Assalamualaikum.
'Saya sedang memegang lesen L!'
Ya, ya.. Dah tu kenapa? Hikhik.. Sape tak gembira kalau bakal mendapat lesen kereta kan?kan?kan? Same goes with me wehuu! Even umur sudah menghampiri tua (syhhhhhh), tapi semangat perlu muda kan?kan? Cut it short, masa tahun 2010 aku dah pernah dapat L, dan jalani ujian JPJ. Tapi failed. Lepas tu malas sudah nak ulang. Sampai la L mati sebab dah lebih 2 tahun. Bila dah ada kereta sendiri, mesti perasaan berkobar-kobar macam jumpa Tom Cruise kan.. Macam Tom Cruise cakap 'i love you' kat aku.. Perasaan mesti la macam urghhhhhhh!
Tu satu, hal yang keduanya, aku ambil lesen dengan Suami. Takde la kera sumbang macam dulu. Siap cikgu bagi kami berdua drive sendiri belajar parking, tiga penjuru dengan bukit. Sokati kami je. Cikgu pergi buat kerja lain, takde la nak mengadap kami je. Untung la cikgu dapat kami, rileks je buat macam kereta dan institut memandu ayahanda kami. Hahaha!
Well known, bila dah belajar memandu Bahagian II, dengan tingkap kena bukak, ada matahari pulak.. Boleh bayangkan tak hitam dan melekitnya macam mana. Dah la diri sendiri tak cerah-putih-melepak. Bertambah la sedih melihat diri sendiri. Huhuhuhu. Kami pulak macam tak reti-reti nak stop buat latihan (dah cikgu bagi chance, Suami pulak duduk sebelah menemani Isteri belajar drive haruslah lupa diri), terus menerus buat Bahagian II macam takde muka lain.
Bila dah selesai kelas sabtu baru ni, terus tersedar tengok kulit jadi merah-merah gelap. Nak nangis. Dah la memang tak cerah, lagi mau tambah ke? No, no, no. Secara jujurnya aku bukan jenis mementingkan kulit sangat, nak cerah ke nak gelap ke lantak pi. Huhuhu. Tapi ntah, sejak kawen ni macam malu la pulak kat Suami. Tetiba Suami lagi cerah dari gua apa kes? Tercabar nih!
Balik dari kelas memandu, aku ajak Suami singgah Speedmart99 beli mandian susu. Speedmart99 murah, benda yang sama kan? Better masuk kedai yang murah sikit, untuk kepentingan poket sendiri. kehkehkeh!
Johnson's Baby Milk Bath dan Johnson's Baby Milk Lotion for myself lately iheeeee ;p Dapat-dapat je terus mandi susu dan sapu losyen supaya tak terus menerus gelap. Huhuhu! And it's working yaw! Sabtu guna 2x, Ahad pun guna 2x alhamdulillah kulit kembali ke warna asal - warna sebelum dibakar matahari masa lupa diri belajar parking. ihehehe.
Aku tau benda ni bukan tips terbaru yang muncul di tahun 2013, tapi ianya sangat baru untuk aku yang tak pernah kisah untuk putihkan kulit ke, licinkan kulit ke apa ke. Sedihnya lahhai. Kalau si Johnson ni tau lah aku baru beli produk dia ni, mesti dia kecewa gila kan? Sorry Johnson, i baru tersedar erti kecerahan kulit T__T! Sebelum ni aku layan Shower Cream Lux, lepas tu nak menghindari bakteria aku layan Lifebuoy. Sejak dah kawen ni aku curik-curik pakai sabun buku Johnson's yang warna pink Suami punya. Suami pun pakai Johnson's product. Aku atau dia yang pelik? Hmmmm.. (^.^')
Kepada yang memang pakai mandian susu Johnsons' ni, i would like to say 'hello,senior'. Kepada yang masih terfikir-fikir mandian apa yang best, aku cadangkan ini memang best! Sebab ia tak berbuih, memang khas untuk mandian susu, plus wangi dan kulit rasa lembutttt sepanjang hari. Yang bekerja dalam aircond macam aku ni, kulit rasa kering kan? Tapi hari ni first day pergi kerja selepas ber'milk bath', kurang rasa kering kat tapak tangan. Kalau tak, asyik pakai losyen je kat office. Macam poyo lak kalau orang nampak. Huhu!
Nak lagi best? Guna berus badan!
Ini berus badan feveret aku rm9.90 sahaja dari Watson's. Senang nak gosok bahagian belakang badan :) Ini pun semua sedia maklum kan? Tak perlu review pun takpe, tapi tulah, kadang-kadang kita tahu, tapi tak terfikir (itu aku, orang lain tak rasanya uhuu!). Belakang badan pun kena jaga tau, jadi macam satu kes baru-baru ni.. On the way balik dari belajar memandu, berhenti dekat trafik lite sebab lampu merah. Depan kami ada pasangan naik motor. Yang menjadi ketakutan kepada diri sendiri ialah, perempuan itu memakai baju open back dress. Masa tu dah la lepas Zohor, boleh bayangkan tak terik dia macam mana? Macam mana la dia boleh terfikir nak pakai baju jenis itu. Lagi-lagi pulak naik motor straight away kena matahari kan, adakah dia lupa atau tak perasan cuaca tengah panas terik? Huhuhu. Satu perkara lagi, kalau lah nak pakai sangat baju jenis macam tu, sila pastikan belakang badan anda sangat mulus okay. Kasihan lah kepada yang melihat. Kesian perempuan itu. Harap lepas ni dia tak pakai dah baju tu. T__T
Sesampai je kat rumah, dengan Johnsons' Milk Bath ditangan, lebih galak gua menggosok belakang badan. Pergh! Semangat. Sebelum ni guna Lifebuoy, semoga dengan Johnsons' Milk Bath, effect lebih baik dan terbaik. kehkehkeh.
Ikhlas sharing dari Nursaila Norman, anyone? Dapatkan segera kepada yang masih mencari mandian terbaik :)
thanks korang!
Love,
Nursaila Norman!
12 comments:
same goes with me beforeeee ! hehee amek lesen dgn bakal pak mertua . tapi pak mertua best even garangg . ajar sampai betul betullll lulus tehehe . abis kulit hitam berbelak , tapi tak guna mandian susu punn..sapu pagi petang siang malam muka dgn garnier light and overnight peeling cream . dann berhasil ! hehhee
anyway thanks saila review produk ni . sedang berfikir utk membuat spa sendiri di rumah 4 hari sebelum wedding ni hihi :)
ciknurul : pak mertua haa..lagi kerlasss..hehehe! ohw garnier eh? see..saila xterfikir pun psl produk tu..tau lisa surihani pny iklan je..hehe! a'ah,bt spa sendiri kat rmh sblm dan slps kawen tau..maintain tau :) beli scrub sekali k!
heee ...
kita pon pkai johnson jgak ...
nk feeling2 baby ...ehehe ..
dulu pkai johnson calming now bertukar pkai johnson oxygen ...
pun suka juga BBJ ni...
Wah milk bath gettuw , kita pakai Johnson Oxygen tu. Kengkonon tak cukup Oxygen kat office. Hahaha. Tapi rasanya macam nak jugaklah try milk bath ni. Nak kulit mulus gebusss jugak. Heeee.
Nice sharing akk
kite tak pernah gune sebelum ni
sbb setia sangat pada lux
hehe
hahahahahahahah... aku bleh bygkan macam man kau sental badan kau dalam bilik mandi :D
menarik ni..xpernah gn johson pny showerbath..tq saila;)
actually linda pun ngah belajar driving ni, da dpt L..ahd lepas belajar parking, huaaa...da gelap da kulit. Thanks for info..sok laju2 gi beli johnsons ni :)
kelakar pulak dekat manusia yang macam tu. selalu rasa kesian kat orang macam tu sebab they ol rasa they ol cantik sgt kot pakai seksa seksi. contohny, pakai skirt pendek kaki penuh duit syiling. :'( sedih!
i lg teruk ada lesen tp tak boleh drive haha penakut. pdhal suami ajar i cool je takde marah ke apa i yg gelabah lebih. tiap2 tahun i renew lesen je tp drivenya tidak -__-"
wah mcm best je mandian ni. tp i bukan nak putih la cuma i nak wangi and byk buih hihi.
sorry lama tak dtg sini u barula sempat nak visit.
dulu time kacik kecik selalu pakai brand Johnson's ni. Shampoo, lotion, milk bath, minyak rambut. sekarang still pakai lagi brand ni. terasa diri ni mcm bby lagi sebab bau dia best. kan kan kan???
Post a Comment