CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, May 14, 2012

Jom Domino's

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Semalam kan Hari Ibu, lupa nak plan apa-apa macam tahun-tahun lepas. Gila kejam. Huhuhu! Kebetulan masa kitorang lunch sambil lepak-lepak dekat area Danau, datang la sorang abang Domino's ni kat meja kitorang.. Disebabkan abang tu tersangatlah peramah, aku takde la halau dia. Tak,tak.. Tipu je. Aku tak sejahat itu. Hehe. Macam biasa la.. Kupon. Aku malas pulak nak ambil. Sebab nanti jadi macam kes BBQ Chicken. Beli tapi guna sekali je. Yang lagi berkeping2 kupon simpan dalam kotak. Masa tu Febuari 2010. Cuti raya cina terus kitorang pergi AU5 Keramat. Lepas tu tak pergi dah. Ceh!

Tapi En Gaban buat muka macam nak. Lupa. Dia suka domino's. Huhu. Aku taknak, dia nak. Last-last abang tu sebut pasal Hari Ibu. Alamak! Kitorang lupa nak prepare apa-apa untuk Hari Ibu. Terus kitorang ambil kupon tu dengan harga Rm20 sahaja.

Lepas maghrib kitorang tebus kupon pertama dapat 1 pizza regular. Tapi aku rasa macam tak cukup. Aku tebus lagi 1 kupon. Beli 1 pizza large dapat 1 pizza regular percuma. So total 2 regular, 1 large. Puas hati. Duit keluar rm 62.80 je. Balik rumah aku paksa Leha dengan Miza buat air panas. Hehehe.

Settle celebrate Hari Ibu dengan Domino's.. Yayyy! Kitorang berenam, Ibu, Ayah, Leha, Miza, En Gaban dan aku makan ramai-ramai sampai habis. Padahal rasanya semua cakap dah kenyang. Tipu sangat.

Oh ya! Sementara tunggu domino's siap kitorang pusing-pusing dulu. Konon-konon nak tengok washing machine. Last-last stuck dekat travel agency. Apa lagi, terus tunjuk-tunjuk gambar pulau. Hehehe. Honeymoon dekat pulau okay kan? Wahh, dah cakap pasal honeymoon pulakkk. Serius aku dah out of track pasal wedding day aku. Lantaklah. Wedding day sehari je. Buat apa membazir. Better guna duit untuk long life time. Cerita pasal honeymoon nanti-nanti la eh. Harap-harap agensi tu takde masalah. Bulan november boleh pergi pulau. Amin. Harap-harap semuanya okay. Amin.




banyak lagi balance!!
siapa nak?



thanks korang!



Love,
Tata!




8 comments:

EIKA said...

WAHHH!!NAAAAKKK JG!

safurara said...

wow best nya.nk jugakkkk

Nursaila Norman said...

okey! boleh sesangat :D

Saya Disini said...

wah..bnyknye..nak2

Cik Jannah said...

sis ahad lepas pon makan dominos. celebrate bezdah BFF. jhehe

LiNda said...

Banyakknye kupon ...nak ckit

Zul fattah said...

fuhyoo.. banyak kupon..? free ke ni? kalau boleh.. nak try jugak

Gumiho Princess said...

Nak2....follow cni...