CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 25, 2013

Saya Budak Baru Dapat CPUV hiks!

Assalamualaikum.



Aku mula berblog pada Disember 2010. Wah!! Hampir 3 tahun rupanya! Wahh lagi. Hampeh tak? Time menaip ni baru aku tersedar nak dekat 3 tahun rupanyaaaa.. hikhikhik.

Macam-macam aku belajar dari dunia blogging ni. Tapi benda paling best aku dapat raaaammaaaaiiiii kawan. Walaupun secara alam maya. Tapi ada jugak yang continue dekat FB dan Fon :)

Bercakap pasal Nuffnang ni, walaupun aku dah 3 tahun berblog, tapi baru bulan Julai 2013 aku subscribe. Boleh takkk? Aku dah pernah subscribe tahun bila ntah 2012 kalau tak salah. Tapi aku tak amek serius. Aku tak complete kan instruction. Separuh jalan je aku buat. Huhuhuhu. Apahal ntah. Pemalas ke atau lupa nak sambung. Entah, aku pun tak pasti. Hehe!

Kebetulan masa bulan Julai baru-baru ni aku godek-godek semula Nuffnang aku. Masa tu aku asyik baca je entry blogger-blogger, diorang update CPUV diorang. Syokkkkk je tengok diorang dapat CPUV. Lepas tu dapat rezeki sikit-sikit. Kita tengokkkkk jela. Wuwuwuuu! sobs. Start dari situ la aku start buat secara serius dan fokus. Yela, sebelum tu aku buat ala kadar. Tak fokus. Ada la beberapa benda aku terlepas pandang. Padan muka.

Yang kelakarnya aku tinggalkan komen aku kat entry-entry diorang, bagi tahu taktau macam mana nak hidupkan Nuffnang akuuuu huhuhu! Macam loser gila g komen macam tu kan? Haha! Mesti owner blog tu annoying je dengan aku. hiks!

Bila betul-betul ada masa, betul-betul boleh fokus, aku pun berjaya lah hidupkan Nuffnang. Itu pun kali kedua kot aku cuba.. Apasal lah lembab sangat otak aku time tu ntah. Huhuhuhuhuhu...




























So far alhamdulillahhhh.. Dari Julai haritu sampai Oktober, rezeki Nuffnang aku agak memberangsangkan.

Eh, cop!! Jangan salah anggap pulak taw,taw! Bukan nak show off. Earning masih sikit, jangan salah anggap tau. Huhuhu! Walaupun masih sikit, tapi kenaikan dia sangat sangat sangattt memberangsangkan. Rasa teruja teruja teruja. Teruja sebab aku berjaya jugak complete kan Nuffnang aku. HIKS!

Alhamdulillah.

Terima kasih Nuffnang, terima kasih viewers! Terima kasih!






Love,
Nursaila Norman!


Wednesday, October 23, 2013

So-Called Compartment

Assalamualaikum.


Hello darls!

Lama pulak tak update pasal 'rumah kita'. Aktiviti menghias rumah kita banyak tergendala sebab Suami nak beli rumah. Tapi susah nak dapat rumah yang mampu milik. Rumah yang dulu masa tahun 2008 macam tu dah jadi rm300++ ribu. Almost rm400ribu. Cunnnnnn :) 

Okay taknak cerita pasal harga rumah. Sakit hati berdarah-darah ni. Haha!

Sejak Suami decide nak beli rumah (padahal masa tu aku bapak excited plan macam-macam untuk 'rumah kita') aku pun hold la beberapa benda. Termasuk lah membeli rak kasut. T_____T' Kesian kasut-kasut aku, tak berumah.

Bila Suami dah letih cari rumah, aku pun start balik mengemas rumah sewa kami itewwww.

Last week Suami demam, Suami tidurrrrr je. Takde orang kacau. Takde orang buat aku marah. Wuwuwuu! Aku pun mengemas lah bilik belakang (bilik pakaian). Ingat tak dulu aku pernah cakap nak jadikan bilik kedua tu bilik pakaian sahaja? Takde sape nak ingat lah. Huhu! So far, bilik tu kekal sebagai bilik pakaian. Dan bilik Ibu kucing bersama anak-anaknya yang baruuuu bukak mata. Hahaha! Sharing is caring. Ok tak Ok tak Ok tak? hikhikhik.

Almari baju aku tu memang style lapanggggg tanpa laci waima compartment. Ada tingkat-tingkat je. Botingkek-tingkek. Tak syiokkk nak masukkan pakaian. Alasan! So aku pun kemas la tudung-tudung yang belambak. Ya, belambak. Tapi yang aku pakai sehelai dua je. Boleh? Yang lain-lain tu buat semak semata. Huhuhuhu. Dari belambak tak tentu hala baik aku simpan sopan-sopan ye tak?

Idea datang bila aku ternampak kotak harta karun ada kat hall. Dari dia dok diammm je kat situ, baik dia berjasa kan? Akhirnya sekarang beliau menjadi tempat inner neck dan tudung syria. Wallla!





Situ lah tempat dia bersemayam. Motippp? See? Baju kurung semua aku hang dekat luar almari. Sebab taknak bagi kedut lepas tu senang lah aku nak iron. Takde la azab sangat. Aku kan paling malas menggosok baju. T____T Sekarang ni kalau nak pakai tudung syria ambil je dari kotak tu, lepas tu pakai! Tudung syria kan tak berkedut. Lipat-lipat pun takpe :)


Yang ini pulak hook aku dah lama nak, akhirnya terjumpa kat Daiso. Malas cakap pasal Daiso. Sebab semuaaaaa dalam tu semuaaaaaaa aku nakkkkk. Urghhhh! Dulu Daiso JJ Seri Kembangan jadi mangsa, aku suka kotak. Macam-macam kotak aku beli. Sekarang dah tak keja Putrajaya, takyah gaduhhh.. Daiso The Curve dengan JJ AU2 Keramat kan adaaa :) OkayOkay, hook ni sangat berguna sebab dia diletakkan di belakang pintu. Takde siapa tahuuuu.. Takde siapa tahu apa rahsia di sebalik pintu. Wink! Wink!

Ini lah rahsia di sebalik pintu. Boleh? Dalam pada masa yang sama boleh sembunyikan tudung-tudung dari pandangan. Takde la rasa macam semakkk je. So, hook ni aku guna untuk gantung tudung2 bawal. Kena buat style macam ni supaya senang sikit nak iron. Cara simpan pun senang je, takyah lipat-lipat. Ikat je. hiks! Ni edisi pemalas okeh. Jangan tanya lagi. Style ikat dekat hanger ni aku buat sebab dulu masa zaman U kitorang buat macam ni la. Senang nak pakai semula lepas tu, takde keja aku nak iron tudung sepuloh kali sehari. Tak kuasa. So far, hook ni berjasa untuk tudung bawal sahaja.

Untuk shawl pulak? Wahhh, macam banyak je tudung kau kannn.. Niat sebenarnya nak buat macam S I N I, ingatkan? dulu aku pernah diy kotak kasut? Tapi! Disebabkan masa terhad, tudung-tudung dah laaaamaaaa tak berumah. Takyah lah diy dulu, simpan dulu. Yang penting kemas. Ada masa esok-esok kita diy ya!




No.1 - Tudung Pashmina
No.2 - Masuk dalam kotak
No.3 - Tadaaa! Siap.

Sedih tak? Haha.. Tak sempat nak diy, nampak tak sedih tahap maksimum? Kotak kasut je u olls! Takpe. Janji bilik aku kemas. Weykkkk. Kotak kasut Vincci aku dah habis aku diy dan guna. Tinggal ni satu je kotak kasut Vincci. Kenapa aku suka kotak kasut Vincci? Sebab dia besar, keras, putih suci murni. Boleh? Hehehehe. So bila ada satu je, padahal shawl banyak lagi.. Nak taknak terpaksa la guna kotak kasut yang lain. sobs! Nanti mummy balut yer shayang.





Haaaa.. Kotak yang hitam ni aku ambil dari kedai kasut. Kalau terdesak tak sempat nak custom made kotak untuk Pearl hb, aku akan ambil kotak kasut dari kedai. Memang baru, elok tak rosak. Selalunya customer taknak kotak. Nak kasut je. Disebabkan tak banyak tempahan, ada la lebihan kotak kasut kat rumah. Niat nak balut la kan, supaya takde orang tau itu kotak kasut. So nanti-nanti lah ye. Yang penting rename. Supaya masa mencari takde la gigih bukak semua kotak. Kan?

Eh, kotak untuk printed shawl tu aku terajin pulak menampal lace. Haha! Mengarut betul!

Siapa kata kotak tak boleh jadi compartment? Siapa kata kita tak boleh kemas bilik walaupun kekurangan bahan? Boleh punya.. Yang penting bilik kemassss. Nanti dah balut, berganda-ganda la nampak elok kan? Tak payah pening kepala nak beli compartment. Guna je apa yang ada dulu. Esok ada kesempatan nak membeli, kita restructure la. Bukan susah pun. Hehehehehe.

Girls, mummies, nah sedikit perkongsian dari Nursaila Norman, harap dapat membantu :)






Love,
Nursaila Norman!


Wordless Wednesday : Tea / Teh

Assalamualaikum.




Siapa peminat teh? Minum waktu petang. Ya Allah, heaven nyaaaaa! Aku memang peminat teh. Suami tak sangat. So ada macam-macam teh kat rumah aku. hiks! 












Korang suka teh tak?





Love,
Nursaila Norman!


Tuesday, October 22, 2013

Mamak Roti

Assalamualaikum.


Tiba-tiba tajuk cerita kita 'mamak roti'...... Apa kes? 

Al-kisahnya sejak-sejak kebelakangan ni Suami rajin beli roti kat mamak roti. Kebetulan masa Suami polish kereta depan rumah, datang la mamak roti dengan bunyi hon dia tu.. Sejak itu Suami sukaaaa sangat beli. Sampai satu tahap dia taknak beli roti kat kedai okehhh.. Nak mamak roti jugak. Motippp?

Korang mesti ada kenangan dengan mamak roti kan? Ada jugak orang panggil bhai roti. Ada yang panggil baba roti. Korang panggil apa?

Kenangan aku mesti la zaman kecik-kecik dulu. Masa tu lorong taman rumah aku tu penuhhhh dengan budak2 baya-baya aku. Korang bayangkan lah macam mana mamak roti tu kena kerumun. Huhuhu! Kalut okeh. 'mamak!' 'mamak!!'. Lorong rumah aku tu ada la dalam 150 meter panjang.. Ada la dalam 4, 5  kali mamak tu kena berhenti melayan budak-budak kat situ. Benda first yang aku dengan budak-budak lain suka buat mesti la usik hon mamak tu. Hehehehe! Tolong bunyikan. Tolong panggil lebih ramai orang. hikhik! Mamak tu cool je, relaxxxx je.. 'mau apa?' 'mau apa?'. Selalunya kitorang budak-budak akan kejar mamak tu kalau tak perasan mamak roti dah sampai. Huhuhu! Takde la kejar macam kejar ayam. Lari-lari anak je sebab mamak roti tu pun bawak slow je motor dia tu kan.. Best giler time tu.. Malam-malam keluar tunggu mamak roti, beli ramai-ramai, pastu main hon, pastu dapat keropok/jajan/cikedis. Hewhewhew!

Malam tadi Suami nak roti, dia cakap dia nak beli roti kat mamak roti jugak. Taknak beli kat kedai. Boleh? Lepas tu kitorang pun tunggu la depan rumah.. Suami siap tanya kat budak-budak yang main-main kat situ 'mamak roti dah lalu ke belum?' pastu budak-budak tu cakap la belum. Kitorang pun confident la mamak tu lalu kejap lagi. Sementara tunggu mamak roti datang kitorang laki bini berdating la depan rumah. Sempat la bercerita macam-macam. Hehehe! Last-last Suami rasa mamak roti cuti kot malam tadi. Suami pun ajak la beli roti kat kedai 24jam je. Huhuhu. Sedih sikit la time tu sebab dia tak dapat mamak roti. 

On the way nak ke kedai 24jam, Suami usha-usha gak kot-kot ternampak mamak roti dia tu. Tapi takde. So kitorang pun straight la ke kedai 24jam. Tapi nak dekat-dekat sampai tu tiba-tiba Suami ternampak motor mamak roti tengah berhenti kat seberang jalan. Tengah layan orang beli roti dia. Suami pun apa lagi.. 'haaa, tu mamak roti! kita pusing kita pusing'. Gila kau macam tak pernah makan roti. Hahaha. Aku pun apa lagi tambah penyedap la.. 'kita kejarrrr'. Macam bongok la jugak kitorang laki bini nak dapatkan mamak roti. Hahahaha. Dah buat U-turn tak jumpa pulakkk mamak tu.. Dah kemana? Rupanya dah bergerak ke dapan sikit. Aiyooo.. Time ni memang macam kalut gila.. Haha. Nampak je mamak roti tengah hon-hon panggil orang kitorang terus stop betul-betul sebelah mamak roti tu. Nasib baik naik motor, boleh la block mamak roti tu. Haha!! Korang cuba bayangkan kitorang naik motor pastu nampak mamak roti pastu kalut-kalut kejar. kehkehkehkehkeh.

Turun-turun je motor tak bukak helmet okeh.. Terus pilih roti laki bini ni. Hadoiii lawak betul bila diingat-ingat balik. Huhuhuhu! Settle dapat roti yang Suami suka kitorang pun balik la dengan senang hati. Lalalalalalalalalala.

Sampai-sampai rumah aku pun buat air panas, pastu kitorang cicah roti sambil layan Do Re Mi. Kira supper la tu. hikhik! Korang? Kejar mamak roti macam kitorang tak?

kahkahkah!




Love,
Nursaila Norman!


Wednesday, October 16, 2013

Dah Lama Tak Macam Nie!

Assalamualaikum.


Kali ni nak ubah cerita.. Kita off kejap pasal diy, pasal wedding thingy, pasal pearl hb blablabla.. Dah lama tak rasa muda dekat blog sendiri. hiks! Dulu sebelum kawen rajin giler meng'update' hal-hal peribadi kat sini kannn.. Sekarang ni dah ramai yang baca (ramaiii keeeee?) blog aku ni, macam malu-malu kucing lak nak share. Huhuhu. Tapi kali ni nak share jugak.. hiks!

Lompat lompat!

Excited sebab first time sampai di Sepang. Muahahaha! Yelah, event ni hari ahad, dulu sebelum kawen aku tak dating dengan En Gaban awal pagi ahad. Sebab ahad pagi waktu aku breakfast dengan family. So aku takkan keluar dating waktu pagi. sobs! Eh, aku ada time nak keluar dating okeh. LOL!

Hampir setahun baru Suami dapat bawak aku ke sana, having fun, hot, tired. Seronok sangat! Setiap tahun dia nak bawak aku ke sana. Tapi belum rezeki lagi. Akhirnya.. weeeee!

Dah lama tak bermotosikal, baru tahu apa itu rasa tua. Hahaha!
































Masa sampai-sampai ni kitorang dah salah gate. Sepatutnya main entrance, entah macam mana boleh salah. Suami cakap dah bertahun-tahun tak datang. Dulu event ni tak segah harini. Salute Malaysia. Masa ni la ternampak Nad. Kelakar time ni, kitorang dah naik sampai atas, tapi sebab salah gate kitorang patah balik, masa ni nampak Nad baru sampai dengan bf dia Wan. Aku tak confident sangat Nad ke bukan, tapi bila nampak Wan rasa macam konfem lak. Tapi masa tu Nad dah jauh jauh jauh. Nak panggil tak la kann.. i olls maluuu. Hehe! Tertoleh toleh kot tengok Nad. Suami dah konfius ni macam mana nak pergi main entrance. Haha.

Nasib baik ramai staff yang involve sampaikan takkan ada sorang yang sesat sebab information sangat lengkap. Ramai staff standby untuk bantu pengunjung. Sampai lah kami disuruh naik bus kalau nak tawaf Sepang Circuit.Wuwuwuuu! Suami tak pernah naik bus yerrr.. Tak macam aku, public transport di KL small matter jeww. hiks.


Kami dalam bus, yayy! Seronok tengok Suami first time naik bus. Hehehehehehehehe. Sukew nyew diew. Park je dekat mana-mana yang kita suka lepas tu get a bus. Tak payah jalan kaki sampai lenjun ketiak okey!


Itu motorsikal yang di'park' di main entrance. No wonder tempat kami park tak penuh sangat. And no wonder kami perlu naik bus. Haha.




Ini favorite, sehari sebelum pergi Suami demam teruk. Dalam hati nak cakap dekat Suami 'tolong bawa saya ke booth MV Agusta' tapi tak sampai hati. Tengok keadaan Suami yang demam teruk, tak sampai hati pulak nak buat dia susah hati. Ya dia susah hati sebab dia demam, so dia risauuu tak dapat bawak aku ke Sepang. sobs. Tapi dapat jugak tengok MV Agusta depan mata. Huhuhu. Suami gigih sihatkan badan. Padahal masih demam. Shian ayang :(

I just loooveee the crowd! Tahun depan tak sampai punya lah. Kalau ada perut larat ke nak menapak? Hellooo.. hikhikhik. 

Last but not least, permintaan Suami.. Mungkin dia rasa dia akan sembuh selepas bergambar dengan gadis litar, mungkin?


Tidak sama sekali. Balik terus demam panas. Lepas maghrib terus pergi HKL. shiannnnn dia.. hiks! 

*baru update harini,pending dalam draft sebab kelam kabut nak raya haha!







Love,
Nursaila Norman!


Friday, October 11, 2013

Stop

Assalamualaikum.



Maaf lah kalau entry-entry aku sejak kebelakangan ni asyik complain pasal masalah orang lain je. Huhuhuhu! Macam aku ada masalah mental ye tak? Wuwuwuuuu!

Aku amek tindakan untuk delete entry pasal adik kita yang baru nak berjinak-jinak berniaga tapi guna gambar ehsan dari google tu. Kesian dia. Orang baru nak buat duit sampingan. Tak baik pulak aku bercerita dekat sini. Kepada yang bagi kata-kata semangat.. Taktau nak cakap apa, aku tak pernah ada kawan sebaik korang dalam alam maya ni. sobs! Tapi niat asal aku bukan nak malukan adik tu tau, aku sangat-sangat-sangat risau kalau orang lain (b2b) kena tipu. Aku pernah jadi b2b. Walaupun aku bukan lah kategori bridezilla tapi aku faham perasaan b2b nak cantik nak sempurna, tapi still under budget. Kalau kaya, ayah aku Dato' Seri takde aku herannya nak search kat google kat mudah kat fb cari barang-barang kawen. Hentam je kat wedding planner. Tau-tau catwalk je. Huhuhuhuhu.

Sebab tu lah aku asyik membayangkan macam mana perasaan b2b bila dapat hasil tak seperti yang diharapkan. Duit dah bayar, kalau jadi apa-apa pun duit burn. Benda kat tangan tak serupa macam dalam gambar. Apa korang rasa? Nak lempar ke dinding? Nak simpan bawah katil? Haihhh..

Macam apa yang aku buat takpe lah, bukan cantik mana. Bodoh bodoh je. Cuba macam Fabric hb yang Intan Norazam buat tu? Boleh ke sama sebijik sebijon macam Intan buat? Jawablah sendiri.

Perkara dah jadi kan.. Nak bising-bising pun karang pandai pulak cakap 'kenapa tak letak watermark?'. Paling sedap didengar bila tukang mengambil hak milik orang lain cakap 'ambil dari google, sape-sape boleh ambil, benda tak boleh control'. Nak tergelak pun malas. Tapi memang kelakar lah kan! Haihh, tak malu sungguh. Kawan-kawan advise supaya aku watermark besar-besar lepas ni.. Tengok lah, rasa nak stop ambil tempahan. Malas dah nak terhegeh-hegeh memikir mampu ke aku buat ni, suka ke customer nanti.. Nak stop rasanya. Malas dah. 

Ramai yang boleh buat, ramai yang nak berniaga.. Tempah lah kat diorang. Diorang yang copy dari google lepas tu gain duit buat makan kenyangkan perut. Aku bukan berniaga, aku buat suka-suka. Ada orang order aku ambil, kalau takde aku tak promote 'mari-mari order untuk majlis anda!' 'promo! cepat tempah!'. Maaf lah, bunyi macam kasar.. Tapi hakikat. Kita-kita yang betul-betul berniaga hasil tangan sendiri faham kan? Tak terhegeh-hegeh cari customer kan? Kita cool je kan? Huhu!

Lepas ni apa yang aku buat cuma untuk kegunaan sendiri je. Hal-hal kawen ni sila cari peniaga-peniaga yang berkenaan eh. Nak stop.

Macam Syamsul Yusof lak tetiba. Erk!

I repeat again, tolong lah kepada yang baru nak berjinak-jinak berniaga, kepada yang buat duit sampingan, kepada yang rasa dengan meniaga barang-barang kawen ni boleh buat jadi kaya raya, silakan.. Melayu jauh ketinggalan dalam dunia business ni. Melayu kena support Melayu. Kalau bukan kita-kita yang Melayu ni nak support, siapa lagi? Tapi tolonglah.. Kamu yang peniaga Melayu ni jangan lah buat tahi. Bila Melayu sendiri tak percaya dengan peniaga Melayu, janganlah tanya kenapa. 

Sedih lah. Susah sangat ke nak jujur? Susah sangat ke nak rajin? Usaha lah sikit kalau nak berniaga. Bukan ambil hak orang lain sambil goyang-goyang kaki ambil tempahan. Senangnya? Agak-agak peniaga macam ni boleh pergi jauh ke? Boleh kot.. Kita doakan jelah yang baik-baik untuk mereka ye.

Aku? Malas dah nak ambil tahu. Baik aku buang masa dengan Suami dari bersengkang mata buat tempahan last-last orang lain ambil dengan alasan google yang punya. Good job!


























Flew to customer already, harap customer suka, amin. Dalam kata nak stop ada jugak tempahan. Huhuhu! Tak sampai hati tolak rezeki. Tak sampai hati tolak permintaan orang. Huhuhuhu. 

Hah, sape nak copy picture ni? Pastu buat berniaga? Nah, ambil. Tu watermark tu crop je. Pastu cakap la ambil dari google. Tak dosa pun. Tapi ingatlah, ia jadi dosa bila kamu menipu customer.

*tabik*






Love,
Nursaila Norman!


Tuesday, October 8, 2013

Bila Hasil Kerja Tangan Anda Dijadikan Sumber Perniagaan Orang Lain :(

Assalamualaikum.


Pertama sekali saya minta maaf kalau menyinggung mana-mana hati, tapi saya perlu bersuara jugak memandangkan isu ini isu lama tetapi masih wujud. Huhuhuhuhuhuhu!

Awal petang tadi, aku terrrnampak satu FB ni, disebabkan aku ada masa untuk menggodek godek, aku pun saje lah cuci-cuci mata.. Cuci punya cuci, tiba-tiba muka aku jadi sejuk giler macam orang takut. Pearl hb majlis resepsi aku ada dalam FB tu! Huhuhuhu.. Lama aku tengok, berdebar-debar jantung aku.. Betul ke aku punya? Aku bukak blog, nak double confirm.. Sah! Aku punya. Huhuhuhu! Masa kan aku silap, kerusi dalam pic tu kerusi rumah Ibu. Wuwuuwuuuuu!

Siasat punya siasat, rupanya bukan sekeping pic Pearl hb aku dia amek, ada lagi sekeping dia copy jugak. Lepas tu terjumpa lagi veil yang aku jahit untuk customers. Sedihnya.. Mentang-mentang aku bukanlah super rajin nak buat watermark di setiap gambar. Kalau ada masa aku buat, kalau tak sempat aku upload je togel-togel. Kalau yang ada watermark memang aku letak hujung-hujung, konon taknak ganggu gambar. Ye, memang aku tak suka buat watermark dekat tengah-tengah gambar. Rasa semak. Tapi akhirnya  jadi macam ni.. Aku tak lah kedekut, setakat copy gambar tanpa kebenaran ambil lah.. Pusing-pusing orang jumpa jugak.. Tapi tak malu ke ambil gambar orang lain pastu gain money from that?

Oh, aku terperasan, katanya gambar-gambar dalam FB tu dia memang ambil dari google dan blog.

Okay lah part yang itu, tapi rasanya berapa ramai yang akan baca statement tu? Ada dekat 'About' FB tu. Kebiasaannya aku tak baca pun, sebab bagi aku semua orang jujur berniaga. Huhuhuhu! Tapi bila dah jadi macam ni, macam-macam la aku godek. Tu yang terjumpa statement dia tu.

Tapi bagi aku, kalau dia nak copy dari google dan blog, dia wajib credit kan pic tu kepada owner. Macam yang kita selalu buat dekat blog.. Copy pic pastu credit kepada blogger berkenaan. Tapi ini tak, copy pic Pearl hb tu satu hal takpe lah, dia crop watermark aku, takpe lagi. Dia watermark dengan brand dia tu yang tak tahan tu! Tengah-tengah pic dia watermark. Sedihnyaaaaa lah :(

Bila dah jumpa hak milik aku dalam FB tu, aku pun pm beliau... Tapi sampai sekarang dia tak reply :(







Nampak tak mana satu Pearl hb aku? Huhuhu.. Dan pastinya korang akan nampak Fabric hb Intan Norazam kan? Haihhh.. Banyak lagi sebenarnya. Actually tak salah sebenarnya ( ye kot) nak amek pic aku, tapi jangan lah macam ni.. Huhuhuhu.. Ni dah lain dah ni.. Hmmmm..



See? Kalau nak tipu Pearl hb tu dia yang punya, tapi kerusi tu kerusi rumah Ibu. Macam mana tuuu? Huhuhuhuhu.. Nampak tak watermark tu? Maaf lah, saya tak berniat untuk memalukan sesiapa, nak menutup periuk nasi sesiapa. Maaf, maaf, maaf. Tapi saya berhak menegur memandangkan hasil kerja saya, susah payah saya try and error, orang taknak tempah nak jimat duit (mesti lah kan? duit susah nak dapat sekarang), saya buatkan tutorial. Alih-alih orang lain selamber badak-badak je copy, watermark pastu jana duit.

Niat aku supaya bride to be berhati-hati lepas ni. Jangan sampai ter'order' dekat orang yang tak pernah buat, tapi ambil order. Macam mana tu? No wonder lah dulu, ramai sangat customers marah-marah, cakap hasil tak sama macam dalam gambar. Rupanya ini lah dia :(

good luck yaww!





Love,
Nursaila Norman!