CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 31, 2013

Sharing My Experience : Masa

Assalamualaikum.


Selepas 2 bulan lebih, hampir 3 bulan aku duduk rumah sendiri tanpa family yang memanjakan aku, memang banyak sangat perubahan. Nak kata banyak buat kerja rumah tak pun. Rasanya Suami yang banyak membantu. Huhuhu. Thanks sayang, rajin sangat basuh baju, sidai baju sorang-sorang dalam bilik belakang (which is dah set untuk jadikan bilik tu untuk sesi pakaian sahaja).

Sebelum kawen dulu ingatkan banyaklah masa boleh dibuang-buang. Rupanya tidak. Rasa macam nak request lebih masa untuk sehari. Nak request dekat siapa? errrrrrrrrrrrrrrrrrr.. Bangun pagi seawal 5.30am untuk siap pergi kerja. Sedangkan aku masuk bilik untuk tidur pukul 1.00am setiap hari! Ya, setiap hari. Serius aku taktau la apa yang kitorang buat sampai tidur pun lewat. Tidur awal? Tutup lampu? Tett!

Bayangkan aku cuma tidur 4jam 30/40minit setiap hari. Dan dengan itu aku nak tukar kerja yang membolehkan aku bangun at least pada pukul 6.30am. At least aku ada sejam lagi untuk tidur dengan nyenyak. hiks!

Dulu sebelum kawen aku ingat banyak masa aku boleh gunakan untuk bersenang-lenang menonton television bersama Suami, tebus balik segala penat lelah buat persiapan kawen (poyo semata-mata). Rupanya tak.. Makin banyak pulak aktiviti aku. Sampaikan Suami nak pasang Astro pun kitorang dok fikir berapa peratuskah penggunaannya nanti. Huhuhuhu. Sampai rumah dari kerja pukul 6.45pm, aktiviti luar rumah yang tak menentu kena ambil kira jugak. Kalau ada bola (EPL) lebih seronok tengok di mamak kan? Ada teh tarik, ada roti canai, ada mamak berkeliaran sana sini, ada ramai orang, ada itu, ada ini.

Selalunya waktu malam la nak mengemas apa yang patut kan. Macam aku, aku tak suka rumah bersepah sebelum masuk tidur. Ibu dah ajar sejak kecik. So dah terbiasa. Huhuhu. Mungkin sebab tu lah kot aku tidur lambat. Haha. Selalunya bila dah makan malam, dah kenyang, bila Suami dah membasuh banyak kali (2x atau 3x) baru aku lipat kain baju. Kalau tak pun sebelum tidur kena pastikan sink kosong takde pinggan, gelas, mangkuk, sudu kotor. Kadang-kadang tu terbabas gak sebab Suami SUKA sangat supper. Request nak susu lah, nak conflakes lah, nak aiskrim lah.. Kan dah kena basuh sudu, mangkuk, mug blablabla. Grrrrr! Bila dah malas sangat-sangat aku akan basuk esok. Huhuhuhuhuhuhu!!  Tapi pastikan bilas dulu dengan air supaya semut tak berkampung dalam sink.

Aku ada terdetik nak beli broadband, sebab sejak kebelakangan ni jarang sangat aku dapat BW blog kawan-kawan, kadang-kadang dah baca tapi xsempat nak tinggalkan komen. Dengan adanya broadband dekat rumah boleh lah berBW, update blog, sebab dekat office dah tak sempat. Tapi bila fikir-fikir balik, nanti aku leka. Aku ni kalau dah dapat internet memang leka. Tu tak kira bukak YouTube tengok gadis-gadis korea menari. Huhuhuhu!! Tak payah lah berinternet dekat rumah. Biarlah orang nak kata kami Suami Isteri ketinggalan zaman, henfon pun Sony je (wu! wu! wuuu!) janji masa berdua kat rumah sangat berkualiti. Ceewahhhh. Aku pernah ber'online' dekat rumah family aku, serius sadis Suami aku terkontang kanting terbiar. Rilex je aku layan macam-macam. Moralnya no internet at home, nanti tak jadi apa. T____T!

Fuhhh! Habis pun pengenalan.

Aku memang dah lama sangat-sangat nak tulis pasal hal ni, tapi belum sampai lagi masa yang sesuai. Lagi pun masa tu aku belum kawen. Beberapa bulan lagi nak kawen. Takkan aku nak lebih-lebih kan. Sejak dah kawen ni aku selalu rasa tak cukup masa. Sebab tu aku terfikir hal yang pernah berlaku dulu. Sorang kawan yang boleh terasa hati sampai tulis dekat status FB dia pasal aku tak layan dia. Eh, macam susah nak faham je kan ayat aku. Cut it short, aku tak dapat nak layan chat, call dia sampai tahap dia meluahkan ketidakpuasan hati dia dekat FB. Status FB! Melampau kan. Benda tu memang dah lama, pertengahan tahun 2012, tapi sampai sekarang masih terkesan lagi dekat hati aku. Kawan baik, tapi sanggup tulis (dengan nada perli kaw-kaw) dekat FB padahal dia tau aku akan nampak dan baca. Takde kias-kias. Straight to the point. Agak kasar di situ.

Hal-hal detail tentang benda tu tak perlu lah aku bagitahu kat sini, taknak mengaibkan siapa-siapa. Cuma, hal yang berlaku tu buat aku terfikir : seolah-olah life dia terlalu sunyi sampaikan aku tak dapat nak layan dia dekat FB, chat, call menjadi hal besar dalam hidup dia. Perlu ke perli kawan (bukan kawan biasa-biasa) dengan alasan kawan kita tu tak bagi perhatian dekat kita. Aku pun ada kawan yang lebih rapat dari dia, tapi aku kena faham (wajib), setiap orang ada life masing-masing. Ada hal masing-masing. Bila seseorang tu free, belum tentu dia nak spend masa dia tu dengan kita. Terpulang kepada individu dia nak spend masa yang dia ada dengan apa dan siapa kan? Takde paksaan. Tapi kenapa dia terlalu ambil serius perkara : aku tak dapat nak layan dia, tanya khabar dia, spend masa untuk call dia blablablabla.

Huhuhuhu! Bila diingat balik memang worst gila. Aku sangat-sangat-sangat-sangat kesal hal macam ni boleh berlaku. Serius membazir masa aku semata-mata.

Benda yang berlaku ni menyebabkan aku terfikir (masa ni belum kawen lagi), bosan ke hidup berumahtangga sampai kesan maha besar sangat bila kawan xlayan kita. Ke nanti aku pun jadi macam tu lepas kawen. Aku terfikir, actually banyak kali gak la aku asyik berfikir huhuhuhu tak cukup ke lelaki yang kita nak sangat-sangat-sangat kahwini ceriakan hidup kita. Once kita decided untuk kawen dengan lelaki pilihan kita tu, mesti la sebab kita yakin dia mampu sempurnakan hidup kita kan? Oh, okay.. Mana ada manusia sempurna, tapi hidup kita at least akan sempurna dengan kehadiran dia kan? Kan? Ke tak?

Bila aku dah kawen, walaupun baru sangat, baru 2 bulan lebih, tak layak nak nasihatkan orang yang dah bertahun-tahun kawen siap ada anak, tapi apa yang aku lalui 2 bulan ni memang sangat tak cukup masa. Sampai aku tak sempat nak sakit hati dekat kawan-kawan lain yang hidup gembira hoyeh hoyeh tanpa menghiraukan aku. Huhuhu! Sebab aku sangat happy dengan life selepas kawen - life bebas dengan Suami tanpa mengira masa dan dimana. So, kenapa perlu rasa sunyi, bosan, macam hidup keseorangan sampaikan kawan tak layan kita pun jadi masalah besar? I just wonder. Huhuhuhuhuhu..

Aku belum ada anak, ini pun dah request nak lebih masa. Bila dah ada anak taktau la aku nak pastikan 24jam tu cukup untuk aku, Suami, anak, pejabat dan rumah. Huhuhu. Tak sempat nak FB dekat rumah, takde masa nak cemburu buta dekat kawan-kawan lain, tak perlu nak cari kegembiraan dekat luar sana sebab aku atau kita dah ada life yang cukup lengkap bila Suami kita sentiasa ada dengan kita. Kan?

I remind myself, kalau kita pilih dia sebagai Suami, maksudnya kita tau hidup kita akn sempurna dengan dia. One day akan ada anak insyaallah, itu akan menambah keceriaan hidup, dengan itu tak perlulah kita mudah sangat nak terasa dengan kawan-kawan, mudah sangat nak kecik hati sebab kawan tak layan kita, mudah sangat nak ungkit hal lama - dulu dia cari kita, sekarang kita tak cari dia. Just leave it. Nonsense!

Apakah aku yang silap sebab tak mampu nak bagi layanan dekat kawan-kawan atau orang lain yang terlalu sunyi? Silap aku ke sebab terlalu sibuk dengan family, kerja, En Gaban, aktiviti membuang masa, persiapan kawen, sampai kena perli dekat FB? Huhuhuhuhu T____T

Benda dah jadi dan dah berlalu pun. Aku tak marah macam awal-awal dulu sebab aku belajar untuk faham keadaan orang. Maybe dia betul-betul perlukan kawan. Cuma aku kesal, perlu ke aku yang jadi mangsa? Wuu! Wuuu! Wu!

Reminder untuk diri sendiri : Please hargai orang sekeliling kita, cari keceriaan dalam hidup, sentiasa bersikap positif tanpa melibatkan orang lain kalau hidup kita terasa lonely. Jangan jadikan orang lain magsa kalau kita rasa rutin harian kita membosankan. Tanya diri sendiri, apa yang kurang sampai kita rasa susah sangat nak rasa happy dengan orang yang ada dekat dengan kita. Ceriakan orang sekeliling kita, then orang lain akan ceriakan kita juga.

Sorry, terpanjang entry. Mana yang sudi habiskan pembacaan dari awal terima kasih banyak-banyak. Apa yang aku tulis ni tak melibatkan bloggers langsung. Ini pengalaman sendiri untuk dijadikan pengajaran kepada yang lain.


thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!

12 comments:

Ana said...

betul saila,bila dah berkahwin kita takkan cukup masa...bila ade anak lagi ler tak cukup masa...tapi insyaallah saila akan pandai mencukupkan masa yg ada dengan ape yg saila ada skrg..akak yg beranak 3 nie lagi tak cukup masa tu yg adjust2 mase online ,tdo dll..tdo takkan pernah cukup 8jam..kalo dapat cukup 8jam alangkah nikmatyerrr..hehehe

Amalina Ali said...

ye saila. pengalaman semua mengajar kita untuk lebih bersedia pada masa depan. untuk kita lebih berhati-hati untuk buat keputusan.


belum kahwin dan lepas kahwin je sama masanya. memang tak cukup masa. kelam kabut semua ada. mcm kalau mata ni kata jangan tidur, jangan mengantuk, alangkah indahnya. boleh smbung buat kerja apa yang patut. tapiiii..... penat.

missGogreen said...

perlu ke perli bagai..rasa sgt pelik dgn beliau..klu bhsa kasar dari yan..just kwn baik je..bkn family sedarah sedaging pun..heran bin ajaib betol..sabar ye :D

anariffin said...

dengan jujur nye ana setuju.,serius tak cukup langsung mase..ana pun cam pening nak pikir macam2...aish..

dhiera zainudin said...

saila.. kite pun rasa macam tak cukup masa especially bila baru2 kahwin dulu. dah la kahwin-kahwin terus duduk sendiri berdua dgn suami. masa tu selalu sangat rasa tak cukup tidur la apa la.

tapi sekarang, dah boleh nak bahagikan masa. alhamdulillah. itu pun selepas 3 bulan kahwin jugak baru pandai nak bahagi masa uruskan kerja rumah~

Unknown said...

huhu...lgpun skang masa bjln lbih cpt...tu yg lg xckup masa..yelah...masa bujang & da kwen, lain kan cara idup....pape pun, aslkn bhgia...& yg pting, wlu cbuk mcm mne pun, hope akn ada jugak masa utk di spend kn buat kepuasan dri sndiri supaya tak stress :)

Anonymous said...

doakan yg terbaik for both of u ye !

Zana Adieyza said...

bila dh kahwin, kena lebihkn masa dgn suami or anak2... so org lain kenalah faham..

xpelah.. biarlah org luar nak terasa hati.. asalkan org yg tersayang x terasa hati..

cha said...

Omg i setuju sgt dgn entry ni. Sbb i pn penah kene. Masa tu b4 kawen and now dh kawen. Masa belum kawen smpai putus kwn sbb kwn i tu ckp i xnk jumpa i xde masa nk jumpa dia. Pdhal i ni mane ada kete x pandai drive so sume i mmg harapkan kazaa je. Dhla masa tu kitorg duk jauh so weekend i mmg nk jumpa kazaa la kan ni dia x paham. Dh x kwn dh pun skrg :)

Ni i dh kawen pn sama ada sorg kwn ni nk kene jaga hati dia je. Bila x msg merajuk bagai. Pdhal kita byk benda lain nk buat mane sempat nk ngadap dia je haih

ayut said...

mukadimah je dh 3 minit...hihihi.. :p apa yang ayu ttahu kalau org bt kite jgn kite bt org blik..lg 1 selalu amik yg positif.Kalau dh mmg kawan tu nk terasa biarlah dia...Buat biasa sudah.Kalau kita susah bkn dia ada dgn kita 24 jam pon...ooppss! :D ap pon masa tu klu diarrange gan btul kite takkan rasa bosan. ^^

Aida & Riana said...

sokong! 1st few months tu mmg rasa mcm tunggang langgang hidup. skang dh ok sikit. tp bab berintenet kt umah, mmg kena control, kalau tak, leka mhadap berjam2.
nanti lama2 dh biasa, ok la tu.

Puteri Kayangan?@#$%???? said...

mula2 memang rasa time tu tk ckp dear.. nsnti lama2 umi yakin dear pasti dpt suaikn diri ..kpd org yg suka menyakitkn hti dear ..biarkn mereka ..tak semua org sama.

cara dear mungkin lain .. mengemas dgn teliti ..bkn main bedal aje ..kalau main bedal... mst ckp masa nk huha dgn kawan. pasti kwn2 dear akn dpt terima perubah dear nti ..umahhhhh

jgn sedih tau ..chak..nti tk cumil lgi tau ..