CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 6, 2012

Sesiapa Yang Boleh Bantu Pasal HIV Test? Tolong ya.. Huhu!

Hai.



Assalamualaikum.


Hari ni macam semuanya tak kena. Purse dan henfon line Maxis tertinggal. Nasib baik ada lebihan duit raya yang untuk budak-budak punya, boleh guna untuk lunch dan balik naik ERL jap lagi. Huhuhu!! Henfon line Maxis penting sangat untuk hal kerja. Mati akal disitu. Nasib baik henfon line Celcom ada. Untuk call/sms En Gaban je lah pun. Hahaha!

HIV Test belum buat lagi. Hari Selasa aku call Hospital Kuala Lumpur (HKL) dia suruh datang sendiri buat appointment. Bukan ke by phone pun boleh? Ke memang tak boleh? Lepas tu aku call Klinik Kesihatan Selayang Baru. Kena datang sendiri jugak. Okay. Mintak tolong En Gaban buatkan appointment semalam (Rabu) tapi dia sibuk. Busy dengan hal ofis, meeting, open office (open house di pejabat). Sentap disitu. Pastu aku merajuk. Mengada tak tentu pasal sungguh.

Hari ni dia gigih curik masa pergi buat appointment. Tempat first dia pergi HKL. Tarikh paling awal 26hb September ni. Aku pulak tak boleh nak amek cuti. Sebab sibuk di Parlimen. Kalau lepas tarikh tu boleh la. Rupanya En Gaban tak stay lama kat HKL. Dia cakap mood nurse tu tak baik. Hell-O?? Nasib baik bukan aku yang pergi. Kalau tak suka stress tak payah kerja. Duduk rumah pun stress okay.

En Gaban terus pergi Klinik Kesihatan Selayang pulak. Jawapan KK Selayang tu dia dah tak buat HIV Test sejak seminggu sebelum raya. Apasal aku call Selasa tu dia suruh datang sendiri buat appointment? Jap lagi aku nak call balik. Aku pun kerja kerajaan jugak. Tapi tak payah la nak memburukkan nama kerajaan. Nak menipu ke malas buat kerja? Jangan bagi alasan tak tau. KK je kot. Bukan hospital bertingkat-tingkat. Takkan takde siapa-siapa inform dekat front desk/operator yang KK Selayang dah tak buat HIV Test. Aku paling pantang betul kerajaan kalau jenis pemalas macam ni. Sorang cakap lain, sorang cakap lain.

Lepas tu dia cakap boleh buat HIV Test dekat klinik swasta. Boleh ke buat kat swasta? Dari apa yang aku tau, tak boleh kan? Ke boleh? Kalau boleh baik aku buat kat swasta je. Tak kuasa aku nak melayan kerenah mengada-ngada diorang ni. Ke kawasan KL je yang mengada lebih? KK kawasan luar bandar okay kot.. Lagi satu, lepas buat HIV Test dekat klinik swasta, dia suruh datang semula dekat dia. Untuk?

Ni aku mintak En Gaban singgah Pejabat Agama Daerah Gombak, tanya boleh ke buat kat klinik swasta. En Gaban ada klinik panel. Selamat di  situ. Part aku takpe, bayar sendiri boleh, pow En Gaban pun boleh. Hahaha!

Eh, sakit hati pulak dengan staff goverment ni. Maaf ya, aku pun government, walaupun aku tak la duduk front desk, operator, layan kerenah orang,sakit orang.. Tapi susah sangat ke nak cakap baik-baik, sopan-santun? Hospital kot.. Lagi kau cakap kasar-kasar, lagi sakit la orang tu. Selama aku berurusan dekat HKL takde lagi yang teruk-teruk. Semua okay je.. Tapi ada la tu yang tersesat sorang dua. Memalukan government je.

Pasal klinik swasta tu, boleh ke buat HIV Test kat situ? Kalau ada sesiapa yang tahu, mohon sangat pertolongan anda semua.. Sementara tunggu report dari En Gaban. Huhuhuhu.

Okay, aku nak call KK Selayang jap. Hangin ni.




thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!



16 comments:

Cik Puan Tqah said...

dear..yang tau xbole.. tp td de bc kt b2b mn tah..tunang die wat kt swasta.. i pon pelik.. haishh.. u tgk kt tmpt less org utk wat hiv test xbole ke dear? i dulu pon wat kt kampung.. walkin je..xpayah appointment bagaii

- AZIE - said...

dr pengalaman sy, xboleh wat dkt klinik swasta..cuma diterima dr klinik kerajaan shj.

Nursaila Norman said...

Cik Tqah : nnt sy try KK yang xramai org eh..bgs nya walk in je..tenkiu ya tqah.. luv u so much!

Mrs Lurve : oh! okay, terima kasih byk2.. luv u so much jgk!

Diyana said...

ada KK yg dh xbuat HIV Test, dia suh p buat dekat swasta...
then nnti result tu, doktor kat KK akan endorse...
(mcm kes BS saya)

double check dgn KK yg kita nak buat tu... klu dia accept kita punya result from klinik swasta, boleh je nak proceed.

BS saya buat dekat Klinik Bukit Kuda, Klang.

merahitujambu said...

moga di permudahkan yaa..insyaALLAH =)

♥ Chacha said...

yang, tak boleh sebnarnya.. as i know la kan.. kena government.,

cha yg keje spital, ni pon tak ley buat kat spital.. even government. sbbnya borang tu. haiyo0o0o0o..

nanti check balik dgn Pej agama ea, karang dah buat tak valid, satu hal pulak.. ngeee

anariffin said...

dear, ana buat kat private..
coz kk area rawang ni tak leh wat..n nurse tu bg reason sme KK selangor tak leh wat HIV..
so kene pergi private..then result anto kat KK untuk endorse..
tapi maybe KL still boleh buat kot..better check dgn KK area tu dulu k..

Anis aka Mama Mila said...

Dear, depends on KK yang kita nak buat tu...and yes once dpt result from private clinic, kena disahkan oleh pegawai hosp kerajaan or KK. Tedious right? Tak mahu try KK Shah Alam? so far they still do HIV Test and result on the spot :)

Puan Rad said...

macam masa rad dlu, blkg borang HIV test kami tu ada senarai nama KK yg buat HIV test.. so kami refer kt situ je.. siap ada hari2 nya lagi.. mcm jb tak semua KK buat HIV test setiap hari.. tak pe saila.. sabar ya.. masih sempat lagi tu.. semoga Allah mempermudahkan urusan kalian.. ^_^

Puan Rad said...

saila, mayb u blh baca url ni http://eatclimbrun.blogspot.com/2012/09/solemnization-update-hiv-test.html.. dea pon ada pengalaman sama mcm saila.. tak boleh buat appoitment by call.. kat kl mmg macam tu kot.. huhu

Nursaila Norman said...

thank you semua..terima kasih tak terhingga atas bantuan korang semua..sgt2 membantu..terima ksih byk2!! syg korang! :D

Zila Zainal said...

skang dah bule buat kat swasta sebab katanya diorang tade stok equipment kecik yg utk cek darah tu. kalau nak jugak buat dgn diroang bule, tapi lama. certain2 klinik je ada. lepas tu bawak result tu datnag kat diorang balik utk bagi doctor diorang endoese. kira shakan laa benda tu sahih. gitu ler. pelik2 je diorang ni

Anonymous said...

x pastilah KA dulu2 xde wat hiv test2 ni hehe. boleh cuba buat kat KK Keramat dekat dgn LRT jelatek, KA tegk ramai yg buat kat situ

The Fakhirin said...

ada klinik swasta yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Selangor. Try pergi Hospital KLANG. depan Bank Of China. Nanti dia bagi list hospital swasta yang dibenarkan. nanti surat dia akn endorsed kt hospital tu.

Fafa said...

kite baru je call kk kelana jaya smlm. niatnye nak wt appointment la hiv test, tp dia kata da penoh smpai 28/11. haaa,bile lak bley kawen kalo cmtuh kan. haha.mmg dia kata bley wt kt certain klinik swasta yang diiktiraf, antaranya sunway medical centre, yg lenlaen lupa.hikhik.da pnt call kk, kbnykannye kate result dpt lps sbulan. so reject. kang tak kawen lak haku. aaaa . sana je la dugaan cenggini. ye dok? smoga Allah mudahkan urusan kite. heee :)

Unknown said...

Mmg HIV test pra perkahwinan tak boleh buat di kolej swasta. Pengalaman saya buat HIV test di Klinik Kerajaan Bt 9 Ulu Langat sgt memuaskan. Sekali dtg ajer,tunggu result dlm setengah jam terus dapat result. Tak semua kakitangan klinik kerajaan tidak membantu atau tak efisien, kena tgk trmpat dan keadaan jugak.