CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 14, 2012

Kamar Tidur

Assalamualaikum.


Kamar / Bilik tidur tempat paling peribadi kan. Nak share fikir banyak kali. Tak jadi isu ke? Tapi bloggers (B2B) banyak yang share bilik tidur a.k.a bilik pengantin diorang. Seronok je tengok. So aku rasa its okay kot kalau aku pun nak share jugak. Bukan la mengikut orang, tapi ada benda yang aku nak tulis dekat entry ni, sebagai ingatan dan kenangan tak indah. 

Firstly, aku takde bilik pengantin.

Yup, takde.

Jangan la kerut dahi. Huhuhuhu!

************************************************

Aku tak berkesempatan untuk ada bilik pengantin sebab sebelum kami berdua kawen, kami berdua dah dapat rumah sewa. Beberapa bulan sebelum kawen kami dah rece set bilik tidur. Dah jumpa yang berkenan dan booked sebab nak blok harga promosi. Sebulan sebelum kami kawen, kami settle kan bayaran dan set bilik tidur sampai di rumah sewa kami beberapa minggu sebelum kami kawen. Disebabkan majlis nikah dibuat di rumah family aku, set bilik tidur kami pulak di 'rumah kita' takde la snap picha bilik pengantin semasa majlis kawen kami. Err, tak perlu lah guna perkataan 'bilik pengantin', sebab memang bukan bilik pengantin pun. Huhuhu!

Disebabkan itu kami memang takde picha di dalam bilik tidur macam pengantin lain. Its okay, cuma seronok tengok picha pengantin2 yang lain. Cantik-cantik bilik tidur diorang. Manis-manis. Oleh kerana takde istilah bilik pengantin, takde jugak lah cadar cantik-cantik macam pengantin. Takde hiasan cantik-cantik. Takde bunga-bungaan. Huhu. Just a bedroom. Small bedroom.






ini bilik tidur masa mula-mula kawen (sehari dua lepas kawen. hiks!)

See the cadar, tak grand pun macam cadar pengantin yang kilat-kilat, renda-renda. Hehehe. Selamber je aku kan. Pening kepala Ibu suruh aku amek yang kilat-kilat lah, bunga-bunga gedabak lah, renda-renda lah, leret-leret lah. Pillow kuning tu kan pillow pelamin. Recycle!

Semalam aku tercuti. TER okay. Hahaha. Suka hati aku je kan, tak pasal-pasal susah hati sebab tak masuk office. Huhuhu. Disebebkan dah tercuti tu, memang bosan la duduk rumah sorang-sorang. Bangun je tidur terus start mengemas rumah. Sejak kawen (sebulan dah pun) tak pernah mengemas secara serius. Haha. So semalam memang sesi mengemas secara serius dan hardcore. kehkeh! Membuang habuk, menyusan barang, membasuh cadar, selimut, blablabla, menyapu, susun atur perabot (ceh!). Baru aku perasan, kalau Suami takde aku otometik rajin weh! Serius rajin semalam. Macam masuk rumah baru. Hahaha! 

Seronok bila ubah susun atur perabot. Rasa macam fresh gila rumah. Walaupun barang yang sama, tapi perubahan susun atur boleh mempengaruhi mood ya.

Back to the story, bilik tidur kami memang takde banyak perabot/barang. Memang sebelum set bilik tidur sampai, aku dah plan bilik tidur taknak sempit dan padat. Since bilik tidur pun kecik je, kalau letak almari dalam satu bilik memang bilik akan jadi sempit. Tak best. Dengan itu bilik kami cuma ada katil, dress table, side table, dan ruang untuk solat. Bilik yang lagi satu kitorang letak almari baju. Agak lapang dan selesa jugak la nak mengemas baju pun. hiks! Itu pun mengemas habuk boleh tahan berpeluhnya. Huhuhu!







Selepas sebulan, tukar cadar :)




Ingat orkid putih ini? :)






Ingat tak lantern ni? Lantern dekat dulang hantaran pihak lelaki. Recycle! At first nak letak table lamp dalam bilik tidur, tapi table lamp agak gemok macam tak sesuai pulak dekat side table yang kecik tu. So table lamp letak dekat ruang tamu. Guna lantern, letak lilin pastu pasang. Hehehehe!

Peringatan untuk diri sendiri, bilik tidur kena sentiasa bilik pengantin setiap hari setiap masa :)


thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

Wednesday, December 12, 2012

Review #8 : Outdoor #1 : Kuala Selangor

Assalamualaikum.


Nak review pasal Outdoor pulak. Harap blogger bersabar lah ye dengan entry-entry annoying aku sejak dah kawen ni. Review saje keja. Bagi chance eh, eh, eh? Tengah ada masa, peluang dan ruang ni.. Huhuhuhu. Boleh yek?

Secara jujurnya aku tak plan, tak fikir langsung pasal Outdoor Photoshoot. Langsung TAKDE. Ayah yang plan kan untuk aku. Suka hati aku je kan perangai. Patutnya lepas majlis resepsi Ayah nak suruh aku buat Outdoor Photoshoot. Tapi aku dah penat, dah malas.. Masa tu nak air sejukkkk je. Bengong sungguh. Balik dari dewan, tak terus balik rumah, kitorang ramai-ramai (2 bijik kereta) singgah 7 Eleven borong Slurpee bekal bawak balik rumah. Keji kan perangai. Lepas tu kena marah dengan Ibu. Haha! Tak lawak pun sebenarnya.

Takde la, aku kan layan tetamu beriya-iya (tipu) of course la penat kan.. Tak kuasa la aku nak photoshoot pulak dah petang-petang. Dah la haus, penat, nak bukak hadiah lagi. Haha! Hampeh. So esoknya (11 Nov 2012 : Ahad) Ayah bawak aku, Suami, Ammar (student photographer Ayah), Leha dengan segerombolan kawan-kawan dia. Okay, part Leha dan kawan-kawan dia memang aku sengaja  ajak sebab aku nervous gila nak photoshoot sebab Ayah sendiri yang snap. Tau la kami adik beradik biasa jadi bahan test alatan camera Ayah, tapi kan nak photoshoot picha kawen, takkan aku nak lompat bintang pulak kannnn. Sekurang-kurang kawan-kawan Leha boleh hilangkan sikit nervous aku. Hehehehe!

Here's some pictures from Kuala Selangor taken by Ayah sendiri dan student Ayah, Ammar! No edit, malas nak edit-edit. Nah, original dari Kuala Selangor :)









part sedih : makeup sendiri uolls! tak kuasa nak bayar upah mekap. hb lupa bawak. rambut lupa nak sanggul. ending, akak lampir jawabnya. veil bergerak-gerak sebab rambut tak sanggul. sedih!







permulaan photoshoot dirasmi kan oleh pelancong yang nak pergi tengok kelip-kelip. daaaa!

kelip-kelip ku sangka api
kalau api mana puntungnya
hilang ghaib disangka mati
kalau mati mana kuburnya

Suami asyik ulang baca pantun tu masa kat situ. motip???



































i love you sayang :)


Lepas penat photoshoot Suami belanja semua makan ikan bakar sampai lebam. Insyaallah sabtu ni Ayah bawa photoshoot dekat sungai pulak. Insyaallah, kalau takde hal lain. Amin. Attire? Baju nikah pulak. Insyaallah, amin.

thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

Terjumpa Blogger ;)

Assalamualaikum.


Tadi masa lunch rasa malas nak makan. Sejak kawen perut kembung teruk. Teruk tahap teruk. Sungguh teruk. Sampai kan semalam tahap sikit lagi nak termuntah. Dua kali pulak tu. Hari Isnin EL sebab kepala pusing sampai tak boleh nak turun dari katil. Suami pulak suruh tidur je. Tak payah kerja. Lagi la sukaaa. Hehehe. Harini lega sikit takde rasa pening-pening, tapi macam tak selesa perut. So half-half nak makan ke tak. Simptom2? No, no, no, no. Hahahaha.. Nanti-nanti lah ye, nanti ye. Tergelak sudah.

So lunch tadi lewat sikit, dah pukul 1.15pm baru pergi cafe. Tengah pilih-pilih nak makan apa tetiba ada orang pegang lengan aku tanya 'Saila kan?'. Okay, kepala ting tong sebab nampak cekodok nak cekodok, tapi nak nasik. Eh! Bukan tadi takde selera ke?? Pastu aku sibuk fikir 'sape ni eh? meeting mana aku jumpa ni eh?' Aku sibuk fikir aku jumpa dia kat meeting mana. Apakah? Lepas tu dia cakap dia bride2be. Blogger Bintang Hati.

'ohhh, yang picture pakai spec hitam tu eh??' apakah soalan aku!

Aku taktau nak sorok muka kat mana sebab malu gila terjumpa kat cafe tempat kerja. Hehehehehehe!! Dia dah kawen 24 Nov baru-baru ni. Tadi sama-sama ada inai. Cayalah! Tapi serius malu gila, dia cam aku, aku blur-blur je. Huhuhu!

Lepas ni kalau sape-sape terjumpa aku tolong jangan tegur sebab nanti aku blur kepala ting tong pastu menggelabah tak tentu arah. Hadoiii. Sampai sekarang masih tersengih sebab kelakar. Hehe.

Blogger Bintang Hati, thanks ye sudi tegur kita tadi. Malu-malu kucing ok tadi. Rugi tak snap picha tadi sebagai bukti. Sanggup ke camwhoring kat tengah-tengah cafe??


thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

Perkongsian : Life After Married

Assalamualaikum.


Selepas sebulan berkahwin banyak hal-hal majlis perkahwinan terpaksa aku tinggalkan di belakang (tinggal sebagai kenangan), sebab banyak hal-hal penting yang aku dan Suami kena pandang ke depan.

Bloggers yang Bride2Be 2012 kebanyakannya dah kawen kan. Bulan Disember pun dah nak habis, tinggal Bride2Be 2013 pulak masih berjuang menyiapkan hal-hal kawen. Harap semuanya berjalan lancar ye. Untuk pengantin baru (bride Disember), selamat pengantin baru, dengan doa dan harapan semuanya kekal hingga ke syurga :)

******************************************************

Firstly, entry ni aku taip untuk penulisan sendiri, dan kepada yang membaca aku harap ianya tak mengganggu perasaan sesiapa. Takut jugak kalau-kalau nanti ada yang terdetik 'haih,segala benda nak bagitahu'. Bukan nak bagitahu semua benda, tapi blog ni tempat untuk aku menulis, memang ada yang membaca, tapi aku percaya masing-masing ada cerita, mana tahu cerita kita membantu orang lain. Oh, siapa tahu, kan. Kalau tak membantu sekali pun, mana tahu hal-hal kita boleh jadi pengajaran kepada orang lain. Siapa tahu. Kan?

Pengalaman lepas kawen (sebulan je pun tapi dah konfius banyak haha!) agak kelakar lah jugak. Mula-mula kawen rasa macam bebas gila, ke sana sini ikut suka. Cuti kawen yang seminggu tu kitorang tak ke mana-mana. Memang tak honeymoon pun sebab taknak gopoh-gopoh takut nanti lari bajet, walaupun duit masih berbaki lagi, tapi taknak kelam kabut habiskan duit yang ada. Kitorang masih hold dulu honeymoon, nak pastikan life dah selesa, financial okay takde pending, baru fikir tentang honeymoon (lain orang lain cara kan, terpulang mana-mana ikut keselesaan masing-masing). Ada jugak kawan-kawan tanya 'tak pergi honeymoon lagi ke?' 'bila nak pergi honeymoon?'. Insyaallah, honeymoon dekat hotel, tepi pantai, pakej honeymoon kelopak bunga mawar atas katil adalah bonus, tapi dekat rumah, pakai boxer laki bini, lepak depan TV atas sofa kecil, sambil tangan suap makanan ringan, gelak-gelak, usik-usik blablabla pun honeymoon jugak kan? Hehehe! Kan? Kan? Ianya honeymoon bagi saya dan Suami :)

Itu hal honeymoon. Masih mencari masa yang sesuai. Masa yang kami boleh apply cuti sehari dua sebagai tambahan. Masa di mana aku tak perlu susah hati tinggalkan pejabat. Masa di mana orang takkan sms/call aku bertanya hal-hal kerja. Rosak mood honeymoon kan? Huhuhu.

Sambung cerita, seminggu berkahwin masa kitorang banyak dihabiskan dengan berjalan ke sana sini, makan sana sini, balik ikut suka sebab happy sangat boleh spend masa dekat luar tanpa rasa ragu-ragu macam dulu. Nak pegang tangan pun tak risau sebab tahu, dia Suami aku. Kerja rumah? Banyak yang aku leka. Aku just pastikan ruang tamu kemas, bilik kemas, dapur bersih. Hadiah-hadiah kawen masih belum berkemas. Masih belum beli kabinet untuk susun alatan eletrik, masih belum beli rak (shelf) untuk susun barang elok-elok. Hai lah Ikea, Damansara je pun.

Peti ais penuh dengan makanan ringan dan makanan segera sahaja. See? Semangat beli peti ais dua pintu, besar.. Konon. Last-last part atas penuh dengan aiskrim dan nuget. Part bawah makanan ringan. Makanan sihat yang aku nampak cuma lah, susu segar, air soya, cornflakes, fitness (ni siapa punya ni??) dengan buah pear. Masak? Goreng nuget. Semata.

sarapan pagi weekend bila tak ingat. nuget pun nak bikin gempak. 



Habis cuti seminggu kitorang sama-sama start bangun pagi pergi kerja. Disebabkan kitorang bukan kerja satu pejabat, dan tempat kerja aku lebih jauh dari tempat kerja Suami haruslah aku bangun lebih awal. Aku bangun pagi pukul 5.30am, kadang-kadang selalunya aku bangun pukul 5.40am. Bangun pagi memang bukan aku, so mood nak bangun pagi susah nak dapat. Huhuhu. Bangun pagi? Suami yang kejutkan. Haha. Tutup mata okeh baca yang ini! Tak pernah langsung bangun sendiri. Cis! Bangun sambil pejam mata kiss Suami baru semangat nak pergi mandi. Okay tak kelakar. Tapi ini tips. Hahaha! Lepas dah siap, solat semua pukul 6.15am baru Suami pulak bangun solat lepas tu hantar aku pergi tempat bus Kementerian parking. Tak jauh pun dari rumah, Suami hantar naik motor je. Kejap dah sampai. Hikhik. Suami masuk kerja pukul 9.00am, so dia ada masih sikit untuk sambung tidur. Untungnyaaaaa! (tetiba). Pulang rumah selalunya Suami sampai rumah dulu, 10minit kemudian baru aku sampai.

Masa baru-baru kerja tu kitorang terus pergi rumah family aku, makan malam. Lepas maghrib baru balik 'rumah kita'. Aku detect badan agak lemau kalau rutin macam tu. So aku tukar rutin, masing-masing pulang 'rumah kita' dulu lepas maghrib baru pergi rumah family aku makan malam (macam hampeh je perangai aku kan). Pulang 'rumah kita' dulu, rilex2 depan TV sementara tunggu maghrib (tengok drama Islam KTP) gelak-gelak, borak-borak, lepas maghrib baru mandi. Dah solat maghrib kitorang layan drama Emma Ma'Embong dulu sebab dia comel sangat aku paksa Suami layan jugak. Eh! Kejap, sejak dah kawen ni aku tengok drama melayu maghrib2 ke??? APAKAH??! Damn.

Dah habis drama Emma Ma'Embong tu baru kitorang pergi rumah family aku makan. Dalam pukul 9.00pm/9.15pm selalunya aku dah ajak Suami balik sebab baju kerja tak iron lagi. Sebelum nak sampai 'rumah kita' kitorang akan pusing-pusing, jalan-jalan dulu kadang-kadang terlajak masuk KL (ngok sungguh). Sampai rumah solat isyak dulu, pastu dah cuci muka sapu itu sapu ini baru iron baju sendiri. Chop! Sekarang dah pandai iron baju Suami, dah start iron baju Suami dah. Hahaha! Jangan contohi aku okay. Ish, ish, ishhh.

Cerita pasal iron baju? Dah tiga minggu kawen kalau tak salah, aku selamber je iron baju sendiri. Baju Suami aku tak iron pun. Sebab tak reti dan super malas. Suami layan kan aje perangai aku. Kesian dia, bangun pagi awal sikit pukul 7.50am kot semata-mata iron baju kerja sendiri. Suami cakap takpe. Fuuhhh, boleh berkilo-kilo lemak macam ni. Minggu lepas, aku dah tak sedap hati.. Gila apa iron baju sendiri, pastu sengih-sengih kat Suami cakap 'sayang, baju kerja sayang, ta tak reti iron'. Alasan munasabah sungguh. Dengan kurang cerdiknya aku ambil baju kemeja yang Suami dah pilih. Pastu tak tau nak mula iron dari mana. Sengih-sengih kat Suami, pastu Suami ajar cara iron kemeja. Sampai bercangkung2 okeh iron baju Suami. Oh, takde iron board, tak biasa. Suka bersila je. Huhuhu. Kejap duduk, kejap cangkung. Macam bodoh pun ada. Pastu iron letak dekat dengan kaki. Pastu kena kang dah parut. Pening Suami tengok aku menggosok. Hahaha.

Lepas dah siap pastikan rumah bersih, kemas, clear baru la kitorang bertempek dua-dua depan TV atas sofa sambil mengunyah. Padahal dua-dua dah gosok gigi. Pandai sangat. Pukul 12.30am selalunya baru kitorang masuk tidur. Pernah gak beberapa hari aku letih tahap melampau aku tidur awal pukul 11pm. Suami sengetkan TV bagi mengadap sikit kat bilik tidur kitorang pastu Suami tengok TV dari dalam bilik. Siap bawak masuk remote TV. Canggih tak canggih. Haha. Ni kes aku tidur nak ada Suami jugak. Gedik.

Esoknya, macam biasa sambung semula rutin harian. Macam tu lah dari Isnin sampai Jumaat. Tu belum kes aku balik kerja lambat. Belum kes aku meeting hari ahad. Huhuhuhu. Pernah sampai satu tahap aku rasa aku macam belum kawen. Sebab basuh baju dengan sidai baju pun Suami yang buat. Aku? Penat, penat, penat. Penat saja. Serius penat awal-awal kawen dulu, sebab aku masuk kerja lepas kawen haritu terus all out kat ofis. Malam tadi je rasa tak penat, semangat lebih. Maybe kerja tengah slow kat ofis sekarang ni. So hati tenang, takde la penat sangat.

Dah tiga kali Suami usik-usik cakap 'baby'. Aku terkedu. Errrr, errrrrrr, err.
Tetiba terfikir, kenapa la pegawai perempuan yang dua orang ni jugak buat kerja berat-berat, lari-lari anak, pernah aku ulang alik dari blok tengah ke blok ofis aku berkali-kali, kena laju-laju, nak cepat, nak cepat. Stress tak masuk lagi. Ni cerita lepas kawen nih. Sebelum kawen pun sama jugak. Tanya Suami, masa dia teman aku dekat pejabat sampai pukul 12am, tertonggeng2 buat kerja, angkat kertas, folder, barang berat-berat. (macam kerja buruh binaan pun ada) kitorang bertiga perempuan. Suami teman. Sampai batu dekat cincin nikah hilang. Apa teruk sangat kerja! Walaupun takde la tiap2 hari kerja macam bangla, tapi dalam dua bulan, tiga bulan, empat bulan ada gak la sekali tak pun ada gak la huru hara sikit.

Eh, jap.. Ada orang ofis baca tak apa aku tulis ni? Mati.


thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

Tuesday, December 11, 2012

Review #7 : Inai + Henna

Hai!


Assalamualaikum.


Ohhww, semua nak di'review'. Takpe lah, kenangan sekali seumur hidup. At least dah ada anak nanti boleh suruh dia google blog Mummy dia. Hahaha. 

Nak review tentang inai pun bukannya ada ukiran yang orang panggil henna tu. Inai bodoh-bodoh je. Asalkan inai. Okay, sila ambil tahu yang aku ni kurang suka pakai inai. Suka kalau dia full, tapi bila inai dah mula nak hilang, nampak kuku separuh merah separuh putih, mula la belek kuku sepuluh kali sejam. Tak senang duduk tengok kuku. Huhuhu!

Nak review pasal inai ni, bila borak-borak atau baca blog B2B kebanyakannya pakai inai beberapa hari sebelum majlis. Aku? Esok nak nikah, pukul 2.30am baru start pakai inai serbuk. Berangan nak inai serbuk jugak, sudahnya 30minit menunggu dah bosan. Tabahkan hati tunggu sampai sejam, cukup sejam pergi basuh warna just oren. Grrrr! Dah pukul 3.30am dah, tak puas hati aku pakai inai tiub pulak. Lepas 30minit terus basuh, baru merah. Puas hati pukul 4am baru tidur. Pukul 7am bangun. Sadis jugak la.. Haha. Lepas mandi, siap-siap sementara tunggu Jurumekap tiba aku tambah lagi inai tiub dekat kuku. Hah. Siap, puas hati aku.

Hasilnya,







Just guna sellotape untuk pastikan inai kemas :)


Lepas kawen sibuk refill inai. Hehehehehe! Dan yang paling penting, takde la nak berukir-ukir sangat, tapi tiba-tiba dah nampak terus teringin. Alang-alang masih dalam mood baru kawen  ni, tak salah kalau nak berukir-ukir sikit kan, kan, kan. Hehehe. Sabtu (8 Dis) aku dengan Suami pergi Jln TAR cari bahan sikit untuk veil bakal pengantin, tiba-tiba ternampak gadis India buat ukir inai. Rm5 je. Apa lagi pujuk Suami nak buat ukir inai, boleh pulak Suami tak bagi. Katanya dah lambat. Cis. Lepas masuk Jakel terus pergi GM Chokit. Muka dah masam sebab kecik hati tak dapat nak ukir inai. Rm5 je kot. Huhuhu! Masa dekat GM Chokit Suami dah nampak muka aku masam, macam merajuk, maybe dia rasa tak best bila Isteri senyap tak kecoh-kecoh macam murai, terus dia ajak patah balik Jln TAR semata-mata nak bagi aku ukir inai.

Lepas beli pearl untuk veil dan HB bakal pengantin, kitorang patah balik ke Jln TAR. Disebabkan Suami sanggup patah balik semata-mata nak bagi aku puas hati dapat ukir inai, aku upah dia sweetcorn dengan milo tin. Hahaha. Dia duduk tepi aku makan jagung senyap-senyap, aku hulur tangan ukir inai sengih-sengih senang hati. Heeee!







the making of henna :))
2 minit
rm5





Suami takde, sorang-sorang apa lagi, melayan henna la :(



Sekarang dah menyampah tengok henna kat tangan ni. Haihh, aku kalau bab inai memang capat bosan. Mula la sapu losyen dari pagi tadi sampai sekarang. Mengong sungguh. Huhu.

Sape kata lepas kawen dah tak boleh nak buat macam B2B.. Haha. Suka hati lah kan, lagi dah kawen ni patutnya lagi best nak buat macam-macam kan. Perkahwinan ada permulaan, mulakan semuanya sekarang :)) Nikmati hidup baru! :)


thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

Wednesday, December 5, 2012

Wordless Wednesday : Refill

Hai!


Assalamualaikum.











hobi baru. asyik refill inai. apakah?
hikhik!
Suami rajin melayan ;p


thanks korang!




Love,
Nursaila Norman!

Friday, November 30, 2012

........................

Hai!


Assalamualaikum.


Masa lunch tadi semakin kusut.































sabarlah hati. dugaan Allah beri.

maybe kesilapan besar share kesedihan di blog. menulis adalah terapi. kalau ada yang tak setuju, terpulang. MENULIS ADALAH T-E-R-A-P-I.


thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!