CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 25, 2012

DIY : Lace and Beads (Baju Resepsi)

Hai!



Assalamualaikum.



Baju resepsi atau aku lebih suka panggil 'baju dekat dewan'. Ceh. Takleh blah gila aku rename baju aku. Maksud aku, baju ni aku pakai dekat dewan nanti. Nak kata majlis bersanding, for sure aku dengan si dia tak bersanding. So takkan aku nak rename baju ni 'baju bersanding'. No. No. No. Baju resepsi diterima. Sebab memang majlis nanti main point dia ialah menerima kunjungan tetamu dan meraikan tetamu semata-mata.



Reception : The act of receiving
                   The action or process of receiving something sent, given, or
                   inflicted:

Okay, done!


Back to the story, baju resepsi aku dah siap sepenuhnya. Alhamdulillah. Alhamdulillah, akhirnya siap jugak setelah berbulan-bulan (pemalas sungguh).

Bagi teaser ke bagi full picha? Teaser pun takde la teaser sangat kannn.. Sebab aku pernah tunjuk jugak design dan lace baju resepsi tu. Coffee latte+Bright Aqua/Tiffany Blue (ntah. biru muda la senang). Cuma entry kali ni aku nak share yang aku dah pun siap patching lace dan beading. Ntah kenapa aku lagi suka tengok lace tanpa beads. Tapi takpelah. Ramai sangat yang cakap without beads my outfit nampak too simple. Nampaknya objektif aku untuk buat baju simple, less is more tak tercapai lah. Sobs!

Some picha(s) hasil diy baju resepsi aku :))






















Baju resepsi ni tak dirancang apa-apa pun. Warna. Tema. Apa pun tak dirancang. Lebih kepada ikut gerak hati. Alhamdulillah aku suka. Aku tak kisah lah apa orang nak kata. Tak grand, simple sangat macam baju raya (baju raya aku bodoh-bodoh je. baju kurung siap. dah), murah, blablablablablabla. What ever. Huhuhu.

Manik untuk baju resepsi ni aku ada tunjuk dekat S I N I. Manik pun tak grand. Biasa-biasa je.

Kos baju resepsi ni tak sampai pun rm250!

Harga kain keseluruhan : Rm99+- (Kamdar Jln TAR)
Lace : Rm40 (Jakel)
Tempah tailor : Rm90 (dekat dengan rumah)
Manik : Tak ingat T___T yang pasti tak mahal langsung.

Firstly ada bertanya dekat satu kedai pengantin ni, dia charge rm250 untuk tempah jahit sepasang baju kawen. Double (lining) rm250 lagi. Total rm500. Pitam. Baik sewa kalau dah macam ni. Take a deep breath.
Aku amek keputusan nak tempah dekat akak ni. Aku pernah tempah jahit baju raya dekat dia. Puas hati gila. So aku nekad baju resepsi ni aku tempah dekat dia. Sepanjang kain tu ada dekat akak tu, hati ni risau teramat sangat takyah cakap la. Huhuhu.

Lepas dah siap, hati girang tak terkata. Sebab design yang aku bagi kat akak tu sangat goyah. Cakap macam tu, macam tu. Dengan harapan akak tu boleh faham apa yang aku nak. Dan akak tu faham sangat-sangat kehendak aku. Alhamdulillah.

Aktiviti meng'lace'kan baju resepsi ni sangat la leceh di bahagian dada. Pernah rasa fed-up. Dah la gigih buat sampai pukul 3 pagi. Last-last rasa nak tampar-tampar je lace tu. Padahal patut tampar diri sendiri. Paksa diri untuk tidur lepas tu sakit hati plus takut. Huhuhu! Esok sambung semula mem'patch' lace dekat dada. Gigih nak berjimat cermat punya pasal. Fuh!

Aku ada letak 3D flower di hujung bahu sebelah kiri. Dan dibawah baju juga disebelah kiri. Setakat ni aku sangat-sangat berpuas hati dengan baju resepsi aku. Lepas ni start buat baju nikah pulak (lace dan bead). Baju nikah ni tak se'heavy' baju resepsi. Sebab nak fokus dengan tujuan utama aku 'less is more'.

Handbouquet dah siap 100%. Pagi ahad siapkan collar dengan holder dia. Pemegang nampak sangat cincai la. Huhuhu! Nanti lah kalau nak tukar.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.



thanks korang!


Love,
Tata!


20 comments:

Sharz said...

wow!! kreatifnye awk!!!
cantik sgt!!!

tak sabar nak tgk gambar full!! =)

Unknown said...

ha,ah..saya pun x sabar rasa nak tgk gmbr full..:)

Sheila Adziz said...

erm... mmg cantik buat sdiri lg berbaloi n puas hati kan...

LiNdaBlogshop said...

huaaa..kagumnye linda ngan saila ni, cntikla dear baju ni. bagus2..rase nk berguru je ngan saila nih. :)

Cik Jannah said...

dear cantek lah!!
buat sendiri ke? wallah kreatifnya...!

Nursaila Norman said...

Shraz & CikNana : baju full kena tgu saya kawen ya :) nanti En Gaban marah sbb saya tunjuk semua..huhu :))

Pn.Sheila : alhamdulillah, ni jelah hasilnya..berbaloi sbb kos rendah sikit :)

Linda : takde maknanya berguru..saila mmg suka jahit manik dr dulu lagi..tu je..huhuhu

Cik Jannah : a'ah,bt sendiri utk jimat dan kos rendah :))

Cik Puan Tqah said...

jimat kan diy.. i pon diy baju resepsi i..

safurara said...

syg sgt cantek oke!

Nursaila Norman said...

Cik Tqah : ya tahu! hehe.. saya ada tgk blog kamu :))

Cikpuan rara : huhuhu! tenkiu :D

Diyana said...

Cantik lah~
b'baloi2

Liza Razak said...

cantiknya..serius suka gile !! colour combination perfect.. dah la buat sendiri beading tu..pandainya awak

Anonymous said...

cantik sgt2..nsb baik tuan bdn kreatif,blh jimat kan? klu tempah ni mahai nih..

Rosmawati Yusof said...

Maner lak simple tu, nampak mewah n kreatif. Buat sendiri mmg terasa lebih kepuasannya, kan....

missina said...

cantikla kombinasi kaler biru ngan coklat tu,,yg bagusnya sbb awk pandai jahit sendri manik ngan lace tu,,leh jimat dah kt situ,,,klu sy sewa jelah kot,,tp klu ada yg sendri punya leh simpan smpi ank cucu kan,,

Afasz said...

sy sewa butik je. hehe...

bila awak kawin?

Amalina Ali said...

tak grand takpe. asal cantik. :)

Zila Zainal said...

aaaaa cantik sangatttt.. tka sabar nak start baju nikah kita pulak!

Anonymous said...

Hi, I think yοuг ωebsitе might be havіng browsеr compаtibility issuеs.
When I look at yοur blοg sіte in Safari, it looks fine
but when оρening in Ӏnternet Exploгer, it
has somе overlapρіng. I јuѕt wanted to gіve you a quick heads up!

Otheг then that, amazing blog!

Checκ out mу blog ρost cool jeep
My webpage :: battery powered cars for kids with remote control

Han Hanni said...

saila..hope sangat awak dapat share/review kedai-kedai jahit yang biasa awak jahit area KL/Selayang/Gombak..

Saya baru pindah Selayang lepas kawen. So tak tahu mana kedai jahit yang ok/available/murah laa..

Sebelum ni study kt Shah Alam.so xtahu sangat pasal kedai jahit area sini..

Please saila (kelip-kelip mata)

Nursaila Norman said...

cik hani, saila bru perasan komen awk, maaf yer! huhuhu :( insya-Allah saila cuba review :)