CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, March 15, 2012

Peliks!

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Aku pelik bila orang mengata, menyebar hal-hal politik macam dia kembar kepada si ahli politik. Okay, tu lantak dia la nak menyebar fitnah atau kisah benar. Tapi aku sedih bila rakyat biasa macam kita ni sibuk sangat nak kata orang tu salah, orang ni betul. Orang tu makan rasuah, orang tu makan duit haram. Orang ni makan ayam bela sendiri, sembelih sendiri lepas tu masak sendiri. Pelik la. Golongan marhaen je kot kita ni. Nak melaung2 macam dapat elaun tu apakah. Gunakan blog untuk mengajak orang membenci. Kalau tak suka Malaysia, sila pindah Indon. Kalau pandai sangat sila bertanding. Esok bila dah jadi YB baru kau tau susah ke senang nak handle kepala manusia. Sekarang kita mengata orang. Esok kita pun sama macam orang tu. Cane?

Semalam sorang akak operator ni mengadu kat kitorang pasal ada sorang pemanggil ni maki hamun dia. Katanya dia tu YB. Tapi perkataan bodoh berlambak2 keluar. Siap mengamuk dekat akak operator ni hanya sebab dia (si YB kononya ni) tak dapat bercakap dengan orang yang sepatutnya. Ada ke YB perangai macam ni. Kalau ya pun YB tu garang dan tegas aku percaya, dia ada akal, dia pun taknak jatuhkan reputasi dia dengan bersikap macam tu. Ntah2 YB taik kucing tak. Dalam telefon, boleh la nak mengaku Raja Permaisuri pun. Ntah-ntah orang sakit mental mana ntah yang tak puas hati tak dapat duit beli beras. Kesian.

Tapi tak pelik pun. Manusia kan. Macam-macam hal. Lagi pelik perangai dia lagi nak tergelak pun ada. Kesian akak operator tu kena maki hamun. Siap si YB hampeh tu suruh akak operator ni belajar tinggi la sikit. Aiyoo hai.. Dah kalau dia akak operator, tahap tu jela pelajaran dia. Kalau dia g buat master buat apa dia jadi operator. Haruslah dia jadi YB. Nasib baik akak operator tu sabar dan tabah. Cool je dia. Kalau aku mesti dah jadi hijau kot. Hahaha.

Kalau fikir pasal orang mesti sakit hati. Tapi kalau kita tengok kucing, sayang kucing mustahil boleh sakit hati kan. Kucing/haiwan adalah hidupan yang boleh buat aku tenang dan happy bila tengok diorang.

Jom layan Mr Johnny :)



hensem tak?
dah nama johnny..haruslah hensem.
Hikhikhik!






thanks korang!



Love,
Tata!




4 comments:

Saya Disini said...

hensem2..hehe

GtHans said...

mmg pun..bek tgk kucen! ehehe ;p

Nursaila Norman said...

Saya Disini : hehehe..hensem ya ;)

Nursaila Norman said...

GtHans : kan? hehehe