Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua
Hai!
Sejak kebelakangan ni susah sangat nak update blog. Takat login lepas tu pantau dashboard untuk baca entry kawan-kawan yang lain. Nampaknya itu jelah cara terbaik untuk release tension. Aku still risau dengan tahap kemalasan yang tak pergi-pergi ni. Dah lama dah ni. Tanda-tanda untuk rajin tak tau la bila 'dia' nak datang. Malas update blog walaupun ada benda nak ngadu atau share, malas beading veil, malas nak sambung buat corsage merah menyala tu, malas men'diy' beberapa benda.. Eh, banyaknya! Baru aku perasan. Haha.
Okay, settle peranggan mengadu punca-punca malas update blog.
Awal-awal pagi tadi terbaca entry dari Cik May pasal rumah sewa, serupa la dengan diri ini. Aku pun tengah cari rumah sewa untuk lepas kawen nanti. Tapi kalau boleh aku nak masuk rumah sewa awal sebulan dua dari tarikh wedding. Sebab nak mengecat dan prepare barang-barang rumah.
Cakap pasal rumah, sama la kehendak aku dengan Cik May, macam yang Cik May tulis kat komen kat entry sebelum ni. Kebersihan, parking dan keselamatan paling penting. Rumah kecik takpe, yang penting bersih. Parking selamat.
Sekarang ni aku dengan En Gaban tengah berkira-kira sama ada nak stay kat area KL atau Putrajaya. Kalau boleh nak stay kat KL tapi aku selalu balik lambat sejak kebelakangan ni.. Leceh gila kalau balik lambat pastu rumah pulak kat KL. Penat yang amat. Kalau nak stay kat KL kena dekat dengan laluan bas kementerian. Aku malas nak drive dari KL ke Putrajaya. Hiks!
Setakat ni aku berkenan dengan kawasan perumahan En Gaban, jenis townhouse. Tapi tak dekat dengan laluan bas kementerian pulak. Huhuhu! Nak stay Putrajaya kena booking dari sekarang. Haihhh.. Bila la nak start mencari nih. Kalau dah jumpa yang berkenan kena terus masuk nanti melepas pulak. Tak awal sangat ke eh? *______* Takpe, kalau dapat awal aku nak paksa Ifah stay dengan aku lah nanti. Hikhikhik. Teres atau kondominium atau apartment tak kisah. Janji selesa, bersih dan selamat.
thanks korang!
Love,
Tata!
6 comments:
amik putrajaya...sy tak ske duk kl..hehehe
amik yang dekat la. senang nanti. haha . moga2 dapat la rumah tu ^_^ amin~
rumah sebelahkan banyak kosong... "bersih" dan "selamat" heheheh...
iedchan : ohh,awk org putrajaya eh..hehehehe
ciksukaberangan : amin~ kalau nak dekat kena pilih putrajaya lah..hehehe
Nursalihah Norman : amboiiii..tamau..huhuhu
Post a Comment