CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 27, 2012

Sindrom Datang Bulan : Menangis

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Hai gadis-gadis dan wanita juga :)

Kita tak payah formal sangat la eh, lagi pun kita semua dah kenal-kenal walaupun baru je follow antara satu sama lain kan, so kita feel free kat sini eh :)

Cakap pasal Sindrom Datang Bulan atau Sindrom Period atau PMS semua gadis sudah pakar kan.. Hehe. Okay, ni aku saje nak bagitahu sindrom datang bulan aku kali ni ialah menangis. Yup. Menangis. Sedih tak?

PMS aku tiap-tiap bulan takde la yang extreme sangat. Tak pernah pun senggugut teruk-teruk malah jarang dan susah sangat nak datang senggugut. Cuma PMS aku agak pelik dan ngada-ngada gitu. Boleh? Huhu.. Yang bestnya PMS aku akan bertukar setelah beberapa bulan dari PMS yang sama. Contohnya kalau dah beberapa bulan PMS aku ialah sakit gusi, setelah beberapa bulan kemudian PMS aku akan bertukar kepada hal-hal lain. Pelik tak? Ngada-ngada tak? Hikhik.

Bagi aku PMS ni kita kena terima la kan, bukan selalu pun asalkan tak menjejaskan kesihatan..Tapi ianya masalah bagi aku bila datang PMS baru. Sebab dia buat aku confius. Huhuhu! Contohnya bulan ni.. PMS aku ialah menangis. Aku tak tau pulak itu adalah PMS. So aku tak prepare untuk itu. Huhuhu.. Nasib baik ada spare kat ofis. Hiks!

Jadinya PMS kali ni buat aku suka menangis tak tentu pasal. En Gaban salah cakap sikit dah nangis. Orang cakap sikit je dah nangis. En Gaban buat-buat terasa hati, aku yang menangis. Hampeh tak? Haha.. Patutnya dia yang menangis. Ni aku pulak.. Memalam sebelum tidur pun boleh menangis. Apakah? Tapi rupanya kawan ofis aku pun alami benda yang sama. Dia pun merasa PMS menangis jugak. Lega hati bila ada kawan.. Hehehe..

Eh, jap.. Lagi satu sindrom yang aku suka time period ialah tekak aku selalu haus. Tak makan pun takpe, janji dapat air. Nak air yang sedap-sedap je. Tak sedap tamau. Hahaha.. Sindrom ni aku share dengan kawan baik aku Ifah.. Petang semalam hujan lebat, so duduk rumah jela.. Tetiba Ifah chat kat FB.. Katanya dia period dan haus gila.. Nak lepak tapi hujan.. Jom minum air hujan. Hikhikhik!

Awak-awak semua, share la PMS korang.. Mana tau ada lagi PMS yang saya tak pernah tahu.. Huhu. Jangan malu-malu tinggalkan komen eh :)




thanks korang!




Love,
Tata!




9 comments:

QASEH ALYN said...

alyn kalau PMS...fuhh!! jgn ckp laa...mmang terookk saket sggugutnyer...smpai kdang2 rasa nk pengsan pon adoo...huhu

Saya Disini said...

hehe..betul2..same je kita..

Cik Saila said...

alyn : yeke? sakit sgt eh..sy xpernah rasa..huhuhu..alyn ada ambil ubat apa2 tak?

Cik Saila said...

Saya Disini : awk nangis jugak ke? hehehe..ada kawan.. ;)

Salihah Norman said...

@cik saila : ada 1 ubat warna merah mmg khas utk PMS... saya kalau PMS, suka marah2... kesian orang menghampiri saya, akan di marah tanpa sebab :)

budak terpaksa said...

jenguk2 lah ke blog saya, follow, dan komen ke

http://knee-drag.blogspot.com/
thanks :-D

CIK MAY said...

time period ni hazab..asik nak minum air sejuk je..pastu ngidam nak mkn tu nak mkn ni..adeii...

Cik Saila said...

budak terpaksa : okey! :))

Cik Saila said...

CIK MAY : sama la kita! nk minum air sejukkkk je..hehe