CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, September 17, 2012

Preparation #6

Hai.


Assalamualaikum.


Percaya tak satu hari ni aku duduk dalam bilik je. Caya tak? Hahaha. Duduk dalam bilik buat bunga untuk hiasan hantaran. Paksa diri sebenarnya. Huhuhu.

Okay, takmau buang masa korang baca benda merepek (hehehe!!), cuti tiga (3) hari temasuk hari ini aku berjaya buat banyak benda lah jugak.. Tapi takde satu pun yang siap sepenuhnya. Haha. Beberapa perkara yang aku dah mulakan dan sedang dalam proses pembuatan ialah :

1. Burung
2. Fan Flower atau pun ada jugak orang panggil Accordian Flower
3. Centerpieces
4. Bunga untuk hiasan hantaran En Gaban

Walaupun cuma empat (4) prkara, tapi consider sebagai beberapa jugak lah kan? kan? Hehehehe! Kita mulakan dengan Centerpieces dulu eh.








tin kosong yang sudah dibersihkan cantik2 :)

Tips, sebelum hias tin aluminium ni, better basuh bersih-bersih sampai berkilat lepas tu lap kering-kering. Selain untuk nampak lebih cantik, kita nak pegang pun selamat. Aku dah lama kumpul tin-tin ni, (sejak awal tahun) tapi cuma dapat kumpul 8 je. Kalau nak lagi, nanti boleh beli susu F&N lagi. Bukak, alihkan susu pekat dalam bekas kaca lain lepas tu dah boleh guna untuk centerpieces!



ini percubaan pertama. rasa macam dah puas hati, tapi macam tak puas hati lak.



kemudian ia berubah menjadi macam ni. tambah riben. atas dan bawah.



ini yang confirm. yayyy! siap untuk 6 buah tin. lagi 2 tin belum buang penutup sepenuhnya. jadi tak boleh nak decorate.



bahagian depan


bahagian belakang


Tetiba rasa macam Navy la pulak. Eh, tapi biru Navy tu cantik kan. Tak pasal-pasal langsir untuk bilik pengantin dan 'rumah kita' pun warna biru Navy tu. hikhikhik! Yang belum siap ialah bunga untuk diisi dalam tin tu dan signage dia. Insyaallah akan diusahakan secepat mungkin lepas tu boleh simpan dalam kotak diam-diam.

Untuk hiasan hantaran pulak, bunga dia aku guna crepe paper sahaja. Untuk mengelakkan pembaziran. So, bajet untuk hantaran kami sangat murah. Hantaran dia guna crepe paper, hantaran aku guna felt fabric. Sila jangan bayangkan apa-apa eh.. Belum siap lagi pun. Huhuhuhu!



yang ni kisah semalam. baru masuk gear 1 :)



yang ni pagi tadi punya. siap bawak air masuk bilik. punya la tekun. yeke?


Untuk setakat hari ini, crepe paper tu aku dah dapat untuk 5 dulang. Satu crepe paper aku plan untuk satu dulang. Setiap satu crepe paper aku dapat 8 kuntum bunga saiz M. Nak buat saiz S pun boleh tapi takut tak kemas pulak. So total bunga dah dapat 40 kuntum bunga carnation. Yayyy! Nak kena beli lagi 4 crepe paper. Sebab hantaran untuk En Gaban ialah 9 dulang. Go Saila, Go Saila! Mesti korang pening kan? Nanti lah aku reviem elok-elok sikit pasal bunga hantaran ni. Huhuhu.

Sekarang ni tengah update blog sambil buat bunga carnation (crepe paper). Bila la nak siap. Biasa la, kalau dah bukak blog, tengok entry korang-korang, baca, komen.. Mesti la leka kannn? Hehehehe! Esok dah kerja, malasnya. Mood nak duduk rumah buat kerja kawen je ni. Hehehehehe.

Okaylah korang, jumpa nanti ya. Selamat pengantin baru kepada B2B yang dah sah jadi isteri. Barakallah! 




thanks korang!




Love,
Nursaila Norman!

16 comments:

Unknown said...

Cute btul bunga tu!

Sheila Adziz said...

wow... cantik tu... dh buah reben jd berseri lak tin tu... bgs2..

Anis aka Mama Mila said...

Saila ni mmg pengantin DIY tegar ni...tabik spring kat u hihi

Nuha hayati said...

Ok all are ohsem. Go saila go!!

Alyn said...

Saila! Alyn suka centerpiece saila :) Cute !

cikblueberry said...

sama la ide kita buat bunga crepe sebagai bunga hiasan dulang untuk lelaki untuk pompuan saya guna bunga stokin

ciknurul said...

tutorial carnation pleaseeeee :p

cik mah said...

CIK SAILA...SAMELAH KITA PUNYE CENTERPIECE..PKAI TIN N BUNGA CREPE TU..HEHEHHE.....

missina said...

Kreatif betul la awk..untg tk yah beli..buat sendri lg puas hati kan..

Puan Rad said...

saila!~ kelopak bunga kamu jadi bulat! tak macam rad punya.. hehehe.. ni crepe paper yg plg halus ke kedutnya? nipis ea?

FY said...

comel nye!! gud job Saila!

LiNda said...

saila! cantik ok dah hias tin tu dgn riben, comel je. i like. eh, crepe paper warne krim tu memang cntik n nmpk real. aritu mase brtunang linda wat sikit je..tu pun wane pink..

Mr and Ms bOZhiCkA said...

Kreatif lah saila..guna tin tu untuk centerpieces, tak terfikir pon, dah dpt jimat kan kat situ..nak curi idea boleh?hehehehe

ayut said...

Ayut dh jumpe Crepe paper Rm 0.50...Yeay!!hihihi :)

Zila Zainal said...

waaahhhh sama lagiii! ekekek.. kita pun pakai tin jugak utk centerpiece. tapi kita wrap guna doiley baru then baru riben. nanti dah siap ktia upload eh. skang dah terkumpul 30 tin. another 10 to go. weeeee

adventure mama said...

cantiknyeee..kreatif2...:)))