CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, February 14, 2012

Bingung dengan kerja. Cari mamak please!

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Pernah tak korang rasa hidup korang macam dah terlebih kat pejabat je. Pernah tak? Kalau korang tak pernah kiranya korang bahagia la kan,kan,kan.. Bagi yang dah mula terasa macam hidup ni dah terlebih kat pejabat, masa banyak kat pejabat mesti rasa bosan kan. Apakah hidup ini? Macam tu ada tak? Overnya.

Sejak sebulan dua ni kan, tiap kali aku nampak je bangunan pejabat aku dari jauh, aku dah start rasa macam ni 'rasanya bru je aku balik kerja. tetiba aku dah dtg keja semula eh'. Pernah gak aku ingatkan aku ngigau ke apa ke. Sebab tau-tau je dah masuk ofis semula?? Apakah?

Sedih lak rasa. Haha. Motif nak sedih? Yelah, balik rumah untuk mandi, solat, makan pastu tido. Tapi most of the time malam-malam aku g melepak sambil makan malam dengan En Gaban atau Ifah. Boleh tak bayangkan bila dari 7.30pagi sampai 5.00petang life aku tentang pejabat semata. Dan oleh kerana aku ni suka melepak (kiranya kalau tak tengok muka mamak terus hidup aku jadi hancus kot) haruslah aku kuar melepak untuk meringankan beban. Boleh tak alasan aku tu? Hehehe.. Okeh, ibu aku selalu bising. Katanya tak manis anak dara kuar g kedai mamak selalu. Tapi kat mamak aku bukan leh buat sumbang mahram pun. Situ selamat dari kena tangkap dengan pak polisi, atau JAIS/JAWI kan. Elok la order teh tarik segelas sorang, makan-makan, tengok bola walaupun aku tak tahu bila dia off-side. Hanya En Gaban yang mengerti. Tapi takpe. Janji kami selamat. Bukan duduk berdua kat Ulu yam pukul 3, 4 pagi ntah buat apa kat situ gelap-gelap.

Kalau En Gaban takde, aku melepak pulak dengan Ifah. Baru la boleh peluk-peluk, sandar-sandar, manja-manja dengan dia. Huhuhu. Dah tu, dengan sape lagi nak buat macam tu kan? Hahaha..

Macam tu la life aku. Sekarang ni aku dah mula risau, apasal la aku rasa hidup aku semakin banyak di pejabat walaupun aku cukup tido kat rumah. Maybe sebab pagi sangat kot aku dah ada kat ofis. Ntah la.. Nak pindah sini nanti bosan pulak. Hiruk pikuk KL dah sebati dengan aku. Duduk tempat sunyi sepi macam kat sini boleh buat jiwa aku mati. Hekkkk ngko.

Ibu aku cakap elok la aku duduk sini lepas kawen. Dekat dengan ofis. Aku cakap tamau, nanti takleh melepak malam-malam sebab sini sunyi tak macam KL. Boleh? Huhuhuhu!

Okaylah, ntah apa ntah aku merepek meraban pepagi ni. Sebenarnya mood nak buat kerja macam takde. Mana la mood ni pergi eh.



thanks korang!




Love,
Tata!





No comments: