CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, November 28, 2013

Kitty Kitty Kitty

Assalamualaikum.


Harini kabel henfon still tertinggal dalam handbag lagi 1. So no pictures for today. Huhu! Tapi nasib baik ada pictures lain yang sempat aku transfer. So harini kita cerita pasal kittens lah ye!

Ingat lagi tak entry Kittens ni? Berita tak baiknya diorang dah lama takde dengan kitorang. Mak dia bawak diorang lari dari rumah. Malas nak cerita kat sini kang aku menangis. Cut it short, aku dengan Suami terpaksa, diulangi terpaksa merelakan Mak dia bawak budak-budak tu lari dari rumah. Akhirnya hilang. Mak dia pulak meroyan. Siapa yang stress? Aku lahhhh.. Suami aku punya lah marah, dia tak bagi Mak kucing tu makan. Sehari jelah. Sebab tak sampai hati kot. 

Tak lama tu Mak dia bunting lagi. Kali ni kitorang langsung tak peduli kat anak-anak dia. Sebab takut dia bawak lari lagi. Tapi bila cukup sebulan je, Mak dia pulak yang tak balik-balik. Aku jugak yang stress lagi sekali. Melilau kitorang laki bini cari Mak diorang. Tapi tak jumpa. Stress stress stress. Bayangkan lah, 4 ekor kot.. Masih menyusu. Mak pulak takde. Nasib baik ada botol susu kucing kat rumah, tapi tak bertahan lama sebab diorang kan 4 ekor, pastu gigit-gigit pulak.. Habis koyak puting tu. Koyak pulak pukul 10 malam. Esoknya kitorang nak g Cameron Highland. Mana nak cari botol susu kucing tengah-tengah malam?

Kitorang pergi KK kedai 24 jam tu, aku beli kan botol susu baby dengan puting extra. Sorry la kittens, Botol BPA free mahal. Ahkak tak mampu nak beli botol susu brand Tommy Tippee or Avent. Botol tu untuk baby ahkak je ye. Muahahahaha!

Tak lama tu diorang kena jangkitan dekat kuku pulak. Aku bawak lah 4 ekor tu pergi klinik sebab 3 ekor kena jangkitan. Sekor je sihat. Dapat ubat antibiotik, vitamin, tahan sakit dan antiseptik. Cut it short, 2 ekor mati sebab dah ajal. (aku taknak tulis meleret-leret, nanti jadi emosi. aku taknak la eyeliner aku comot jap lagi). Tinggal 2 ekor. Ubat masih ada walaupun tinggal separuh. Sekor lagi ni start tunjuk tanda-tanda nak sakit jugak. Start kurus dan suara dah tak nyaring. Taknak jadi macam yang lagi 2 ekor tu, terus bawak diorang g klinik sekali lagi. Kali ni dapat injection dengan ubat cacing. Continue antibiotik baru, dan alhamdulillah sihat!

Selamat lah 2 ekor kat rumah kami sekarang ni. Tapi aku ada la gambar kenangan yang dah mati tu. Sedih je bila tengok-tengok balik gambar diorang. Jangan sedih Saila. Jangan sedih!
































Yang masih tinggal yang kaler campur-campur tu dengan orange je. Yang hitam putih 2 ekor tu dah selamat berbahagia kat sana dah :) Kaki diorang kuning-kuning sebab letak antiseptik. Kesiannnn diorang, bulu tak cantik sangat sebab Mak takde nak jilat-jilat diorang. Kalau aku boleh jilat dah lama aku tolong jilatkan. Erk!

video

video


video

video


Comel tak? Comel tak? Hehehehe.. Paling comel part telinga diorang bergerak-gerak masa hisap susu.

Kisah kelakar pasal 4 ekor ni, setiap 2 hari kitorang kena beli puting baru. Asyik koyakkkk je. Habis rabak puting. Walaupun puting botol susu baby. Kitorang sampai guna 2 botol susu sebab diorang lasak sangat. Huhuhuhu. 

Kisah paling best aku rasa sebab kehadiran kittens ni, Suami 1st time pegang botol susu. Suami pandai bancuh susu. Hehehehe. Walaupun susu kittens, tetap susu kannnn. Hehe! Suami lah bangun awal sikit dari aku sebab bagi budak-budak tu susu. Ohh, comelllll. Haha. Aku rasa kittens tu bukan kucing, tapi macam anak kitorang je. hewhewhew!

Suami cakap ni praktikal untuk dia. iheeeee.. Comel :)

RIP Miko & Joshua
Stay with us Mino & Markoanah. Stay with us.




Love,
Nursaila Norman!


5 comments:

Affy Afiqah said...

wahhhh comelnya!
ika ada kucing parsi kat rumah, dia bunting baru2 ni nak delivery dah,
cehhh delivery kan,
tak tahu ape istilah bersalin untuk kucing mihmihmih
pastu tetiba hilang gitu je, tak balik2 rumah, anak2 dia kat mana pun ika tak tahu, takut keguguran je T_T

cik mah said...

Ala2 tomeynyer...bgus2 praktis awal2 ye....

farhana effa said...

comelnyaaaa hehehe

ayut said...

Nape nama ye markaonah..huhu.RIP for both of them...2ekor ni msih shat la ea..ttp comel.penyembuh utk khilangan 2ekor tu..praktis jg ea.nnt ad baby senang :p

Acik Riotaro said...

comelnyer...