Hai!
Assalamualaikum.
Teringin sangat nak share tentang nikah progression tapi picha takde. Pitam la korang nanti kalau baca tulisan semata-mata tapi takde picha kan?
Kebetulan dalam henfon aku ada la terselit picha sikit-sikit, itu pun teringat nak snap. Biasa lah, dah sibuk, tak sempat, nak cepat mana la sempat nak snap-snap. Huhuhu.
Masa 8 November 2012, sehari sebelum majlis nikah aku sibuk buat pelamin (macam berpanel-panel lah sangat, padahal stage pun takde haha), buat sorang-sorang huhuhu! Tapi yang tukang jadi peneman ialah Johnny.
Cuba tengok..
Taktau la kenapa dia asyik duduk dekat situ. Dari mula aku deco, sampai la ke malam, kejap atas bantal nikah, kejap celah bantal Mr & Mrs, kejap atas carpet.. Sikit pun tak berganjak dari pelamin. Kiranya dia lah yang rasmi pelamin aku.. Bagus kan kau Johnny. Sebab dia tak rosakkan apa-apa, tak ganggu aku, aku buat jela kerja aku macam biasa, suka hati dia lah janji dia bahagia :)
Tapi satu benda yang buat aku frust masa dah complete deco pelamin ialah aku terdengar Ayah diskas dengan anak murid dia yang merangkap OP aku untuk nikah dan resepsi, Ayah bagitahu yang En Gaban akan duduk di pelamin dengan Ustaz Rashid (jurunikah). So Ayah ajar dia kat mana nak ambil gambar yang sesuai. Masa dengar tu for sure la aku terkejut kan.. Yelah, aku buat pelamin untuk aku dengan bridesmaid duduk sambil tunggu ijab dan kabul.. Penat la aku lipat kertas nak jadi fan flowers, beli bunga, beli orkid, tetiba aku tidak terlibat dengan pelamin tu. Pening sekejap. Huhuhu.
Bila double check, memang betul, Ayah nak En Gaban ijab dan kabul di pelamin yang aku deco sampai nak pitam tu. Sedih okay. Bukan tak bagi En Gaban shake hand dekat sikit, tapi biasanya pelamin tele dengan pengantin perempuan. Bukan pengantin lelaki. Huhuhu! Ayah suruh aku duduk dekat ruang tamu yang lagi satu, dah la tak buat apa-apa hiasan dekat situ, harapkan curtain Ibu yang Ibu buat baru tu jelah. Haruslah sedih. Huhuhu. Terus mengadu dekat En Gaban. Dia pujuk-pujuk supaya aku jangan stress. Okay, aku cuba rilex kan diri, pujuk hati cakap takpe lah, at least tak payah la tunjuk muka sangat. Okay lega. Tapi kesian la dengan bridesmaid aku, susah payah setuju jadi bridesmaid aku. Last-last takde pelamin. Sobsobsob!
Masa majlis nikah tempat yang sepatutnya aku duduk dah penuh dengan sedara mara perempuan (sedara mara lelaki dekat ruang tamu lagi satu), dah? kat mana aku nak duduk. Jadinya aku duduk dekat sisi En Gaban. Ada hikmah rupanya.. Duduk dekat sisi En Gaban, boleh nampak muka En Gaban, rasa lebih dekat, perasaan takut+debar En Gaban for sure lebih kuat aku boleh rasa. Haha. Kalau ada orang sergah aku dari belakang tiba-tiba, confirm mati terkejut. Aku berdebar sampai rasa sesak nafas, sampai jantung aku berdegup laju nak mati. Siyes, laju gila. Huhu.
En Gaban, aku dengan Ayah (nampak sipiii je baju purple tu)
kadang-kadang benda yang tak di rancang lebih baik kan?
picha yang sama aku attach kan huhu! sedih.
Dengan sekali lafaz sahaja, memang tak sangka En Gaban boleh buat sekali lafaz. Ingatkan dua kali atau tiga kali. Haha. Gila tak confident dengan pasangan sendiri. Hehehehe! Tak, bukan tak yakin, tapi En Gaban yang aku kenal orangnya pemalu gila.. Aku target mamat ni mesti gugp nanti. Well, siapa tahu.. Sekali lafaz je. Alhamdulillah.
Aku sangat suka dengan pelamin sendiri. Hari rabu kot kalau tak salah baru kemas pelamin. Kalau boleh taknak kemaskan boleh tak? Huhuhuhu! Alhamdulillah, masa majlis nikah tu tetamu yang datang puji pelamin cantik.. Terima kasih banyak-banyak. Terpacak lama-lama depan pelamin, tenung lama-lama, aku gembira tengok orang lain gembira. Terima kasih ya!
thanks korang!
Love,
Nursaila Norman!