CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 28, 2015

PRINTABLE : JAR LABELING

Assalamualaikum



I just found a way to make it easy for both of us! Yay! Refer entry printables : labeling ni you guys kena email and ask for the PDF copy right? Now tak payah! Aku dah jumpa cara untuk share PDF dengan you all semua. Happymeeeeee.

To make it easier, korang refer entry ni jelah kalau rasa-rasa nak print label untuk jars. Tak payah email-email dah, right click and save!

Kat bawah ni korang pilih je nak warna apa. Thank you for your feed back, you emails. 































Kepada yang dah dapat soft copy sebelum ni, tiba-tiba nak warna lain pulak ke kan, takyah segan-segan dah. Download sendiri k!



Love,
Nursaila Norman!



Monday, December 21, 2015

BAHAYA : 3 Biji Pisang Sebelum Tidur

Assalamualaikum



Dah 2 hari Melissa tak poop, walaupun semua checklist menunjukkan tanda-tanda normal tapi sebagai Ibu mesti aku ada rasa risau sikit kan. Air masak, susu, makanan pejal semua okay. Takde kurang air masak, takde tukar susu (pernah sekali Melissa sembelit - sebab tukar susu), makanan pejal pun okay. Malah cik Mel tu her favorite food dia yang berasaskan sup. Bihun sup & Nasi Ayam. Huhuhu.

Tapi tiba-tiba dia tak poop 2 hari pulak. Lepas maghrib kami keluar beli dinner sekali dengan sesikat pisang. Hehehehe. Dalam kereta aku bagi dia sebiji. Habis. Dah sampai rumah dia mintak lagi pisang. Ingatkan konon-konon je mintak pisang, rupanya betul. Habis lagi sebiji. Tak lama tu dia mintak lagi! Aku of course tak percaya sangat, Melissa yang aku kenal bukan kuat makan. Kecuali Bihun Sup dan Nasi Ayam. Hehehehehehe. Pisang yang ketiga pun habis!

Aku tak perasan lagi ni apa akibatnya bagi anak makan pisang sebelum tidur.

Dah settle 3 biji pisangs dalam tempoh sejam, dari pukul 8pm hingga 9pm, aku ajak dia masuk bilik untuk tidur. Memang pukul 9pm tu time masuk bilik, pokpok dalam 20 minit settle.

Malam tadi aku dah tunggu dia atas katil, dia punya aktf lain macam. Turun naik katil dekat 5,6 kali. 5 kali jugak aku bawak dia masuk bilik. Kali keenam tu aku tak bawak dah, aku panggil je dari dalam bilik suruh dia naik katil. Mak-mak sangat 'Melissaaaaaaaa, masuk bilik naik katil, cepat'. Dia dengar je suara aku dah kurang sikit kelembutan, dia terus panjat katil.

40 minit kemudian, aku dengan Suami kena gomol dengan Melissa. Bukan kami yang gomol dia. Terbalik. Hukhuk. Peel terbaru dia sekarang dia buat ekspresi geram pastu datang kat kita cium kita dengan mood gerammm gerammmmmm. So malam tadi itu lah kerja dia. Aku dengan Suami nak tengok TV pun tak tenang. Sebab anak kejap-kejap geram kat Abah dia. Kejap-kejap geram kat Ibu dia. Huhuhuhuhu.

Aku dah pelik dah.. Apasal lah Melissa ni tertonggeng-tonggeng main sorang-sorang ni. Selalunya dalam 5 minit je dia main-main lagi 15 minit dia akan cari posisi yang sedap untuk dia tidur. Ini dah lain macam ni. Aku tanya Suami apakah yang telah berlaku. Suami cakap pisang kan sumber tenaga yang pantas, nampaknya Melissa dah terlebih tenaga lah ni. Huwaaaaaaaaaaa.. Suami cakap tadi dia pun makan 4 biji pisang untuk tambah tenaga sementara nak drive balik ke rumah lepas beli dinner. Melissa makan 3 biji?!

Bertabah.

Dekat sejam jugak dia main gila-gila punya main, tiba-tiba dia tonggeng (macam sujud - favorite pose dia nak tidur) tak sampai 5 minit dia tidur. Zzzzzzzzz. Aku tak perasan lagi sebab mata kat TV tengok Dato' Jamal nyanyi. Bila aku pandang makcik tu, eh? Dah habis dah pisang Lissa?

Hahahaha. 

Sambil susun-susun bantal, selimut semua aku cakap lah 'habis jugak pisang Lissa huhu'. Tergelak kami Suami Isteri. Kelakar kot kena tunggu sumber tenaga dari pisang tu habis. Huhuhuhu!

Sorry Lissa, cerita awak Ibu jadi kan entry. Dannnn, dapatlah satu entry hari ni. Hikhikhik!

Pengajaran yang kami selalu bare in mind boleh terlupa malam tadi. HAHA. Jangan bagi anak makan malam selepas jam 8mlm. Jangan bagi anak makan sumber bergula (bukan junk food ya) selepas maghrib. Selalunya petang kami bagi dia bersenam (main sampai berpeluh dekat taman), nanti malam mudah tidur. Walaupun Melissa jenis mudah tidur waktu malam, tapi aku tetap elakkan benda-benda yang boleh buat dia aktif waktu malam. Macam kes pisang malam tadi. Huhuhu.

Takpe lah, sekali sekala. Hehehehe.






Love,
Nursaila Norman!


Wednesday, December 16, 2015

Nuffnang Saya Untuk Tahun 2015

Assalamualaikum



Last entry pasal Nuffnang adalah pada Jun 2014. Tapi tak bermakna aku langsung tak check akaun Nuffnang selama setahun lebih tu. Hehehehehehehehehehehe. Ka-ching! Ka-ching!

Tapi jangan lah salah anggap pulak eh. Bukan lah bermaksud aku gila kan duit Nuffnang tu. Sekadar suka-suka kannn. Aku pernah tulis kat S I N I dulu sebagai peringatan kepada diri sendiri supaya meng'update' blog secara ikhlas. Ikhlas tak? Ikhlas, ikhlassss.

Entry Nuffnang kali ni aku saje nak share perasaan teruja aku selama 2 tahun 5 bulan akaun Nuffnang aku berfungsi. Padahal aku berblog dah 5 tahun kan? Aku rugi untuk 2 tahun jugak lah. Huhuhu! Tapi takpe, bukan benda besar. Hehehe.

Duit dalam Nuffnang aku takde lah banyak sampai tahap boleh beli handphone baru. Tapi bagi aku cukup sekadar menambah kalau-kalau nak membeli meja makan idaman ke. Ops! HEHE.

Sejak aku subscribed Nuffnang on July 2013, amaun Nuffnang naik agak laju. Sekejap je boleh dalam puluhan ringgit. Tapi tak lama tu jadi slow sikit. Pastu laju balik. Eh, suka hati kau lah. Haha. Bila aku sedar yang aku tak patut pedulikan akaun Nuffnang (sebab aku berblog pun sebab suka-suka, bukan nak kaya), aku tak kisah langsung macam mana nak dapatkan visit per click ke apa benda tu ntah. Hehe. Traffic blog ke, unique click apa term-term tu semua aku tak amek kisah pun. Lantak lah. Naik 2sen ke. Naik 40sen ke. Kalau tengok pada iklan Nuffnang kat blog ni pun korang boleh agak banner aku entah apa-apa. HAHA. Aku confirm banner aku macam salahhhh je. Sebab tengok blog orang lain banner Nuffnang tu banyak. Confirm aku salah setting banner. Pun pergi lantak. HAHA!

Tapi dalam lantak, lantak aku pun Nuffnang bagi jugak 1,2sen kat aku. Hikhik! Dengan usaha aku yang sekecil semut terhadap akaun Nuffnang, bila tengok amaun hari ini, aku SANGAT, SANGAT, SANGAT gembira. Huhuhu.

Mungkin bagi blogger yang berusaha keras, amaun aku sekadar celah gigi. Tapi kalau blogger macam aku yang tak popular, takde rupa, takde penaja ni, dapat amaun sebanyak itu pun dah alhamdulillahhhhh.




























Target pertengahan tahun depan boleh cash out. Itu pun bila dah sampai seru untuk membeli 'itu'. Selagi tak sampai seru, hold cash out. Heeeeeeeee.







Love,
Nursaila Norman!


16 Hari Sebelum Masuk Tahun 2016

Assalamualaikum



Untuk REFRESH





Result Not Found for 2014






--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tahun ini (2015) adalah tahun yang sangat mencabar bagi aku. Mencabar sebab takde kerja. Hehehehe. Bila kita dah biasa ada pendapatan sendiri, ada kuasa membeli sendiri, bila semua keputusan membeli terletak di atas tangan sendiri, perasaan tu jadi lain bila kuasa membeli tu dah takde,

Sejak di bangku sekolah lagi aku dah biasa pegang duit sendiri. Keluarga bukan orang mewah, dari duit belanja sekolah yang Ayah bagi tu aku simpan sampai jadi banyak. Sampai aku mampu beli seluar jeans sendiri (masa tu seluar jeans Rm29 dah cukup mahal untuk budak form 1). Yelah, nak berbaju baru kena tunggu raya. Tapi biasalah orang perempuan, nafsu membeli belah dia tak kira perayaan. Haha!

Sikap pegang duit sendiri tu terbawak-bawak sampai sekolah menengah, Universiti, alam pekerjaan waima berkahwin. Aku tak pandai meminta. Walau dengan Ayah sendiri. Sebab tu aku kekok nak meminta dari Suami. Sebab Ayah dengan Suami jelah lelaki dalam hidup aku. Aku kekok. Huhu.

Jadi bila kuasa membeli aku dah takde, aku jadi lost. Aku ni boleh dikatakan agak pemboros. Pada masa yang sama kaki menyimpan. Bila aku dah takde duit, wang, ongkos, rupee, dolar etc, aku lost. Lost sebab aku tak boleh nak membeli secara melulu. Lost sebab aku tak nampak duit di celah-celah buku. Huhuhuhu.

Kontrak aku tamat ngam-ngam aku tengah tunggu masa untuk overdue. Kontrak kerja aku tamat pada 31 Ogos 2014. Due date aku 4 September 2014. Tapi aku bersalin 11 September 2014.

Masa tu aku tak fikir dah pasal kerja. Dan aku tak mencari kerja ganti pun. Sebab aku nak fikir pasal baby dulu. Aku lebih risaukan kena jahit dalam LR berbanding takde kerja. HAHA! Bila dah ada baby, fokus aku untuk mencari kerja agak slow. Dan pemilihan kerja pun agak terhad. Banyak hal yang aku perlu ambil kira. Kalau aku perlu kerja lebih masa gaji kena setimpal dengan masa yang banyak dihabiskan di pejabat. Dulu boleh lebih kurang lagi, sekarang tak boleh. Ada jugak company yang nak aku buat kerja luar tapi tak boleh claim mileage. Sorry bye-bye. Dah ada anak pulak kan, pengorbanan aku meninggalkan anak, pengalaman kerja+manusia+work load+birokrasi, kos sara hidup etc tak salah aku demand.

Benda-benda kat atas ni menyebabkan aku menjadi sangat memilih. Sebab tu selepas 14 bulan baru aku dapat kerja baru. Hehehehe. Puas lah aku menjaga Melissa *tipu.

Tapi alhamdulillah, di saat aku kehilangan kerja, Suami pulak dapat kerja baru yang jauhhhh lebih baik daripada pekerjaan dia masa tu. Seminggu tarikh overdue aku tu Suami stand by je kalau-kalau dipanggil interview. Sampaikan Suami bawak baju ofis dalam kereta in case masa di hospital Suami kena pergi interview. Sehari dua selepas Melissa lahir, Suami dipanggil untuk amek offer letter. Masa tu Isteri tak kerja pun takpe - lalalalalalala. Gaji baru Suami boleh lah nak cover kalau Isteri tak bekerja. Tapi sebab aku ni jenis tak suka duduk rumah sangat, aku tetap lah mencari kerja baru yang sesuai.

Dalam pada masa itu jugak rumah sewa dimasuki pencuri 2x masa aku dalam pantang! Suami nekad beli rumah terus. Cerita ni nanti lah ye. Sepatutnya ada sambungan selepas entry Rumah Kita Dah Tak Macam Dulu tapi entah bila nak sambung ntah. Heeeeee. Misi pencarian membeli rumah tak lama sangat, dalam 2-3 minggu macam tu. Aku ingat lagi, hari ke-45 berpantang Suami dah bayar deposit dengan agent. Segalanya dipermudahkan Allah, alhamdulillah.

29 Mei 2015 kami dapat kunci! Masa tu dalam 2 minggu lagi nak masuk bulan Ramadhan. Jadi kami all out loading barang masuk rumah baru. Alhamdulillah step yang aku guna untuk berpindah sangat mudah dan teratur. Nanti aku share tips aku berpindah ye. Dapat jugak cat bilik tidur kami. Hehehehehehe!

Oh, pada April 2015 aku dapat satu interview yang paling aku harapkan. Alhamdulillah, aku mula bekerja pada November 2015. Weeeeeeee. Dalam menanggung penantian tu, aku dapat dua offers kerja. Ya Allah, masa tu Allah je yang tahu kegembiraan aku. Dua-dua offers tu pulak sangat best. Gaji dua-dua pun lebih kurang. Cuma harapan aku memang besarlah untuk interview pada bulan April haritu. Skop kerja yang aku suka. Untuk offer yang lagi satu tu jawatan akaun. Huhu. Jadi aku pilih offer kedua. Dan terpaksa say sorry kepada company yang dah offer dekat aku awal dua hari kalau tak silap.

11 September Melissa mencecah usia setahun. Aku dapat dan sempat uruskan satu birthday party yang sangat simple. Jemputan untuk keluarga terdekat sahaja. Alang-alang tu sekali lah house warming untuk rumah kami tu. Cakap pasal birthday party anak, percaya lah Ibu mana yang tak excited? Hehehehe. Tapi masa tu budget agak terhad, jadi aku buat kecil-kecilan je. Lagi pun Melissa belum faham sangat, insyaallah untuk akan datang boleh lah raikan dia. Masa tu (birthday 1yo) lebih kepada gambar kenangan je. Pada 9 November pulak usia perkahwinan kami masuk usia 3 tahun. Dapat lah celebrate dua ulangtahun dalam rumah baru. Alhamdulillah tak terkata.

Untuk tahun 2016, aku ada banyak harapan. Terutama sekali bab kewangan. Tak malu aku akui, tahun 2015 adalah tahun paling worst dengan kewangan kami. Yelah, kami memulakan tahun 2015 dengan hanya seorang sahaja yang bekerja. Bila dah terbiasa dengan pendapatan berdua, kami banyak menggunakan saving yang ada. Jadi untuk tahun 2016, kami berazam, berniat untuk mengganti semula duit-duit saving kami. At the same time kami kena up saving sebab takut perkara-perkara tak diduga berlaku lagi. Huhuhuhuhuhu.

Dalam pada menyimpan untuk masa depan, anak, sakit etc, aku mempunyai perancangan yang besar terhadap rumah kami tu. Sejak Jun 2015 sampai lah harini, aku tak buat apa-apa pun untuk homeSWEEThome tu. Memang tak dinafikan untuk decor sesebuah rumah memang memerlukan budget dan masa. Dengan kekangan budget sedia ada, memang ambil masa untuk aku cantikkan rumah tu. Takpe, slow-slow baybeh.

Hari ni (Disember 2015) aku mula dapat tempahan hand bouquet dan veil semula! Masa aku duduk saje-saje kat rumah takde pulak orang menempah. Huhuhu. Well, biasa lah tu. Bila Allah nak bagi, dia bagi cukup-cukup. Bila Dia nak ambil, bila-bila masa Dia boleh ambil. Aku bersyukur untuk kedua-duanya Ya Allah. Skop kerja aku pulak 24-7 ya. Pandai-pandai kau lah nak curik celah mana untuk menggulit pearls Sailaaaaaaa. HAHA.

As usual, perancangan kerja untuk tahun 2016 kami dah finalize semalam dalam meeting. Confirm dan dah boleh dibentangkan kepada top management. Memang calendar aku full untuk awal-awal tahun 2016. Aku harap sangat, kalau masih ada lagi yang nak menempah dengan aku, aku mampu tolong. Sebab aku ni mudah kesian. Huhuhuhu.

Harapan aku semoga tahun 2016 membawa kebahagiaan, kemewahan, ketenangan kepada kami sekeluarga, amin.

Can't wait to see you 2 0 1 6 !







Love,
Nursaila Norman!


Tuesday, December 8, 2015

Planner 2016

Assalamualaikum



I am so excited to welcoming 2016! At the same time I ada banyak hal (kerja) yang nak dibuat sebagai penutup 2015 anddddd pembuka 2016. Disebabkan aku mula dengan kerja baru on November 2015, of course aku perlu sangat dengan Planner. Tambahan pula aku memang suka menulis, mencatat walaupun akhirnya hilang entah ke mana-mana atau aku tak amek peduli pun dengan apa yang aku jot down (haha), tapi aku tetappp nak planner. Hehe!

Aku pernah dapat satu planner yang memang aku suka + puas hati gila babeng lah. Haaa, nak bagitau sangat yang aku sukaaaaaaa gila dengan planner tu. Planner tu Suami (masa tu belum Suami lagi) yang bagi (dapat dari company dia tapi dia tak guna). Sampai sekarang aku tak dapat dah planner best macam tu. 

Jadi tahun depan memandangkan aku ada banyakkkkkk events, aku nak planner. Sebab aku ni jenis pelupa. Bukan lah pelupa sangat, tapi aku jenis kalau berdebar mula lah gelabah pastu terlupa sikit-sikit. Tetap taknak mengaku faktor usia menyebabkan pelupa. Hahaha!

Sebulan jugak aku godek sana sini, konon nak beli http://www.erincondren.com/personalized-classics-lifeplanner online. Bila bagitahu Suami kemain terkejut lagi dia aku cakap budget untuk beli planner thru online dalam Rm100. Ke lebih ntah. Terkejut benar En Suami ku. Hehehehehe. Disebabkan Suami terkejut, sebelum aku pulak terkejut lepas tu sebab budget lari, aku tunda cita-cita tu untuk tahun 2017. Hikhikhik.

Jadi aku balik kepada hakikat, DIY. Ini memang tahap melampau lah kan.. Sampai planner pun nak DIY. Macam lah MPH Bookstore tak jual planner. Huhuhu. Macam aku mention kat atas ni lah, takde yang aku berkenan. Kalau aku nak explain jenis macam mana yang aku nak, korang pun tak faham. Huhuhuhuhu.

Ciri-ciri planner yang aku suka?

Aku nak yang jenis berkotak ikut tarikh. Maksud aku berkotak tu ruang untuk aku tulis event/meeting/program pada hari tersebut. Kotak pulak taknak terlalu kecil. Kebanyakkan planner kotaknya kecik-kecik. Nak tulis satu aktiviti pun susah. Aku tak suka yang jenis satu page satu tarikh. Macam lah aku PM. Banyak sangat ruang kosong. Siap dengan masa lagi tak tahan tu. Taknak, takank. See, banyak songeh kan? Heeeeeeeeeee.

Korang tak paham pun takpe. Aku fahammmm..sobs!

Kali ni aku nak yang colorful. Yang attractive. Baru bersemangat nak buat event. Motip? Eh, ada motip apa.. Kalau kaler pale jek, mana semangat. Nampak, ada kena mengena kannnnnnnn. Hehe. Aku plan nak libatkan washi tape dalam planner aku. Wink! Wink!

Akhirnya harini aku jumpa jugak dengan planner DIY aku. Sebelum ni dah jumpa jugak, tapi tak lengkap. Sikit amek dari website A, sikit lagi dari website B. Bercampur aduk corak dan warna. Akhirnya jumpa jugak yang satu set dari website yang sama. Alhamdulillah. Wehuuuu!

Cuma aku rasa warna tak terang. Macam pucat-pucat gitu. Tapi takpe lah, dah takde masa sangat nak mencari. Nanti aku terangkan dia dengan highlighter dan washi tape!

































Sopan betul warna dia kan, kan? Hehehehe. Maybe dalam minggu depan kalau weekend aku dah tenang-tenang, aku nak start DIY. By Januari dah boleh pakai. Hopefully.

Aku harap menjadi lah Planner DIY aku nanti. Amin.




Love,
Nursaila Norman!

Monday, December 7, 2015

Selamat Pagi!

Assalamualaikum



Rutin pagi kami sudah jauh berbeza berbanding rutin pagi berdua. Sekarang ni semuanya bertiga! Hehehe. Kalau Melissa bangun awal sebelum pukul 7am, nanti dia suka usik segala barang yang aku nak guna. Set pencuci muka (toner, pelembab), set mekap, set contact lense, bag make up, bekas pin (yang ini toodle xkan boleh bukak punya! haha). Seronok sebenarnya bersiap sekali dengan anak ni. Hikhik.

Nak cerita pasal copycat nanti lah. Banyak sangat. Tapi bab copycat 'orang dewasa tengah bersiap' aku nak tulis sikit. Sejak Melissa ada aku tak pernah lagi pakai blusher. Tapi dia pandai amek brush lepas tu calit-calit kat cermin (sebab bentuk dia bulat) lepas tu sapu kat pipi. Pitam! Aku syak dia tiru makngah dia. Confirm. Huhuhuhu. Ada lagi, pandai pulak dia buat gaya spray perfume! Ada lagi yang paling aku pitam, pandai pulak buat gaya sapu deodorant. Tapi bukan kat ketiak. Kat perut. Pun bolehhhhhhhh. Tak larat nak pitam. Ni semua copy dari makngah dia. Grrrrrrrrr.

Selalunya Melissa akan bangun pukul 7am, masa tu aku dah siap, kecuali pakai tudung. Masa ni Abah dia akan ambil alih jaga Melissa. Sebab time pakai tudung aku takut Melissa main pin.

Bab mengemas bilik kadang-kadang Suami, jarang-jarang Isteri. Hahaha. Sebab Isteri banyak sangat benda nak buat (sapu krim, make up, contact lense, etc ect ect HEHEHE). Bag anak, mak, bapak semua dah siap sebelum tidur malam. Kadang-kadang terlupa jugak, kelam-kabut sikit lah. Huhu.

Melissa kalau Ibu dengan Abah dia dah keluar dari bilik, dah off kipas apa semua, dia pandai pergi ke pintu tunggu kami kat pintu. Hamboi sangat. Dekat luar baru pakai kasut semua.

Sekali tu baru-baru ni tiba-tiba Suami dan Isteri terpakai baju sama warna. Warna kelabu. Macam biasa Isteri mesti mengada lebih nak selfie. Anak dah tak sabar nak suruh bukak pintu rumah. Lampu kipas semua dah turn off, so kami pun selfie lah kat luar rumah. Dengan nak pakaikan Melissa kasutnya, pelbagai bag apa semua, ada hati nak selfie. Cisssssssss.






































Nampak je macam cuma kami berdua, hakikatnya ada cik mek molek kat bawah sana tengah sibuk nak pakai kasut. Hehehehehehe. Snap laju-laju nak jugak selfie! Gambaq ada sikit gegaq tapi abaikan. kehkehkehkeh. Masa dah snap picture aku tak puas hati tengok muka Suami. Nak snap baru tak sempat sangat. Kejar masa kot. Nak pergi office okehhh, bukan nak pergi IKEA.

"apasala la muka macam tak mandi ni?" Isteri merungut.
"mandi lah sepuluh kali pun, kalau dah jenis Cina tak jadi apa" Suami rilex je jawab sambil pakaikan anak kasut.
Takyah tulis lah macam mana aku gelak. kahkahkah! <- eh, tulis jugak.







































Nampak tak? Suami sibuk pakaikan anak kasut, Isteri sibuk nak selfie, nak selfie. Anak? Pakai kasut lagi best, tak sabaq nak berlari sampai ke lif nih! Hikhikhik.

Dulu aku ingat rutin pagi aku mestiiii kelam-kabut. Tapi setakat ni okay lah, alhamdulillah. Aku akan bangun dulu mandi dan solat. Dah settle solat Suami pulak bangun dan mandi *Isteri kena mandi dulu sebab Suami mandi bapak lamaaaaaaaaa. Dah siap berpakaian baru aku bersiap pulak (rujuk kepada pakai contact lense, toner & pelembab). Melissa dah bangun baru aku kemas bilik dan siapkan dia. Kadang-kadang kalau dia bangun lambat, mak bapak pun bangun lambat, tak sempat nak mandikan Melissa. Sikat rambut je. Heeeeeeeeeeeeeee.

Time aku nak pakai tudung Abah dia dah siap (well, orang lelaki pakai apa je pergi kerja, toner?) jadi boleh lah take over jaga Melissa and siapkan si Bunga tu. Dah siap semua, angkat bags dah boleh pakai kasut kat luar and let's go to work!

Oh I just like my morning veiw. Good morning guys! *gambar seminggu yang lepas. sobs.






Love,
Nursaila Norman!



Friday, December 4, 2015

Review : Medical Check Up di Klinik Mutiara Wangsa Maju

Assalamualaikum


Baru-baru ni aku kena buat medical check up (untuk masuk kerja). Honestly ini pertama kali dalam hidup aku walaupun dah bekerja dengan 3 buah company. Company yang keempat ni baru merasa buat medical check up. Disebabkan dah setahun tak bekerja, aku taknak lah buat dekat klinik yang charge mahal-mahal. Malas nak spend guna duit simpanan. Hehehe.

Disebabkan Suami kerja (masa tu masih suri rumah), aku tak berani nak drive jauh-jauh. So aku survey klinik area Bandar Baru Selayang (BBS), walaupun nak buat basic medical check up sahaja, harga dia cecah rm100 jugak. Kalau buat X-Ray dan Blood Test cecah rm300. Nak drive ke Wangsa Maju aku takut. Haha.

Baru-baru ni aku dapat jugak lah buat medical check up dekat klinik favorite aku. Itu pun setelah start bekerja. Hehe! Klinik ni klinik monthly check up masa pregnant kan Melissa. Rate dia agak murah compare dengan klinik lain. Tapi masa Melissa kena measles (campak halus) aku pergi Klinik Keluarga Dr.Dahlia, Bandar Baru Selayang jumpa dengan Dr.Yusry sangat puas hati walaupun charge dia mahal sikittttt. Tapi untuk medical check up Klinik Dr.Dahlia agak mahal.

Jadi aku aim Klinik Mutiara. Sebaiknya buat appointment nanti lambat tunggu giliran, especially dengan Dr.Izeta <- i always mentioned nama Dr.Izeta dalam blog ni kalau korang perasan. Hehe! Setelah sebulan baru lah aku berjaya dapatkan appointment tapi tak dapat dengan Dr.Izeta, dapat dengan Dr.Halim. Still okay, cuma dengan Dr. lelaki ni segan lah sikit kannnn. 

Masa call buat appointment aku tanya harga siap-siap. Al-maklum lah, gaji tak masuk lagi untill all my documents are complete. Haha. Dia cakap physical check up (tinggi, berat, mata, blood presure etc yang simple-simple tu) Rm55. Urine test Rm10. Sotal Rm65. Including consultation. Murah lah. Sebab paling murah pun Rm80 itu tahun-tahun lepas.

Tapi dulu office mate Suami pernah cakap dekat aku dia kurang berkenan sikit dengan staff kaunter situ. Ni aku google website Klinik Mutiara, ada satu komplen untuk staff kaunter yang kami pernah bualkan. I am not sure about that, tapi masa aku call untuk appointment aku disuruh hold on. Tapi sampai 9 minit aku tunggu. Urgh! Second call dia cam aku caller tadi and she said sorry. Masa aku datang untuk medical check up mood dia macam kurang sikit. Demam rupanya sebab aku nampak muka dia merah dan letih. So aku just abaikan jelah sikap dia. Tapi masa dia start entertain aku, okay pulak. Aku pun layan jelah so kami berbual macam biasa.

Masa check up Melissa dalam perut pun macam tu jugak, kejap tak okay, tapi bila borak dengan dia eh, okay pulak. Usually aku abaikan saje sebab takde sampai menaikkan kemarahan lagi. Hehehehe. Tapi Dr. memang OKAY :)

Kalau ada yang berminat boleh call atau walk-in.







Love,
Nursaila Norman!