CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, March 29, 2012

Hampir sama

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Tetiba rasa macam dah lama tak update. Ceh. Padahal baru je sehari dua kan?





rilla (kandadindawithlove.blogspot)






scha al-yahya (beautifulnara)




Hampir sama dengan baju resepsi aku. Warna lebih kurang sama. Hampir sama. Tapi diorang punya mesti designer mahal / hebat. Aku punya 'designer' lah sangattt.. Aku pun main hentam je masa tempah hari tu. Takde makna nak sebut designer. Hiks!

Cuma masa aku nekad nak pilih warna coffee ni risau jugak. Yelah, selalunya orang akan pilih warna-warna sweet, ayu, lembut.. Tapi aku selamber je pilih warna ni. Langsung tak sweet dan ayu kan? kan? kan? Sobs! Tapi ntah. Masa tu malas nak fikir pasal warna. Asalkan ada baju. Boleh tak aku ni? Haihhh.

Eh, cop! Aku tunjuk picha Rilla dan Scha tu semata-mata nak mention kat sini bahawa warna baju yang aku pilih tanpa-berfikir-panjang tu kebetulan terrrsama pulak dengan pilihan diorg. Kebetulan lah pulak. Ingatkan tak 'in'. Wink! Wink!


okbai!




thanks korang!





Love,
Tata!







Monday, March 26, 2012

Preparation #1

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua





Selamat pagi!

Bercakap pasal persiapan ni majlis aku takde la banyak benda nak dibuat. Sebab nak menyenangkan hidup aku dan poket juga. Hikhik! Macam orang lain, banyak betul benda-benda dalam majlis dia. Bila compare dengan aku punya rasa macam 'erk, betul ke wedding aku nih?' haha. Terus rasa macam aku ni alien pulak. Ceh.

Serius, majlis aku hanyalah tentang nikah dan majlis makan. Itu sahaja. Tolong jangan menjangkakan sesuatu yang lebih dari itu. Tiada pelamin sebab aku dan dia tak suka. Haha. Tiada kek sebab aku tak berminat. Dia? Rasanya tak berminat juga tu. Kan? Betul la tu kot. Haha. Sekarang dah nak habis bulan Mac. Bulan April ni kerja dipejabat pack. Tapi kena jugak usaha curik2 masa. Dah kena serius nih. Tak boleh main-main lagi dah. Mana yang diy tu sila serius ya Cik Saila. Jangan lengah-lengah dah.

Semalam tempah baju nikah di tempat yang sama dengan baju resepsi di dewan. Hantar ikut ukuran yang sama dengan baju resepsi. Cuma part kain je lain sikit. Takde banyak songeh. On je terus. Malas nak fikir sangat.

Susulan dari entry ni aku dah boleh tarik nafas lega. Baju resepsi dekat dewan semuanya okay. Bagi biji mata sendiri, aku dah puas hati sangat-sangat. En Gaban pun suka. So ber'double' la aku puas hati. Hiks! En Gaban pulak excited dapat try seluar baju melayu (resepsi) dia. Siap MMS. Seluar je okeh. Tetap excited. Ceh!





baju ni kosong lagi sebab belum di'patch' dengan lace dan di'beads' dengan manik
ntah bila nak mula ntah
simple rite?
yup.
tak suka yg grand. taktau lah kenapa.

ni masa mula2 dpt baju. belum cuci dan iron. bau kain dan benang lagi. hiks!



thanks korang!



Love,
Tata!







Sunday, March 25, 2012

Barang rumah untuk lepas kahwin nanti

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Mata dah mengantuk, badan pun dah penat. Tapi gedik nak online jugak. Huhu. 

Tengahari tadi sampai ke petang menghabiskan masa kat IKEA. Tapi takde la puas sangat. Sebab barang semakin bertambah dalam beg kuning tu. Jadi malas nak fokus lebih-lebih bila dah semakin lama berjalan. Makin lama berjalan makin banyak pulak yang aku capai. Hish! Rasa tak sabar-sabar nak masuk rumah sendiri (walaupun menyewa). Tadi pun aku amek je apa-apa yang patut walaupun belum ada rumah lagi. Tak tahan. Hahaha.

Sesampai je kat rumah terus MMS En Gaban apa yang aku beli. Orang excited memang macam ni. Hiks! Nampaknya memang kena datang berkali-kali nih. Katil idaman pulak sama dengan Cik Ara. Tapi takpe.. Ara bilik lain, aku bilik lain.. Hehehe. Side table dah beli. Katil belum lagi. Apakah? Gambar ada.. Tapi malas nak cucuk USB. Boleh tak? Eheeee~




tak sabar nak guna barang-barang yang aku dah beli sikit-sikit nih
sikit-sikit, lama-lama jadi bukit
boleh kan? ;)





thanks korang!



 Love,
Tata!
 
 

Friday, March 23, 2012

my DIY veil :)

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua








Baru siap tujuh puluh dua percent. Starting January 2012 kalau tak silap. Gila lama kan? Dah la veil untuk resepsi pun nak kena buat. Apakah? Doa-doa la sempat. Inspirasi dari Intan Norazam dengan Cik Lijah (non-cindarella-story). Maybe nampak serupa, tapi secara jujurnya aku punya tak secantik mereka punya. Tapi hampir puas hati juga la memandang veil ni aku terus buat sampai ke tahap ni tanpa ada perubahan. No trial. Buat dengan penuh tawakal sampai jadi macam dalam picha di atas. Alhamdulillah. I am happy for this! :)

Insyaallah, nanti aku publishkan semula bila dah siap seratus peratus k. Ceh. Macam ada orang nak tengok. HAHA!





thanks korang!




Love,
Tata!





Thursday, March 22, 2012

Terharu disebabkan Cik Jannah & Cik Syiera :)

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Hai!!

Tarik nafas.. Fuh! Settle kerja-kerja di pejabat. (untuk pagi ini sahaja okay). Jangan stress. Rilex. Cool. Chill babeh. Hikhik.

Tajuk entry kali ni macam over sangat ke? Tak kan? Okay, meh aku explain apasal aku gedik sangat up entry time-time cenggini.

Ni bukan kes gedik ya.. Huhuhu. Ni kes terharu gila-gila bila..


















dan









Okay, aku over. Tapi bagi aku yang terlalu baru dalam dunia blogging ni of course aku takleh tipu perasaan happy tentang hal ni. I am so so sooo happy for this. Yelah, diorang ramai follower dan dah lama ber'blogging'. Tapi tiba-tiba Little Rabby was there. Besar okeh bijik mata aku bila aku nampak dua-dua perkara tu. Bangga tu memang takde. Aku tak declare diri sendiri sebagai blogger ya. Aku cuma peminat setia blogging yang akan menulis bila terasa nak menulis. Tapi aku ketagihan membaca entry semua yang aku follow. Ntah. Kalau tak baca rasa macam hidup tak sempurna. Erk!

Walaupun aku tak tinggalkan komen, tapi aku wajib baca. Sometimes aku segan nak tinggalkan komen. Sometimes aku rasa nak taip 'comelnya' but then aku tak jadi komen sebab malu. Apakah?

Bila aku dah nampak dua perkara tu aku terus jadi risau dan risau. Ceh! Mana tak risau. Orang dah letak Little Rabby kat side bar diorang, tapi entry hampeh. Malu la. Kesian orang kena atau terbaca entry hampeh. Macam entry ni jugak, maybe. Sobsobsob!

 
Side bar aku memang tak letak semua yang aku follow, tapi kat dashboard sentiasa ada kan. So tiap-tiap pagi sebelum pukul 8pagi aku dah bukak semua entry-entry baru dari blogger2. Membaca adalah terapi aku untuk dapatkan mood atau stress. Wink! Wink! Terima kasih yang tak terhingga ya. Kepada followers semua, korang memang sumber inspirasi aku. Apakah? Kalau korang takde, memang sunyi la blog ni. Hiks!



Dulu selamber je buat entry hampeh-ikut-suka. Sekarang ni rasa bersalah pulak kalau buat entry tentang diri sendiri. HAHA.


terharu
terharu
terharu






thanks korang!



Love,
Tata!








Tuesday, March 20, 2012

Happy Birthday Ifah!

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Firstly beribu-ribu keampunan aku minta dari Ifah. Aku lupa birthday dia.



Semalam 19 Mac 2012 birthday Ifah, kawan dunia akhirat aku. Takde alasan aku boleh bagi kenapa aku lupa birthday dia. Nak kata tak tengok tarikh, aku tengok berkali-kali semalam. Tapi tak tau kenapa tak terdetik langsung nak teringat bahawa pada 19 Mac setiap tahun adalah hari lahir kawan paling akrab sendiri.

Baru je kejap ni aku baca blog dia, dia post pasal wish-wish birthday dari kawan-kawan dia. Wish dekat FB dengan HP. Terus aku rasa aku kawan paling kejam sekali. Langsung tak buat reminder? Tak catat kat kalender atau apa saja ke? Tak. Memang tak.

Aku selalu minta tolong dari dia bila susah. Aku selalu cari dia bila aku sedih. Aku wajib jumpa dia bila aku betul-betul sedih dan kecewa. Tapi nampaknya, aku la kawan dia yang paling last wish birthday dia. Oh, mungkin aku jugak satu-satunya kawan dia yang lupa pasal hari lahir dia. Kejam kan? Aku bold kan sebab aku sangat-sangat disappointed dengan diri sendiri.

Ifah, aku tau kau baca entry ni. Please forgive me. Bukan sengaja nak lupa birthday kau. FB? Aku dah lama buang FB dari hidup aku. Sebab dia useless dan meleka kan. SMS? Seriusly, aku tak ingat langsung. Wish-wish dari kawan-kawan kau yang lain buat aku rasa nak nangis. Diorang ingat. Tapi aku tak ingat. Okay, maybe diorang pun ingat sebab FB remind diorang. Okay apa, dari aku langsung hilang ingatan. Lagi teruk.

Aku tak reti buat kek. So sorry. Aku reti wish je. Aku wish kat blog aku ni supaya entry ni kekal sampai bila-bila eh.



Semoga dengan bertambahnya umur, kita juga semakin bertambah kasih sayang dah erat. Semakin tabah menghadapi cabaran hidup. Rezeki, jodoh, umur, aku sentiasa doakan untuk kau. Tak semestinya nak tunggu pada hari lahir kau je. No matter what.. Walau apa pun yang mengubah aku, satu yang tetap kekal untuk kau ialah 'aku kawan kau dunia dan akhirat'.




Sebagai denda, aku doakan :

Ifah, kau akan dapat kebahagiaan yang teramat bahagia di dunia dan akhirat.





aku tak reti buat kek. amek picha kek orang lain boleh la kan?
sumber : google




thanks korang!



Love,
Tata!









Monday, March 19, 2012

Mr. Johnny lebih popular dari Cik Saila :(

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Hai korang!

Sejak aku publish pasal Mr Johnny, ramai betul peminat dia.. Ni yang jeles ni. Sobsobsob! Kali ni aku taknak cerita pasal Johnny. (boikot dia) Hahaha. Aku nak cerita pasal Mr Pekak.

Yup, aku ada lagi sekor kucing. Tapi nama dia tak glamer macam Johnny. Nama dia Pekak. Kejam tak? Takde la kejam sangat.. Sape suh dia buat pekak bila kitorang panggil2 dia. Masa tu kitorang satu family ingat dia betul2 pekak. Pastu terus daftar nama dia kat Jabatan Pendaftaran sebagan Mr Pekak. Hikhikhik!

Tapi kan dia cedera.. Huhuhu. Sabtu pukul 6 pagi dia bergaduh dengan kucing mana ntah. Hampeh betul. Last-last dia cedera kat hidung. Hidung dia bengkak pastu apa lagi demam la.. Biasa la.. Manja kan.. Haruslah demam berhari-hari. Hiks!





sayang kucing punya pasal.
selimut sendiri pun takpe buat dia balut badan.
Hehehehe!


Biasa la kalau dah demam.. Bertempek la kat tempat tidur aku. Kalau tak tu sombong. Panggil2 ajak tidur dengan aku dia buat donno je. Siap tak pandang lagi. Ceh!





luka kat hidung dah kering.
dah tak hensem dah kan?


Dengan harapan supaya dia cepat sembuh. Sebab rindu nak tengok dia tidur bersepah-sepah dalam rumah. Macam ni...........





okeh. OVER!


Well.. Apakan daya.. Kehenseman dia telah dirampas oleh Johnny sekarang ni. Pekak, terima lah hakikat ya.. Anda sudah tidak hensem lagi. Kalau nak maintain hensem, sila jangan layan kucing2 jantan diluar sana yang ajak anda bergaduh sebagai lambang kejantanan. Kalau tak, Johnny kekal sebagai ketua keluarga. Eh?





Johnny, kau pun taknak kalah jugak?
Style tidur pun kau nak kalahkan pekak jugak ke?
Over tau kau nih.



Mana taknya, sejak dari kecik Johnny banyak belajar cara-cara tidur dari Pekak kottt..




Hikhikhikhik!




thanks korang!



Love,
Tata!