CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 19, 2012

Hadiah Kawen Yang Terawal. Yayyyy!!

Hai!


Assalamualaikum.


Kerja banyak tapi still minum sambil menaip entry. Kuangjaq! Takpe, nanti buat kerja laju-laju sebelum lunch. Saya janji En Boss!

Senyum sampai ke telinga semalam. Hahaha. Over kan? Sebab?
Hehehehehehehe..

Semalam, sebelum lunch Romlah call aku. Dia tanya aku nak hadiah apa kawen ni. Haaaaa.. Terkejut okeh. Kena tanya ke? Gelabah aku nak cover malu-malu kucing. Hahaha. GEDIK. Mana la aku tau, malu kot nak sebut nak hadiah apa. Tak terfikir pun nak request hadiah kat orang. Huhuhu! Takde hadiah pun takpe janji doa kan kami ke syurga dah lebih dari cukup. Oh, terharu. Tetiba.

Aku pun dengan malu-malu kucing mintak penampar, aku cakap 'suka hati korang lah nak bagi hadiah apa pun. Saila taktau la nak hadiah apa, tak terfikir'. Huhuhu. Lepas tu Romlah tanya Kak Nor 'kak, Cik Saila taktau nak hadiah apa'. Cis punya Romlah.

Logiknya diorang bertanya adalah supaya hadiah yang diorang beli takde la clash dengan barang yang dah ada. Betul jugak. Diorang belikan rice cooker kang, En Gaban dah ada. Periuk belanga pun dah ada. Dapur pun dah ada. Electric Kettle pun dah ada. Dah tu? Tak payah hadiah.

Sambil cakap dengan Romlah tu aku search kat google barang elektrik. Macam bengong. Hahaha. Apa nak pun taktau. Sambil2 tu kepala aku fikir apa aku nak eh. Romlah tanya apa-apa je yang aku nak. Cis, jangan ditanya.. Apa yang paling aku nak sekarang ni ialah Garment Steam Iron!

Serius, aku rasa En Gaban dah boleh hafal dah ayat aku tiap kali aku hujahkan kenapa aku nak Garment Steam Iron. Sejak dah jatuh hati awal tahun ni, aku nekad kumpul duit 50sen untuk beli Garment Steam Iron. Okay, tak payah gelak. Memang kelakar. Bekas duit 50sen ni ada kat atas meja ofis. Satu pejabat dah tau aku nak beli Garment Steam Iron guna duit simpanan tu. Hahahaha. Gila kelakar. Sekarang baru ada Rm24. Ada sape-sape nak derma 50sen kat aku?

Junal ofis boy aku selalu tanya tiap kali dia masuk bilik aku dan belek2 bekas kaca tu 'dah berapa ratus dah ni Cik Saila?'. Perli kannn. Kuang asam.

Aku tau harga Garment Steam Iron tu almost Rm400.00. Takkan nak tekan diorang dengan harga macam tu. Kesian diorang. Gigihlah simpan duit 50sen ya Saila. sobsobsob!





i can't see this. nanti menangis malam-malam. huhuhuhuhuhu!!
okay, aku admit.. aku memang berangan gila vavi nak meng'iron' macam awek kat atas tu.


So cancel Garment Steam Iron. Mahal sangat nak belasah diorang. Tukar-tukar. Tetiba aku teringat yang aku nak sangat Juice Maker. kehkehkehkehkeh!! Kalau sendiri beli mungkin lambat la kann.. Sebab bukan benda penting/bukan benda utama dekat dapur. So kebetulan dah ada orang nak hadiah kan, better pilih yang ini. Secara tak langsung dapat la benda sampingan di dapur nanti. Heeee~~

Confirm beberapa minit sebelum lunch aku sms Romlah bagitahu yang aku nak Juice Maker, pastu siap mention aku nak brand Tefal. Melampau kan? Demand gila nak Tefal. Tapi aku bgtau jugak kalau tak lepas budget brand lain pun boleh. Janji Juice Maker. Tak lama lepas tu Romlah sms 'microwave taknak?' Taknak, taknak. Aku tak suka microwave. Nak Juice Maker gak. Rupanya kalau brand Tefal tak lepas dengan budget. Kalau Cornell lepas. 

Okay! Tak kisah, janji Juice Maker. Wink! Wink!

Lepas lunch Romlah cakap kat aku hadiah yang aku nak tu diorang dah beli dah. Tapi diorang bagi lepas aku kawen. Boleh tak aku request suruh bagi sekarang, sebab nak buat juice setiap hari. Hahaha. Tak penyabar sungguh. Pastu Kak Nor marah dia cakap 'Ijab dulu baru dapat Juice Maker tu'. Cis, Kak Nor potong stim!












Agak-agak yang mana satu eh? Sabarlah wahai hati.. Hahaha. Teruk sungguh. En Gaban kalau Fresh Orange memang laju. En Gaban dah request FO tiap-tiap hari lepas kawen nanti. Dia pun over kan? Tapi kalau dapat hadiah Garment Steam Iron sure aku tak tido malam tunggu hadiah depan mata. Haha.

Lepas ni kalau ada lagi tanya aku nak hadiah apa, aku nak mintak Coffee Maker pulak. Anybody? Hahahahaha.





thanks korang!





Love,
Nursaila Norman!

Cerita Pendek Tentang Tugas Saya :)

Hai!


Assalamualaikum.


Salam Jumaat, selamat pagi semua!

Pagi ni baru dapat picha-picha masa aku bertugas dekat Parlimen 10 Oktober 2012 hari tu. Tugasan mengejut, kena gantikan officemate. Suka tau tugasan mengejut ni. Huhuhu.

Picha-picha bertugas masa Bajet 2013 hari tu tak banyak sebab tak sempat nak ber'snap-snap'. Jadual padat gila. Huhuhu. Takde la kenangan :(

Kebetulan photographer rasmi merangkap best fren snap picha, haruslah gelabah lebih kan. Hahaha! Jom tengok picha menggelabah aku. kehkehkeh.



starting : En Hairul (teman sejawat) dengan our staff Kak Nor & Romlah!



Senyum Saila, Senyum!



staff dari Bahagian Cukai. notes, notes, notes!



registered!



checking nama Dato'/Datuk ni haruslah kecoh kann.. i taktau nama,tau muka je.. huhuhu!
Registered!



Cuba teka siapakah YB tersebut. Sampaikah Romlah excited gila vavi tu.. Hahaha
Jawapan ada di bawah!



Datuk Noraini. Kenal kan? Sape orang Parit Sulong sini? 
Say hi to Datuk!


Picha tak boleh nak besarkan lagi, nanti terkeluar dari border. Huhuhu. Aku tak pernah terfikir dan terbayang yang aku akan jumpa mereka-mereka. Ingatkan kerja pejabat ialah pejabat. Duduk menaip. Hahaha. Bengongnya. Okay lah, best gila buat kerja yang aku buat ni. Aku dah cakap dah, aku tak suka buat paper work. Aku suka sosial. Maksud aku kerja berurusan dengan orang. Bukan berso-sial yang itu. Sebab tu kalau bab lawatan antarabangsa, bab usherer, bab handle program itu ini aku teruja. Bab paper work, pelan, mula lah.. Lemau. Rasa nak balik tido je. Keji kan.

Eh, jawapan kepada soalan siapakah YB tersebut.. Beliau seorang YB paling femes sebab isteri dia artis. Hehehehe. Datuk Bung Mokhtar bin Radin. 

Romlah dengan Yani memang gelabah sikit kalau Datuk Bung. Ntah apahal ntah. Yani sebab dia gilakan Shaheizy Sam. So dia excited nak tag picha Datuk Bung dekat twitter/Fb Sam. Motif??? Hadoilah! Romlah? Ntah.. Ada hati ya Rom.. Hahahahaha!!

Happy working!!




thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!





Thursday, October 18, 2012

Preparation #8

Hai!


Assalamualaikum.


Selagi Nursaila Norman tak kawen-kawen, selagi itu lah asyik cerita pasal kawen, kawen, kawen. Bila la nak normal nih. Huhuhu. 

Chop!!

Lagi 21 hari sahaja tinggal sebelum saya menjadi isteri. Ohw! Tolak hari ini dan 9 November 2012. Tinggal lah 21 hari. Kena susun jadual baik-baik ni. Taknak kelam kabut last minute. Fuhh.

Kad jemputan aku dah edar dekat Bahagian Perancangan Korporat (bahagian sendiri), Unit Komunikasi Korporat (sama-sama susah senang dengan bahagian sendiri), Unit Harta Benda, dengan Pegawai Khidmat Pelanggan. Dan yang tercicir sorang dekat Pejabat Menteri. You know who you are darling :) Semua bagi feed back 'akhirnya!!!'. Gelabah kannn.. Macam stok artis la pulak. Hahaha. Siap photographer feveret aku tiap kali buat lawatan antarabangsa cakap 'akhirnyaa setelah bertahun-tahun'. Padahal kenal tak sampai setahun, memandai je bertahun-tahun. Hahaha. Suka hati korang lah syg(s)!

Yang kelakar gila bila aku hulur kad (padahal tak sampai kat depan muka diorang pun lagi), excited diorang 'yeah,yeahhh dapat kad' Hahaha. Aku taktau la kenapa korang semua comel-comel sangat. Macam aku nak bagi gula-gula lah pulak.

Yang masih belum dapat kad, padahal aku rasa dia lah paling layak dapat paling awal, i mean orang first pegang kad aku ialah Zhul. Tapi aku still belum bagi kad dekat dia. So sorry babe. Eventho kau lambat dapat tapi you are always ini my mind bila nak tulis kad. Serius!

Kawan-kawan sekolah hingga U aku jemput tak lebih 25 orang pun. Aku terpaksa jemput yang rapat dari dulu sampai sekarang sahaja. Aku nak raikan diorang, diorang doakan aku. Yang tak berapa rapat, minta ampun banyak-banyak ya.. Tak jemput tak bermakna aku perempuan sihir kan? Ke ya?

Bloggers? Kalau ikutkan hati nak sangat jemput korang semua, tapi apa kan daya, tetamu kami sangat terhad, semua telah di kuasai oleh tetamu Ibu dan Ayah. Diorang nak kawen kan anak kan.. Let them happy. Korang tak kisah kan? Demi Allah, nak sangat korang datang since taktau bila aku rasa rapat sangat dengan korang semua :( Tapi apa-apa pun korang lah yang pertama tahu perancangan majlis aku, attire aku, hb aku, fan flower segala macam mak nenek yang aku diy sendiri sampai pedih-pedih bijik mata. Huhu. Korang lah beruntung gila! Hahahaha.






Secara official-nya kad jemputan Cik Saila dan En Gaban di share dekat sini untuk bloggers dan B2B semua. Walaupun tak dapat nak jemput korang, tapi nak share kad dengan korang dan maklumkan majlis kami pada 10.11.12 boleh kan?

Perkahwinan perlu dihebahkan supaya tak timbul fitnah kan, walaupun tak menjemput tapi harap kalian ambil maklum kami akan bernikah pada 9 November 2012. Semoga pernikahan ini akan kekal hingga ke syurga. Amin.



pssst : aku dapat berita dari FMIL, ada orang lebih-lebih tau pasal wedding aku ni. stalker blog. jadi kepochi. terima kasihlah ya sudi menyibuk dan menyampai2. tak pasal-pasal si mangkuk tu dah jadi juruhebah wedding aku. hebat tak? meluat! tak habis-habis!





thanks korang!




Love,
Nursaila Norman!

Wednesday, October 17, 2012

Senarai Lagu Untuk Majlis Resepsi

Hai!


Assalamulaikum.


Anyway sabtu dan ahad baru-baru ni aku dapat siapkan dua benda :
1. Centerpieces
2. Props

DONE! Dah simpan baik-baik tunggu nak guna je. Yayy. Semalam one more thing, Baju Nikah DONE. Lega gila-gila. Dan satu lagi perkara yang bakal DONE kalau takde penambahan ialah Senarai Lagu.

Ya, aku ada senarai lagu aku sendiri. Takde sape boleh ubah. Sebab ini memang permintaan aku, impian aku sejak awal-awal kami setuju untuk kawen. Senarai Lagu yang aku wajibkan adalah sebab aku taknak suasana dekat dewan nanti terlalu bising sampai tetamu nak bercakap pun susah. 

Ini dari pengalaman sendiri, selalunya (kiranya majoriti) lagu-lagu termasuk DJ akan membingitkan telinga tetamu (taktau la kalau ada yang okay je, tapi aku sangatlah tak okay. huhuhu!!). Nak bercakap dengan teman sebelah pun susah. Huhuhu. Ini bukan nak komplen atau apa, tapi aku memang tak suka dan tak selesa. So, untuk majlis sendiri aku dah request benda ni dekat Ayah supaya Senarai Lagu aku sediakan sendiri, dan bunyi jangan kuat-kuat. Alhamdulillah Ayah faham dan terima, Ayah terus cakap 'ya, ayah tau yang macam kat hotel tu'. Fuh! Lega. No karaoke! Majlis Resepsi saya bukan K-Box. Harap maklum. Ibu pun okay. Happy sangat sebab Ibu dengan Ayah setuju dengan impian aku.

For sure lagu-lagu yang aku pilih adalah lagu-lagu kegemaran aku. Kannn.. Diktator sangat. Ala, bukan teruk sangat permintaan aku kan.. At least aku happy bila dengar lagu kegemaran aku, dan mana tau boleh hilangkan perasaan gemuruh aku nanti. Sesambil tu humming bagi release debar-debar. Hehehe.

Memula ingatkan nak letak link terus untuk setiap lagu, tapi internet dekat pejabat tidak membenarkan aku untuk access ke YouTube. Huhuhu! Maaf sangat :(


Senarai Lagu Untuk Majlis Resepsi :

Gamelan - Perang Besar
Gamelan - Topeng
Gamelan - Kunang-Kunang Mabuk
Gamelan - Togok
Gamelan - Tongkang Masuk
Gamelan - Nongga
Instrumental - Ayam Didik
Instrumental - Joget Serampang Laut
Instrumental - Gambus Jodoh
Instrumental - Joget Si Pinang Muda
Instrumental - Selamat Datang
Instrumental - Jing Kling Nona
Instrumental - Nak Dara Rindu
Instrumental - Tari Tualang Tiga
Irama Melayu - Aladom
Irama Melayu - Canggung
Irama Melayu - Damak
Irama Melayu - Hari Ribut
Irama Melayu - Inang Kampung
Irama Melayu - Inang Rancak Bertemu
Irama Melayu - Joget Pokok Pisang
Irama Melayu - Makan Sireh
Irama Melayu - Musalmah Manis
Irama Melayu - Naam Sidi
Irama Melayu - Nasib Panjang
Irama Melayu - Patah Hati
Irama Melayu - Sekapur Sirih Seulas Pinang


Lagu tambahan :

Lagu Kahwin - Selamat Pengantin Baru
Lagu Kahwin - Bunga Rampai
Lagu Kahwin - Di Renjis-Renjis
Lagu Kahwin - Inai Di Jari
Lagu Kahwin - Joget Mak Andam
Lagu Kahwin - Joget Malam Berinai
Lagu Kahwin - Kompang Dipalu
Lagu Kahwin - Menunggu Nasi Minyak
Lagu Kahwin - Pengantin Bersanding
Maher Zain - Barakallah
Rabbani - Cari Pasangan

Kesemua muzik dan lagu di atas adalah mandatori, ia perlu dipasangkan secara slow (hampir ke sayup-sayup sahaja) dari awal hingga tamat majlis. Dengan humming lagu-lagu feveret aku ni saja mampu buat aku relax. Feveret muzik aku mestilah Aladom, Tari Tualang Tiga, Togok (ringtone hp aku okay HAHAHA), Sekapur Sirih Seulas Pinang dengan Hari Ribut.

Klasik sangat ke aku? Maybe sebab aku penari tarian tradisional dari sekolah rendah sampai lah ke U sebab tu kot jiwa aku sebati dengan muzik-muzik macam ni. Huhuhu.

Kalau ikutkan hati nak je panggil adik-adik kecik menari zapin masa majlis resepsi nanti (oh, rindu nak berzapin). Tapi taknak lah. Takpe, menari kat rumah sorang-sorang sudah ya makcik.




thanks korang!





Love,
Nursaila Norman!

Tuesday, October 16, 2012

Teaser : Baju Nikah

Hai!


Assalamualaikum.


Akhirnya secara official-nya baju nikah aku siap 100%. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Siap jugak dalam satu hari ni Tak sia-sia aku cuti sehari. Walaupun cuti sehari tapi tetap rugi kalau tak guna betul-betul. Hehehehe.

Punyalah susah nak siapkan baju nikah ni. Sebabnya aku asyik tak suka je dengan design beads aku. Tak tau la macam mana leh salah design. Memula plan nak patch lace yang sama macam veil, tapi bila tengok2 balik takde beza pulak dengan baju resepsi aku punya design. So, cancel.

Tu yang gigih bazirkan duit pergi beli Bunga Putih, sebagai pengganti lace. So banyak la lace nikah aku berlebih. Huhuhu. 

Firstly aku try and error (kan aku dah cakap, aku memang selamber badak je try and error), picha asal try and error aku ada dekat entry 'Try and Error : Bunga Putih'. See? Kan? Nasib kalau tak baik, error terus. Hehehe.

So hari ini 16 Oktober 2012, siap jugak sepenuhnya baju nikah aku. dah boleh pakai. Yayyy. Eh, salah. Tunggu En Gaban dapatkan baju nikah dan baju resepsi dia dari tok dia, baru hantar dry clean dan baru lah boleh pakaiii!

Jom, sikit teaser untuk B2B :)





Bila tengok balik, mana pergi Less is More aku tu. Haihhh.. Lain lak yang jadi. Design yang aku menyampah tu aku tak betulkan. Aku sambung terus sampai siap. So ini lah outcome-nya. Kalau ikutkan mata sendiri aku dah cukup berpuas hati. Manik pearl memang feveret aku. Aku pun tak plan nak jahit manik pearl sebanyak itu. Huhuhu. Picha dah di edit, sebab tu nampak creamy.. Saje menggatal edit. Hiks!



*yang ni picha edisi malas edit*

Part tangan memang sengaja penuh-penuhkan Bunga Putih dengan manik pearl. Tangan kan salah satu aspek penting masa nikah nanti. *hulur tangan untuk cincin* Wink! Wink! Haha.

Syukur sangat Allah permudahkan urusan aku. Settle satu lagi checklist. Tak sabar nak tulis 'DONE' dekat checklist. Yayyyy! Ni tengah touch up veil nikah. Ada je kan tak puas hati. Perempuan oh perempuan. Hehehe.

Okay lah sayangs, good nite! Esok kerja, kepada yang bertanya, email, saya akan jawab dan reply secepat mungkin k. Hugs!!



thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!


Baju Nikah Oh Baju Nikah. Berusahalah!!

Hai!


Assalamualaikum.


Pukul 2.22am. Hahaha. Baru menggelabah nak sambung menjahit manik (beads) dekat baju nikah. Mood tengah ada pulak ni. Suka hati kau lah Saila, janji siap.

Esok cuti, saja-saja. Taktau la esok pagi aku bangun pukul berapa kannnn.. Haha. Amek kesempatan sangat.

pssst : baju nikah ni sangat ke laut okay. beads macam hampeh. taktau la design apa aku belasah ni. merepek sungguh. sendiri tengok memang menyampah gila. rasa nak pakai t-shirt je nikah nanti!



wish me luck :)


Wish me luck amende. kau ingat nak amek exam ke hape.

pssssstttt : esok pagi kalau aku bangun awal (KALAU ya) aku update. tak pun aku snap picha banyak-banyak pastu share dengan korang sampai korang menyampah kat aku eh. huhuhu.




thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!

Friday, October 12, 2012

Fail Maklumat Hari Bersejarah Saya

Hai!


Assalamualaikum.


Harini nak share dengan B2B pasal fail pulak. Boleh ya?

Kalau tak salah ada ramai B2B yang buat fail kawen masing-masing kan.. Aku create fail ni sebab aku memang suka menulis dan simpan maklumat. So tempat paling selamat selain kotak harta karun haruslah fail. Semua maklumat yang aku print aku akan fail kan elok-elok supaya tak hilang.

Dengan adanya fail ni senang sikit aku nak terangkan dekat Ayah, Ibu, En Gaban apa yang aku plan, apa yang aku nak. Contoh bila aku nak diskas pasal dewan dengan Ayah, aku akan tunjuk fail kawen aku supaya dia faham apa yang aku plan. So senang sikit nak fit dengan plan Ayah pulak. Sama la macam hal katering, semua quotation yang aku dapat aku akan failkan baik-baik dan compare. Bila nak explain dekat Ayah aku just tunjuk quotations yang aku dapat dan kitorang bandingkan sama-sama. Senang nak explain dan kita pun mudah faham sebab nampak figure kan.

Hal-hal lain yang memudahkan aku bila ada fail kawen ni ialah perancangan DIY aku. Well, bila dah search dekat google ni mesti la macam-macam yang kita nampak kan.. dan dengan tiba-tiba semua benda kita nak buat. Memang tak menang tangan lah.. Tak menang tangan satu hal, pembaziran pun boleh berlaku.. Kadang-kadang kehendak kita mengatasi keperluan kita. So hati-hati di situ k :)

Fail aku tak perlu yang mahal-mahal, cukup yang quality baik (maksudnya tak mudah rosak) dah cukup dah. Jom tengok fail aku. Hihi :D






Sebaiknya tagging supaya kita tak tercari-cari, dan buat separator supaya kemas dan tak huru-hara. Bila ada tagging senang kita nak bukak part mana yang kita nak refer. Tak payah selak banyak kali sampai lunyai (lonyeng <-- word comel En Gaban. comelllll) kertas dalam fail tu.




Ini ialah separator dalam fail aku. Ada part Dokumen Nikah, Nikah, Dewan, Hantaran, Katering, Kewangan, Checklist, dan Idea. Aku print atas kertas berlainan warna supaya colorful sikit. Hiks!

Part Dokumen Nikah aku simpan maklumat-maklumat prosedur bernikah, senarai Pejabat Agama dekat Selangor, senarai Klinik Kesihatan Kerajaan untuk HIV Test dan benda-benda yang aku conteng-conteng. Part Nikah aku simpan maklumat pelamin mini (sebagai idea). Part Dewan for sure maklumat dewan, resit bayaran etc. Part Hantaran aku simpan maklumat pasal barang-barang hantaran (supaya tak menggelabah nak beli macam-macam). Part Katering aku simpan quotations dari macam-macam katering. 

Part Kewangan ni paling penting.. Dari A - Z aku pastikan every single cent berekod. Taknak over budget, taknak blur-blur kemana duit pergi. Bahaya kalau duit tak terurus. So far perbelanjaan kami still on track. Tak terlebih, tak negatif. Alhamdulillah.

Part Checklist semua maklumat benda-benda yang aku kena buat, dah siap atau belum. Checklist aku macam dekat S I N I dan S I N I. Part Idea semua idea-idea yang aku jumpa aku save dan print. Lepas tu failkan. Still refer sampai sekarang.


*********************************

Kalau mana-mana B2B yang baru nak mulakan langkah dalam penyediaan awal majlis kawen ni kalau boleh buat lah satu fail kawen supaya mudah untuk anda refer apa-apa maklumat. Fail pulak boleh di bawa ke mana saja. Kalau save dalam PC mana leceh sikit (bagi aku lah), sebab kadang2 kita nak refer dekat rumah, tapi maklumat dekat PC pejabat. Kalau maklumat dekat laptop peribadi, tetiba kita nak refer dekat pejabat kan dah stuck di situ. Pendapat aku jelah. Just a small idea untuk B2B.

Lagi satu fail kawen aku ni aku nak simpan baik-baik untuk kenang-kenangan, mana lah tau boleh tunjuk dekat anak-anak.. 'Mummy dulu plan kawen macam ni la...' 'Meh tengok fail kawen Mummy dengan Daddy meh' Hahaha. Over sungguh kau Saila.

Okay lah, esok sabtu ahad nak pulun habis-habisan buat kerja kawen. Harap-harap banyak lah yang mampu disiapkan. Amin. Berusahalah!!

Selamat bercuti korang! Yang akan disatukan weekend ni Barakallah! Selamat Pengantin Baru :)





thanks korang!





Love,
Nursaila Norman!