CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, January 17, 2012

Mengadu ke Membebel nih?

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua


 
Permintaan untuk hari ini :

 
"tolonglah cepat selesai segala kerja yang semakin menggila ni"

dan juga permintaan untuk selama-lamanya

 
Tak kisah pun kalau kerja banyak. Tapi biarlah sistematik. Ni kalau sampai ada yang kena darah tinggi apa kes.. Dah la sekarang ni musim demam, bila staff MC takleh la nak larang2 kan. Bila dah ada staff MC, of kos la tak cukup ahli nak buat kerja. Bila tak cukup terus jadi kucar kacir.

Tu satu hal. Hal lain pulak bila kerja banyak tu takpe lah. Dah nama pun bekerja. Tapi kalau sampai kerja yang susah-susah, hard core punya task semua campak kat bahagian sini, apa kes.. Bayangkan bila tugas hakiki satu hal, pastu tambah lak dengan kerja sampingan tak tau ceruk mana dia datang. Macam staff kat bahagian ni ada lapan tangan dengan lapan kaki. Macam sotong la pulak! Hahaha.. Tapi paling besttttt teramat sangat semua nak lepas raya cina. Semua okehh.. Ingat satu, dua task ke? Dah la semuanya jenis dokumen berstatus Pelan.

Nasib baik lawatan tak meroyan nak datang sini. Kalau ada lawatan dari negara lain dah satu hal pulak nak melayan diorg.. Nasib baik pun takde la baik sangat. Esok patut ada lawatan tapi tetiba cancel. Baru hari ni tahu diorg cancel. Best memang best tapi last minute okehhh.. Yelah, kami-kami kat sini kan ada lapan tangan dan lapan kaki. Lepas tu yang tu salahkan yang ni, yang ni selamber buat-buat macam kami ni tak kena audit. Sape nak menjawab ni hah? En boss suruh aku marah yang itu. Tak reti aku. Takat membebel macam ni berani la. Hahahaha!

Tapi paling aku rasa macam 'kalau aku makan dia ni sedap jugak' bila apa kita buat semuanya tak kena. Hellooooo.. Kalau anda rasa bagus apasal pass kerja tu kepada kami. Kami dah macam orang sewel kat pejabat ni buat kerja, lari-lari anak dalam pejabat sebab tak cukup masa nak berjalan, picit-picit dahi macam kat rumah urut, engkorang selamber je komplen macam-macam kan? Buat salah, tak buat lagi la salah. Engkau jelah yang betul kannn? En Boss kami pun dah rasa fed-up.

Apa lagi nak bebel eh?

Dari disember hari tu aku hold demam. Boleh? Minggu lepas En Gaban paksa g HKL. Bila bagitahu MA tu yang aku hold demam dah lebih dari sebulan terus kena amek darah. Bazir darah aku. Sobsob! Sedih okeh. Nak cuti ganti sebab aku kerja sabtu ahad disember lepas tu pun tak amek-amek lagi. Halal jelah yeeee..

Bulan ni Januari kan? Aku boleh lupa tarikh penting. Bengang je En Gaban. Tiap-tiap tahun pun dia remind aku. Tahun sebelum2 ni sebab aku mamai. Hahaha.. Tahun ni siyes aku betul2 lupa. Bukan sengaja nak mamai. Huhuhu.. Beberapa hari je lagi. Ingatkan nak buat suprise. Nak buat suprise tapi tulis kat sini. Macam En Gaban tak baca. kehkekeh! Cancel suprise. Hikhikhikhik!



*entry ni aku taip sebaris pagi tadi. petang baru leh taip penuh pastu publish. tu pun sambil bergaduh dengan talifon. lari-lari g bilik En boss. nak g tandas pun tak sempat. sedih tak keluhan hati aku nih? ni kira wakil luahan dari semua staff kat sini jugak. hiks!




thanks korang!


Love,
Tata!


3 comments:

Anonymous said...

sama ada kau mengadu atau membebel, sama je bagi aku :)

Anonymous said...

bebel kt blog sendiri takpe..sabar je lah kan..hehe..

Nursaila Norman said...

@leha : kuang asammm.. grrr!

@ zoey : tula..kat blog sendiri takpe kan?kan?kan? hehe