CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, September 18, 2012

Bunga Carnation (Crepe Paper)

Hai.


Assalamualaikum.


Hello Ladies! Masih sempat wish morning lagi kan? Morning~

Sayangs, ada yang mintak tutorial untuk bunga carnation yang aku buat sebagai hiasan hantaran En Gaban, tapi aku minta maaffff sangat-sangat sebab takde satu pun picha tutorial. Sebabnya, sebelum ni aku ada buat dah tutorial dari crepe paper ni. So, aku assume korang terperasan la DIY tersebut.. Tapi maybe ada yang tak perasan, so kat sini aku bagi link dia eh. DIY Blue Crepe Paper. Maybe crepe paper tu warna biru, so tak nampak la macam bunga carnation kan.. Hehehe. Takpe, benda sama je.. Cuma warna je beza ya :)

Actually, nama carnation ni come out bila aku tengok warna cream tu sama pulak macam bunga carnation. Padahal bunga tu orang kerap panggil dengan nama 'Bunga Tisu'. Hehehehe.

Pasal kelopak pulak, aku gunting hujung bunga tu bolat-bolat sayang :) Sebab tu dia jadi booolat je. Terpulang pada cara guntingan kita.. Kalau bulat kita gunting, bulat lah dia. Kalau bujur, bujurlah nanti.

Crepe paper ni jenis yang standard ada dekat mana-mana kedai bunga, aku pun tak sure samada ada crepe paper yang jenis dia berbeza-beza. Tapi setakat ni, kedai-kedai bunga area Selayang dan KL (Jln TAR) material dia sama je. Takde beza. Mudah koyak, lembik, kedut-kedut, warna-warni. Hik! Cuma ada yang beli dengan harga 80sen dan Rm1 sekeping. Hakikatnya harga masih okay, cuma bila aku beli dengan harga 60sen, for sure harga 60sen lebih mengujakan kan? Takpe, kalau kos perjalanan perlu ditambah hanya untuk mendapatkan harga 80sen atau Rm1 sekeping crepe paper lebih baik tak payah ya. Tak berbaloi.

Selalunya kita lupa nak masukkan kos perjalanan, makan etc dalam kos bajet bila kita membuat proses mencari barang-barang untuk hal kawen kita. Takut nanti kos jadi bertambah, padahal lebih baik kita grab je benda yang ada depan mata walaupun mahal sikit dalam beberapa sen. Its okay dear, kos tambahan (added cost) perlu kita ambil kira okay. Kecuali, memang kita berniat nak berjalan-jalan sambil beli barang kawen, ya its okay. Sambil menyelam, minum air. Kannn? Psst, jangan lupa shopping sehelai dua baju. kehkeh. Sila jangan tiru perangai aku ya!

Feel free untuk bertanya apa saja. sharing is caring ladies!!




thanks korang!




Love,
Nursaila Norman!

6 comments:

Puan Rad said...

yup! sharing is caring.. hehehe.. tu la.. cara guntingan main peranan.. hehe..

nur anis said...

saya pun sekarang sibuk cuba buat bunga tu...huhu...tetiba gatal tangan nak mencuba..:)

LiNda said...

sharing is caring kan dear, same2 berkongsi ilmu:) By the way linda suke crepe paper warne putih tu. nmpk cam bunga real bile da jd bunga.

Saila, linda x sempat lg nk wat tutorial pasal riben tu. nanti ye :)

Anonymous said...

KA pown minat juga dgn benda2 ni hehehe

Saya Disini said...

xpernah try buat lagi

Zila Zainal said...

kita sama! bunga tisu juga. tak sempat lagi nak amik pikcha2