CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 10, 2012

Entahlah.. Layan jelahhh..

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Entry jahat.

Amaran : entry ni panjang dan takde gambar. pasti membosankan anda. harap maaf.

Apa yang jahat? Jahat tak bila En Boss ajak aku teman dia present slaid kepada En Big Boss tapi aku tak pergi? kehkehkeh. Tadi sebelum lunch En Boss suruh aku present Pelan S ni dekat En Bog Boss. Aku blank. Bila lak aku buat Pelan S. Setahu aku, aku buat Pelan R. Sabo jelah En Boss ni tau. Dia pun dah blur sape buat pelan apa. Last-last dia nampak aku je. Menci okeh. Aku rasa mcm nak tambah lagi dua tangan pun ada ni. Disebabkan aku takmau present (yelah, bukan aku yang buat, apa aku nak mengarut jap lagi kan) aku tolong kawan sejawat aku je. Kesian dia. Aku g tolong check slaid dia je. Hehehe.

Lagi pun dah dua hari aku exhausted. Hari rabu (semalam) serius rasa nak pitam. Tapi bila bayangkan muka-muka raksaksa, muka Tan Sri paksa gak buat-buat sihat. Kalau ikutkan nak je aku pengsan kat tengah-tengah jalan tu.

Dah dua hari tak buat entry. Aku taknak buat entry time aku stress dan marah. Nanti ntah hape-hape aku carutkan. Perasaan marah tak payah cakap la. Rasa nak jerit-jerit je kat raksaksa-raksaksa yang tak faham bahasa melayu. Jenis kalau dah sakit hati, busuk hati, nak jatuhkan orang, bagi la kat diorg. Memang champion. Aku sampai tahap hilang rasa hormat walaupun pangkat dia lagi besar dari aku. Dah kalau bengap, dulik apa kalau pangkat besar pun. Sila letak jawatan. Ramai lagi kat luar sana nak kerja, nak pakai duit, nak kawen, nak bayar hutang PTPTN.

Dah dengan aku dia takleh nak tembus, dia gunakan Dato' pulak. Kuajaq tak? Berbuih kot mulut aku explain kat dia. Apasalahnya dia lak berbuih mulut explain kat Dato'. Tak. Memang saje nak mengenakan perempuan, pangkat machai macam aku. Dah la benda alah yang diorang nak tu ada dekat orang lain. Dah usaha mintak tapi still taknak bagi kerjasama. Susah betul jadi orang tengah ni.

Dekat bahagian aku ni, level aku cuma ada sorang je perempuan. Iaitu aku. Yang lain lelaki. Faham-faham la kerja orang lelaki macam mana. Last minit memang siap. Tapi kalau dah raksaksa-raksaksa tu jenis bodoh sombong, degil, belagak, bukan diorang nak terima pun permintaan kita untuk diberikan sedikit masa. Sekarang tu maknanya sekarang. Kalau benda alah tu ada dalam handbag aku lama dah aku bagi. Ni takde. Takde tahu takde?

Dah la stress nak meeting lagi. Kalau meeting dengan pakcik-pakcik aku takpe. Tu pun nak paksa-paksa aku ke sana sini. Semalam seharian tak makan. Bukan nak tunjuk komited ke apa. Tapi memang tak sempat. Nak bangun dari kerusi pun tak sempat. Apakah? Nasib baik ada PA-PA En Boss. Tetiba diorang jadi pembantu aku lak. Belasah jelah. Janji apa yang raksaksa-raksaksa tu minta kita bagi je.

Part aku paling bengang ialah kerja orang lain tolak kat kita. Nak tolak tu takpe, tapi agak-agak la. Bagi la benda complete. Kalau benda tu stuck kat huruf F, bagi la dari A sampai F. Ni tak. Bagi F semata. Dah yang A sampai E tu aku nak cari kat mana? Sempat jugak melawak walaupun sakit hati semalam.. Bila aku sakit hati aku saje sebut ulang-ulang

Aku   : Pelan I ni la yang saya risau ni, nak cari kat mana ntah maklumat-maklumat tu (dah sebab bukan kerja kami).
lepas tu Zhul menyampuk
Zhul   : tak tau la nak cari celah Bedah mana
gelak ramai-ramai
CC     : cari la celah mana pun
gelak lagi
Aku   : kalau ada Bedah kat bahagian saya tu lama dah saya cari celah dia
gelak lebih kuat macam pontianak je sekor-sekor
Zhul  : a'ah, boleh gak cari celah kain dia
yang ni hampeh. melucah bagi la kat dia

Hari ni aku macam slow je. Penat kat pejabat lepas tu malam menangis. Sebab tension. Dah lama dah simpan stress ni. Tapi selasa baru ni paling sadis. End up dengan menangis sepuas-puasnya sebab sedih, marah, stress, penat dan takut. Rabu masuk kerja mata bengkak dan sembab. Jangan tanya apa-apa. Biarkan je. Nak mengadu pun takde akan faham. Sekurang-kurangnya bila menangis boleh jugak lega.

Sampai tahap aku nak cancel kawen. Sebenarnya sejak aku masuk division baru ni aku dah ada rasa macam ni. All the time stress dengan kerja dan orang-orang. Terdetik gak.. Boleh ke handle pejabat dan rumah dalam masa yang sama. Memang la tak boleh bawa masalah pejabat ke rumah. Salah. Tak boleh. Dilarang. Tapi sejauh mana kita kuat nak buang perasaan tertekan tu. Tinggalkan masalah di pintu pejabat hanya lah satu metafora semata-mata. Hakikatnya, ia tetap di atas bahu kita. Macam aku, selalu bawa balik kerja ke rumah. Sigh.

Bagi aku mudah je, bila aku stress aku nak dua benda je. Lepak kat mamak dan bercerita/mengadu segala macam masalah yang aku hadapi. Tapi bila dah takde orang nak dengar.. Sila cakap dengan dinding atau dengan mamak lah ya. Eh, mamak pun mamak lah. Kalau dia sudi dengar aku okay je.





Nah, picha sekeping. Sayang kucing!


entahlah.. layan jelahhh..




thanks korang!


Love,
Tata!

2 comments:

LiNda said...

sabor2..keje memang stress, Linda pun ngah stress sampai rase nak cari keje lain.huaaaa...

FaTiMah aZ-zArAh said...

Hai...nice blog.. nak tempah edit blog ? Jom terjah blog saya kembali..http://sicomel06.blogspot.co