CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 14, 2012

Conversation #3

Hai!



Assalamualaikum.


86 hari lagi. Fuhhh! 86 tu angka kegemaran kami berdua. Hiks! 86 hari lagi okeh. Patut la En Gaban asyik remind aku '...kurang 100 hari je...' gulp! 

Makin dekat makin tak rasa. Sebab malas nak fikir.
Makin dekat makin stress. Sebab gedik nak complete kan rumah.
Makin dekat makin takut. Sebab masih degil macam dulu.
Haihhhh.

Baru-baru ni pun aku still berdegil. Ala, itu pun En Gaban mulakan dulu. Boleh? Hik!

Aku : b sayang tata tak?
Dia  : sayang..
Aku : walaupun tata degil?
Dia angguk.
Aku : nape b still sayang tata walaupun tata degil?
Dia angkat bahu.

Aku tunggu jawapan kot-kot lepas angkat bahu dia nak cakap sesuatu. Tapi takde. Senyap. Aku pandang tempat lain. Berfikir. Dia sendiri takde alasan/jawapan kenapa dia masih,tetap sayang aku walaupun aku degil. Maknanya dia tak perlu kan apa-apa alasan untuk sayang aku lah kan.

Aku terima bahasa badan dia dengan mengangkat bahu sebagai tanda dia terima aku seadanya dan still mengharap aku tak degil-degil lagi.

Betul lah kata orang, tulisan-tulisan sastera.. Cinta tak memerlukan alasan. Biarkan je dia menjawab dengan 'ntah' atau angkat bahu. Itu tandanya dia pun tak tahu kenapa dia cintakan kita. Kalau dia jawab dia cintakan kita sebab mata kita cantik, satu hari nanti mata kita akan berkedut jugak. Kalau dia jawab dia cintakan kita sebab kita comel, satu hari nanti kita akan tua jugak. Biarkan dia terus terima kita tanpa jawapan.

Degil saya bertempat kan,kan,kan? Hehehehe ;) 



selamat berpuasa sayangs!




Love,
Nursaila Norman!


Iftar : Re-10 Motorsport Club

Hai!



Assalamualaikum.


Sabtu lepas (11 Ogos 2012 bersamaan 22 Ramadhan 1433) aku berbuka ramai-ramai dekat rumah En Abg Azam. First time berbuka ramai-ramai dekat rumah kawan. Punca dapat berbuka puasa dekat rumah kawan ialah sebab En Abg Azam kan baru kawen, merasa la kami yang bujang-bujang ni berbuka dekat rumah kawan :)

Ini sebahagian daripada picha-picha iftar kami..












































































Lauk berbuka memang lauk org bujang, tp bila makan ramai-ramai lain rasanya. Selalu berbuka dengan diorang dekat kedai makan wajib kami je.. 

Iftar paling best tahun ni :) Jumpa lagi tahun depan!




selamat berpuasa sayangs!




Love,
Nursaila Norman!


Thursday, August 9, 2012

Hari ni genap 3 bulan. Nervous!

Hai!



Assalamualaikum.


9 Ogos 2012. Genap 3 bulan sebelum tarikh majlis besar kami. Besar bagi kami,tapi hakikatnya sederhana dan kecil-kecilan je. Sepatutnya bulan Ramadhan ni aku kena settle kan baju nikah. Tapi taktau la kenapa aku tak settle kan part bawah baju. Veil nikah pun belum settle sepenuhnya. Ish!

Bila fikir-fikir balik perancangan kawen kami ni takde la serius dan berat sangat. Kami takde majlis bertunang yang grand mcm orang lain. Just mak dan ayah dia datang rumah aku bawak sebentuk cincin. A small and simple ring. Macam dekat header atas ni. Seumur hidup aku itu lah first time aku pakai cincin. Sebelum ni ada la ibu aku belikan cincin masa aku kecikkk-kecikkk dulu. Pakai pun ikut suka. Sekarang ni pakai cincin sampai ada kesan bentuk cincin dekat jari manis aku. Punya la tak pernah tanggal cincin tu.

Lepas tu terus buat hal-hal kawen sikit-sikit. It comes naturally. Sampai la ke hari ni. Kami buat slow-slow, sikit-sikit. Macam tak percaya pulak, lagi 3 bulan je lagi. Rasa dah malas nak buat apa-apa. Nak terus pertengahan November. Boleh?

Sebenarnya aku tak tau nak tulis apa. Rasa macam pelik, tak percaya semua ada. Banyak benda yang datang dalam fikiran masa tengah mengelamun. Masa semester 1 dekat U dulu pensyarah ada tanya setiap sorang dalam group kecil, 'nak kawen umur berapa?' Aku jawab nak kawen masa umur 26 tahun. Maybe Allah makbulkan kata-kata aku time tu kot. Tak pun memang dah tertulis, aku kawen umur 26 tahun. Amin. Insyaallah.

Dalam minggu ni je kawan belajar En Gaban ajak bercuti sama-sama dengan isteri masing-masing bulan November ni. Amin. Harap menjadi. Boleh honeymoon. Hiks! Lepas tu Kelab Motorspot En Gaban pun plan nak bercuti jugak bulan November ni. Nak konvoi lepas tu bercuti-cuti. Amin. Honeymoon lagi. Hehe! Honeymoon berdua lain pulak. Hahaha.



3 bulan bukan lama sangat kan.





Sekarang ni tengah usaha buat yang ini. Buat dekat pejabat time malas buat keja. Opss! Maaf ya En Boss, hehehehe!


Macam hampeh pun ada entry ni. Maaf lah ya kalau korang rasa bosan. Mood sangat ke laut la. Dah terbayang-bayang makanan kat lobi ofis ni. Huhuhuhu! Petang ni berbuka dekat pejabat dengan ofismate. En Boss belanja. Yummy! 

Okay lah. Bye. Malasnya!




selamat berpuasa sayangs!





Love,
Nursaila Norman!


Tuesday, August 7, 2012

Selamat Berbuka Miaw!

Hai!



Assalamualaikum.










I call her Pendek :) Masa dia kecik sikit dulu, badan dia lebih pendek dari ekor. Nampak ekor panjang gila-gila. Si kecik ini anak dia. Sama kan? Ni masa kami dah settle mengemas selepas berbuka. Dia masuk rumah kami dan macam biasa terus ke dapur dan makannnn. Selamat berbuka! Tapi kamu tak puasa pun kan?kan?kan? Ehehe! Yang pink tu bekas makan Johnny dengan Pekak. Tapi lain-lain kucing pun guna jugak. Takpe lah, sharing is caring kan..


Cuma, jangan jadi macam dia ni.

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



Nampak tak perut dia? Tak puasa, tapi berbuka macam puasa sangattttt. Lepas berbuka, tidur lah. Apa lagi. Orang nak lalu pun susah. Suka sangat tidur tengah-tengah jalan. Grrr!

Rajin pulak nak update blog pasal comel-comel ni. Hehehehe!





selamat berpuasa sayangs!




Love,
Nursaila Norman!

Monday, August 6, 2012

Rumah Kecil Kami

Hai!


Assalamualaikum.


Maaf ya kalau ada yang tak suka. Kepada yang sedang membaca entry di blog ini dan terutama sekali entry ini, takde niat pun nak menunjuk-nunjuk atau apa. Niat dihati just nak share dengan b2b yang sama-sama sedang berusaha meningkat setapak ke hadapan dalam membina hidup yang lebih happy dan bahagia. Aku pun sama macam b2b yang lain.. Struggle untuk melengkapkan fasa hidup baru. Apa yang aku buat untuk wedding day,sama je dengan b2b lain. Kita share sama-sama kan? :)

Cuma, separuh dari perancangan kami lebih tertumpu dekat "rumah kita". Ops, maybe lebih dari separuh. Huhuhu! Alhamdulillah, satu per satu kami cuba usaha dan selesaikan.

Niat takde la nak menunjuk rumah kecil kami.. Cuma aku dan dia terlalu gembira bila rumah sewa yang kami dapat akhir berubah menjadi seperti apa yang kami impikan. Macam aku, aku nak "rumah kita" nampak creamy.. Dan akhirnya its creamy yummy! Usaha kami berdua mengecat rumah akhirnya berbaloi dengan warna dinding yang lebih tenang. Dan, sabtu baru ni kami pasang tikar getah pulak. Well, "rumah kita" tu takde jubin. Rumah sewa kan.. Kalau rumah sendiri nanti baru boleh nak all out semua. Amin,insyaallah.

Dugaan pasang tikar dengan cat rumah lain sangat. Masa cat rumah, ibu dengan ayah aku siap hantar makanan tengahari okeh. Bapak lah manja gila kitorang nih. Hahahaha! Masa pasang tikar mintak ampun sikit nak makan tengahari. Puasa okeh. Sambil pasang tikar getah sambil tengok Olimpik. Tengok air atlet tu minum pun aku nak. Hahaha.

Lepas dah pasang tikar getah, baru la boleh bawak masuk perabot kecil. Ya, kecil-kecil sahaja. Takde la almari kabinet berpintu-pintu. Huhuhu! Matlamat kami ialah hidup berdua. Part yang besar2 nanti-nanti dulu eh. Hehehe!

Kalau refer entry mengecat rumah dari merah bertukar creamy! tu, kiranya entry ini adalah sambungan dari entry tu okay.



ini lah ruang tamu kecil kami!


Kain yang bercorak zebra tu ialah sofa kecil kami. Saje aku beli cover, nak style orang putih katanya. Hehehe! Sofa kecil tu aku letak kat tengah-tengah ruang tamu. So that, ruang tamu tu aku telah divide kepada dua bahagian. Bahagian lagi satu tu aku letak single arm chair. Nanti-nanti lah aku tunjuk yang full punya eh. Sebab susunan yang ini pun untuk sementara je. Chop! Nampak tak soket tu? Niat dihati nak tampal dengan sticker yang tengah in sekarang ni. Ala sticker yang orang dok tampal kat kereta tu. Ada yang kaler-kaler, ada yang hitam putih kan? Aku nak tampal yang hitam putih. Nanti dah siap aku tunjuk eh!

Semalam (ahad) aku pergi IKEA dengan Ara dan Leha.. Haruslah menggila kan? Menggila lagi lah kannn.. Aku memang target nak jadikan dapur macam ni. Macam gambar kat bawah ni.




Target utama ialah yang dalam bulatan merah tu. Drainer. Tapi yang dalam picha ni yang simple punya Rm19.90. Tapi aku ambil yang teguh sikit Rm49.00. Confident nak sangkut kat dinding. Dah beli drainer,gatal pulak nak pinggan. Hehehehe. Jumpa pinggan warna beige!! Rm2.90/pc. Memang pinggan ni selalu ada harga promosi. Ambil 6 keping. Mangkuk kecil Rm1.90/pc, aku ambil 4 buah. Sekarang ni tinggal shelf (para) je belum beli. Yang aku beli untuk ibu aku kat dapur dia tu dah takde pulak. Nanti lah, kot-kot bulan-bulan depan ada balik. Jimat ruang kan kalau susun macam ni. Rumah kecik haruslah pening kepala sikit nak decorate. Hehehe.

Lagi pun rezeki kami baik sangat di bulan Ramadhan ni. Alah, sama la macam you all kan.. Dapat bonus. Hehe! Cuma tak sangka En Gaban pun dapat bonus bulan ni. So boleh la beli apa-apa yang patut untuk "rumah kita". Cuma bonus En Gaban lebih banyak dari aku, tu yang sedih tu. Bonus sendiri ciput je, pastu tengah berkira-kira nak beli kebaya nyonya ke tak ni eh? Beli jelah! Dah janji kan, nak kumpul kebaya nyonya banyak2!

pssst : lagi satu rezeki nak kawen ni murahkan? En Gaban cakap kalau tau, dulu lagi dah kawen. Hahaha.





selamat berpuasa sayangs!





Love,
Nursaila Norman!

Friday, August 3, 2012

My First Tefal!!!

Hai!


Assalamualaikum.



Lunch kan panjang hari ni. So niat nak cari baju raya.. Tapi taktau la kenapa nafsu membeli baju dah tak macam dulu. Boleh bawak bersabar pulak. Hehehe. Yelah, dulu asal nampak je terus ambil. Tapi lately, dah tak macam tu. Sampai sekarang tak beli lagi. Takpe lah, baju baru jahit ada, boleh buat jadi baju raya.

So tadi bukan teruja nak beli baju kurung untuk raya.. Masa tengah melawat-lawat tempat barangan dapur tetiba terjumpa pulak frying pan. Terjumpa okeh. Bukan sengaja cari tau. Huhuhuhu!












Memang la terniat nak ada benda ni untuk "rumah kita". Tapi belum masa lagi.. Sebab harga dia pun tak boleh nak tahan. Tapi tadi promosi gila *abi. Jadi haruslah aku jadi gila jugak kan.. Terus pegang satu. Pastu pegang dua. Eh? Masak ke? Hahahaha. Masak la.. Takkan la tak masak dah kawen nanti. En Gaban kan suka makan. Hiks!! So, this is my first Tefal. Lepas ni kena ada lagi. Wink! 

Eh, tapi kan.. Bontot dia cantik kan? Sayang pulak nak guna. Haha! 

Tapi sebelum beli frying pan ni aku sempat beli kasut dekat Vincci. Dah lama tak beli kat Vincci. Tadi beli jugak sebab ada design yang simple. Sesuai untuk baju kurung dan jeans. 




Sejak dah dewasa ni dah takde dah istilah kasut raya, baju raya.. Dah kalau tiap-tiap bulan bershopping mana nak rasa semangat raya dah. Kan? Hehe! Tetiba teringat kasut Vincci tahun lepas. Ada dekat S I N I. Tapak dia sama. Tahan lasak. Selamber je shopping dekat Jln TAR dengan kasut tu. Sebab selesa, tak rasa sakit pun. Promote ke apa ni?

Baru kejap ni En Gaban SMS.

Dia : Sayang shopping apa tueee? Huhu.
Aku tau dia risau. Sebab aku dah bagitahu dia aku nak beli Tefal. Dia tau aku jenis menggila sikit kalau shopping. Huhu!
Aku : Beli tefal dua, dgn kasut baru. Takpe kan? Huhu
Dia : Huh? Total sume berapa?
Aku : bla bla bla bla $$$$$$$$
Dia : Huhuhu dia punya promote bkn main lagi. Mesti shomel2 tu kan.. Nak pakai kejap lagi la tu kan?
Dia refer dekat kasut. Hehe!
Aku : Mana tau ni???
Dia :Kalau dah namanya tata asalkan benda baru tak sampai rumah lagi nak pakai dah.

Okay, you know me better kan sayang? Perangai pelik aku ialah 'akan pakai barang baru walaupun bawak ke tido' Hahahaha.



maaf lah, entry ting tong hari Jumaat.



selamat berpuasa sayangs!



Love,
Nursaila Norman!


Thursday, August 2, 2012

Syuu away

Hai!


Assalamualaikum.


Lima hari tak update blog termasuk sabtu ahad. Okay, sabtu ahad tak dikira. So tiga hari tak update. Hari ni baru masuk kerja. Cuti sakit tiga hari. Huhuhuhu. Hari ni rasa okay sikit dari semalam, semalam. Ingatkan susah nak sembuh dah.. Tapi nasib baik dapat okay dengan cepat. Sangat tak best bila sakit. sobs!

syuu away demam dan sakit telinga. sangat lemau :(





3 months & 1 week until our Nikah Day

Yes, i know. I only have 3 months before my big day. Sangat malas nak fikir. Huhuhuhu! 3 bulan tak lama dah.. Dengan baju nikah belum siap part bawah baju, corsage, centerpieces, veil nikah, kasut nikah dan resepsi belum cari (tapi kalau bab shopping bukan masalah besar kan? hiks!). Dokumen nikah dah boleh start, tapi bulan puasa kan.. Malas semuanya.

Bila tak sihat macam ni, duduk rumah lima hari tapi takde buat apa-apa pun. Cuma gigih paksa diri jahit pearl dekat lengan baju nikah. Siap la jugak dua-dua belah lengan. Tapi part bawah baju tak letak pearl lagi. Haihhh. Bila la nak rajin semula ni. Settle bab attire dah boleh fokus dengan hal-hal remeh mcm centerpieces tu. Haihhh lagi. Huhuhu!

Sekarang ni mood hanya nak complete kan rumah je. Lain mood takde. Pergi Parkson tengok barang2 rumah. Pergi Jusco tengok barang2 rumah. Pergi Houz Depot. Pergi Sen Heng. Pergi kedai perabot. Blablablabla. Serius, dah tak boleh fokus dah dengan hal majlis kawen. There are only tuan rumah, tetamu, foods, doorgift, and happiess. Please be kind to me. Sangat risau. Sangat cemas. Sebab i wanna keep on track iaitu less is more. Taknak bukan-bukan. Taknak bazir-bazir. Taknak merumitkan and so on. 
Tapi bila majlis tidak seperti orang lain, terasa sangat alien. Huh?

syuu away semangat malas!


maybe entry tentang majlis will be so lemau. tengok lah kot-kot dah sihat nanti.






selamat berpuasa sayangs!



Love,
Nursaila Norman!