CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, November 6, 2012

Preparation #10

Hai!


Assalamualaikum.



ambek kau. cukup besar ke tak.


Tinggal 3 hari je lagi. Preparation semua okay, alhamdulillah. Sabtu dan ahad baru ni ramai family dengan kawan2 Ibu dan Ayah datang tolong menolong. So settle :
1. Doorgift
2. Bunga Manggar

Fuh, alhamdulillah :)

Dah start debar+risau sebab takut kalau ada mana-mana part yang kurang atau tak lengkap. Sekarang ni dalam kepala asyik fikir 'itu dah, itu belum, itu on the way, ini belum, ini dah'. Tapi tidur malam tetap nyenyak (pls noted aku suka tidur) hiks!

OP? Aku tak pernah mention pasal OP aku kan? Huhuhuhu. Aku memang takde OP. Ayah memang bisnes Photographer. Sejak muda, sejak zaman filem sampai la zaman DSLR, Ayah memang working as a photographer. Since sabtu Ayah dah start rakam (snap) every single detik-detik indah proses majlis. Aku tak pernah terfikir, majlis aku, diri aku akan terakam seminggu awal dari majlis. Huhuhu. Thx Ayah.
*picha still dalam camera Ayah, kalau ada masa aku curik2 copy eh*
Aku sangat teruja bila ada picha kitorang ramai-ramai buat doorgift. Hey, tu aku! Haha.

Masa majlis nanti photographer aku ialah anak murid Ayah. Okay, takde la segan sangat nak sengih. Hehehehehehehehehehe!

Baju kami berdua dah selamat ada dekat dobi. Tunggu masa nak ambil. Fuh! Selamat lah hendaknya.

Itu hal-hal yang dah settle dan dalam proses, benda-benda yang belum settle dan dalam proses :
1. Pelamin
2. Hantaran

Pelamin nak setting hari Rabu malam, harap-harap takde halangan. Awal ke? Lantak lah, janji tak kelam kabut. Huhuhuhu. Pelamin bodoh-bodoh je pun. Sobs!

Tengah berusaha gigih menyempurnakan hantaran untuk En Gaban. Ada sedara cakap warna nampak plain. Yup, memang nampak sangat plain. Cream+soft blue. Plain kan? Macam tak cukup vitamin. Tapi nak buat macam mana, dah memang warna tu yang aku nak. Huhuhu! Pls jangan cakap plain. Uwaaaaa!!

Beriya aku cedok gula-gula, jelly, marshmellow kat Famos Amos, siap dapat biskut free sebab tersengih-sengih kat bangla hensem macam pelakon hindustan. Boleh? Orang lain timbang nak ngam-ngam 100gram. Aku lak asyik tambah, tambah, tambah pastu tersengih-sengih kat bangla tu. Hahaha. Sorry la bhaiya, saya mau buat kawen la. Untungnya? Dia tanya aku nak biskut tak? Aku cakap taknak, pastu dia g bagi sekeping biskut kat aku. Suka hati kau je kan? For me? Pastu dia sengih-sengih.. Ambek, pastu say thank you pastu sengih-sengih keluar Famos Amos.

Banyak picha nak snap, tapi tak tersnap. Buat laju-laju je sekarang ni, tak pandang kiri kanan dah. Kejap atas katil, kejap kat bawah, nasib baik tak masuk bawah katil. Janji semua yang aku nak siap.

Dalam kepala otak ni cuma satu je aku fikir 'cepat la ahad 11hb' aku dah malassssss. Huhuhuhu.






ini doorgift saya :)
1100 jars DONE!
picha dari henfon Sony aku je. sobsobsob :(


ini picha yang kakak sepupu aku email malam tadi
geram tak?


Aku tempah kek untuk hantaran dekat kakak sepupu, aku just describe kek macam mana yang aku nak. Coklat plain pastu hias dengan smarties atau M&M. Malam tadi kakak sepupu email picha ni siap cakap dia geram tengok kek ni. Apakah? Haha.. Comel sungguh kakak sepupu aku ni. Yang picha ni kawan dia yang buat. Dah kalau dia geram, aku lagi la geram. Memang tak sampai hati aku nak potong kek ni. Hahaha. Kit Kat kot yang tepi kek tu.. Yummy! Lebih kurang macam idea kek aku, tapi for sure kek yang ini lebih awesome :)

Okay lah, nak sambung jahit bantal kecil-kecil untuk dulang hantaran En Gaban. 10 pillows to go. Pheww! Menjahit dekat ofis? Takpe, En Boss faham mood orang nak kawen. Kan En Boss?



thanks korang!






Love,
Nursaila Norman!

Saturday, November 3, 2012

Manicure & Pedicure

Hai!


Assalamualaikum.


Kalau baca dekat tajuk mesti dah faham kan? Hehehehehe ;)










Jawapan yang aku boleh bagi ialah 'Awesome!'. Sebelum-sebelum ni aku buat sendiri guna buffer beli kat Watson's. Penat la kan nak gosok2 kuku sendiri. Tapi bila orang buatkan haruslah heaven. Hikhikhik. Paling best part kaki. Walaupun geli sebab dia gosok2 tapak kaki tapi best. Hahaha. Memula malu gila nak hulur kaki kita bagi kat orang urut, scrub, bersihkan kuku blablabla, tapi bila dah start terus terleka sebab syiok. Hehehe.

Lepas pedicure, aku buat manicure lak. Siap nak tertido pulak. Hadoi kau ni Saila. Hehehe.

Tapi paling tak best bila..


Tak best bila akak yang buat kan pedicure & manicure aku pakaikan aku kasut. Oh NO!! Settle manicure dia ambilkan kasut aku pastu sarung kat kaki. Gila terkejut aku apasal ada orang pegang-pegang kaki aku kat bawah meja. Terus aku tarik kaki slow2 pastu pakai sendiri. Huhuhuhu. No need la akak, saya boleh pakai sendiri.

So lepas ni, lepas sebulan aku nak singgah The Nail Parlour lagi sekali!

Aku dah double check dengan akak The Nail Parlour ni, aku tanya kalau aku pakai inai nanti effect tak kuku aku yang di manicure dan pedicure ni.. Dia cakap tak sebab dia dah try dah pun.

Weeee!






thanks korang!




Love,
Nursaila Norman!

Friday, November 2, 2012

My Last Friday

Hai!


Assalamualaikum.


Harini Jumaat last untuk aku dengan En Gaban sebagai bujang. Yayyyy! Err.. Takut sebenarnya. Huhuhu. Risaukan hari majlis yang dua hari tu. Risau kalau-kalau tak mampu nak puaskan hati semua orang. Tapi memang pun, mana mampu nak puaskan hati semua orang kan.

7 hari lagi termasuk hari ini. 9hb dah tak kira. Huhuhuhu! Semalam dah apply cuti kawen. Excited okeh suruh En Boss sign pastu hantar kat kerani cuti. Hehehehehe. Boleh pulak En Boss tanya kenapa aku amek cuti 2hari je. 8hb dengan 9hb. Okay lah tu, malas la nak cuti lama-lama. En Gaban dapat cuti free seminggu tak termasuk cuti umum. Wallawehhh.. Lamanya cuti. Awak jadi surirumah lah nanti eh. Hehehehe!

Nanti 16hb (jumaat) baru aku apply cuti. Tapi kalau ada program dengan En Gaban maybe aku ambil cuti pada 14hb (rabu) gak. Tengok pada program dulu. Huhuhuhu. Isnin 12hb, En Gaban akan hantar aku pergi kerjaaa! Yeahhh.. First time kot En Gaban akan hantar aku pergi kerja. Excited kot aku. Macam sengal pun ada.

pssstt : En Gaban dah finalise dah program2/aktiviti2 kitorang lepas kawen nanti. kalau takde halangan harap semuanya menjadi. amin.

En Gaban, harini last jumaat kita single tau. Minggu depan hari jumaat hari nikah kita. Are you ready? Hehehehehe :)

In advance, sabtu dan ahad ni last la kami sebagai single. Sabtu minggu depan dah majlis resepsi. Ahad? Hari minggu suami isteri. Wehuuu. Happy sebab boleh spend masa lebih dari kebiasaan. Hikhik.

Ibu bagitahu kacang dah sampai. Tak lama lagi dah boleh packing (masuk dalam jar). 1100jars. Termasuk lah TQ tag. Huhuhuhu! Pitam nak buat. Sebab tu aku dah buat gubahan hantaran sikit-sikit supaya minggu last ni cuma buat kerja-kerja tambahan sahaja. Kerja-kerja utama aku kena siapkan sebelum Isnin. Oh, perancangan harus rapi. For sure hari rabu, khamis dengan jumaat kelam kabut lebih. Hari khamis nak susun pelamin mini. Walaupun takde panel, takde kain untuk backdrop, tapi tetap nak buat hari khamis. Taknak kelam kabut. Khamis malam aku nak tidur awal. Kalau tak tidur awal pun, aku nak rehat awal. Taknak buat apa-apa.

Baju pun belum hantar dry clean lagi. Esok kena hantar jugak. Nak taknak hantar jugak esok.

Malam ni over night la siapkan gubahan hantaran En Gaban. Yang aku punya tempek-tempek je. Aku punya buruk takpe, untuk En Gaban punya malu pulak kalau buruk. Tapi rasanya memang buruk   pun. Hahahahahaha! Boleh gelak pulak. Tak kelakar okeh!

Okay, menyesal korang baca kan? Sebab aku mengarut ntah apa-apa kat sini macam ni diari pulak. Please la Saila.






thanks korang!





Love,
Nursaila Norman!




Thursday, November 1, 2012

Conversation #5

Hai!


Assalamualaikum.


Pagi ni boleh pulak on FB. Reply pm kwn2 mana yang wish pastu komen-komen dengan En Gaban, lama tak berkomen-komen dengan dia kat FB. Kuat menyakat sungguh.

Macam saya taktau awak nakal-nakal kat status Kak Wan Suhaini. Malu okehhh. Huhuhu.

Secara official-nya kerja-kerja DIY saya dah habis. Erm, yelah kalau tak salah, dah takde apa yang nak di-DIY-kan lagi dah. Lain-lain hal cuma gubahan hantaran dengan pelamin mini sahaja. Lain-lain insyaallah, kalau ad-hoc tu taktau la kot-kot ter-DIY. Hehehe.

Tinggal 8 hari termasuk hari ini sebelum our solemnization day on 9 November 2012. Perasaan still kosong. Tapi En Gaban dah excited+gemuruh dah. Dia dah start bagi kata-kata tazkirah pulak skrg ni.. Tapi best pulak bila dia bagi kata-kata tazkirah how to be a good husband and wife. Rasa macam best je. Especially bila dia tahu tanggungjawab dia menjadi berat untuk jaga aku, lindungi aku, jadi ketua keluarga, pastikan aku baik-baik sahaja. Jadi sedih bila dia cakap dia akan ambil alih tugas Ayah untuk jaga aku. That part aku termenung kejap.

Malam tadi dia ada cakap, dia nak satu je lepas kawen nanti.. Satu je dari aku.
Satu je? Okeh excited disitu sebab satu je kot. Hahahaha.

Jangan bagi sampai dia masuk wad.

Serius aku terkedu. Jangan bagi dia masuk wad. Okay, boleh. Tapi kalau terrrmasuk jugak? Adakah aku fail?

Then aku cakap, bukan senang nak control sakit sekarang ni. Bakteria pun dah canggih, sebab tu kita kena pakai Lifebuoy. Okay, mengarut sudah.

Dia angguk faham. Tapi dia cakap dia nak control bab makanan, taknak makan luar macam skrg ni (org bujang kann), xnak makan makanan tercemar. Nak makan kat rumah pastu nak lepak mamak lepak la. Tapi xnak dah makan-makan luar. Maksudnya aku kena masak. Okay, noted.

Dia cakap dia selalu demam dari kecik sampai dah besar, tapi mak dia jaga tak pernah sampai masuk wad. Dia agak sensitif dengan makanan, salah makan mudah sakit perut, mudah gatal-gatal, memang kena particular sikit bab makanan ni. Kedai pun kalau dah feveret kami maknanya makanan dia okay lah tu. Kalau tak, kami reject.

Dia start hidup membujang sejak tahun 2010. Tapi sejak 2011 sampai sekarang dia nampak terlebih sihat dan terlebih gemuk dari dulu. Nape lah awak tak terlebih sihat sejak 2010. Susah hati ya..

Disebabkan kitorang banyak susah senang, jatuh bangun since 2011, life kitorang semakin better. Sebab tu dia makin sihat dan gemuk. Haha. So aku kena maintain la bagi dia sihat sebab mak dia pun dah pesan mintak aku tengok-tengok kan En Gaban, bab makan En Gaban sangat sensitif. Sejak 2011 aku banyak pantau kesihatan dia, jgn salah makan, jgn selesema teruk-teruk nanti demam.

Okay, kesimpulannya dia anak manja! Hahahahaha.

Berbalik kepada conversation kami, En Gaban cakap adalah sesuatu yang memalukan bagi lelaki kalau dah ada isteri tapi sakit sampai masuk wad. Okay, kes ni tak ambil kira la kes kemalangan ke, sakit kronik ke, sakit keturunan ke. Ini kes apa-apa yang melibatkan tugas isteri tapi suami sampai masuk wad. Ntah, aku susah nak explain maksud dia kat sini, tapi itu lah yang dia mintak.. Aku jaga makanan dia jangan sampai masuk wad. Itu kata kunci dia ya murid-murid.

The best part yang dia cerita kat aku ialah :
Lelaki yang dah berkahwin kalau berkumpul ramai-ramai seboleh-bolehnya nak cerita yang baik-baik je pasal isteri masing-masing. Kalau ditanya sorang-sorang, sape yang paling dia sayang dalam hidup, mesti lelaki-lelaki tu semua jawab 'isteri', 'isteri', 'isteri'.

Eh? Ada ke lelaki sebaik itu? En Gaban cakap mesti la ada. Lelaki yang sayangkan isteri. Sebab tu malu kalau suami tak terjaga.

Harap-harap kita semua tak termasuk dalam golongan isteri-isteri yang tidak menjaga atau tidak pandai menjaga suami. Amin.

A simple conversation between me and En Gaban tapi sangat mendalam. Nampaknya aku kena :
1. Masak makanan yang bersih dan sihat
2. Jangan bagi dia demam
3. Jangan bagi dia gatal-gatal alahan makanan
4. Jangan bagi dia sakit perut

Lain-lain kalau boleh kita pun taknak sesiapa dalam keluarga kita masuk wad dan sakit. Tapi kalau dah Allah bagi ujian, kita terima dengan redha. Tapi still kita kena usaha elakkan semua tu kan.

An apple a day keeps the doctor away.

Sekadar perkongsian rasa.





thanks korang!




Love,
Nursaila Norman!

Wednesday, October 31, 2012

DIY : Signage

Hai!


Assalamualaikum.


Harini curik-curik masa buat signage untuk wedding aku. Tengah syok-syok buat signage tetiba En Boss panggil meeting. Cis. Lepas lunch curik-curik lagi masa, nak buat straight memang tak dapat la kan.. Memang menganggu emosi sungguh.

Dan akhirnya dapat jugak aku siapkan. Memula suruh En Gaban buat, tapi En Gaban busy sangat je.. Kesian pulak. Dari tertunggu-tunggu dia design, aku selamber badak je buat signage hentam keromo aku ni.

Jom tengok :)











En Gaban, awak rasa okay ke tak? Ni belum tunjuk dekat Ayah lagi. Ntah dia okay ke tidak. Aku sengaja buat design paaaaling simple macam ni sebab taknak menyusahkan orang nak membaca. Takut kalau terlalu berhias susah pulak orang nak nampak nama, tempat wedding dengan tarikh. Font pun aku guna Cambria sahaja. Kalau ikutkan, aku taknak letak nama kami berdua, cukup letak tarikh dengan tempat wedding (mustahil tempat yg sama boleh clash dengan pasangan lain kan?), tapi Ibu dengan Ayah tak bagi. Dia suruh jugak letak nama. Haihhh. Malu la nanti orang nampak nama. Huhuhu!

Sudah test print, suka!





thanks korang!






Love,
Nursaila Norman!

Tuesday, October 30, 2012

DIY : Mini Jars

Hai!


Assalamualaikum.


Malam tadi sambil feeling-feeling layan bunga lavender, aku merajinkan diri hias jars aku. Masa dah suntuk kan, mana sempat je aku capai. Dah macam ayam dah aku, buat sini sikit, sana sikit. Huhuhu!

Jars ni aku dapat idea dari Kak Zainor (akak kat ofis aku), dia mintak doily paper aku sikit, pastu dia bagi idea suruh guna jars :) Thx kak!

Kebetulan, last week aku teman Ibu pergi tengok2 barang, nampak jars yang aku berkenan terus aku amek. Jenis malas fikir panjang. Huhuhu.





Saiz jars ni agak gedabak, Rm4.90. Boleh agak tak gedabak mana? Selalunya jars yang comel-comel tu Rm1 - Rm1.50 je kan. Tu sebab dia comel. Yang ini memang besar. Boleh sangat la nak isi garam, kunyit dengan asam keping untuk hidup berdua nanti. Ah, kau Saila, semua nak recycle guna kat 'rumah kita'!








Macam pak arab pulak aku tengok balang-balang aku ni. Hehehehe! Kain kotak-kotak tu aku beli semeter Rm5 dekat Kamdar KL. Memula ada kain kotak-kotak warna soft siap ada strawberry comel je, tapi semeter Rm10 lah pulak. Cancel lah, xyah nak membazir sangat. Huhuhu :(

Macam balang madu pun ada. Hehehe!

Ada empat jars, insyaallah aku akan isi dengan kurma, kismis, gula-gula beli dekat Famos Amos sebab gula-gula dia comel nak mati. Aku lak yang over, satu lagi balang tak tau nak isi gula-gula atau coklat atau marshmellow. Tengok lah nanti.

**************************

Settle citer pasal jars gedabak aku.

Psssttt, bilik pengantin dah siap. Tetiba macam geli lak guna word 'bilik pengantin'. Bilik beradu jelah eh.. Bunga orkid putih dah letak kat atas side table, cadar dah pasang, langsir dah pasang, bantal dah cun aku susun. Pastu tetiba rasa 'boleh pulak aku rajin buat keja mak-mak ni kan' Haha.

Pewangi Lovely Lace pun ada dah beli untuk bilik beradu, aku amek Teddy Dream. Weee!

Kalau terrrrrajin maybe aku buat hiasan tambahan untuk dinding bilik beradu. Kalau rajin lah. Kalau tak, dinding kosong pun lena tidur gak kan? Hehehe.


 


En Gaban dengan set bilik beradu kami. Yang ni masa kat kedai lagi. Sila bayangkan set kaler putih. Tu bukan sofa tau, tu kepala katil. Huhuhuhu! Almari? Sekali takde laci. Budget lapang-lapang, aku lak tak perasan. Aku apa je yang perasan? Tau beli je. Last-last ni tengah fikir nak ajak En Gaban pergi IKEA lepas kawen nanti beli something supaya kemas, tak bersepah. Alahai.

Motip picha En Gaban??





thanks korang!





Love,
Nursaila Norman!

Preparation #9

Hai!


Assalamualaikum.


Tercapai tak entry Preparation #10. Insyaallah. Macam best je nak update segala. Huhuhu.

9 hari sebelum bergelar isteri.
Ramai yang tanya perasaan aku. Nervous? Takut? Happy? Teruja?

Kosong!

Serius, kosong.

**************************

Time-time nak dekat ni lah macam-macam dugaan. Kecik hati dengan En Gaban, kereta, tunggakan gaji tak masuk (damn, baru nak berjimba), idea gubahan hantaran En Gaban tak datang-datang.

Malam tadi semangat datang lagi. Siapkan hantaran dengan jars. Pastu layan bunga pelamin sikit pastu syok sendiri sebab sukaaaaa!

Bunga manggar Ayah buat. kehkehkeh. Rajin Ayah aku. Hiks!

Untuk pelamin rasanya cukup dah kot, niat asal pun bukan nak buat beriya-iya. Sekadar tempat sweet-sweet, sengih-sengih pastu dah. Hoho O.o

Psstt, ingat tak kotak harta karun yang aku pernah share dekat entry romantika again again and again?
Akhirnya..




Its mine!!

Weeee, sabtu lepas terus ajak Leha pergi Romantika, sebab dah tak boleh tahan-tahan dah dengan kotak harta karun tu. Dan akhirnya aku ambil 2 biji kotak harta karun untuk pelamin. 

Setakat ni kos untuk pelamin simple gila-gila aku tu Rm186 sahaja! Nampak mahal sebab buat sendiri kan, kalau sewa boleh dapat dalam Rm250 (tu dah siap cun melecun dah kan), tapi sebab niat tak menghalang cara (ada ke ayat macam ni?), aku nekad nak beli jugak, nak buat jugak pelamin sendiri. Yang penting segala mak nenek yang aku beli untuk pelamin nanti aku dah tau nak letak dekat mana kat 'rumah kita' nanti. Wink! Wink!

Jom aku share apa aku guna untuk pelamin nanti :)










Kalau ikut turutan picha dari atas ke bawah :
1. Bunga lavender Rm5/pc
2. Bunga purple kecik-kecik (taktau nama) Rm4/pc 
3. Bunga cream Rm4/pc
4. Kotak no.1 Rm39/pc 
5. Bekas bunga no.2 Rm11/pc 
6. Bekas bunga no.3 Rm15/pc
7. Bekas bunga no.4 Rm10/pc
*** untuk bekas bunga no.2 tu, aku nak letak orkid purple. harap bersabar ya. HEHEHE!

Lain-lain barang yang aku guna untuk pelamin ialah pillow 16x16 (4 bijik sahaja), pillow Mr & Mrs (hiks) dengan fan flowers lipat sendiri. Lain-lain ikut kesesuaian nanti. Tapi still akan cari benda yang praktikal :)

Less is more. Kan? Murah-murah je barang-barang aku pun. Tak mampu yang :(



seronok pulak malam tadi buat kerja kawen sambil dikelilingi bunga-bungaan.
Wink! Wink!

En Gaban sampai KL harini. Membawa pulang bersama-sama baju melayu dua helai. Weeheee! Sampin pulak tok dia belikan dekat Terengganu. Untungnya dapat tok baik macam tu.. Pastu siap bagi buah tangan. Malunya, dah la masa En Gaban pulang kampung, kitorang satu family tak bagi apa-apa. Gila keji. Malam tadi bergayut dengan En Gaban (well, 6 hari kot merajuk. aku lah tu) dengar suara tok dia suruh bawak tu, bawak ni, siap tok dia sebut 'ni untuk Saila'.. Lalalalala. Suka kejap.

Tak sabar nak hantar baju kitorang dry clean pastu iron pastu hang pastu masuk dalam beg baju.

Nak semak checklist jap. Banyak nak kena potong dan tulis 'DONE' nih. Wink! Wink!







thanks korang!





Love,
Nursaila Norman!