Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua
Hai awak semua!
Ni ada kesempatan sikit sebelum nak keluar lunch. Perut dah lapar gila dah ni. Nak buat air rasanya macam tak patut je kan? Sabar ya perut, kejap lagiii je nak lunch.
Sarapan anda mengambil kopi, waktu tengah hari makanan segera jadi pilihan, sepotong kek bagi minum petang dan langsung tidak bersenam. Kedengaran seperti hari bekerja yang tipikal? Jika beginilah caranya etika anda bekerja, risiko saiz pinggang menjadi semakin lebar sangat cerah.
Nampak perkataan 'cerah' tu? Cerah masa depan. Muahaha..
Namun sekiranya anda seorang yang 'gila kerja' atau tidak sempat keluar untuk makan, terdapat beberapa taktik sihat yang boleh diamalkan.
1. Perhatikan apa yang dimakan.
Jangan mengambil secara berlebihan hanya kerana anda terlalu fokus menghantar e-mel. Bagi makan tengah hari, ambil hidangan yang sederhana tetapi tidak terlalu mengenyangkan.
2. Bawa bekal dari rumah.
Tengah hari adalah peluang terbaik untuk makan secara sihat. Bawalah salad dengan ayam, kekacang dan sayur.
3. Berjalan sebanyak mungkin.
Manusia direka secara genetik untuk bergerak. Jadi makan di meja kerja bagi waktu kerja yang panjang bukanlah perkara yang baik. Jika terpaksa juga melakukannya, carilah jalan untuk bergerak sepanjang hari. Berjalan untuk mengambil air minum, dari tempat letak kereta, dari mesin fotokopi atau apa saja bagi menggerakkan otot.
4. Basmi kuman di meja kerja.
Mengelap seluruh kawasan meja dengan cecair pembasmi kuman sekali sehari sudah memadai. Pastikan papan kekunci, telefon, dan tetikus turut sama dibersihkan. Elakkan menyentuhnya ketika makan.
5. Gunakan alas tempat makan.
Alas makanan sangat baik kerana ia mencipta halangan antara makanan anda dan bakteria.
Sumber : Majalah iSIHAT Mac 2012 Bil.52
Tetiba rasa macam kena buat sesuatu ni. Hmmm.. Tapi mengunyah itu sangat nikmat. Tak gitu? Hiks!
thanks korang!
Love,
Tata!
4 comments:
tip berguna..tq
Saya Disini : thank you dear :)
aku pun rasa macam kena buat sesuatu ni. Hmmm.. (smbil baca entry nie, sambil mengunyah kerepek) :)
Salihah Norman : hahaha.. nnt saiz pinggang bertambah besar.. ;p
Post a Comment