CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, September 16, 2013

Pearl Hand Bouquet : Bride 2 Be Kuala Kubu Bharu

Assalamualaikum.


Selamat Hari Malaysiaaa!! Sayangi Malaysia!

Harini cuti, disebabkan Suami tiada.. Boleh la nak update FB, Blog blablabla.. Cuba kalau dia ada.. Hahaha.. Tak jadi apa. iheeeee. Cuti-cuti ni apa kata cuci mata dengan Pearl HB Nursaila Norman nak? Jom, jomm..

Yang ini pun disiapkan sepenuhnya semalam masa Suami tiada dirumah.. Hamboiii, nampak sangat si Suami suka buat kerja Isteri tergendala. Hehehehehehehe!








Pearl hb ni serius last minute order, kalau tak clash dengan tempahan lain insyaallah aku boleh usahakan untuk ambil tempahan (taknak kecewakan pelanggan dan tak baik tolak rezeki). Sangat last minute, customer nak datang rumah ambil padahal aku tengah terkial-kial buat hb. Haha. Nasib baik siap jugak dan hantar!

Macam mana tak terkial-kial, aku gigih snap picha untuk dijadikan tutorial untuk korang korang yang request. Wuwuwuuu.. Nak tutorial tak? Kali ni full tutorial okehh. Kalau nakkk, sila kiss dulu ;p




Sementara tunggu customer, posing dulu. Pinjam yerrrrr..ihiks!

Barakallah!







Love,
Nursaila Norman!



Thursday, September 12, 2013

Anak :)

Assalamualaikum.


Selamat sejahtera semua! Happy day!

Alhamdulillah, lately dashboard blog, home FB esp page-page Mummy To Be bercakap pasal pregnancy, preparation, hospital, check up and so on. Happy tengok korang. Makin hari makin comel perut masing-masing, hehehe! Aku macam biasa baca je lah, nak join takde point. Haha. Kalau mana-mana yang bagi info, tips memang seronok la baca kann. Ilmu, ilmu.

Kami? Alhamdulillah, masih berdua.. Kami ambil masa sedikit lagi untuk welcome orang baru. Doakan :) Kita flash back sikit, lepas keguguran haritu aku sempat tanya doctor berhubung next period aku, sama ada nak kira dari tarikh hari pertama bleeding atau macam mana. Doctor bagitahu next period mungkin ikut kiraan hari bleeding mungkin tak. Sebab kebiasaannya hormon ting tong sikit. Aku tanya lagi, kalau aku tak period jugak pada bulan ke berapa aku patut refer doctor. Doctor cakap akhir bulan October. Sebab masa tu bulan August kan. So bagi chance bulan September dengan October. Kalau dua-dua bulan tu tak period jugak baru refer doctor dan doctor akan bagi ubat untuk period. Period perlu supaya rahim bersih since aku tak buat DNC kan. Fuhh, ramai gila tnya tak buat DNC ke? DNC tu apa? Haha. Rupanya kalau keguguran doctor akan buat DNC. Macam kes aku tak perlu, sebab aku dah bleeding sampai habis, sampai rahim kosong dan UPT pun single line sahaja. Confirm bersih. Alhamdulillah sangat-sangat, sebab diorang cakap DNC tu sakit. Betul ke? Ada macam annoying buat Pap Smear tak? hikhik. kelakar betul kalau diingat2kan semula.

Alhmadulillah again, aku period awal September haritu. Aku saje kira dari hari pertama bleeding (konon-konon macam hari pertama period lah), sekali betul.. Lewat 5 hari je. Ya Allah leganya.. Bukan apa, risau jugak hormon ting tong ting tong ting tong sampah. Huhuhu. So nak tggu next period lagi sekali pada October, nak cuci rahim betul-betullll bersih walaupun dah tau bersih still nak bersih2kan lagi. Eei poyo! Takpe kan aku share benda ni, kot-kot akan ada yang jadi macam aku, tak buat DNC jangan gelabah sangat ya.. Cool je.. Boleh jadikan citer aku ni panduan pastu refer doctor laju-laju.

Doakan kami ada rezeki untuk pregnant lagi. ihiks! Amin.

Buat masa sekarang ni kami buat persediaan dari segi pemakanan, kewangan, mental, emosi. Kami prepare well to have a baby insyaallah. Amin.

Cuma satu je lah.. Kami kerap dan sentiasa saling ingat meningati antara satu sama lain, esok kalau ada rezeki Allah bagi, jangan lah sekali-kali jadikan anak sebagai halangan. Halangan untuk keluar tengok wayang berdua, keluar hang out dengan kawan-kawan, keluar shopping berdua, makan luar enak-enak blablabla. You name it _________

Tolonglah jangan.. Aku selalu sangat dengar ucapan-ucapan 'susah dah ada anak ni' 'susah ada baby sekarang' 'susah nak ke mana-mana sejak ada baby ni' 'tak dapat nak berdua2 sejak ada anak' 'korang boleh la korang takde anak lagi, aku dah ada anak ni susah nak keluar'

Maaf sangat-sangat kalau ada yang terasa aku tulis macam ni, tapi aku tak suka la dengar mama papa baby sendiri cakap macam tu.. Aku jadi sedih sangat kat baby tu. Kalau lah dia faham (mungkin dia faham mana tau), tak ke kecik hati baby kita? Papa dan mama dia rasa terbeban sejak kehadiran dia. Kesian okey. Bukan ke kita excited menunggu kehadiran si comel, bila si comel dah lahir, kenapa mesti sebut ayat-ayat macam tu?

Aku dengan Suami kerap dengar luahan-luahan macam tu. Kami diam jelah. Nak tegur (betul kan persepsi mereka-mereka) karang disalah anggap pulak. Yelah, kami kan belum pregnant, belum ada anak lagi. Memandai2 lak nak advice orang. Kang kena ludah lak puii. Huhuhuhu.

Bila kami tak mampu membetulkan mereka (tak mampu, tak layak huhuhu), kami membetulkan jelah diri kami masing-masing. Kami remind, nanti dah ada anak jangan sesekali kata 'susah' merujuk kepada anak. Katakan sahaja 'anak kami masih kecil, kesian dia kalau terkena angin malam' 'anak kami masih kecil, kesian dia kalau terkena bakteria memandangkan dia masih bayi antibodi tak kuat kamu saja lah berkonvoi ya..insyaallah anak kami dah besar sikit kami join' 'tak mahu lah, nak duduk rumah main dengan baby lagi syiokk'.

Huhuhuhuhu. Aku tau aku tak layak, aku bukan Prof Dr. Muhaya wuwuuwuuuu! Tapi aku cuba sedaya upaya untuk memperbaiki mana-mana yang aku lihat tak kena. Huhuhu. Maaf sekali lagi. Aku takut sangat kalau-kalau tersinggung perasaan orang. Tapi ini cuma lah perkongsian dan peringatan bersama. Sebelum berlaku ada baiknya kita mengatasi/menghindar. Lagi-lagi perkara yang kurang baik ni.. Takut-takut penyampaian kita menjadi doa. Bukan ke apa yang diucapkan ialah doa? Takut kalau-kalau kita selalu menganggap anak itu penghalang, ia akan benar-benar menjadi penghalang.. Nauzubillah.

Mungkin akan ada orang cakap 'belum ada anak boleh la cakap'. Tapi.. Tak salah kan saling mengingati? Paling penting ingatkan diri sendiri, lepas tu saling mengingati antara kita..




Love,
Nursaila Norman


Wednesday, September 11, 2013

1st : Tempahan DIY Shawl

Assalamualaikum.

























































fly to customer
alhamdulillah selamat sudah


Tempahan pertama dari aku - tempahan shawl. Fuhhh, first time. Gelabah okeh. Tapi alhamdulillah dapat siapkan jugak akhirnya.

**Untuk makluman, ada sehelai lagi yang sama macam dalam picha (sengaja buat lebih sehelai), kalau nak boleh email saya! Harga rm25 (COD area Selayang Baru, Gombak, KL) rm30(pos). Warna tiffany blue/baby blue.


cara pemakaian
|
|
|
|
|
V











Love,
Nursaila Norman!

Friday, September 6, 2013

DIY : Shawl Birthday

Assalamualaikum.




























Alhamdulillah, sehelai lagi shawl berjaya disiapkan :) Shawl ni aku buat khas untuk adik aku - Cik Leha sempena birthday dia 3 Sept baru-baru ni. At first aku memang nak hadiahkan dia shawl, tapi takde masa nak ke Jalan TAR atau Times Square.. Untuk menjimatkan masa (konon), kira jimat la masa Suami untuk jadi driver aku ke KL kannn.. Aku beli bahan-bahan dekat kedai area rumah aku, pastu start menjahit. Tapi itu lah, malam tadi baru siap.

Pagi tadi lepas masuk picha dalam FB, aku naik tingkat 20 aku letak atas meja dia. Suprise lah konon-konon. hikhikhik.





























Dah ada yang menempah.. Haha.. Serius malu ni siap tersengih-sengih sebab malunyaaaaaa..

Here's the links :

Ucapan hari lahir untuk adik tersayang, jadi wanita sempurna ya. amin.






Love,
Nursaila Norman!

Thursday, September 5, 2013

DIY : Baju Kerja menjadi Baju Baru

Assalamualaikum.






Alhamdulillah, tak sangka dapat siapkan jugak malam tadi sepenuhnya baju ni. Tapi memang kesian la dekat Suami, tengok tv sorang-sorang sebab isteri dia tak layan dia tengok tv sama-sama. Hehehehe.

Sekejap je siapkan baju ni sebab tak letak detailing banyak sangat, letak sikit-sikit je. Insyaallah kalau aku pakai Ahad ni, maknanya minggu depan aku tunjuk full ya :)




























Letak 3D flowers dengan manik pearls sikit-sikit je. Ingat nak meng'heavy'kan baju ni tapi entah.. Kenapa macam taknak pulak. Apakah? Malu lah kot rasanya nak pakai detailig heavy2. Huhuhuhu! Cukup lah ni kan? Yang atas ni picha bahagian hujung lengan. Bahagian tengah.



bahagian tengah lengan. faham kot kan?




close up



shawl tak ketinggalan
sebab malas nak cari shawl di kedai, takut tak jumpa warna yang sama
so beli kain dan diy :)


Semakin addicted! Nak mencari kain kosong di Jalan TAR. Nak buat sesuatu lagi, lagi dan lagi. ihehehehe.. Over kannnn.. Sementara masih menunggu masa yang sesuai untuk ada baby selepas keguguran haritu, ini lah aktiviti mengisi masa terluang. ihiks! sekarang dalam proses membersihkan rahim, lepas tu hello baby, yayy!






Love,
Nursaila Norman!


Wednesday, September 4, 2013

Current Project & Teaser

Assalamualaikum.


Okie Okie! Masih ber'diy' cuma taklah se'grand' business women di luar sana.. Huhu. Saje suka-suka dan mencuba :) Tempahan still on, collection bulan September ni seperti yang dijanjikan. Tunggu dateline kita jumpa yer :)

Okie! Yang ini bukan current project, ini project yang dah siap tapi at first tak suka. Tapi, bila dah pakai kali kedua eh! suka pulak. Ngokngok je aku ni.. Haha. Pastu baru teringat tak share lagi dekat u olls :P Yang ini macam biasa, dah banyak terjual di luar sana, dah ramai yang pakai.. Tapi aku saje nak buat sendiri nak tengok menjadi ke tidak. Hehehe. So alhamdulillah.. Best jugak wink! wink!

Model : Diri sendiri
Photographer : Suami sendiri
Camera : Henfon sendiri cap SonyEricsson
*hikhikhikhik*






Double layer hitam dengan warna coffee latte hewhewhew! Style shawl? Ikut suka.. Saje kelepet kan bahagian atas kepala supaya nampak layer dalam (warna hitam) hikhik.

Amacam? Boleh tak? lalalalalalala..

Okie, yang ini baru betul current project. Project yang tergendala.. Start buat masa bulan puasa, sampai sekarang dok pending lagi.. Maybe nak pakai ahad ni untuk raya family Ibu, so kena lah chaiyokchaiyokk!


Nampak tak shawl yang aku attach bersama dengan baju? Itu lebihan shawl double layer di sana tuuu. hikhik! Tak jumpa la warna yang sama dengan lace, nak warna gold, yang ada cuma warna coffee latte tu je. Boleh lah kot.. Nak bagi nampak sama, taknak lari sangat.. Letak lace yang sama macam dekat baju.

Settle!

Dah siap sepenuhnya nanti aku tunjuk ya :)





Love,
Nursaila Norman!

Monday, September 2, 2013

When It Comes To Controversy Padahal Tak Pun...

Assalamualaikum.















Firstly, aku minta maaf siap-siap kalau entry ni agak keterlaluan atau sensitif bagi sesetengah orang. For real, aku tak berniat untuk menyinggung perasaan sesiapa. Tidak sama sekali. Cuma takut kalau-kalau ada yang terkecil hati. Anggap sajalah sebagai knowledge dan pelajaran baru supaya menghormati keadaan orang lain.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Hal ni takde apa pun, tapi jadi ada apa-apa bila orang luar masuk campur. Perlu ke? Bagi pendapat aku yang kerdil dan marhaen ni, orang luar yang masuk campur tu dikategorikan sebagai 'cemburu'. Boleh jadi pencemburu tak sebagai subjektif? Oh, mengamuk cikgu BM.

Sebelum tu bagi aku remind semua sekali.. Hari ni end of August. August 2013. Bukan August 1983. Got it? Okay. Faham ya.. Dengan itu apa yang problemo sangat kalau gaji isteri lagi besar dari gaji suami? Bagi aku lah kan, orang bodoh je yang akan jadikan benda ni isu besar. Ya. Kasar bunyinya. Tapi lagi kasar kalau orang luar masuk campur hal ini. Kan?

Rezeki Allah yang tentukan, kita cuma berusaha.

2013 : Berapa ramai isteri yang bekerja? Majoritinya bekerja kan.. Sebab apa? Ada banyak sebab sebenarnya.. Cost of living paling utama. Isteri yang bekerja sebenarnya semata-mata nak bantu Suami. Walaupun gaji isteri sikitttt sangat.. Janji dapat bantu suami seratus dua pun dah rasa nikmat bahagia sangat, kan? Itu lah niat isteri-isteri yang bekerja. Mulia sungguh. Kalau diikutkan, isteri yang bekerja ni working hours dia 18 jam okay. Bukan 9am to 5pm. Tapi 6am to 12am.

Kalau gaji suami aku besar gila-gila pun aku tetap nak kerja. Bukan takde qualification, mak bapak hantar belajar taknak aku duduk rumah. Masa nak resign tempat lama, Suami siap nak cari keja lain yang boleh bagi aku duduk rumah je, tak payah cari keja lain. Taknak aku. Gigih aku cari keja lain. Walaupun tak la setaraf qualification, i don't care! Janji kerja. Duduk rumah is so, so, sooooo not me.

Aku serius tak faham dengan manusia yang masuk campur hal urusan rumah tangga orang lain ni. Jaga jelah rumah tangga sendiri, tak payah nak jadi konsultan tak berbayar.

Aku cuba bersikap jujur di sini, aku salah seorang isteri yang dikategorikan dalam isu ni. Aku malu nak bercakap benar. Aku taknak orang salah faham, taknak orang salah anggap, taknak orang jugde Suami aku. Tapi hakikatnya itu lah.. Tapi kami happy. Super duper happy. It's not a big issue in our marriage. Sebab duit bukan main point aku. Aku boleh dapat duit banyak mana yang aku nak.. Tapi cinta kasih sayang cuma dia je boleh bagi. Dia je. Cuma dia. Apa lagi aku nak? Aku cuma nak dimanja lebih dari mana-mana anak puteri raja. Aku dapat. So i don't care about money. Nope.

Sebelum kawen gaji aku 2x ganda dari bakal suami. Memang dia agak tertekan, rasa rendah diri, tapi aku taknak duit, taknak kehebatan pangkat dia. Aku nak dia cinta aku sampai mati. Sampai syurga. Sampai bila-bila-bila-bila. Aku bukan perempuan jenis macam tu. Cari lelaki berduit semata-mata nak hidup senang. Taknak susah. Aku anak orang susah, aku biasa susah. Aku biasa cari duit sendiri. Aku enjoy macam tu.

Sebelum kawen dia takut, risau.. Takut tak mampu nak mewahkan aku. Tak mampu bahagiakan aku. Takut apa kata family aku, family Ibu Ayah aku. Duit bukan segala-galanya, tapi segala-galanya memerlukan duit. Tapi Allah dah janji, akan ada rezeki selepas kawen. Malah berganda-ganda. Kenapa mesti berpegang dengan kata-kata manusia? Kenapa kita ragu-ragu dengan janji Allah? Kenapa?

Dan sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji-janjiNya. Sekarang ni gaji Suami dah naik, nak sama macam aku. Suami mesti lah happy, tapi aku tak pernah rasa berubah apa-apa pun.. Bagi aku sama je. Kami tetap happy macam dulu. Dia jelah happy sorang-sorang, aku bukan la tak happy, macam yang aku cakap, bukan itu yang aku nak, so aku taklah se'excited' Suami. I just happy when he is happy.

Just to share, kalau kes-kes contingency, aku akan advance duit aku dulu. Kebiasaannya, pasal motor kesayangan dia tu lah. Macam biasa lah, kalau saiz besar, spare part pun besar lah jugak bajetnya. Tak salah kot aku advance dulu.. Kang dapat gaji dia bayar balik. Ada beza ke? Tak pun. Sebab aku memang suka riding. Itu kan namanya tolong menolong suami isteri. Isteri menyenangkan suami, suami mendamaikan isteri.

Kan?

Tapi itu lah.. Kalau dah ada yang apply kerja sebagai 'Penyibuk', itu jelah keja dia.

Ada ke patut Suami dapat tau 'orang' mempertikaikan aku banyak tolong kewangan Suami. Ada ke patut? Haihhhh.. Suami dapat tau tu memang kecewa la kan. Sampai macam tu sekali 'orang' nak berdengki. Nauzubillahiminzalik. Lepas-lepas tu Suami cerita dekat aku pulak. Rupanya Suami amek masa untuk bagitahu aku, dia takut aku marah kot.. Tapi aku gelak je. Kalau takat 'orang' tu.. Cacing je kot.

Bagi aku orang macam ni retarded. Serius retarded. Otak rosak sepenuhnya barangkali. Aku tak berpura-pura.. Memang hakikatnya aku bantu ekonomi Suami. Sebab dia Suami aku. Aku bantu ekonomi dia, dia bagi aku syurga. Tak mahu? Masyaallah. Manusia, manusia. Mana pergi akal kamu? Nauzubillah. Sampai sekarang aku terkesan dengan sesuatu.. Terkesan dengan sifat manusia. Sifat dengki yang takkan pernah padam. Kenapa lah begitu menyibuk? Kenapa lah begitu dengki?

Tapi hati aku dah kental. Banyak kali 'orang' tu menggangu menyibuk hal kami laki bini. Dah immune. Takpe lah.. Orang nak menyibuk ke, nak menggelabah ke biar jelah. Ada lah tu yang kurang. Kurang kasih sayang mungkin, kurang duit mungkin, kurang bahagia mungkin, kurang berkat mungkin jugak. Hmmmm...

Suami, saya tahu awak baca entry saya setiap hari.. Entry ni saya tulis sebab saya dah puas bersabar. Bersabar dengan kerenah manusia tak sekolah. Memang awak tak kayo boleh bagi saya condominium, superbike, kereta dua pintu, makan restoren 5 bintang setiap hari.. Tapi awak suka manjakan saya sampai awak pernah cakap saya dah spoil dah sebab awak gila-gila manjakan saya.

Kalau ikutkan status Eh! kat atas tu, tak jadi masalah pun kat kami.. Sebab dah lama dah 'orang' tu bagi masalah. Kami memang kuat dan takkan dengar apa orang luar cakap. Malah, life kami much better dari hidup atas kesenangan orang semata-mata, telan segala benda selagi boleh telan sampai kenyang, tamak semua sampai lupa si syurga menitis air mata mengenangkan anak-anak dia jadi macam tu, belagak macam hebat sangat padahal ZERO NOTHING, bodoh pun bertingkat-tingkat, Elok lah sangat.

Memang bagai pinang di belah dua! Memang padan.





Love,
Nursaila Norman!