikar getah pulak. Well, "rumah kita" tu takde jubin. Rumah sewa kan.. Kalau rumah sendiri nanti baru boleh nak all out semua. Amin,insyaallah.

Dugaan pasang tikar dengan cat rumah lain sangat. Masa cat rumah, ibu dengan ayah aku siap hantar makanan tengahari okeh. Bapak lah manja gila kitorang nih. Hahahaha! Masa pasang tikar mintak ampun sikit nak makan tengahari. Puasa okeh. Sambil pasang tikar getah sambil tengok Olimpik. Tengok air atlet tu minum pun aku nak. Hahaha.

Lepas dah pasang tikar getah, baru la boleh bawak masuk perabot kecil. Ya, kecil-kecil sahaja. Takde la almari kabinet berpintu-pintu. Huhuhu! Matlamat kami ialah hidup berdua. Part yang besar2 nanti-nanti dulu eh. Hehehe!

Kalau refer entry mengecat rumah dari merah bertukar creamy! tu, kiranya entry ini adalah sambungan dari entry tu okay.



ini lah ruang tamu kecil kami!


Kain yang bercorak zebra tu ialah sofa kecil kami. Saje aku beli cover, nak style orang putih katanya. Hehehe! Sofa kecil tu aku letak kat tengah-tengah ruang tamu. So that, ruang tamu tu aku telah divide kepada dua bahagian. Bahagian lagi satu tu aku letak single arm chair. Nanti-nanti lah aku tunjuk yang full punya eh. Sebab susunan yang ini pun untuk sementara je. Chop! Nampak tak soket tu? Niat dihati nak tampal dengan sticker yang tengah in sekarang ni. Ala sticker yang orang dok tampal kat kereta tu. Ada yang kaler-kaler, ada yang hitam putih kan? Aku nak tampal yang hitam putih. Nanti dah siap aku tunjuk eh!

Semalam (ahad) aku pergi IKEA dengan Ara dan Leha.. Haruslah menggila kan? Menggila lagi lah kannn.. Aku memang target nak jadikan dapur macam ni. Macam gambar kat bawah ni.




Target utama ialah yang dalam bulatan merah tu. Drainer. Tapi yang dalam picha ni yang simple punya Rm19.90. Tapi aku ambil yang teguh sikit Rm49.00. Confident nak sangkut kat dinding. Dah beli drainer,gatal pulak nak pinggan. Hehehehe. Jumpa pinggan warna beige!! Rm2.90/pc. Memang pinggan ni selalu ada harga promosi. Ambil 6 keping. Mangkuk kecil Rm1.90/pc, aku ambil 4 buah. Sekarang ni tinggal shelf (para) je belum beli. Yang aku beli untuk ibu aku kat dapur dia tu dah takde pulak. Nanti lah, kot-kot bulan-bulan depan ada balik. Jimat ruang kan kalau susun macam ni. Rumah kecik haruslah pening kepala sikit nak decorate. Hehehe.

Lagi pun rezeki kami baik sangat di bulan Ramadhan ni. Alah, sama la macam you all kan.. Dapat bonus. Hehe! Cuma tak sangka En Gaban pun dapat bonus bulan ni. So boleh la beli apa-apa yang patut untuk "rumah kita". Cuma bonus En Gaban lebih banyak dari aku, tu yang sedih tu. Bonus sendiri ciput je, pastu tengah berkira-kira nak beli kebaya nyonya ke tak ni eh? Beli jelah! Dah janji kan, nak kumpul kebaya nyonya banyak2!

pssst : lagi satu rezeki nak kawen ni murahkan? En Gaban cakap kalau tau, dulu lagi dah kawen. Hahaha.





selamat berpuasa sayangs!





Love,
Nursaila Norman!

Friday, August 3, 2012

My First Tefal!!!

Hai!


Assalamualaikum.



Lunch kan panjang hari ni. So niat nak cari baju raya.. Tapi taktau la kenapa nafsu membeli baju dah tak macam dulu. Boleh bawak bersabar pulak. Hehehe. Yelah, dulu asal nampak je terus ambil. Tapi lately, dah tak macam tu. Sampai sekarang tak beli lagi. Takpe lah, baju baru jahit ada, boleh buat jadi baju raya.

So tadi bukan teruja nak beli baju kurung untuk raya.. Masa tengah melawat-lawat tempat barangan dapur tetiba terjumpa pulak frying pan. Terjumpa okeh. Bukan sengaja cari tau. Huhuhuhu!












Memang la terniat nak ada benda ni untuk "rumah kita". Tapi belum masa lagi.. Sebab harga dia pun tak boleh nak tahan. Tapi tadi promosi gila *abi. Jadi haruslah aku jadi gila jugak kan.. Terus pegang satu. Pastu pegang dua. Eh? Masak ke? Hahahaha. Masak la.. Takkan la tak masak dah kawen nanti. En Gaban kan suka makan. Hiks!! So, this is my first Tefal. Lepas ni kena ada lagi. Wink! 

Eh, tapi kan.. Bontot dia cantik kan? Sayang pulak nak guna. Haha! 

Tapi sebelum beli frying pan ni aku sempat beli kasut dekat Vincci. Dah lama tak beli kat Vincci. Tadi beli jugak sebab ada design yang simple. Sesuai untuk baju kurung dan jeans. 




Sejak dah dewasa ni dah takde dah istilah kasut raya, baju raya.. Dah kalau tiap-tiap bulan bershopping mana nak rasa semangat raya dah. Kan? Hehe! Tetiba teringat kasut Vincci tahun lepas. Ada dekat S I N I. Tapak dia sama. Tahan lasak. Selamber je shopping dekat Jln TAR dengan kasut tu. Sebab selesa, tak rasa sakit pun. Promote ke apa ni?

Baru kejap ni En Gaban SMS.

Dia : Sayang shopping apa tueee? Huhu.
Aku tau dia risau. Sebab aku dah bagitahu dia aku nak beli Tefal. Dia tau aku jenis menggila sikit kalau shopping. Huhu!
Aku : Beli tefal dua, dgn kasut baru. Takpe kan? Huhu
Dia : Huh? Total sume berapa?
Aku : bla bla bla bla $$$$$$$$
Dia : Huhuhu dia punya promote bkn main lagi. Mesti shomel2 tu kan.. Nak pakai kejap lagi la tu kan?
Dia refer dekat kasut. Hehe!
Aku : Mana tau ni???
Dia :Kalau dah namanya tata asalkan benda baru tak sampai rumah lagi nak pakai dah.

Okay, you know me better kan sayang? Perangai pelik aku ialah 'akan pakai barang baru walaupun bawak ke tido' Hahahaha.



maaf lah, entry ting tong hari Jumaat.



selamat berpuasa sayangs!



Love,
Nursaila Norman!


Thursday, August 2, 2012

Syuu away

Hai!


Assalamualaikum.


Lima hari tak update blog termasuk sabtu ahad. Okay, sabtu ahad tak dikira. So tiga hari tak update. Hari ni baru masuk kerja. Cuti sakit tiga hari. Huhuhuhu. Hari ni rasa okay sikit dari semalam, semalam. Ingatkan susah nak sembuh dah.. Tapi nasib baik dapat okay dengan cepat. Sangat tak best bila sakit. sobs!

syuu away demam dan sakit telinga. sangat lemau :(





3 months & 1 week until our Nikah Day

Yes, i know. I only have 3 months before my big day. Sangat malas nak fikir. Huhuhuhu! 3 bulan tak lama dah.. Dengan baju nikah belum siap part bawah baju, corsage, centerpieces, veil nikah, kasut nikah dan resepsi belum cari (tapi kalau bab shopping bukan masalah besar kan? hiks!). Dokumen nikah dah boleh start, tapi bulan puasa kan.. Malas semuanya.

Bila tak sihat macam ni, duduk rumah lima hari tapi takde buat apa-apa pun. Cuma gigih paksa diri jahit pearl dekat lengan baju nikah. Siap la jugak dua-dua belah lengan. Tapi part bawah baju tak letak pearl lagi. Haihhh. Bila la nak rajin semula ni. Settle bab attire dah boleh fokus dengan hal-hal remeh mcm centerpieces tu. Haihhh lagi. Huhuhu!

Sekarang ni mood hanya nak complete kan rumah je. Lain mood takde. Pergi Parkson tengok barang2 rumah. Pergi Jusco tengok barang2 rumah. Pergi Houz Depot. Pergi Sen Heng. Pergi kedai perabot. Blablablabla. Serius, dah tak boleh fokus dah dengan hal majlis kawen. There are only tuan rumah, tetamu, foods, doorgift, and happiess. Please be kind to me. Sangat risau. Sangat cemas. Sebab i wanna keep on track iaitu less is more. Taknak bukan-bukan. Taknak bazir-bazir. Taknak merumitkan and so on. 
Tapi bila majlis tidak seperti orang lain, terasa sangat alien. Huh?

syuu away semangat malas!


maybe entry tentang majlis will be so lemau. tengok lah kot-kot dah sihat nanti.






selamat berpuasa sayangs!



Love,
Nursaila Norman!

Friday, July 27, 2012

Conversation #2

Hai!



Assalamualaikum.


Malam tadi sebelum terlena, dalam SMS dari En Gaban.



"Shaaaayang by minta maaf.. By dah bg rosak bekas air masak sayang.. By isi air tp tak perasan lak air dlm heater tu panas.. Bekas air sayang dah cacattt.. Dh macam janin."
(janin?? over betul hiperbola dia)

"By?"

"Huhuhu shorie shayangggg.. By tak sengaje.. Huhuhu.. By emel kat sayang esok eh.. Uwaaaa"
(perghhh..siap nak email)

"Bekas air tu tak  boleh guna langsung ke?"

"Bekas air memang tak boleh guna. Terus jadi pendek hampir separuh huhuhu.. Tata sayang by takk?"

"Takpe lah kalau macam tu.. Buang je lah. Mesti la tata sayang by. Kenapa tanya?"

"Sebab by dah  bg rosak barang rumah kita huhuhuhu.. :("

"Lain kali hati-hati.. Nasib baik murah je. Tapi kesian kat bekas air tu.. Tak dapat nak berbakti kat kita lama-lama"
(gila psikoooo!)



En Gaban ni.. Kelakar pun ada. Motif dia sama kan bekas tu dengan janin apa kes eh. Dari nak marah terus tergelak. Ayat yang last tu aku saje je psiko dia.. Hikhikhik! Pasni heret dia g Jusco, beli lain. Tapi yang kaca punya. Padan muka dia. Haha!







update : En Gaban dah email. ni lah bekas air yang macam janin tu. whatthe**






selamat berpuasa sayangs!




Love,
Nursaila Norman!

Thursday, July 26, 2012

Luar lain, tapi dalam lain tau!

Hai!




Assalamualaikum.



Malam semalam (Selasa) kan Malaysia vs Arsenal. 
Terus konfius.
Nak pakai jersi apa eh? Jersi Malaysia ke jersi Arsenal?

"Tp.. Dilema la sayang.. Nk pakai jersi msia ke arsenal..Huhuhuhu"
"Baju arsenal eh hehe.."
"Takpe ke pakai arsenal.. Huhu. Kesian negara kita. Huhuhu"

Nak pergi stadium malas. Kan bulan puasa. Lepas isyak kitorang pergi tengok dekat kedai makan. Je? Wink!








Masa tengok game tu tetiba rasa menyesal. Kenapa tak pakai jersi Malaysia. sobs.
Tapi kalau pakai baju gah mana pun, dalam hati tetap sayang Malaysia. kan.
Tak boleh tidak, aku tetap sokong Malaysia. Hehehe.

Luar je tulis Arsenal. Tapi dalam hati ada tulisan Malaysia.
Kalau tak percaya belah lah dada ku!
Haha!



selamat berpuasa sayangs!




Love,
Nursaila Norman!

Wednesday, July 25, 2012

Lagu untuk cinta hati saya

Hai!



Assalamualaikum.


Pertengahan tahun 2006, aku mula berkawan dengan dia. Kenal? Sejak tingkatan empat (tahun 2002). Tapi aku tak suka dia masa tingkatan empat tu. (kalau nak explain bab ni, memang kena buat entry lain. huh!). Tahun 2006 dia jumpa nombor henfon aku dari kawan baik dia, dan kitorang mula berkawan. Rupanya sejak lepas SPM dia still cari aku - tanya dekat kawan-kawan,tapi takde sorang pun yang tau. 2 tahun jugak dia mencari aku. Gigih betul dia nih. Dan akhirnya pada pertengahan 2006 pencarian dia berakhir. Macam drama pun ada kan?

Start dari hari first dia SMS aku, kitorang mula berkawan. Sebenarnya dia lelaki yang paaaaling aku tak suka masa tingkat empat sampai la tingkatan lima. Jangan touching eh b.. Kisah benar ni. Huhuhuhu! Tapi bila umur dah 21tahun (dah matang time tu), takkan la nak gaduh lagi kan.. Aku pun okay jela berkawan dengan dia. 

Sepanjang aku berkawan dengan dia macam-macam ada. Gaduh, merajuk, marah-marah (ni semua aku, dia rilex je huhuhu). Sampai la satu aku terdengar satu lagu ni. First time dengar tak tau la kenapa aku nak buat lagu ni ringtone untuk SMS dia. Masa tu aku pakai henfon Nokia 3312. Boleh record, bunyi pun okay. Aku pun record lagu tu pastu buat ringtone untuk SMS dia. Zaman belajar kan.. Takkan nak spend duit untuk henfon canggih2. Tu je yang mampu.. Huhuhu!



ni lah henfon disko. sebab ada lampu kiri kanan. meriah okay :D



Masa tu kami cuma berkawan. Memang dia lamar aku banyak kali, tapi aku tak ready dan anggap dia kawan semata-mata. Tapi tak tau la kenapa lagu tu yang aku pilih untuk ringtone SMS dia. Aku tak tau kenapa, tapi yang pasti aku dapat rasa yang lagu tu memang untuk dia.

Sekarang ni aku dah guna henfon lain. Dalam dua jenis henfon baru yang aku pakai, aku takde pun save lagu tu. Bila aku saje tekan-tekan Nokia 3312 tu aku mesti jumpa lagu tu. Masih simpan. Masa ada. Masih elok. Bila aku play lagu tu, autometik semua yang aku bualkan dalam SMS dengan dia datang dengan sangat fresh. Terus teringat zaman aku berkawan dengan dia. Zaman 'aku-kau' dengan dia. Rindu zaman tu. Takde beza pun zaman tu dengan sekarang. Dia masih macam dulu. Cuma situasi berbeza. Sangat rindu.

Banyak kali aku remind supaya download lagu tu dan save dalam henfon sekarang ni. Tapi asyik busy dan lupa. Tapi akhirnya.. Yeahhh, akhirnya lagu tu dah ada pun dalam henfon aku dan sudah pun save as his ringtone. Seronok. Lepas download terus play 8 juta kali dekat henfon. Muntah la orang sekeliling aku. (sebab aku jenis suka dengar lagu untuk amek mood pergi mandi. hahaha!) So aku akan play lagu sambil golek-golek atas katil tunggu mood datang. So sesiapa yang ada berhampiran haruslah stress. Hikhik!



setelah settle men'download'. saje nak tunjuk betapa happy nya aku. hiks!


*********************************************************************


Stick With You (The Pussycat Dolls)

I don’t wanna go another day,
So I’m telling you exactly what is on my mind.
Seems like everybody’s breaking up
Throwing their love away,
But I know I got a good thing right here
That’s why I say
(part yang aku record untuk ringtone sms dia)

Nobody gonna love me better
I must stick with you forever.
Nobody gonna take me higher
I must stick with you.
You know how to appreciate me
I must stick with you, my baby.
Nobody ever made me feel this way
I must stick with you
(part yang aku rasa memang lagu ni untuk dia)


*********************************************************************


# pernah aku buat slide anniversary yg pertama lepas tu burn dalam CD. lepas tu pos dekat dia (masa tu dia belajar dekat Dungun, aku kat Sintok. bapak jauh kan?). dalam slide tu aku ada masukkan klip video lagu tu - sayang, awak ingat tak?




tiap kali terdengar lagu ni memang takde siapa yang aku bayangkan selain dia.
walau ribut pernah melanda antara kami, selamanya lagu ini untuk En Gaban seorang sahaja.
"hai,boleh berkenalan?"





selamat berpuasa sayangs!



Love,
Nursaila Norman!