CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 14, 2013

Aiskrim, penyejuk hati, ke?

Assalamualaikum.


Hari ini Isnin. Selama 2 tahun aku kerja dekat sini, belum pernah sekali pun aku rasa simptom-simptom moanday, bluesday etc. Tapi sejak banyak hal yang berlaku dekat sini, sumpah.. Ahad petang je aku dah lemau. Malasnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Macam tu lah 1% dari perasaan aku.

Sangat takde mood nak buat apa-apa. Cuma ada mood untuk apply kerja je. Haha! Asyik twitter je. Sebab situ takde orang kenal. Nak twit apa pun takpe. Kan. Kang tulis kat fb ada yang buat andaian sendiri, ada yang tetiba nak buat story panas, ada yang tepuk tangan, buat parti buih.

Siap tanya tuju kat siapa pun ada! Gila. Sape-sape jelah. Susah hati buat apa?

Banyak sangat memikir. Sampai tidur malam dah susah. Pastu sehari dua ni boleh pulak mimpi hal kerja. Aku kerja teruk sangat ke atau kerja aku yang teruk?

Full stop.

Tengah rajin mengedit picha. Konon gempak la. Aku lebih suka picha asal. Warna asal. Tapi terrrajin pulak mengedit. hikhik!









Dulu sebelum kawen beli sorang satu je. Sekarang beli sekotak terus. Bila rasa nak makan je bukak peti ais. Padahal aiskrim lain belum makan lagi dah beli yang ini. Suami lah ni. Suka sangat aiskrim.







aiskrim dgn nuget je kau. huhu! abaikan durian tu.



thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!

19 comments:

Ann said...

Yg walls itu sangat sedap!:)

fatehamohamed said...

stress mkn ais krim..sedapnya..heee

cik mah said...

best2...btul2..panas je ati makan ais krimkan...nyum2...

khadijah said...

same la, ape2 dija suke tulis kat twitter, sebab tak ramai follower..hehe facebook ramai stalker..:) semalam dija pun baeu beli aiskrim vanilla. tak makan lagi..hee

ayut said...

wah...1 kotak nampak..nak 1 plsss..hihihi :p
moga dipermudhakan urusan akak...dan xtensen2x yer :)

Diyana said...

haha saya ngn hubby pun hantu aiskrim..
rasa lapar sikit, aiskrim..
rasa cuaca panas sikit, aiskrim...
boring2 tgok tv, aiskrim lg...
hahaha

Amalina Ali said...

kat rumah nana bukan eskem je. cokelat, jajan, semua penuh kat peti ais. smpai tak tau nak makanapa dulu.

*jom kita bertweet. :)

Anonymous said...

sedapnyer eskrem tu...

mshazadoes said...

dya klu mood x cntik jek..compom cri ice cream walls pelangi..

adventure mama said...

saya suja aiskrim potong!..hehe

Unknown said...

sedapnya aiskrim dia.. nak sikit

LiNda said...

saila! da lame linda xmkan aiskrim kacang merah tu.alahai sedapnye...saila cari je keje baru. Linda da bahagia kat temoat keje baru :)

fifie said...

Fie adalah jenis manusia yang tak suka dengan aiskirm. Huhu. Tapi kalau teringin sangat makan lah jugak

Anonymous said...

Hi, constantly i used to check website posts here in the
early hours in the daylight, for the reason that i like to gain knowledge
of more and more.
Feel free to visit my web page ; Oregon mortgage help

Orked said...

hehe. comeL! aiskrim kcg tu sLaLu mkn time kecik2 =)

s h a said...

suke aiskrim jgk.yg pasti vanilla.hehe.sejuk badan rase bile makan.tu yg boleh hilang stress. :)

cha said...

Skrg kat twitter pun susah. Sume nak butthurt terasa kita tuju kt dia ntah pape

Aaaa fav i aiskrim potong kacang merah. Nyumnyum

♥ Chacha said...

heeeee.. mmg penyejuk pun... cuba bila nak marah ke amek aiskrim.. hikhik..

ehhh fridge kita mcm sama je dear... heeee.. sepppp2..

oshinz said...

nak semua makanan dalam peti sejuk saila tu.. haha. terutama durian dan eskem. me and my partner pun kaki makan eskem gak. kalau ngadap satu mangkuk eskem berdua, sekejap je bleh habis.