CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, November 1, 2012

Conversation #5

Hai!


Assalamualaikum.


Pagi ni boleh pulak on FB. Reply pm kwn2 mana yang wish pastu komen-komen dengan En Gaban, lama tak berkomen-komen dengan dia kat FB. Kuat menyakat sungguh.

Macam saya taktau awak nakal-nakal kat status Kak Wan Suhaini. Malu okehhh. Huhuhu.

Secara official-nya kerja-kerja DIY saya dah habis. Erm, yelah kalau tak salah, dah takde apa yang nak di-DIY-kan lagi dah. Lain-lain hal cuma gubahan hantaran dengan pelamin mini sahaja. Lain-lain insyaallah, kalau ad-hoc tu taktau la kot-kot ter-DIY. Hehehe.

Tinggal 8 hari termasuk hari ini sebelum our solemnization day on 9 November 2012. Perasaan still kosong. Tapi En Gaban dah excited+gemuruh dah. Dia dah start bagi kata-kata tazkirah pulak skrg ni.. Tapi best pulak bila dia bagi kata-kata tazkirah how to be a good husband and wife. Rasa macam best je. Especially bila dia tahu tanggungjawab dia menjadi berat untuk jaga aku, lindungi aku, jadi ketua keluarga, pastikan aku baik-baik sahaja. Jadi sedih bila dia cakap dia akan ambil alih tugas Ayah untuk jaga aku. That part aku termenung kejap.

Malam tadi dia ada cakap, dia nak satu je lepas kawen nanti.. Satu je dari aku.
Satu je? Okeh excited disitu sebab satu je kot. Hahahaha.

Jangan bagi sampai dia masuk wad.

Serius aku terkedu. Jangan bagi dia masuk wad. Okay, boleh. Tapi kalau terrrmasuk jugak? Adakah aku fail?

Then aku cakap, bukan senang nak control sakit sekarang ni. Bakteria pun dah canggih, sebab tu kita kena pakai Lifebuoy. Okay, mengarut sudah.

Dia angguk faham. Tapi dia cakap dia nak control bab makanan, taknak makan luar macam skrg ni (org bujang kann), xnak makan makanan tercemar. Nak makan kat rumah pastu nak lepak mamak lepak la. Tapi xnak dah makan-makan luar. Maksudnya aku kena masak. Okay, noted.

Dia cakap dia selalu demam dari kecik sampai dah besar, tapi mak dia jaga tak pernah sampai masuk wad. Dia agak sensitif dengan makanan, salah makan mudah sakit perut, mudah gatal-gatal, memang kena particular sikit bab makanan ni. Kedai pun kalau dah feveret kami maknanya makanan dia okay lah tu. Kalau tak, kami reject.

Dia start hidup membujang sejak tahun 2010. Tapi sejak 2011 sampai sekarang dia nampak terlebih sihat dan terlebih gemuk dari dulu. Nape lah awak tak terlebih sihat sejak 2010. Susah hati ya..

Disebabkan kitorang banyak susah senang, jatuh bangun since 2011, life kitorang semakin better. Sebab tu dia makin sihat dan gemuk. Haha. So aku kena maintain la bagi dia sihat sebab mak dia pun dah pesan mintak aku tengok-tengok kan En Gaban, bab makan En Gaban sangat sensitif. Sejak 2011 aku banyak pantau kesihatan dia, jgn salah makan, jgn selesema teruk-teruk nanti demam.

Okay, kesimpulannya dia anak manja! Hahahahaha.

Berbalik kepada conversation kami, En Gaban cakap adalah sesuatu yang memalukan bagi lelaki kalau dah ada isteri tapi sakit sampai masuk wad. Okay, kes ni tak ambil kira la kes kemalangan ke, sakit kronik ke, sakit keturunan ke. Ini kes apa-apa yang melibatkan tugas isteri tapi suami sampai masuk wad. Ntah, aku susah nak explain maksud dia kat sini, tapi itu lah yang dia mintak.. Aku jaga makanan dia jangan sampai masuk wad. Itu kata kunci dia ya murid-murid.

The best part yang dia cerita kat aku ialah :
Lelaki yang dah berkahwin kalau berkumpul ramai-ramai seboleh-bolehnya nak cerita yang baik-baik je pasal isteri masing-masing. Kalau ditanya sorang-sorang, sape yang paling dia sayang dalam hidup, mesti lelaki-lelaki tu semua jawab 'isteri', 'isteri', 'isteri'.

Eh? Ada ke lelaki sebaik itu? En Gaban cakap mesti la ada. Lelaki yang sayangkan isteri. Sebab tu malu kalau suami tak terjaga.

Harap-harap kita semua tak termasuk dalam golongan isteri-isteri yang tidak menjaga atau tidak pandai menjaga suami. Amin.

A simple conversation between me and En Gaban tapi sangat mendalam. Nampaknya aku kena :
1. Masak makanan yang bersih dan sihat
2. Jangan bagi dia demam
3. Jangan bagi dia gatal-gatal alahan makanan
4. Jangan bagi dia sakit perut

Lain-lain kalau boleh kita pun taknak sesiapa dalam keluarga kita masuk wad dan sakit. Tapi kalau dah Allah bagi ujian, kita terima dengan redha. Tapi still kita kena usaha elakkan semua tu kan.

An apple a day keeps the doctor away.

Sekadar perkongsian rasa.





thanks korang!




Love,
Nursaila Norman!

Wednesday, October 31, 2012

DIY : Signage

Hai!


Assalamualaikum.


Harini curik-curik masa buat signage untuk wedding aku. Tengah syok-syok buat signage tetiba En Boss panggil meeting. Cis. Lepas lunch curik-curik lagi masa, nak buat straight memang tak dapat la kan.. Memang menganggu emosi sungguh.

Dan akhirnya dapat jugak aku siapkan. Memula suruh En Gaban buat, tapi En Gaban busy sangat je.. Kesian pulak. Dari tertunggu-tunggu dia design, aku selamber badak je buat signage hentam keromo aku ni.

Jom tengok :)











En Gaban, awak rasa okay ke tak? Ni belum tunjuk dekat Ayah lagi. Ntah dia okay ke tidak. Aku sengaja buat design paaaaling simple macam ni sebab taknak menyusahkan orang nak membaca. Takut kalau terlalu berhias susah pulak orang nak nampak nama, tempat wedding dengan tarikh. Font pun aku guna Cambria sahaja. Kalau ikutkan, aku taknak letak nama kami berdua, cukup letak tarikh dengan tempat wedding (mustahil tempat yg sama boleh clash dengan pasangan lain kan?), tapi Ibu dengan Ayah tak bagi. Dia suruh jugak letak nama. Haihhh. Malu la nanti orang nampak nama. Huhuhu!

Sudah test print, suka!





thanks korang!






Love,
Nursaila Norman!

Tuesday, October 30, 2012

DIY : Mini Jars

Hai!


Assalamualaikum.


Malam tadi sambil feeling-feeling layan bunga lavender, aku merajinkan diri hias jars aku. Masa dah suntuk kan, mana sempat je aku capai. Dah macam ayam dah aku, buat sini sikit, sana sikit. Huhuhu!

Jars ni aku dapat idea dari Kak Zainor (akak kat ofis aku), dia mintak doily paper aku sikit, pastu dia bagi idea suruh guna jars :) Thx kak!

Kebetulan, last week aku teman Ibu pergi tengok2 barang, nampak jars yang aku berkenan terus aku amek. Jenis malas fikir panjang. Huhuhu.





Saiz jars ni agak gedabak, Rm4.90. Boleh agak tak gedabak mana? Selalunya jars yang comel-comel tu Rm1 - Rm1.50 je kan. Tu sebab dia comel. Yang ini memang besar. Boleh sangat la nak isi garam, kunyit dengan asam keping untuk hidup berdua nanti. Ah, kau Saila, semua nak recycle guna kat 'rumah kita'!








Macam pak arab pulak aku tengok balang-balang aku ni. Hehehehe! Kain kotak-kotak tu aku beli semeter Rm5 dekat Kamdar KL. Memula ada kain kotak-kotak warna soft siap ada strawberry comel je, tapi semeter Rm10 lah pulak. Cancel lah, xyah nak membazir sangat. Huhuhu :(

Macam balang madu pun ada. Hehehe!

Ada empat jars, insyaallah aku akan isi dengan kurma, kismis, gula-gula beli dekat Famos Amos sebab gula-gula dia comel nak mati. Aku lak yang over, satu lagi balang tak tau nak isi gula-gula atau coklat atau marshmellow. Tengok lah nanti.

**************************

Settle citer pasal jars gedabak aku.

Psssttt, bilik pengantin dah siap. Tetiba macam geli lak guna word 'bilik pengantin'. Bilik beradu jelah eh.. Bunga orkid putih dah letak kat atas side table, cadar dah pasang, langsir dah pasang, bantal dah cun aku susun. Pastu tetiba rasa 'boleh pulak aku rajin buat keja mak-mak ni kan' Haha.

Pewangi Lovely Lace pun ada dah beli untuk bilik beradu, aku amek Teddy Dream. Weee!

Kalau terrrrrajin maybe aku buat hiasan tambahan untuk dinding bilik beradu. Kalau rajin lah. Kalau tak, dinding kosong pun lena tidur gak kan? Hehehe.


 


En Gaban dengan set bilik beradu kami. Yang ni masa kat kedai lagi. Sila bayangkan set kaler putih. Tu bukan sofa tau, tu kepala katil. Huhuhuhu! Almari? Sekali takde laci. Budget lapang-lapang, aku lak tak perasan. Aku apa je yang perasan? Tau beli je. Last-last ni tengah fikir nak ajak En Gaban pergi IKEA lepas kawen nanti beli something supaya kemas, tak bersepah. Alahai.

Motip picha En Gaban??





thanks korang!





Love,
Nursaila Norman!

Preparation #9

Hai!


Assalamualaikum.


Tercapai tak entry Preparation #10. Insyaallah. Macam best je nak update segala. Huhuhu.

9 hari sebelum bergelar isteri.
Ramai yang tanya perasaan aku. Nervous? Takut? Happy? Teruja?

Kosong!

Serius, kosong.

**************************

Time-time nak dekat ni lah macam-macam dugaan. Kecik hati dengan En Gaban, kereta, tunggakan gaji tak masuk (damn, baru nak berjimba), idea gubahan hantaran En Gaban tak datang-datang.

Malam tadi semangat datang lagi. Siapkan hantaran dengan jars. Pastu layan bunga pelamin sikit pastu syok sendiri sebab sukaaaaa!

Bunga manggar Ayah buat. kehkehkeh. Rajin Ayah aku. Hiks!

Untuk pelamin rasanya cukup dah kot, niat asal pun bukan nak buat beriya-iya. Sekadar tempat sweet-sweet, sengih-sengih pastu dah. Hoho O.o

Psstt, ingat tak kotak harta karun yang aku pernah share dekat entry romantika again again and again?
Akhirnya..




Its mine!!

Weeee, sabtu lepas terus ajak Leha pergi Romantika, sebab dah tak boleh tahan-tahan dah dengan kotak harta karun tu. Dan akhirnya aku ambil 2 biji kotak harta karun untuk pelamin. 

Setakat ni kos untuk pelamin simple gila-gila aku tu Rm186 sahaja! Nampak mahal sebab buat sendiri kan, kalau sewa boleh dapat dalam Rm250 (tu dah siap cun melecun dah kan), tapi sebab niat tak menghalang cara (ada ke ayat macam ni?), aku nekad nak beli jugak, nak buat jugak pelamin sendiri. Yang penting segala mak nenek yang aku beli untuk pelamin nanti aku dah tau nak letak dekat mana kat 'rumah kita' nanti. Wink! Wink!

Jom aku share apa aku guna untuk pelamin nanti :)










Kalau ikut turutan picha dari atas ke bawah :
1. Bunga lavender Rm5/pc
2. Bunga purple kecik-kecik (taktau nama) Rm4/pc 
3. Bunga cream Rm4/pc
4. Kotak no.1 Rm39/pc 
5. Bekas bunga no.2 Rm11/pc 
6. Bekas bunga no.3 Rm15/pc
7. Bekas bunga no.4 Rm10/pc
*** untuk bekas bunga no.2 tu, aku nak letak orkid purple. harap bersabar ya. HEHEHE!

Lain-lain barang yang aku guna untuk pelamin ialah pillow 16x16 (4 bijik sahaja), pillow Mr & Mrs (hiks) dengan fan flowers lipat sendiri. Lain-lain ikut kesesuaian nanti. Tapi still akan cari benda yang praktikal :)

Less is more. Kan? Murah-murah je barang-barang aku pun. Tak mampu yang :(



seronok pulak malam tadi buat kerja kawen sambil dikelilingi bunga-bungaan.
Wink! Wink!

En Gaban sampai KL harini. Membawa pulang bersama-sama baju melayu dua helai. Weeheee! Sampin pulak tok dia belikan dekat Terengganu. Untungnya dapat tok baik macam tu.. Pastu siap bagi buah tangan. Malunya, dah la masa En Gaban pulang kampung, kitorang satu family tak bagi apa-apa. Gila keji. Malam tadi bergayut dengan En Gaban (well, 6 hari kot merajuk. aku lah tu) dengar suara tok dia suruh bawak tu, bawak ni, siap tok dia sebut 'ni untuk Saila'.. Lalalalala. Suka kejap.

Tak sabar nak hantar baju kitorang dry clean pastu iron pastu hang pastu masuk dalam beg baju.

Nak semak checklist jap. Banyak nak kena potong dan tulis 'DONE' nih. Wink! Wink!







thanks korang!





Love,
Nursaila Norman!


Thursday, October 25, 2012

Orkid :)

Hai!


Assalamualaikum.


Tak tau la kenapa aku suka sangat dengan bunga orkid sejak kebelakangan ni. Maybe sejak datang beraya rumah Mak Usu aku, dia tanam orkid hidup dalam rumah dia. Berpasu-pasu. Cantik je aku tengok. Plus kalau naik pejabat Menteri ke Dato'/Datuk kat atas tu diorang tanam orkid gak sepanjang laluan. Juling bijik mata aku tengok. Huhuhuhu.

Semalam saje lepaskan stress pergi kedai bunga. Ternampak bunga orkid. Walaupun palsu tapi tetap cantik bagi mata aku.

Dah tanya-tanya harga semua termasuk upah gubah aku terus setuju. Hajat nak amek 3pasu, tapi pasu yang aku nak takde. Ada satu je. Terpaksa la amek satu dulu. Lagi dua nanti aku cari pasu sendiri.

This is my lovely orchid :))






Orkid putih ni nak letak dalam bilik tidur (bilik pengantin), memang dah aim nak warna putih. Nak nampak suci hikhik. Orkid purple lagi cantik, nak amek 2 pasu untuk pelamin kecil aku nanti. Doa-doakan aku cepat jumpa dengan pasu, cepat lah aku boleh beli orkid purple tu nanti.

Orkid putih ni, akak kedai bunga tu yang gubah. Free of charge. Bayar harga bunga sahaja. Cun tak? Heee.. Selamat dah ada bunga 1 untuk bilik tidur.

************************

Walau apa pun yang terjadi, aku tetap akan teruskan berblog tentang hal-hal kawen aku. Lantak lah orang nak cakap apa, niat aku cuma 1 je. Nak share dengan B2B yang semuanya baik-baik belaka.

Walau apa pun terjadi, aku tetap buat macam biasa, update pasal wedding, prepare apa yang patut, teruskan benda-benda yang tak siap, sempurnakan hari penting bukan untuk aku, tapi untuk family aku.

Aku ulang, supaya orang yang berkenaan tahu, wedding ni tak penting pun untuk aku, tapi untuk family aku. FAMILY AKU. Jangan ingat aku update segala mak nenek pasal wedding kat blog macam aku syok sangat. Tak ya. Kamu dah cukup mengecewakan saya. 

Susah kan kalau orang pandang serong dekat kita.
Susah kan bila orang anggap kita mata duitan.
Susah kan bila aku terpaksa hadap orang yang tak pernah fikir hati perasaan kita.
Susah kan bila orang tuduh kita bukan-bukan.

Susah kan?

Kalau aku mata duitan, aku nak duit, aku dah kejar Engineer lah bodoh! 
Carik mamat pakai superbike.
Ada rumah sebijik.

Kata bengap marah.

Tapi memang pun.






thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!

Tuesday, October 23, 2012

Idea : Jars

Hai!


Assalamualaikum.


Satu lagi idea melibatkan DIY project aku belum terlaksana. Fuh! Macam projek besar sangat je.

Jars mission. Wink! Wink!

Cut it short,
Aku ada terniat nak buat hiasan comel lote dekat meja beradap since pakej katering yang aku ambil adalah pakej paling murah. Haruslah tak grand. Sendiri lah kena usaha bagi nampak grand. Ops! Bukan grand. Kemas, cantik di mata sendiri. So aku pun dapat lah idea untuk buat hiasan comel menggunakan jar. Balang kaca. Tapi orang lebih kenal dengan nama jar. Kan?

Jar yang aku nak guna ialah balang kaca mayonis. Kenal kan? Kitorang memang selalu beli mayonis, so banyak la balang-balang kaca comel-comel tu Ibu guna untuk isi bunga cengkeh, bunga lawang, biji sawi, buah pelaga blablablabla (lain-lain aku tak tahu). Comel je dalam almari tu. Nak masak pun suka je. Heeeee..

Jom cuci mata dulu. Jar aku belum mula pun lagi. Ntah bila ntah nak mula. Insyaallah, secepat mungkin.





















Rasa-rasa nak beli fresh flowers lah untuk jars nanti. Rasa-rasa je. Tapi okay jugak, masukkan air, letak je bunga. Tak payah nak diy bagai. Dah letih dah ni. Dah malas dah. Dah taktau nak buat apa. Actually banyak lagi hal-hal remeh yang belum siap. Haihhh.

Benda wajib aku kena siapkan dalam tempoh seminggu (target) :
1. Bantal tidur untuk bilik pengantin. Weehuuu!
2. Hiasan bilik pengantin
3. Bunga manggar
4. Hiasan gubahan hantaran En Gaban (still takde idea)
5. Jars (hiasan meja beradap + hiasan tambahan kat mana-mana aku nak letak :termasuk bilik pengantin lalalala:)
6. Ntah takde idea. Nanti lah fikir. Lapar. Nak fikir makanan apa best dimakan.


Boleh tak ending entry aku macam ni? Takde mood la pagi ni. Sebab?
1. Mengantuk, malam tadi lawan bowling dengan staff pejabat. Aku terer wehhh! Hahaha. Riak.
2. Tuan rumah sewa 'rumah kita' gedik!
3. Lapar



Chow!







thanks korang!






Love,
Nursaila Norman!

Monday, October 22, 2012

Teaser & DIY : Gubahan Hantaran

Hai!


Assalamualaikum.


Pagi ni nak tunjuk teaser tapi rasanya bukan teaser kot. Sebab picha kat bawah ni macam banyak sangat je. Takpe lah, B2B & bloggers Que Sera Saila memang orang pertama tahu tentang persiapan wedding aku kan.. Tak berapa nak teaser sangat lah ya.. Serupa tunjuk semua. Takpe, demi B2B semua :))

Idea gubahan hantaran ni memang ada ambil dari idea-idea gubahan yang ex-B2B dah pernah buat.. Especially ex-B2B Wawa & Acop (Nak Kaweng), sebab hantaran Wawa sangat simple tapi gempak gila la bagi aku. Idea dari filmshotartifact.blogspot. Fuuhhh.. Sangat adorable sebab aku memang taknak serabut-serabut dan taknak membazir. Niat taknak membazir ni  jadi lebih confident bila bestfren sendiri, Ifah buat gubahan hantaran untuk abang dia dan pakcik dia bertunang/kawen, dia cakap bunga-bunga buang macam tu je lepas majlis. Say NO tu pembaziran, so aku decide untuk buat sesimple yang boleh.

Pada awalnya mesti la susah nak convince orang tua idea simple/togel aku ni kan. Tapi macam biasa la, aku kan degil. Bila aku cakap 'A' maknanya 'A' lah. Huhuhu. Aku dah siapkan bahan-bahan untuk gubahan hantaran, tunggu masa just cantumkan kesemuanya di atas dulang-dulang hantaran. Weeee! Wink! Wink!

Jom tengok picha :) 









Aku suka reflection dia. Nampaknya kalau nak nampak kesan reflect dengan lebih ketara tak boleh tempek bunga terus atas cermin, kena letak secara senget. Okay, noted! 

Dah ramaikan B2B yang buat cermin sebagai alas hantaran. Bagi aku ianya sangat senang, mudah gila nak hias. Maksud di sini tak payah nak berbunga sangat. (okay, sesuai untuk aku yang super pemalas) Sekarang ni idea untuk gubahan hantaran untuk En Gaban belum muncul-muncul lagi. Bahan-bahan dah ready, tapi idea je tak datang-datang lagi. Macam ada, macam tak confident. Haihhh.

Bahan-bahan untuk gubahan hantaran aku ada dekat link :

Seronok pulak tengok reflect benda alah atas cermin tu.. Hehehe! Lepas ni cermin tu boleh guna untuk 'rumah kita' pulak. Lagi 2 minggu 4 hari je lagi. Huhuhuhu.

Berita gembira : Ayah dah siapkan backdrop ala-ala Red Carpet yang aku geletis nak tu. Ayah dah tunjuk design yang dia buat dekat PC dia. Alahaiiii.. Jatuh cinta terus. Aduh! Siap cakap kat Ayah 'okay cantik, jangan tukar pape dah'. Pastu Ayah tanya backdrop tu nanti nak letak kat rumah ke lepas majlis, aku cakap 'Ya!!'. Wohhh, haruslah letak dekat rumah. Boleh lah ngengada lebih sikit lepas kawen nanti. kehkehkeh! Ayah design 'SailaShahir'. Wink! Wink!

Berita tak gembira : tak dapat nak posing sakan dengan B2B & bloggers dekat backdrop. sobs!






thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!