Hai!
Assalamualaikum.
Firstly, aku nak minta maaf sangat-sangat sebab picha pelamin nikah aku yang full takde, tak banyak. Hanya ada dua (2) keping ni je yang nampak full. Harap enjoy :)
Bahan-bahan untuk buat pelamin nikah ni boleh refer entry :
Bantal ottoman tu aku sewa dekat Butik D'Intan Collection Rm80 untuk dua (2) biji. Satu untuk aku, satu untuk En Gaban. Bunga orkid atas kotak harta karun tu aku pilih bunga, pasu beli dekat romantika lepas tu suruh amoi kedai bunga tu gubah. Aku bawak balik rumah dua biji pasu dengan senang hati. Lalalalala!
Kalau korang perasan (mesti perasan punya), table lamp ada satu je..kan? Itu table lamp mak usu aku hadiahkan untuk 'rumah kita', tapi Ayah suruh letak dekat pelami, walaupun sebelah, tak centre, takpe.. Janji effect pencahayaan table lamp tu tetap ada. Haha.
Dinding memang takde tirai, sebab Ayah cat dinding tu warna purple untuk hari raya. Terus aku decide nak buat tema pelamin warna purple sebab malas nak beli tirai. Boleh kan macam tu. Frame 'Allah' dan 'Muhammad' tu memang sengaja aku tak turunkan. Sebab malas. See? Malas kan aku. Jam bulat tu pun sama. Aku biarkan dekat situ, bawah ketiga-tiga frame tu baru aku tampal fan flowers.
Ada yang tanya fan flowers tu aku tampal guna apa.. Aku tampal guna double sided tape yang tebal tu. Memula aku tampal guna double sided tape yang nipis (warna putih tu), esok paginya (khamis) aku tengok banyak fan flowers jatuh. Aku tukar kepada sellotape kertas (bukan yang jernih tu), pun tak melekat sangat. Last-last aku nekad tambal guna double sided tape yang tebal tu. Risikonya mesti akan rosakkan cat dinding, tapi demi pelamin aku, tetap tampal jugak. Hahaha. Tapi alhamdulillah, cat tak rosak. Wink!
Oh ya! Lagi satu, pelamin aku takde stage. Langsung takde. Save budget dan malas. Semuanya malas aku nih!
Pelamin ni aku siapkan pada hari khamis. Actually rabu malam aku dah start buat, pukul 3.30am aku stop. Tapi sebab fan flowers tu jatuh pada pagi khamis, terpaksa la aku pergi kedai beli double sided tape pastu pukul 1.00pm baru start sambung buat pelamin semula. Sebelum asar siap!
saya dan suami :)
Bila ambil gambar berdiri kurang nampak fan flowers sebab aku set backdrop untuk posisi duduk. Bila berdiri, akan nampak frame 'Allah' 'Muhammad' dengan jam. Haha! Belasah jelah kan ;p
Kalau tanya aku, memang aku berpuas hati sangat dengan pelamin simple ni. Sepatutnya tak layak panggil pelamin pun, tapi nak jugak rename sebagai 'pelamin' hehehehe.
Kata-kata semangat : untuk b2b yang nak jimat kos adalah sangat digalakkan. Takde apa yang salah dengan usaha penjimatan kos untuk majlis perkahwinan, niat kena kuat dan perlu tahu matlamat asal. Kalau ikutkan nafsu perempuan memang nak pelamin grand-grand, liplap liplap.. Tapi bila fikir masa depan aku tutup majalah Pengantin, Inspirasi Perkahwinan etc. Huhuhuhu!
Kesemua barang-barang/bahan-bahan pelamin aku tu sekarang ni aku guna untuk rumah Ibu dan insyaallah bila lapang-lapang nanti aku akan bawa ke 'rumah kita'. Table lamp dah selamat aku guna dekat 'rumah kita'. Romantik. Lalalalalalala~ Hikhikhik!
thanks korang!
Love,
Nursaila Norman!





















